Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, June 19, 2016


_Kadang-kadang kita kena memilih.

Macam nak beli ikan.

Er, udang... tembikai... pisang... susu... lelaki (aik?). Aku taklah memilih sangat tapi memilihlah juga. Bukan yang kacak embun tapi yang kesabarannya tinggi, tulangnya ringan, boleh jadi imam di rumah, kreatif, suka buat lawak dan paling penting kaki outdoor serta suka travel secara ekonomi ketat. Satu lagi... last, senyumannya manis.

Bukan tak ada yang datang.

Ada. Tapi aku yang keras hati. Roy... roy, keras hati kau Roy. Macamana nak cakap ya. Ada sesetengah orang itu ada trauma dengan lelaki. Kita panggil sebagai androphobia. Ha. Ada. Macam aku. Rasanya sejak zaman sekolah rendah kena. Gangguan sepsual. Sampai ke zaman universiti. Sampai ke zaman awal-awal kerja. Seram. Macam-macam jenis. Verbally pun ada. Yang kronik pun ada. Sampai takut dengan semua lelaki.

Sampaikan aku rasa semua laki ini gila seps.

Macam tak ada benda lain dalam kepala mereka. Macamana aku tahu aku trauma lagi fobia? Sebab bila terjumpa lelaki atau sekumpulan lelaki, jantung jadi gedebak-gedebuk. Kemudian rasa cemas, panik dan peluh sejuk datang mencurah-curah. Dan seterusnya rasa nak lari laju-laju datang menerpa. Lama nak runtuhkan tembok China itu.

Sebab itu agaknya sampai sekarang ini masih lone ranger.

Tapi sekarang ini rasanya dah runtuh sikit tembok itu. Cuma belum jumpa lagi lelaki yang kehilangan tulang rusuk kiri itu. Entah di dunia. Entah di akhirat sana. Wallahualam. Kadang-kadang kena marah dengan kawan-kawan dan sanak saudara sebab tak berusaha mencari. Tak tahulah tapi bukan semua orang berusaha dengan cara terhegeh-hegeh nak mencari. Aku pun bukan jenis nak mencari.

Nak mengorat lelaki lagilah tak reti... so not me.

Sebab aku belum jumpa lagi orang yang bagi rasa butterfly di dalam perut. Dan rasa macam 'klik'. Sama geng. Complement each other orang putih kata. Sampaikan ayah selalu sebut pada kawan-kawan yang aku ini punyalah banyak kawan lelaki tapi seorang pun dia tak minat. Tak tahulah nak gelak ke nak menangis ke dengar komen ayah.

Insyaallah ada nanti itu ayah. Jangan risau. Kalau tidak di dunia, barangkali di akhirat sana. Sekarang dah malas nak fikir sebab selalu terbutterfly pada orang yang salah. Jadi sekarang ini kita fokus pada hiking, fotografi, travel dan kerja sajalah. Kalau ada yang minat, kita tengok macamana dulu. Though I look friendly, I am not that friendly. Jinak-jinak merpati saja.

Insyaallah satu hari nanti... yakin saja_

Kategori:

0 Responses to "Pilih Memilih"

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.