Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, June 19, 2016


_Kadang-kadang kita kena memilih.

Macam nak beli ikan.

Er, udang... tembikai... pisang... susu... lelaki (aik?). Aku taklah memilih sangat tapi memilihlah juga. Bukan yang kacak embun tapi yang kesabarannya tinggi, tulangnya ringan, boleh jadi imam di rumah, kreatif, suka buat lawak dan paling penting kaki outdoor serta suka travel secara ekonomi ketat. Satu lagi... last, senyumannya manis.

Bukan tak ada yang datang.

Ada. Tapi aku yang keras hati. Roy... roy, keras hati kau Roy. Macamana nak cakap ya. Ada sesetengah orang itu ada trauma dengan lelaki. Kita panggil sebagai androphobia. Ha. Ada. Macam aku. Rasanya sejak zaman sekolah rendah kena. Gangguan sepsual. Sampai ke zaman universiti. Sampai ke zaman awal-awal kerja. Seram. Macam-macam jenis. Verbally pun ada. Yang kronik pun ada. Sampai takut dengan semua lelaki.

Sampaikan aku rasa semua laki ini gila seps.

Macam tak ada benda lain dalam kepala mereka. Macamana aku tahu aku trauma lagi fobia? Sebab bila terjumpa lelaki atau sekumpulan lelaki, jantung jadi gedebak-gedebuk. Kemudian rasa cemas, panik dan peluh sejuk datang mencurah-curah. Dan seterusnya rasa nak lari laju-laju datang menerpa. Lama nak runtuhkan tembok China itu.

Sebab itu agaknya sampai sekarang ini masih lone ranger.

Tapi sekarang ini rasanya dah runtuh sikit tembok itu. Cuma belum jumpa lagi lelaki yang kehilangan tulang rusuk kiri itu. Entah di dunia. Entah di akhirat sana. Wallahualam. Kadang-kadang kena marah dengan kawan-kawan dan sanak saudara sebab tak berusaha mencari. Tak tahulah tapi bukan semua orang berusaha dengan cara terhegeh-hegeh nak mencari. Aku pun bukan jenis nak mencari.

Nak mengorat lelaki lagilah tak reti... so not me.

Sebab aku belum jumpa lagi orang yang bagi rasa butterfly di dalam perut. Dan rasa macam 'klik'. Sama geng. Complement each other orang putih kata. Sampaikan ayah selalu sebut pada kawan-kawan yang aku ini punyalah banyak kawan lelaki tapi seorang pun dia tak minat. Tak tahulah nak gelak ke nak menangis ke dengar komen ayah.

Insyaallah ada nanti itu ayah. Jangan risau. Kalau tidak di dunia, barangkali di akhirat sana. Sekarang dah malas nak fikir sebab selalu terbutterfly pada orang yang salah. Jadi sekarang ini kita fokus pada hiking, fotografi, travel dan kerja sajalah. Kalau ada yang minat, kita tengok macamana dulu. Though I look friendly, I am not that friendly. Jinak-jinak merpati saja.

Insyaallah satu hari nanti... yakin saja_

Sambung baca...

Kategori:

Friday, May 27, 2016


_Penuh sangat travel bucket list ini.

Sangat.. sangat penuh.

Rasa macam nak berhenti kerja dan jadi traveler sepenuh masa. Rasa tak cukup cuti nak melata dan melihat dunia. Penat sebenarnya duduk lama dalam dunia IT ini. Deal dengan machine. Dan rakyatnya. Tapi tabung tak cukup lagi. Semogalah... semoga.

Mana lagi nak pergi?

Banyakkkkkkkkkkkkkk.

Sekarang ini napsu nak buat trans. Hiking pun melayan trans je. Travel ke luar negara pun nak melayan trans juga. Kami rajin buat list. Nak perginya macam dapat setahun sekali je kalau trans hardcore ini. Kekangan masa. Selalu kena jeling dengan bos kalau asyik cuti je, Kan.

Mana lagi nak pergi?

Trans IndoChina.
Trans merentasi benua.
Trans negara-negara Balkan.
Trans negara-negara Middle East.
Trans negara Jepun dan Korea Selatan.
Trans seluruh China dari utara ke selatan.

Banyak.

Bila nak kahwin?

Ala, along the way kalau terjumpa rezeki itu kita ceritalah. Buat masa ini layankan aje life macam biasa. Malas nak fikir. Choosy? Boleh tahanlah. Sebab aku ini kepala angin. Independent nak mati. Nanti lelaki tak tahan. Jadi macam selagi tak jumpa itu, kita travellah dengan lebatnya. Bak kata pepatah, semakin jauh perjalanan semakin luas nafsu... eh tak... semakin luas penglihatan.

Sebenarnya lebih banyak berkelana ini semakin jadi seperti padi.

Menanti sebuah jawapan, eceh_


Sambung baca...

Kategori:

Friday, May 20, 2016


_Strong woman konon-kononnya main blah saja kalau terasa seperti tidak diperlukan.

Betullah itu.

Atas apa situasi pun. Kalau terasa seperti tak diperlukan, memang tak payah nak pandang belakang bagai. Jalan terus. Tanpa rasa apa-apa dan blah. Jalan tak payah nak pusing-pusing belakang. That is how we walk away from these kind of things. For any situation. For any condition.

Give up?

Nope. Itu namanya move on. Dan mungkin macam dah malas nak peduli barangkali. Contoh kalau macam kau minat orang itu. Tapi dia sebenarnya belum move on lagi dengan ex dia. Selalu teringat-ingat bagai. Tapi ex dia dah lama move on. Kiranya kau pun tak payahlah nak minat dia lagi. Stop dan terus blah. Jalan lurus. Laju-laju. Kalau nak sprinting pun tak ada hal.

Ini adalah applicable untuk semua jenis keadaan dan situasi.

Tiada kompromi.

Hence, I walk away_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, May 19, 2016


*Entry yang dikorek balik entah zaman bila. Dah 4 tahun berlalu. Rupanya tak post lagi. Sambungan bahagian 1 di sini.

_Ok, sambung balik ha.

* * *

Hari ke 2 (29/11/2012)

Pagi hari memang sejuk. Teramat sejuk. Mujur lantai-lantai guesthouse di Korea ini kebanyakannya mempunyai sistem heating floor yang bagus. Memang aku tak tidur atas katil pun. Tidur atas lantai lagi selesa. Lantai kayu yang panas. Atas katil memang sangatlah sejuk huish. Dah pasang heater pun sejuk. Tak boleh tahan.

Brrr.

Oh ya, tak silap aku waktu itu syuruk lebih kurang pada pukul 5:30 pagi ke 5:45 pagi macam itu. Memang gagah jugalah nak bangun. Pagi-pagi buta dah bunyi alarm. Bunyi azan pula itu alarm ini. Lantang dan jelas. Nasiblah dengan jiran-jiran di bilik sebelah. Bergegar koklea dibuatnya.

Sarapan.

Kami makan sarapan paling berat. Waktu-waktu sejuk macam ini memang kebuluran. Aku pula memang jenis sarapan kena sehabis berat. Berhampiran guesthouse itu memang ada banyak convenience store. Sangatlah best. Sebab convenience store memang merata-rata dan Dunkin Donuts pun bersepah-sepah. Serius banyak. Donut pun pelbagai jenis memang tak pernah ada di Malaysia punya donut. Boleh kata setiap 200 meter pasti akan ternampak Dunkin Donuts.

Pagi itu kami jalan-jalan di sekitar Myeondong dulu. Sejuk dingin tapi dah banyak juga kedai-kedai yang dibuka. Matahari terik tapi cuacanya sejuk. Dia punya breeze itu... syiung memang segar.

Kemudiannya baru bertolak dari Seoul Station ke Gimpo Airport. Penerbangan ke Jeju ini mengambil masa lebih kurang 45 minit rasanya. Kami naik EasterJet. Penerbangan ekonomi. Dia punya kapal terbang itu... humang aih memanglah kecil betul. Kalau kaki kau panjang macam Lee Kwangsoo (Running Man) memang istighfarlah banyak-banyak sepanjang perjalanan. Bertabahlah menahan kaki kebas.

Tiba di Jeju pada jam 5:15pm. Kemudiannya, menginap di U and I. Kami suka tempat tinggal ini sebab sangat selesa. Orang-orangnya pun sangat peramah dan rajin teramat. Memang baik hati betul. Dapurnya pun besar gila. Boleh masak macam-macam. Serba-serbi lengkap dan self-service.

Jeju ini tidaklah se-happening Myeondong pada malam hari. Mungkin disebabkan cuacanya yang terlalu sejuk pada malam hari jadi tidak ramai sangat orang melepak di luar. Orang-orang macam kami saja. Itu pun tak bertahan lama. Dia punya angin malam itu memang menderu-deru.

Syiuu.

Di Jeju ini, makanan ruji kami satu jenis saja. Bibimbab. Ala-ala nasi goreng. Agak mahal juga harganya (KRW6000). Lebih kurang RM12 rasanya. Tapi portion memang besar betullah. Disebabkan cuaca pun sejuk, jadi belasah sajalah makan bibimbab hari-hari pun tak apa. Kebuluran secara luar biasa. Apa pasal entah.

Apa rasa bibimbab?

Emm, berkonsepkan nasi goreng yang dipenuhi sayur semata-mata dan telur goreng separuh masak... layanlah juga. Tetapi rasa makanan itu tak sama macam rupa fizikalnya. Macam agak indah rupa dari rasa. Pedas gila nak mati. Garam ke gula ke memang tidak berasa langsung. Agak tak berapa nak ngamlah tekak saya dengan selera orang Korea ini. Nasib baik aku bawa bekal serunding. Terubat juga rindu dengan rasa garam dan gula secukup rasa makanan Malaysia (poyo betul waemah baru beberapa hari saja di perantauan).


Hari ke 3 (30/11/2012)

Jeju ini sebenarnya sangat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Tetapi biasanya di bahagian selatan dan utaralah. Memandangkan kami semua ini buta huruf Hangul, jadi kami cuma mampu menyewa pakcik teksi saja. Nak lagi jimat, kami sewa pakcik teksi yang tak pandai berbahasa Inggeris dengan beranggapan mungkin boleh pakai Google Translate saja nanti. Kalau tak silap dalam KRW100,000 satu hari… itu bayaran untuk 3 orang. Kalau yang pandai berbahasa Inggeris dalam KRW130,000.

Memang agak ayam dan itik jugalah di sepanjang perjalanan itu.

Ini website untuk sewa perkhidmatan teksi di Jeju. Tapi dalam bahasa Koreanlah. Jejudotaxi. Kami minta tolong budak perempuan comel di guesthouse U & I itu carikan kalau nak jalan-jalan pakai taxi. Bahasa Inggerisnya taklah fasih sangat tapi sangat baik hati. Siap tolong rancangkan itinerari kami.

Lokasi-lokasi yang kami lawati termasuklah:
a) Seongeup Folklore Village (Free entrance)
b) Manjanggul (Entrance Fee: KRW6,000 per person)
c) Seongsan Ilchubong (Entrance Fee: KRW2000 per person)
d) Gimnyeong Maze Park (Entrance Fee: KRW3,300 per person)


Hari ke 4 (1/12/2012)

Lokasi pada hari kedua bersama pakcik teksi yang sama:

  • Hallasan Mountain (tak masuk.. depan kaunter saja. Bolehlah nampak dari luar itu Hallasan yang awesome dipenuhi salji. Ala sebenarnya boleh masuk. Dia cakap alasannya baju kami pakai tu tak sesuai. Sebaliknya kami dibawa melawat ke rumah ibunya yang dipenuhi dengan kebun buah oren. Dapatlah juga satu plastik oren Jeju. Besar hoh! Memang rezeki.)
  • Jungbang Falls (Entrance fee: KRW2000 per person)
  • Jungmun Daepo Cliff (Entrance fee: KRW 2000 per person)
  • Tricky Art Museum (Entrance Fee: KRW 8000 per person) - kami tak bercadang pun ke sini. Bosan kot melawat muzium. Tapi disebabkan ini tricky art muzium, jadi sedikit seronoklah juga. Cuma keseronokan berkurangan disebabkan pakcik itu menyibuk sama masuk dalam gambar. Kalau dia berkelakuan baik tak apa juga, ini hampeh betul. Sabar sajalah Sabariah.


Hari ke 5 (2/12/2012)

Pulang semula ke Seoul. Kami bertolak dari Jeju ke Gimpo (8:10am – 9:15am). Kemudiannya, check in ke Zaza Backpackers (drop luggage sebab tak boleh nak masuk awal…checkin kol 2pm)

Sambil menunggu itu, kami membuat lawatan sambil belajar ke Gyeongbokgung Palace (Entrance Fee: KRW3,000 per person). Aku rasa palace ini ada dalam drama Korea 'Rooftop Prince' kalau tidak silap. Nak ke situ, ambil Seoul Subway Line 3 dan kemudiannya ambil Exit 5. Nanti jalanlah beberapa meter ke hadapan. Lebih kurang 10 minit agaknya baru sampai.

Dah petang-petang sikit itu barulah kami ke Hongdae station, melawat Hello Kitty Café yang glamour itu. Serba-serbi adalah Hello Kitty. So pinkish. Kalau nak ke situ, ambil subway Line 2, ke Hongdae (Hongik University) station. Hongdae itu Hongik University. Sama tau. Tak perlu nak rasa keliru. Lepas itu menuju ke exit 6.

Harganya boleh tahan sedikit menakjubkan jugalah. Disebabkan aku tak into Hello Kitty (terlalu pinkish dan girlish) jadi aku cuma kagum dengan rekaan dalamannya saja. Sebab semua pun nak Hello Kitty. Nasib baik comel. Silingnya pun tak tinggi sangat. Memang sesuai untuk anak-anak gadis bergossip dan melepak melepaskan batuk di tangga.

Kawasan Hongdae itu memang sangatlah happening sebab student ramai kan. Jadinya harganya pun tidaklah murah mana. Markup tinggi juga. Tapi kalau baju-baju itu banyaklah juga yang dijual dengan harga yang berpatutan. Rekaannya pun lebih funky dan stylo sikit. Sebab target market dia pun student kan.


Hari ke 6 (3/12/2012)

Mengikut kajian cuaca, salji akan turun pada hari ini. Jadi, kami bercadang ke Namisom atau Pulau Nami dengan harapan ada jodoh bertemu salji di sana. Bayaran masuknya sebanyak KRW8,000 seorang.

Untuk ke Naminara, tengok peta subway itu dan pilih line subway yang paling best untuk ke Cheongnyangni station. Sebab dari situ nanti nak kena ambil ITX train menuju ke Gapyeong station. Bayaran ITX itu dalam KRW4,000 seorang untuk sehala. Dalam tren itu dah nampak sayup-sayup tanda salji turun. Bila dah nak dekat sampai je dah nampak daratan tu putih.

Osem gila ah dingdong.

Memang bergambar lama depan stesen Gapyeong tu. Jakun kot nampak salji. Banyak gila ais kepal. Memang licinlah tapi kan nak berjalan atas itu. Kemudian kami ambil teksi ke jeti.. dalam KRW2,500 tak silap. Sebenarnya dekat je. Kalau nak jalan kaki pon boleh. Ikut stamina masing-masinglah. Dalam 30 minit sikit rasanya kalau jalan. Sebab kalau naik teksi pun kurang dari 10 minit je.

Di jeti, ramai manusia tengah beratur depan kaunter bayaran. Dalam kelebatan salji yang gila sejuk ah dingdong itu kami redah saja beratur sambil dihujani salji. Bayarannya sebanyak KRW8,000 utk feri dan masuk ke dalam pulau sekali. Cecah saja pulau Nami, memang serius jakun gila. Tebal gila salji. Kalau pakai Converse ke sini memang confirm dah tergolek dan kaki terasa kebas perit dicucuk kesejukan (pergh, ayat nak sastera saja).

Kami tak jalan jauh pun di Pulau Nami itu. Tak sampai pun ke tempat yang ada bangku, patung heroin dan hero Winter Sonata berdiri berpelukan (aku tak tahu nama sebab aku tak tengok drama melodramatik tahap gila macam ini) dan juga patung snowman. Kami cuma jalan sekitar-sekitar di bawah pokok-pokok tinggi yang memang trademark drama Winter Sonata ini.

Masa itu ada seorang brader ini jalan dengan member-member tapi dia pakai spek hitam sambil keluar efek lagu Winter Sonata dari handphone. Lepas itu buat muka poyo dan jalan seorang diri mengenang nasib macam watak hero dalam drama itu. Lawak gila. Nasib baik kacak. Oh ya, kami main perang bola salji. Baling ais kepal. Lepas itu baring-baring sambil menganga mulut dan dihujani salji. Sangatlah 3D efeknya. Humang aih memang subhanaAllah.

Best gila habis.

Baliknya kami ke Dongdaemun market. Banyak gila kedai-kedai yang menarik. Macam konsep Masjid Jamek dan Jalan TAR punya pasar. Tapi sebab tak larat, kami cuma mampu beli ddubooki yang penas (pedas dan panas) nak mampus (serius air hidung menderu-deru keluar daripada hidung dalam kesejukan itu) sambil berjalan keluar dari Dongdaemun. Kedai-kedai yang ada memang kami pandang sebelah mata saja. Pancit gila. Cadangnya nak ke Namsan Tower tapi memang harapan tulus ikhlaslah kan. Malam itu salji turun di Myeondong. Awesome bukan main.


Hari ke 7 (4/12/2012)

Melawat Itaewon. Tempat yang dipenuhi foreigner. Di sini ada Seoul Central Mosque. Di kiri kanan jalan memang banyak makanan halal. Majoriti middle east food. Kalau nak merasa makanan korea boleh ke Muree restaurant (lokasi dia tak jauh dari masjid tu). Kami makan kimchi chigae di situ. Kemudiannya berhampiran kawasan masjid itu ada banyak Halal mart… kiranya bolehlah beli macam-macam makanan buat stok.

Kalau nak cari souvenir… beli di Namdaemun sebab dia murah lagi dari Itaewon ini. Tapi kalau nak cari t-shirt menarik dan rare berunsur Korea sebagai souvenir, cari di Itaewon atau Dongdaemun. Tapi design-design di Itaewon lebih cantik sikit. Cuma di seoul ini tak banyak jual tshirt suvenir.

Namdaemun market. Masuk ke dalam pasar ini kemudiannya di bahagian tengah ada bangunan setingkat. Cuba masuk. Di dalam itu semua jewellery dan beg-beg handmade. Di situ memang tempat mereka menjual barang secara pukal. Kira tempat boronglah. Tapi kalau nak beli sikit-sikit pun boleh saja. Murah. Memang boleh juling mata.


Hari ke 8 (5/12/2012)

 Hari terakhir kami ke Namsan Tower. Ala, tempat yang ada banyak padlock itu. Kira macam kalau kau dan pasangan letak padlock di tower itu nanti sama-sama boleh hidup kekal dan bahagialah kononnya. Nak ke kawasan cable car itu kami cuma jalan kaki saja dari Zaza Backpackers. Setibanya di cable car itu kau bayar dalam KRW8000 seorang untuk return trip. Kalau tak silap boleh saja kalau kau nak mendaki dari bawah sampai ke puncak Namsan itu. Tapi tinggi mengalahkan Batu Caves lah. Kena gigih sikit. Waktu itu memang salji makin lebat. Sejuk gila.

Tak lama kami di atas itu. Dalam 3 jam agaknya. Lepas itu kena rushing ke Incheon airport. Macam orang gila juga menggelabah nak balik ke airport. Sebab kena tunggu cable car lagi. Lepas itu kena ambil subway ke Seoul station lagi. Lepas itu kena naik AREX ke Incheon pula. Gelabah ayam jugalah.

Tapi overall memang Korea ini macam yang aku bayangkan dalam drama-drama dan Running Man.

Memang boleh singgah lagi.

Tips? Tunggu next entry_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, May 18, 2016


_Banyak sebenarnya.

Habit.

Tapi salah satunya habit balik travel. Selalunya bila sampai je rumah, mesti aku nak punggah beg. Keluarkan semua barang. Basuh baju-baju. Simpan beg. Asingkan barang-barang apa yang patut. Dan sebagainya. Lepas itu baru boleh tidur ke rehat ke tengok laptop ke apa ke.

Sepantas kilat memang suka nak clearkan beg itu.

Tak kiralah beg keluar dari hutan ke baru keluar dari negara orang ke. Mana-mana. Pembersih? Bukan. Entah. Saja suka nak kemas laju-laju. Dulu suka bertangguh-tangguh. Sekarang ini rajin pulak kalau bab pembersihan. Aku rasa sejak muda-muda dulu pun macam itu. Nak bersihkan bilik airlah. Nak bersihkan beglah. Nak bersihkan itulah. Inilah.

Sebab itu aku suka barang sikit je dalam bilik.

Nanti nampak luas. Lapang. Nyaman. Dan tak perlu nak bersihkan banyak benda. Aku tak adalah rajin mana pun. Tapi kalau banyak sangat perabut apa bagai memanglah sangat semaksss. Apa-apa pun, penat habis kat situ je. Dok kemas mengemas. Pastu ada lagi... habit lain suka nak basuh baju pakai tangan.

Bajet habis rajinlah itu kan.

Bukan pembersih. Saja je suka hilangkan stress macam itu. Aku memang kurang sikit guna mesin basuh. Tak bersih dia basuh. Cuma dia boleh spin kasi air itu kering habis dari baju. Tang itu mesin basuh menang. Tapi basuh sampai bersih macam tak je. Cerewet? Bukanlah. Jimat elektrik (yelatu).

Tapi bagus apa habit macam itu kan_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, May 12, 2016


_Senang gila nak jetlag.

Akulah.

Orang lain tak tahulah kan.

Paling teruk jetlag masa ke New Zealand (Queenstown, Christchurch dan Ashburton). Sana cepat 5 jam. Selalu jam tangan memang maintain waktu KL. Handphone je tukar timezone macam sana. Siap mengigau lagi ingatkan dah pagi. Rupanya tengah malam lagi. Pening betul. Member sampai membebel suruh tidur balik.

Aku dahlah senang terbangun.
Pastu selalu bangun terkejut.
Penat... bhai!

Selalu kalau travel memang susah nak tidur. Dia jadi macam light sleeper. Kalau masuk hutan pun macam itu. Kalau ter-deep sleep itu pun dalam beberapa minit je. Sebab badan letih gila. Tapi biasanya dalam hutan aku tak nyenyak tidur. Sebab badan sakit-sakit bawak beban. Motif sangat kan. Lepas itu dengan sejuk nyaman F&N sarsinya dalam hutan.

Brrr... tak boleh tahan.

Paling kronik masa hiking ke Kem Gedung, Gunung Tahan.

Huish, dengan hujan lebatnya. Lantai khemah basah lencun sampai ke dalam. Sebab khemah itu khemah gunung. Jenis ringan punya. Pastu dengan berbatu kapur besar-besarnya. Memang menyenget je tidur. Ala-ala liang lahad. Dari malam sampai ke pagi dia jadi menggigil-gigil badan. Kadang macam kena karen elektrik. Sebab sejuk teramat.

Mental gila babas.

Tak boleh tahan.

Banyaklah. Asal travel je jetlag. Asal travel je letih dibuatnya. Tapi penat cemana gaya pun memang tetap suka travel. Tak kiralah travel dalam ke hutan teriakku ke atau pun travel ke negara orang. Penat tapi berbaloi-baloi hai!

Ni jetlag bakal tiba lagi.

Bertabahlah_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, May 09, 2016


_Boleh tahan juga.

Sibuk mengalahkan perdana menteri.

Mana kau tau dia tak sibuk? Entah. Aku teka je. Ha, sekarang ini hidup sangatlah bermakna. Sepanjang masa ada je benda nak buat.

Isnin sampai Jumaat.

Selepas Isyak baru reti nak balik rumah. Tak sempat nak tengok matahari terbenam. Cuma dapat sedut udara malam. Dan kesepian malam. Bersama alunan cengkerik memecah kesunyian alam.

Sabtu sampai Ahad.

Kelas HC. Tak pun jadi kakak fasilitator. Tak pun kakak kantin. Tak pun pergi hiking. Tak pun pergi main tali air. Tak pun pergi travel. Tak pun pergi shoot gambar wedding. Tak pun bersantai bersama keluarga tercenta.

Kalau nak buat appointment memang kena sebulan awal. Buat masa ini, jadual 2016 boleh kata penuh terisi. Suku jadual tahun 2017 pun sudah terisi.

Bermakna sangat kan.

Aku suka sibuk-sibuk macam ini. Boleh fokus. Boleh hilangkan stress. Boleh macam-macamlah pendek kata. Pendek yang kata. Panjang tak kata.

Kan_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, May 05, 2016


_Betul

Jadi pengawas pun kena buli.

Masa sekolah rendah darjah 4 sampai 5 aku jadi pengawas.  Tapi cikgu pengawas selalu buli. Sekolah Kebangsaan Taman Muda, Ampang. Sekolah paling disayangi. Dari darjah 1 sampai darjah 5 setia dengan sekolah itu. Satu-satunya sekolah yang aku boleh ingat lagunya sampai sekarang. Gila banyak sweet memories.

Dulu cikgu pengawas suka paksa masuk tarian Melayu asli.

What?!

Kan. Aku dahlah alergik sikit unsur-unsur gegurl ini. Bukanlah ganas mana. Tapi aku rasa nyampahnya nak tergelek-gelek depan masyarakat. Sangat memalukan woh! Anyway, cikgu itu berjaya suruh aku join. Kadang-kadang dia puji pelik-pelik. Apa-apalah. Teacher being a teacher. Sampai aku rasa kadang macam kena harass je boleh? Haha.

Tapi.

Dalam banyak-banyak benda kena paksa itu, aku paling hafal  rukun negara. Sebab semua pengawas kena hafal dan ambil giliran baca ikrar di khalayak masyarakat. Dalam masa yang sama, stage fright pun hilang.

Untung kan?

Motif cerita? Saja_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, May 04, 2016


_Lama sebenarnya.

Sangat lama.

Lama tak buat perkara-perkara berikut (ayat macam karangan SPM). Sekejap.. kena fikir. Tadi macam teringat. Tiba-tiba macam nak terlupa pula. Ha.. oke ingat.

  1. Lama tak main basketball. Demi Allah rindu gila. 
  2. Lama tak main paintball. Sangatlah rindu. Kenapa tah aku suka main game yang macam ala-ala mencederakan diri sendiri. Sebenarnya best juga kena tembak itu. Lebam bagai. Rindu nak rasa semua itu semula.
  3. Lama tak pergi join outing photography. Rindu teramat. Sekarang nak aim travel photography. Dengan harapan one sweet day nanti aku boleh jadikan itu sebagai kerjaya. Sangatlah passion jiwa dan raga.
  4. Lama tak turun kelas silat Jalan Kent. Gila babas terlalu rindu. Rindu nak bertempur. Rindu nak jadi crook. Tak pun jadi hero. Sambil belasah crook di atas papan sekeping. Rindu gila seh. Takut lupa je semua steps ini. Haih...
  5. Lama tak anyam ketupat. Serius super rindu. Kena tunggu setahun sekali anyam. Sangatlah teramat rindu. Aku harap kalau ada yang teringin nak makan ketupat itu boleh suruh aku anyam. Aku sudi je. Free pun tak apa. Sebab gian nak menganyam.  
  6. Lama tak tulis karangan. Sejak sekolah rendah memang minat menulis dan Sastera itu suka terpacul secara tiba-tiba. Tapi selalu juga kena 'writer's block'. Macam tiba-tiba blank tak tahu nak tulis apa. 
Lain-lain?

Entah... itu je kot yang aku rindu teramat_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, May 03, 2016


_Tak tahulah nak rasa lawak ke tidak.


Kadangkala.

Eh, bukan kadangkala. Kebiasaannya... kalau ada makhluk asing call mesti cakap kasar-kasar ala-ala brotherhood. Tapi sebaik saja dengar suara makwe di hujung talian, terus terkedu dan cakap dengan nada sopan pitching paling rendah. 

Fine. 

Aku tahulah nama pendek aku bunyi macam maskulin braderhood.

Kan.. kan. Sebab itu selalu sangat dikecam sebagai lelaki. Dari zaman IRC, Myspace, Friendster dan Facebook kebiasaannya semua sembang kencang sebab ingatkan aku laki. Nampak sangat coolness eh bukan coolness... nampak sangat kental betul bahasa jiwa bangsaku kan.

Tak apalah. 
Redho sajalah kan... kan. 
Sekurang-kurangnya tak adalah yang kacau... kot.

Tak tahulah nak rasa lawak ke tidak_

Sambung baca...

Kategori:

Saturday, April 30, 2016


_Lama rasanya.

Sejak tahun 2000.

Sampai la ni. Tahun 2016. Nampak tak kalau dibundarkan sudah menghampiri 2 dekad. Lama tak lama jugalah. Boleh tahan lamanya. Entah sudah jadi satu komuniti. Atau pula hakisan demi hakisan. Entah sudah nipis tara mana.

Perihal apa?

Gastrik ni ha. Tapi dah ada penawar insyaAllah. Cari soda bikarbonat. Bukan baking powder tau. Sodai bikab. Sodai pulak. Soda. Lepas itu masukkan satu sudu cawan teh ke dalam gelas. Isikan separuh gelas air dan kacau-kacau.

Kemudian, minum.

InsyaAllah kurang. Tak mampu nak minum air kapur bagai. Sebu. Lambat pulak itu lutnya. Kadangkala tak jalan. Kesudahannya soda bikab sajalah_


Sambung baca...

Kategori:

Friday, April 29, 2016


_Senang je.

Nak friendzone kan orang.

Memang permanently archived dalam itu. Tak boleh diupgrade jadi lebih. Kalau nak downgrade boleh. Turun taraf jadi stranger. Atau pun jadi acquaintance. Someone you barely know enough. Ha, itu senang. Sangat... sangat... sangat senang.

Tapi nak melangkah lebih dari friendzone itu susah. At least, aku tak reti nak cross (setakat ini masih rilek je dalam zon ni). Kawan opposite gender yang suka cross. Sebab itu lelaki dan perempuan tak boleh jadi BFF. Susah, bai. Susah nak kontrol nafsu, adam dan hawa. Tapi friendzone tu bagi aku zon selesa. Sangat selesa. Boleh kun anta. Sebab itu susah nak cross. Tak reti pun nak cross cemana.

Tapi.

Kalau cross.

Nanti keluar karen. Sparks. Bintang-bintang di langit dan kejora bak bulan purnama. Bahaya. Sebab tu jangan cross. Kalau ter cross rasa macam sadisnya lahai_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, April 21, 2016


_Customer is not always right.

Sebab customer pun manusia juga.

Dan biasanya customer pun tak tahu apa yang dia nak. Work line sebagai vendor ini memang kena sabar berlipat ganda. Sebab itu aku tak nak masuk mana-mana badan agensi, semi kerajaan atau kerajaan yang jadi customer ini.

Sebab aku tak nak terjebak jadi customer yang konon-konon always right.

Then again, sebagai vendor... act professionally dan sabar jelah sabariah. Biasalah itu kena maki, herdik, umpat keji dan fitnah. Customer memang suka perasan king. Waemah kita semua manusia biasa. Jadi daripada tanah. Yang membezakan kita cuma iman dan amal.

Memang bukan semua customer macam itu.

Tapi segelintir memang macam itu. Vendor pun bukan pak turut. Sekadar act professional dan buat kerja je. Dengan harapan... ikhlas tapi jauh itu ada dalam timbunan kerja yang dilaksanakan.

Aku tak mendoakan apa-apa.

Cuma jangan mendongak ke langit tinggi sangat. Najis burung banyak_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, April 20, 2016


_For some reason, I am picky.

Eceh, nak cakap omputeh saja.

Tak adalah. Tapi memang ada sesetengah perkara kena memilih. Macam pilih kawan, pilih lawan, pilih beg hiking (eh... eh), pilih jodoh (aik?), pilih ais krim (bukan sebat semua ais krim ke?). Ha... benda-benda macam itu memang kena pilih.

Tapi ini aku nak cakap pasal pilih jodoh.

Eh, tak tak.

Pilih kawan. Ha, pilih kawan. Makin lama makin kecik teramat skop kawan ini. Kawan memang beribu-ribu lemon. Tapi nak bersohabat ini yang susah benar nak jumpa. Cuba tengok waktu susah, berapa ribu yang datang. Satu kelibat pun payah kadang. Untunglah kalau ada. Terutamanya kawan yang sentiasa ajak ke arah jalan yang lurus dan benarrrrrrrrr. Macam dekatkan kau dengan Allah pendek katanya.

Ha.. jarangkan jumpa.

Majoriti ajak mencari kegembiraan duniawi awi.

Sebenarnya, motif nak cerita ini pasal benda lain. Ada satu artikel ini cerita pasal kerja vs family. Kerja ini kalau sampai mati pun tak habis. Kalau kena buang kerja pun bukan dia akan ingat kita. Haram tak ada pun. Kalau susah pun, kerja tak tolong kita. Haram tak ada pun.

Tapi family lain.

Buat macam mana gaya pun memang takkan lari. Family sticks together. Always. Susah senang memang akan ada. Sebab darah mengalir sama barangkali. Ye ke? Agaknya. Jadi lepas terbaca satu artikel ini (yang mana aku nak share sebenarnya tapi sebab dah tak jumpa di mana... laju sangat timeline FB)... terus terasa insaf.

Family kena sentiasa nombor 1.
Apa-apa terjadi pun family yang datang hulur tangan dulu.
Apa-apa kondisi pun memang family juga yang terpacul dulu.
Apa-apa yang tersirat di hati pun memang family yang tahu dulu.
Hebat kan family... sebab itu Allah sebut jangan putuskan silatulrahim.

So.

Family, I'm so sorry I'm a selfish person.

I will try to be better next time insyaAllah_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, April 19, 2016


_Entahlah kan.

Tapi aku memang senang betul nak get carried away.

Contohnya macam filem Bourne trilogy. Sangatlah peminat setia filem-filem Bourne. Sampaikan semua lokasi pengambaran Bourne itu aku nak pergi. Berlin. Paris. Czech republic. Greece. Sebab nampak macam best dan cantik dan thrill. Macam dalam filem.

Senang kan terpengaruh.

Benda-benda macam ini senanglah nak terpengaruh. Benda-benda lain susah gila. Semua tak nak ikut. Bukannya apa. Saja. Nak lain dari yang lain. Poyo kan? Memang. Tapi, negara-negara Europe ini tak adalah aku minat sangat nak pergi. Melainkan Amsterdam. Heee...

Senang kan terpengaruh.

Insyaallah kalau ada rezeki nanti_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, April 18, 2016


_Sebulan ke.

Ke 2 bulan entahnya.
Ke 2 tahun entahnya.
Ke 2 minggu entahnya.

Lama juga tinggalkan hiking. Sejak bulan lepas. Sibuk dengan kerja. Lepas itu, sibuk dengan sakit. Lama juga. Sampai rasa lemah seluruh jiwa dan raga bakul. Aku jarang-jarang juga demam teruk. Setahun sekali pasti kena. Sekali kena memang tersungkur menyembah bumi.

Itu yang kena ingat 5 dalam 5.

Sihat sebelum sakit. Berperang sangat dengan nafsu. Kadangkala kalah. Tapi biasanya memang kalah pun. Kalah mati. Tak mampu nak menjelma sebagai Lara Croft. Eh, kejap. Bukan pasal ini. Pasal hiking sebenarnya. Ha, senang betul get carried away.

Hari itu panjat bukit berbatu kapur. Humang aih... memang menggigil kepala lutut dibuatnya. BFF lama datang semula. Gayat bukan main. Aku rasa bila makin lanjut usia ini makin terserlah rasa panik dan fobia segala benda. Tak boleh tinggal hiking ini. Memang tak boleh tinggal.

Ke... kena duduk dalam hutan.

Macam sebulan dua. Baru betul-betul jadi macam Mowgli. Rindu betul nak hiking. Sekarang ini kalau jumpa kawan-kawan, pakcik makcik sedara mara bagai semua tanya soalan sama.

"Bila lagi nak pergi hiking?"

Tak pun...

"Lepas ni nak hiking ke mana pulak?"

Best kan. Tak ada dah tanya bila nak pergi buka masjid. Bila nak makan nasi tomato ke nasi minyak bagai. Syukurlah. Itu yang kita nak. Kah kah kah. Untunglah. Untung sabut tenggelam. Kan... kan... kan. Ha...

Motif cerita ini apa kiranya.

Nak cakap rindu hiking je_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, April 17, 2016


_Pling.

Satu keinginan.
Bukan satu.
Banyak.

Ada dua, tiga, lima, sepuluh, dua puluh satu... lapan. Tapi keinginan paling utama, kembara secara solo. Singgah di mana-mana tempat menarik, duduk melukis, minum chocolate ice blended (amboi, macam ada merata je!) dan menghirup udara segar menikmati ciptaanNya. Dan andai terbit kebosanan, mungkin juga sambil duduk menenung huruf-huruf roman di dalam buku idaman. Sambil mengunyah maksud-maksud tersirat yang berkepul-kepul bersama awan nano.

Berkepul-kepul.
Syiung.
Syy.

Rasanya semakin menginjak usia ini semakin kecil kumpulan teman-teman satu kedamaian. IRC, Myspace, Friendster, MyUitm, WebKL, Fotopages, PSSCM, PSSCUH, PPP UITM, Beserian, Melawatian, Klang Gateian... semua entah ke mana. Haah, semakin memilih. Cuma lekat dengan yang susah bersama. Rangkaian kecil duka bersama.

Kawan datang.
Kawan pergi.
Ya kan.

Teringin sebenarnya mahu kembara solo. Kalau bukan solo, mungkin berduet. Kembara satu purnama, dua mungkin, tiga atau selama-lamanya. Impian menjadi seorang nomad itu masih ada. Insyaallah. Satu hari nanti. Masa itu, mungkin tiba. Mungkin tiada. Rezeki dan izinNya.

Yang aku mampu mengaku, kerja yang dikerjakan sekarang ini bukan kerja idaman dan bukan kerja impian. Cuma sekadar melepaskan kerja di tangga. Dilaksanakan sekadar untuk membunuh masa. Menambah tabungannya. Entah sampai bila. Teringinnya berkelana. Lama-lama. Sini sana.

Melatalah, sang pengkelana_

Sambung baca...

Kategori:

Friday, April 15, 2016


_Ada seorang saudara baru ini.

Tekad sangat.

Baru iqra 4. Dan masih bertatih-tatih mengenal Qolaqolah. Sebutannya. Hurufnya. Bacaannya. Tanda bacanya. Tempat berhentinya. Dan kombinasi ayatnya.

Tapi.

Sangatlah tekad dan tinggi keazaman teringin mahu membaca Al-Quran menjelang bulan Ramadhan ini. Terkesan. Sangat-sangat. Aku yang dah kenal Qolaqolah, hukum tajwid secebis dua, makhraj dan tarannumnya pun masih tidak menyimpan kerinduan dan nawaitu seumpama beliau.

Tak bersyukur sangat.

Allahuakbar, lalai itu masih lagi BFF ku_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, April 14, 2016


_Taklah seronok sangat.

Kelihatan muda 7 ke 8 tahun dari usia.

Kadangkala orang tak ambil serius dengan kita. Kadangkala pandangan kita tak diterima. Kadangkala kita diperkotak-katik pula. Dan kadangkala susah nak terjumpa jodoh juga (aik?). Tapi sekali sekala terasa aura seramnya. Bilamana usia semakin menginjak jauh meninggalkan usia remaja. Yang mana cuma status belia saja.

Tapinya.

Aku rasa aku puas hati dengan zaman remaja.

Puas dengan segala kenakalan, pancaroba, cabaran dan onak duri kenakalan dari gila-gila seorang remaja. Puas jadi manusia. Puas jadi gila. Puas jadi Roy. Dengan keras hatinya. Keras kepalanya. Keras tulangnya (eh?). Dan keras jiwaraganya. Roy... roy, keras hati kau Roy.

Yang aku tau.

Semakin banyak muntahan tulisan, semakin banyak curhat dikeluarkan. Bisu di mulut. Menceceh-ceceh jari melayan ikut. Manusia sukakan perhatian. Memang majoriti semua manusia kekurangan perhatian. Mungkin statistik ini statistik main petik. Tapi sungguh. Manusia dan perhatian itu ibarat simbiosis. Saling memerlukan.

Maka, pointnya?

Yelah, pointnya... bila nak nampak matang ini... bila_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, April 13, 2016


_Sedih juga sebenarnya.

Kalau impian itu dituduh sebagai sesuatu yang sia-sia dan sifar faedahnya.

Tapi biasalah.

Benda-benda macam ini dah jadi lumrah. Sejak kecil. Sejak kenal dunia. Sejak azali pendek kata. Hidup ini memang wajibul ghunnah belajar dari jalan yang susah. Negatif sokongan. Sebaldi kutukan. Discouragement orang putih kata. Sokongan padu pun tidak. Sokongan biasa lagilah tidak.Ikut kepala sendiri saja. Ikut ketekadan sendiri. Dan keazaman sendiri. Huh, macam moto dan rukun negara je bunyinya.

Apa-apa pun.

Lebih berbaloi dan terasa special sebenarnya kalau benda-benda macam ini berjaya di atas tapak kaki sendiri. Di atas curahan sebaldi peluh sendiri. Dan di atas tulang empat lima enam kerat sendiri. Takpelah. Tepuk bahu kiri kuat-kuat... "It's gonna be ok".

Fight your own battle... alone.
Fightlah dengan segala apa yang ada.
Dan fightlah selagi kudrat masih terdaya.

Huzaimatus, kau adalah support pillow terbaik untuk kau sendiri_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, April 06, 2016


Hai, encik jodoh_

Saya tak tahu bila kita akan berjumpa. Mungkin di dunia. Mungkin di akhirat. Mungkin tidak langsung. Wallahualam. Rahsia Dia. Saya tak tahu. Awak pun tak tahu. Tiada siapa yang tahu melainkan Dia yang Maha Mengetahui.

Tapinya.

Ada sebenda... dua... tiga... empat... lima saya nak beritahu. Mungkin awak dah tahu. Mungkin juga awak tak tahu. Dan barangkali mungkin awak tak perlu tahu. Atau tak patut tahu. Apa-apa pun dengarkan dan layankan sajalah ya.

  1. Saya ini teramat independent. Jenis belikari sendiri. Terlalu belikari. Bukan sombong dan berlagak. Tapi saya memang dah biasa belikari sendiri. Harap dapat adapt. Orang selalu cakap saya berlagak. Tapi tak. Sedih tau. Huu....
  2. Saya tak romantik. Saya tak suka 24 jam bergayut di telefon mahupun SMS atau pun whatsapp. Rimas. Awak tak perlu tahu lokasi saya 24 jam sehari. Harap awak dapat adapt. Orang selalu cakap saya ini keras dan tak ada perasaan. Sedih tau. Huu....
  3. Saya tak suka benda-benda mewah. Saya suka bersusah-susah dahulu. Kalau makan sekali pun kita belanja sama-sama. Tak perlu nak gentleman sangat asyik bayarkan saya. Saya pun nak kaya juga. Harap awak dapat adapt. 
  4. Saya tak suka bunga, barang kemas, handbag makwe dan alatan make-up. Barang-barang gegurl ini saya tak minat. Kalau barang outdoor itu lain cerita. Daripada handbag lebih baik rucksack 80 liter. Best kan. Ha...
  5. Saya takut dengan kucing atau binatang-binatang lain yang berbulu. Saya geli pegang badan lembik-lembik dan berbulu ini. Tapi kalau awak suka kucing, saya akan cuba adapt walaupun takut separuh mati. Harap boleh berBFF dengan kucing itu. Ha... sweet tak.
  6. Kalau saya berdiam diri, tandanya saya marah atau saya tak suka. Mungkin awak pun nampak saya ini macam batu. Tak ada perasaan. Tak ada respon bagai. Kawan-kawan saya pun fikir macam itu. Tak apalah. Batu pun batulah.
  7. Saya ini simple je. Saya tak kisah kalau nak makan tepi jalan mahu pun tidur atas lantai berbantalkan lengan awak. Backpacker sejati. Ala-ala gelandangan. Haa... 
  8. Saya tak kuat makan. Awak tak payah nak spend duit banyak-banyak. Membazir. Kadang-kadang saya makan sikit. Eh, bukan kadang-kadang... memang selalunya. Jadi tak payahlah nak naik marah kalau saya tapau makanan itu atau pun saya tak habis. Paling best yang awak boleh tolong... makankan saja sampai habis ye tak. Tapi saya hantu ais krim dan coklat. Dessert saya boleh temankan awak makan. Sushi pun.
  9. Saya kepala angin. Senang tukar mood kurang dari 1 saat. Senang tukar fikiran juga kurang dari 1 saat. Terlalu fleksibel. Tapi saya sangat degil. Kalau saya rasa tak best, saya tak nak ikut atau dengar.
  10. Saya kaki travel. Tahap low budget backpacker. Saya suka hutan. Saya sukakan benda-benda yang rare, adventure dan gila-gila. Sekali-sekala saya harap dapat main basketball dengan awak. Dan paling penting pergi hiking sekali. Kalau boring mungkin boleh main futsal sekali. 
  11. Saya suka benda-benda yang unexpected. Kejutan dan sebagainya. Saya harap awak pun macam itu juga.
  12. Kalau saya stress atau sedih atau naik marah, saya akan cuci toilet. Kalau awak nampak saya macam itu awak bagi saya ais krim je pun dah cukup. Insyaallah laju gila saya cool down. Paling teruk pun ambil berbiji-biji ais batu dna letak atas kepala saya.
  13. Saya hantu buku dan gilakan alatan melukis. Tempat shopping saya adalah kedai buku, kedai IT dan kedai stationeries. Ha, kedai outdoor adalah tempat shopping terbaru saya. Saya tak suka beli baju. Kalau baju bundle atau murah-murah je saya suka, Untungkan. Ha...
  14. Sekali sekala saya akan jadi gila-gila dan nakal berganda. Harap awak bertabah dengan saya.
  15. Saya tak suka makan luar. Saya suka main masak-masak. Harap kita dapat masak sama-sama. Aw... yak ak aw sangat.
Pelik ke? 

Tak pelik pun. Orang selalu cakap saya ini pelik. Tapi pelik itu sebenarnya normal. Saya tak pelik. Saya cuma limited edition.3 juta dalam seribu.

Sekian saja untuk awak di sana_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, March 06, 2016


_8 juta kali dah aku buat.

Memang jodoh dengan ENFP.

Hebat juga analisis mereka. Lebih kurang 90% dah tepat dah dengan diri sendiri. Bolehlah nak kenal diri sendiri ini macam ini rupanya.

"ENFPs are fiercely independent, and much more than stability and security, they crave creativity and freedom."

Tentang ENFP

Free spirit.

Pendamba kebebasan. Macam burung merpati. Tapi tak berapa suka bersosial. Reti memang reti tapi penatlah lepas tu. Aku rasa ENFP ini golongan yang suka jadi trend setter. Mereka suka sesuatu yang original. Sesuatu yang limited-edition. Being a limited-edition person.

Anyway.

Malas nak tabur serbuk-serbuk perisa berkaitan ENFP ini. Jengok-jengoklah sendiri. Kalau nak mencuba tengok jenis personaliti anda bolehlah ke pautan berikut.

Free Personality Test

Selamat berpesonalitilah kita_

Sambung baca...

Kategori:

Saturday, March 05, 2016


_Satu dekad rasanya

Eh tak, lebih lagi.

Sejak tahun 2000 kena gastrik. Sampailah sekarang. Pemangkin gastrik ini pun saban tahun memang bertukar. Sekarang ini kalau makan benda pedas dan terlebih makan memang lajulah kena menonggeng malam-malam. Dia punya senak pedih itu sampai ke tulang vertebrata ke 7.

Paling teruk aku pernah kena masa itu gastrik lepas itu kena senggugut. Double attack, beb. Memang kesudahannya aku pitam. Sebab blackout tiba-tiba. Tahu-tahu je dah terlentang di lantai surau. Pergh, tak boleh cakap dia punya sakit itu. Ubatnya selawat cuma. Tapi sekarang ini aku dah jumpa penawar terbaru yang laju sikit.

Soda... ais krim soda.
Eh, tak soda bikarbonat.

Satu sudu teh soda bikab ini ditambah ke dalam segelas air, minum dan kacau. Kaching... macam minum Eno je rasa dia. Boleh blahlah juga kalau nak telan. Dalam setengah jam kemudian insyaAllah asid hijau yang tidak keruan di dalam perut itu akan bertenang.

BFF sangat soda bikab ini.

Tak adalah kena makan ubat kapur lagi. Kembang tekak kunyah-kunyah dah hisap ubat kapur. Ini semua gara-gara nak dietlah itu. Sekat-sekat pemakanan semasa. Itu yang jadi berdarah dinding perut dibuatnya.

Anyway, cubalah eh_

Sambung baca...

Kategori:

Friday, March 04, 2016


Androphobia.

Fobia sangat. Mungkin sebab sejak sekolah rendah selalu kena gangguan seksual. Dia jadi anti sekejap dengan lelaki. Dah masuk zaman universiti oke sikit tapi kadang jadi lagi kronik. Pernah kena jugak gangguan fizikal. Dalam LRT. Dalam komuter. Tengah jalan-jalan.

Koyak mental jiwa dan raga.

Rasanya sebab itu kot. Susah banyak juga nak cari orang yang hilang tulang rusuk kiri ini. Tembok China masih utuh. Makan tahun juga nak runtuh. Semogalah, semoga. Tak janji, tapi cubalah ini.

Syiung_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, March 03, 2016


_Susah juga.

Banyak sangat cita-cita dan impian.

Aku rasa setiap hari dan setiap minggu ada impian baru. Macam budak-budak. Tapi sekarang nekad nak jadi nomad. Samada buat fotografi atau pun jadi tourist guide (aik?) atau pun jadi travel planner (huiyo!) atau pun pengembala kambing (eh... eh?).

Plan gila aku memang banyak.

Setakat ini tak ramai yang ikut. Adalah seorang ini je yang mampu layan plan gila aku. Sebab sama-sama gila. Dua-dua pun singular lagi. Komitmen tak banyak. Senanglah cerita. Kadang-kadang nak travel dari hujung ke hujung. Top list aku sekarang ini, nak ke Trans Balkan. Insyaallah. Entah bila boleh realisasikan plan gila itu. Nak berkelana 2 bulan. Kerja? Confirm-confirm dah tak ada selera, beb.

Plan gila aku memang banyak.

Nak juga invest sikit beli lens banyak-banyak. Impian 5 tahun lepas masih sebati dalam ini. Nak jadi fotojurnalis. Travel sambil ambil gambar. Kerja dengan paper. Best tapi risky. Tapi best. Aku suka kerja yang ala-ala poyo adventure ini. Sekarang rasa nak jadi outdoor consultant. Beli 4WD.  Baru boleh lenjan sakan. Entahkan bila. Insyaallah.

Plan gila aku memang banyak.

Siapa yang sanggup mari sini sembang tepi_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, March 01, 2016


_Aku ada hobi baru.

Asal ke kedai je beli plastik sampah heavy duty.
Asal beli plastik sampah heavy duty je ke kedai.

Extra large. Paling besar habis saiznya. Dah boleh buat koleksi. Sampai penuh dalam bilik ini. Buat masa ini, plastik sampah adalah di antara benda favorite yang aku pegang lama. Banyak gunanya. BFF sangat. Penyambung nyawa tahu.

Memang kumpul segala jenis brand. Setakat ini paling murah dan terbaik kualitinya memang kena beli di NSK Selayang. Rm4.70 je. Murah nak mati. Brand Sekoplas pun mahal gila ah ding dong. Tapi aku beli je. Sebab aku nak tengok brand apa yang paling kental.

Tak ada kerja, kan.

Asal ke kedai je beli plastik sampah heavy duty.
Asal beli plastik sampah heavy duty je ke kedai.


Nak buat macamana kalau ada hobi pelik-pelik macam ini.

Layankan saja_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, February 29, 2016


_Lama aku tak jumpa seorang sohabat ini.

Nona pertama peneman backpacking.

Rasa macam lepas 8 tahun baru tersembang nona-nona. Sama-sama masih punya satu bayang-bayang. Entah bila bayang-bayang kami jadi berempat agaknya. Sembang-sembang nona perihal bayang-bayang tambahan. Merapu-merapu. Merapi-merapi. Tentang nona-nona.

Kalau aku.

Tinggi, berjambang, kening lebat, pandai buat lawak, senyum manis, outdoorian, traveler, boleh memasak, rajin, penyabar, kulit sawo matang dan paling penting boleh jadi imam.

Peh, request macam nak minta kilang keluarkan je.

Itu pasallah tak jumpa lagi. Tak ada kilang berani keluarkan request macam itu. Salah apa adanya. Saja suka-suka ada preferences. Kan. Cuma kena ingat... meminta yang macam-macam ini Allah selalu bagi yang sebaliknya. Sebab He knows best. Tunggulah bayang-bayang lagi satu itu. Muncul tidak itu kerjaNya. JanjiNya semua ada sedia. Sabar selagi terdaya.

Entah bila_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, February 28, 2016


_Ayah cakap aku banyak kawan lelaki.

Pelbagai usia.
Pelbagai jenis.
Pelbagai ragam.
Pelbagai perangai.
Pelbagai gaya hidup.

Tapi satu pun tak terlekat nak jadi ehem ehem.

Entah. Sebab semua kawan. Semua dah masuk dalam Friendzone agaknya. Tak reti nak melangkah lebih. Macam jatuh ke dalam gaung je. Entah apa ada dalam gaung itu. Expect the unexpected eh, orang putih kata. Semak nak fikir. Tak faham. Tak boleh bayang. Malas nak bayang. Nak kena menebas sebab semak sangat.

Jodoh itu ada. Allah dah janji. Cuma mungkin di dunia atau pun mungkin di syorga. Malas nak fikir. Sebab kalau banyak fikir nanti jadi miskin dan susah pula hati itu. Sekaligus boleh menyebabkan fikiran ini jatuh obesiti. Makanya, tenang-tenang saja.

Insyaallah.

Lagi pula, sudah hampir satu dekad umur tetap di takuk itu saja. Nampak sangat aku ini selekeh. Sampaikan orang selalu ingat aku ini student universiti. Halololoh. Kalau tak 25, 26, 27, 28. Itu jelah range umur. Kalau lagi 20 tahun pun umur macam itu juga barangkali.

Untunglah.

Ini orang Melayu kata rezeki_

Sambung baca...

Kategori:

Saturday, February 27, 2016


Panjat memanjat ini seronok tau.

2014, hujung-hujung. Mula dengan FRIM. Aku suka bau hutan, bau daun-daun, bunyi unggas, bunyi air mengalir dan macam-macam lagi. Awal-awal jatuh cinta dengan hutan ini tak ada rasa takut pun dengan makhluk-makhluk lutsinar ini. Malas nak fikir. Mereka pun makhluk Allah pun. Biarlah.

Video hiking ke Gunung Nuang, Langat.

Rasanya mula jatuh cinta dengan hiking ini sebab aku tertengok video itulah. Kawan punya kawan. Masa itu rasa macam super adventure gile best ah ding dong tengok video itu. Macam best betul. Tak tahu nak cakap dia punya best itu. Orang yang ada jiwa hijau-hijau ini saja yang faham barangkali.

2014, November -> Gunung Nuang melalui Pangsun sampai Kem Lolo, Hulu Langat
2014, Disember -> Gunung Nuang melalui Pangsun sampai puncak, Hulu Langat
2014, Disember -> Bukit Saga, Ampang
2014, Disember -> Bukit Broga, Semenyih

2015, Januari -> Gunung Angsi melalui Ulu Bendul, Negeri Sembilan
2015, Januar -> Gunung Ledang melalui Segil, Johor
2015, Febuari -> Gunung Nuang melalui Pangsun sampai puncak, Hulu Langat
2015, Febuari -> Gunung Tahan (Merapoh - Kuala Tahan), Pahang
2015, Jun -> Gunung Liang Timur dan Liang Barat, Tanjung Malim Perak
2015, Julai -> Berbuka puasa di Bukit Panorama, Sungai Lembing, Pahang
2015, Ogos -> Sungai Pisang (Cascading Waterfall dan Flying Awesome), Bentong
2015, Ogos -> Trans Yong Yap, Bubu dan Tok Nenek, Pahang
2015, September -> Gunung Nuang melalui Janda Baik
2015, Oktober -> Gunung Besar Hantu, Negeri Sembilan
2015, Oktober -> Gunung Rajah
2015, Oktober -> Bukit Kutu
2015, November -> Trans Telapak Buruk dan Berembun
2015, Disember -> Kayuhan Basikal dari Sabak Bernam ke Pulau Pangkor

2016, Januari -> Gunung Kinabalu
2016, Febuari -> Trans Batu
2016, Mac -> Gunung Palas, Raub

Coming soon lagi.

Kalau boleh setiap minggu nak hiking. Tapi hiking ini hobi mahal beb. Memang setiap bulan aku buka tabung Travel merangkap untuk hiking sekali. Simpan dengan gigih.

Wishlist eh?

Trans Noring, Trans Jerging, Trans Jelawang, Trans Bintang, Trans Kluang, v1, v2, v3, Trans Inas. Semua jenis rentasanlah pendek kata. Aku tak aim pun G7. Tak minat nak habiskan. Dapat pergi gunung yang rare lagi best. Gunung yang orang tak pergi lagi. Gunung yang memang kena menebas semata-mata nak cari trek. Awesome sangat.

Sebenarnya salah satu sebab aku layan outdoor ini sebab aku banyak fear. Fear of heights. Fear of water. Fear of being alone. Fear of dark. Eceh, semua nak English saja. Ha, fear of a lot of things. Jadi bila kita join aktiviti macam ini secara tak langsung mematangkan diri sendiri. Aku ini jenis super independent. Jadi benda-benda macam ini kena latih diri sendiri supaya terlekat dengan so called ilmu survival ini.

Takut gila sebenarnya join aktiviti-aktiviti berisiko tinggi ini. Kadang kau kena cross sungai yang bapak dalam dan deras. Memang 8 juta kali baca syahadah dan selawat hari-hari setiap masa setiap ketika setiap kali join aktiviti macam ini. Itu belum lagi kau kena cross dan panjat batu berdinding tinggi dan di bawahnya gaung. Dengan beban berkilo beratnya. Satu lagi kena ada daya upaya membawa beban berbelas kilogram. Terhuyung hayang macam gila. Dengan tak mandinya. Macam-macam.

Mampu?
Tawakal je.
InsyaAllah dipermudahkan.

Top wishlist... aku nak jadi nomad.

Satu hari nanti insyaAllah_

Sambung baca...

Kategori: ,

Thursday, February 18, 2016


Hai, 2016_

Rasa macam belajar ABC semula. Tak ingat dah macamana nak menulis. Zaman sekolah rendah dulu sampai sekolah menengah memang kaki mengarang. Entah apa-apa biji butir. Usai dewasa, memblogging pula. Untunglah kalau ada yang membaca. Paling tidak pun diri sendiri yang baca.

Makin berusia ini makin banyak benda nak dikongsi.
Tapi tak terkeluar... jenuh korek-korek pun tak mahu juga.
Lebih bersifat peribadi mungkin... atau tak sudi berkongsi barangkali.

Kadang-kadang runsing gila sebab usia makin jauh berlari ke kaki langit. Tapi bayang-bayangnya masih tetap satu. Entah bila bayang-bayang lagi satu bakal menjelma. Mungkin bukan di dunia. Redho saja.

Cuma yang tetap bestnya... sejauh mana pun tahun melangkah jauh, saya masih insyaAllah kelihatan remaja (muntahlah darah, saya peduli apa). Kadang macam terlupa umur sebenar ini berapa. Tapi kalau dah semua orang bersangka empunya diri ini masih remaja, kadangkala 7 ke 8 tahun lebih muda... nak buat cemana. Kita redha saja. Kan.

Awww_

Sambung baca...

Kategori:

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.