Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, June 09, 2015


DISCLAIMER:
Aku dah karang suku entri ini pada 3 bulan lepas tapi tak habis-habis. Ini baru habis. Maaf oke sebab sangat panjang. Ini lebih kepada nota simpanan sendiri.

Tahun lepas terdetiknya detik ini. 


Detik permulaan hijrah. Detik mendambakan oksigen secara pukal. Detik kempunan bau hutan dan hujan tropika. Hutan tropika sepatutnya (ha, tahu takpe). Dan paling pentingnya... baring beralaskan tanah sambil berbumbungkan langit diterangi suluhan ratusan bintang-bintang bak kejora (helo, macam faham je apa benda kejora itu kan)


Ini antara impian seumur hidup. Jangan pandang enteng. 


2013 hujung-hujung... aktiviti hiking ini tiba-tiba jadi satu kegilaan. Kegilaan aku seorang je. Orang lain tak terlibat. Mungkin sebab kena slow down larian 10k. Patella semakin sugul. Hangguk geleng sepanjang zaman. Memang macam tak boleh pergi jauhlah nampak gayanya patella ini. Maka, ke hiking pulalah kita. Tak banyak sangat yang sempat aku touchdown. Mentah lagi. Budak baru nak up-lah katakan (eh... eh budak ke pun?). Nubis atau pun kubis, orang Bugis kata.


Ke mana je sangat pun kan.


Gunung Nuang via Pangsun (Hulu Langat)

Gunung Angsi via Ulu Bendul (Negeri Sembilan)
Bukit Broga (bukit paling hip pada zaman ini)
Bukit Saga, Ampang
Mount Ophir, Johor (nama Melayunya Gunung Ledang... saja letak English ala-ala LOTR)
Gunung Nuang via Pangsun lagi (boleh jatuh cinta melayan trek Kem Pacat ke Pengasih)

Camping... ini pertama kali dalam hidup. 


Hiking kena bermalam... juga pertama kali. Pasang khemah juga pertama kali. Beristinjak tanpa dinding empat penjuru juga pertama kali. Beristinjak tanpa air lagilah pertama kali. Dan banyak gilalah lagi benda yang pertama kali. Tak terkata kalinya. Entahla dari mana datangnya ketidakwarasan nak bermalam di hutan lebih dari 4 malam. Satu malam pun belum pernah. Aku cuma risau satu benda je... lokasi beristinjak dan bertinja. Lain-lain perkara insyaallah boleh diusahakan. Tetapi lokasi dan cara beristinjak itu ishhhhh belum pernah implement. 

Tak terjangkau dek saraf otak ini. 


Maka, ekspedisi selama 7 hari 6 malam (Merapoh - Kuala Tahan) itu aku gagahkan juga.

The Mountain of Endurance, orang putih kata.
Gunung Tahan, orang Malaysia kata.
Gunung Tak TerTahan... aku kata.

16/2/2015 (Isnin)


Dari TBS kami naik bas ke Gua Musang. Aku rasa musim banjir baru lepas reda masa ini. Dan trek keretapi ke Gua Musang memang masih out lagi rasanya. Sebab itu kami pilih bas (aik? tak ada kaitan).  Mujur perjalanan lebih dari 4 roda ini bermula selepas Twinkle Twinkle Little Star menjelma. Bolehlah rehat panjang sikit sangkanya. Mental tak stabil sangat masa nak pergi ini. Berbekalkan beg 60 liter (baru nak test produk) dan kasut paling mahal seumur hidup pernah beli (baru nak test produk jugak)... gigih jugak aku melangkah ringan ke TBS. Semua sekali 12 orang (4 gegurl), otai belaka melainkan saya.


Bas yang kami naik ini double decker. First time naik bas 2 tingkat. Dapat pula tingkat atas. Mak aih, gayat. Rasa macam tak berapa nak confident. Tawakal je masa itu. Mak ayah sebenarnya tak berapa bagi join benda-benda yang mcam high risk ini. Tapi sebab anaknya kepala batu, degil dan tak reti duduk diam makanya lagi 2 hari nak pergi baru aku dapatkan keizinan. Macam biasalah, memang dapat rintangan hebat. Tapi disebabkan terlalu nak sangat menyahut cabaran, aku gerakkan juga patella ini dengan tenang waemah hati ini dah masuk ICU. Cemas dan kritikal sangat debarannya.


Tak sempat nak training dengan bersungguh-sungguh fizikal ini. Yang aku buat cuma naik tangga 10 tingkat hari-hari sambil usung air 2 liter bersama bag laptop. Seminggu punya disiplin. Gigih gila. Itu je termampu dan tersempat nak buat. Selebihnya memang kita tengok sajalah macamana.


Perjalanan panjang malam itu rasa macam pendek. Tak boleh nak tidur lena. Kejap-kejap terjaga. Tahu-tahu saja dah kena kejut sebab bas nak berhentikan kami di tepi jalan. Betul-betul di tepi jalan yang ada stesen keretapi Gua Musang itu. Sebab bas itu sebenarnya nak ke... aaa er, bukan Kuala Krai. Somewhere di Kelantan yang jauh lagi ke depan (ke? entah). Memang blank gila mental masa itu.


Sampai je situ memang gelap gelita Twinkle Twinkle Little Star maklumlah masa itu macam pukul 2 pagi rasanya. Kami tunggu jip datang dan bawa ke dorm yang terletak tidak jauh dari Taman Negara punya entrance. Murah je dorm itu. Berapa belas ringgit entah. RM15 mungkin. Sempoi pun sempoi. Aku tak ingat berapa banyak double decker dalam itu tapi tempat itu mixed dorm. Masa kami sampai itu pun ada satu group lagi saing baru sampai.


Menurut malim gunung, satu hari mereka akan terhadkan kepada 70 orang (kalau aku tak silaplah sebab macam dah lupa dia bagitahu haritu) untuk setiap kemasukan. Tak boleh masuk ramai-ramai hari-hari. Memang hancur trek dibuatnya. Dan masa itu pula baru lepas musim banjir, jadi sangat ramai group hiker yang memenuhi trek Tahan ini.


Malam itu masing-masing selongkar balik beg dan mula agih-agihkan ration (makanan dan barang-barang perkhemahan). Untuk hari pertama, setiap orang kena bawa extra 5kg. Aku rasa masa itu berat beg aku dah menjangkau lebih dari 10kg. Macam rasa tonggang terbalik nak pikul. Risau sangat. Rasa macam banyak benda tak penting aku nak tinggalkan di dorm itu. Maklumlah first timer nak camping. Hard core pulak itu. Entah apa-apa je benda tak penting aku letak dalam beg itu. Nak tak nak memang kena angkut jugak. Pengajaran ini... pengajaran.


17/2/2015 (Selasa)


Pagi itu lepas azan je aku terus mandi laju-laju. Sebab semua shared jadi rasa macam tak berapa nak selesa. Itu yang cargas je mandi sebelum brader-brader tak berapa nak brader ini bangun tidur. Usai solat, aku test lagi angkat beg itu. Ya Allah hai, memang rasa macam nak menangis. Dahlah cara angkat beg pun salah. Baru tahu nak angkat beg itu kena buka kekuda. Aku ingat silat je ada kekuda. Fuh, tragedi Febuari pun bermula.


Selepas sarap, kami dibawa naik jip itu semula dan menuju ke Taman Negara. Inilah pertama kali duduk di belakang jip sambil menikmati angin bayu. Sangat terbuai-buai. Terkeluar kejap hati ini dari ICU. Tenang sangat masa itu. Sangat terasa seperti di syorgaaaaa. Nikmat senikmatnya. 


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin).


Syiunggg~


Ok, setibanya kami di situ... masing-masing sudah mula bentang tikar dan buka kedai. Setiap barang yang dibawa wajib dideclare. Berapa banyak plastik, makanan, getah, stokin, anak-anak dalaman dan sebagainya. Apa yang dibawa masuk, itu jugalah yang dibawa keluar. Tak boleh kurang. Terlebih tak apa. Kalau terkurang memang kena denda dan tak dapat sijil. Satu orang tak cukup barang, satu team tak dapat sijil. Nangis kan.


Boleh tahan lama juga acara pagi itu. Sampai terik matahari atas kepala. Selepas selesai bagi taklimat kepada kedua-dua kumpulan, kami pun menaiki jip kembali menuju ke Kuala Juram. Perjalanan sejauh hampir 13km yang agak berhabuk dan bumpy itu memang membuaikan. Rasa macam dalam duduk bersempit-sempit itu pun boleh tertidur. Sempat jugalah kami semua berkenal-kenalan. Kenalah kan. Nak hidup dalam hutan sama-sama selama seminggu. Takkan nak jadi kera sumbang menyumbang.


Akhirnya, touchdown Kuala Juram.


Ada anak sungai. Jernih teramat. Dan anak-anak ikan... kelah barangkali. 

Tenang sangat tempat itu. Sangat-sangat mendamaikan.

"Okeee, kita stretching dan warm-up sikit".


Ah, sudah.


Hati yang tenang tadi sudah kembali ke ICU. Seramnya... seramnya. Tak tahu nak expect apa dengan journey ini. Macam redah dan tawakal jelah. Tak dapat nak bayangkan macamana rupa trek Tahan ini. Ada macam Nuang ke entahnya. Orang kata, Nuang itu macam baby Tahan. So, benchmark aku pun Nuang jelah. Sebab Nuang je gunung paling mencabar akal yang aku pernah sampai.


Trek yang kami pergi ini dari Merapoh sampailah ke Kuala Tahan.


Memang macam lebih 70km rasanya nak menghabiskan perjalanan. Nampak tak anak panah kuning bawah ini. Ha, dari situlah titik permulaan permusafiran kami. Dan untuk hari pertama ini target kami adalah Kem Kor. Jaraknya dalam 13.5km lebih kurang.




Selepas ber-wefie dan berdoa mengharapkan sentiasa dalam perlindungan dan peliharaanNya, kami pun memulakan perjalanan. Hati yang sedang di dalam ICU itu masih lagi tetap tidak keluar dari ICU. Bismillahirrahmanirrahim...

"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam!" (As-Saaffaat 37:79)


Berkali-kali melaungkan doa keselamatan itu di dalam hati. Tawakal... tawakal. 


You can do it.


(bersambung)

Kategori: , ,

5 Responses to "Kembara Tahan (Part I)"

azka said :
June 9, 2015 at 9:42 PM
Menarik ni, Gunung Tahan. Saya pun rindu lama dah tak naik gunung. Takde geng.

Mcmn boleh terjebak dengan gunung plak?
azka said :
June 9, 2015 at 9:45 PM
Saya sendiri rasa lagi best menulis kat blog. Kena dgn tempatnya.
June 10, 2015 at 8:35 AM
haaaa terjebak sebab tertengok kawan punya kawan punya video gi Gunung Nuang. Rasa macam osemnya masuk hutan redah sungai. Dia punya feeling tu macam sangatttt... cemana nak cakap eh. Sangat bestla. Sebab saya suka hutan2 kot. Bau daun, pokok, hutan dan bunyi unggas serangga sume rasa macam erti sebuah damai. Haha falsampah sangat.
azka said :
June 15, 2015 at 4:26 PM
Jiwa nature ni. Kena ejas buat rumah tepi hutan lagu ni..hehe

Hutan dara je yang ada lagi semua ni. Bahkan hutan simpan skrg pun takleh harap dah, sebab diteroka kaw-kaw. Lepas ni, penuhkan list naik gunung laa.
August 21, 2015 at 1:51 AM
Byk kan berhutan (bukan berhutang) sbb dgn berhutan, kita byk minsafi diridan lbh dekat dgn Allah, byk ingat Allah, byk bzikir gitew sbb penat, takut dsb. Teruskan part II ye, cik huzai... #kipidap

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.