Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, May 18, 2014


_Kali ini giliran mereka.


Boleh jadi satu hari nanti giliran aku pula.

Hidup bergelandangan. Serba-serbi kekurangan. Mahu mendapatkan barangan keperluan pun memakan seluruh kudrat apatah lagi mahu mendapatkan barangan kehendak hati yang lara. Yang kita ini pula hidup bagaikan tidak pernah cukup-cukup dengan segala yang ada. Sentiasa mahu lebih. Lagi... lagi dan lagi. Yang mana kemahuan itu sudah naik taraf menjadi satu keperluan.

Rasa cukup itu... telah tersasar jauh menghilang.

11 Mei 2014, Ahad.
Jalan Panggong, Kuala Lumpur.

Kelihatan di celah-celah bangunan terdapat beberapa kumpulan manusia berpakaian separa compang-camping menunggu sesuatu. Masing-masing melabuhkan punggung dan duduk memusatkan pejabat pos lama yang tersergam kacak di tengah-tengah Jalan Panggong. Kebanyakannya membawa 'bagpack' berbentuk plastik. Pelbagai saiz. Pelbagai warna. Merah ada. Oren ada. Hitam pun ada.

"Lambat makanan sampai hari ini." Seorang pakcik berbangsa Cina menyapa.
"Haah, uncle. Lambat sedikit. Biasanya pukul 5.30." Aku membalas.
"I dengar mereka datang bawa makanan dari Shah Alam." Pakcik itu menyambung.
"Ye ke? Saya tak tau pula." Aku menjawab lagi.
"U kerja ke belajar?" Pakcik itu bertanya lagi.
"Saya dah kerja, uncle." Aku senyum.
"Company nama apa?"
"Company... em, company kecik je uncle. Kerja computer."
"Government ke swasta?" Tanyanya lagi.
"Swasta, uncle." Balas aku lagi.
"Kerja swasta bagus. Bayar banyak. Tapi senang buang orang."
"Ha, betul tu uncle. Senang buang orang."
"Kerja government ini selamat sikit. Lebih secure. Betul kan?"
"Hehe, ye ke uncle. Saya tak tau."
"Sini selalu sudah bukak meja letak makanan. Dari Shah Alam itu pasal jauh."
"Oo yeke. Tak tau pula."
"Awak ni apa pun tak tau." Akhirnya tercetus kemarahan kecil pakcik itu.
"Hehe. Sorry, uncle. Saya pertama kali datang sini." Terasa berdosa pula jadi ignorant.

Ramah pakcik itu. Berintelektual. Rupa parasnya biasa saja. T-shirt yang telah di'tuck-in', seluar pendek dan sekarung beg plastik yang dipenuhi dengan barangan keperluannya. Dia memang kelihatan biasa. Cuma badannya sedikit kotor dan berbau. Barangkali disebabkan tidur merata dan hidup melarat. Entahlah kenapa beliau bergelandangan. Terpaksa atau itu pilihannya... wallahuam.

Hampir jam 6 petang, makanan pun terhidang. Ramai sungguh sukarelawan yang datang. Bilangan yang bergelandangan juga boleh tahan. Lebih dari 200 orang. Masing-masing sibuk. Sibuk mengambil makanan. Sibuk memberi makanan. Ada yang membawa pakaian terpakai untuk diedarkan kepada golongan bergelandangan ini. Ada yang membawa kotak-kotak kosong sebagai alas tidur mereka. Berlatar belakangkan bangunan-bangunan mewah lain, kelihatan golongan bergelandangan ini sabar membuat barisan menanti giliran untuk menjamah makanan percuma.

Realiti kota raya.

Yang berulang-ulang di Jalan Panggong pada setiap hari Ahad jam 5.30 petang. Pengalaman yang sangat berharga. Terpalit sudah erti sebuah cukup. Hidup secara bersederhana... cuba. Selagi mampu, cuba. Aktiviti ini sebenarnya anjuran Dapur Jalanan KL. Golongan orang muda macam aku, kau dan sesiapa. Yang punya inisiatif untuk bagi makanan percuma kepada golongan bergelandangan ini tanpa penaja mana-mana. Kalau berminat nak hulurkan tangan, turun di LRT Pasar Seni. Jalan terus di bahagian construction yang tak siap itu (port lama Bus Stand Klang) dan belok kanan. Jalan terus sampai hujung jalan dan anda akan nampak sebuah pejabat  pos lama tersergam di situ.

Jadi.

Kalau terasa nak beli sesuatu... negotiate dulu dengan hati.
Ini memang betul-betul barangan keperluan hidup ke?
Kalau tak ada ini memang tak boleh hidup ke?

Kalau betul pun itu keperluan... negotiate lagi sekali.
Betul-betul sangat-sangat ke kena ada benda ini?
Boleh bawa masuk kubur ke pun?

Last sekali, bayangkan satu perkara.

Kita ada rumah, beratap, berkipas dan berhawa dingin.
Mereka ada kotak... cuma.

InsyaAllah kau akan kenal erti sebuah cukup.

Cuba, ok_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, March 06, 2014


_Boleh tahan kasihan juga dengan budak-budak zaman iPad ini.

Kenapa?

Sebab budak-budak ini tak pernah berkenalan dengan permainan klasik lagi tradisional yang kita semua selalu main sewaktu zaman kegemilangan dulukala. Kurang pendedahan agaknya. Mungkin ada yang terdedah tapi boleh kata kebanyakannya tidak.

Main batu seremban (glemer kot Seremban).
Main bola sepak pakai kertas.
Main kapal terbang kertas.
Main cop atau sep tiang.
Main belalang belatuk.
Main getah pemadam.
Jentik penutup botol.
Main lompat getah.
Galah panjang.
Baling selipar.
Konda kondi.
Congkak.
Bola cop.

Kalau nak dimodenkan sikit...

Bingo.
Main Uno.
Main kad Old Maid.
Main kad Happy Family.
Main Saidina atau pun Monopoli.
Main Sahiba (ini permainan apa entah aku lupa).

Osem gile ah ding dong. Rugi... rugi. Kasihan budak-budak zaman iPad ini. Kalau akulah, dah lama aku turunkan ilmu main permainan klasik lagi tradisional ini. Kepuasan melebihi maksimum kot. Dia punya fun itu sangat tip top! Tak boleh lawan dengan Angry Bird dalam skrin sentuh itu, beb.

Ha.

Sebab itulah aku rasa macam nak tukar angin.

Aku nak kerja jadi cikgu PJK_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, January 15, 2014


_Siapa yang minat drama Korea itu mohon tampil ke hadapan.


Duduk bersila sekarang.

Ini nak update tips cara memuat turun drama Korea secara percuma, pantas dan tuntas bahagian kedua. Bahagian pertama boleh didapati di sini. Malangnya ada beberapa laman muat turun yang sudah selamat meninggal dan terkubur. Jadi kita tambah saja yang baru. Kan.

Ok.

Ini (FreeKorDramas) laman terbaik yang dilawati secara daily basis. Kenapa terbaik? Sebab mereka upload episod drama itu secara pantas. Contohnyalah kan, kalau drama itu tayang setiap hari Rabu dan Khamis... hari Khamis itu dah boleh muat turun episod yang ditayangkan pada hari Rabu dan hari Jumaat berikutnya pula sudah boleh muat turun episod yang ditayangkan pada hari Khamis.

Dan sekarang ini drama Korea paling best disarankan tonton... 'You Who Came From Another Star'. Fantastic, babehhh.

Ok, sekarang macamana nak muat turun dari laman FreeKorDramas ini.
  1. Mula-mula klik drama (contoh) yang anda ingin tonton.

  2. Kemudiannya, pilih sumber untuk anda muat turun. Biasanya aku pilih MG (Mega) sebab lebih pantas dan efisyen. ZS (Zippyshare) pun ok juga. 
  3. Lepas itu akan keluar papan iklan. Klik saja 'Skip this Ad'.

  4. Tunggu 5 saat dan tekan 'Skip Ad'.


  5. Seterusnya, tekan saja 'Download' dan tunggu macam biasa. File itu biasanya dalam format .rar.


     
  6. Lepas download, extract pakai zip atau winrar. Klik kanan pada .zip fail tersebut dan pilih 'Extract Here'. 
  7. Dah selesai unzip nanti dia akan keluar episod drama bersaiz kecil dalam format .mkv. Kalau nak tengok format .mkv ini boleh pakai VLC. Kalau tak berjaya juga downloadlah matroska filter untuk VLC itu. Tapi kalau tak boleh juga, google sendiri. Jangan malas. 
Dapat?

Aku harap dapat. Sebab dah bagi instruction yang terang, jelas dan nyata. Kalau tak faham boleh saja tanya pakcik Google. Jangan malas. Jangan malas. Jangan malas. Malu bertanya sesat jalan.

Ok, subtitle pula.
  1. Klik 'Sub-VIKI' atau 'Sub-DF' pada belah kanan sekali.


  2. Nanti akan keluar segala 'Skip this Ad'. Ikut macam langkah di atas.


  3. Kemudiannya nanti akan keluar Box untuk download subtitle. Klik saja 'Download'. Fail subtitle itu dalam format .srt. Boleh buka pakai Notepad.


  4. Pastikan filename episod drama format .mkv itu sama dengan file subtitle itu. 
  5. Lepas itu tontonlah pakai VLC.
Senang je kan?

Dah, sekian_

Sambung baca...

Kategori:

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.