Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, May 01, 2013


_Semenjak Megaupload dan Mediafire kena banned, memang susah jugalah nak mencari sumber memuat turun drama Korea.


Susah tetapi ada saja sumbernya... bersepah. Internet kan tidak berbatas (eh, riak!)

Jadi, aku nak kongsikan beberapa sumber yang aku selalu pakai.

Ini terbaik. Sebab kau boleh muat turun file bersaiz kecil tetapi kualitinya HD. Biasanya satu episod yang berkualiti tinggi dalam 700MB kan? Yang ini kau boleh muat turun pada size 300MB saja. Jauh beza itu. Kemudiannya ada banyak pilihan link untuk memuat turun. Biasanya aku pakai Zippyshare. Terbaik sebab paling tak banyak songeh (tak perlu register dan jadi ahli pun dah boleh muat turun fail secara laju... tak perlu tunggu 2 ke 3 minit). Biasanya aku muat turun pakai Internet Download Manager (IDM). Memang lajulah. Tambah pula dengan Unifi... ahai!

Ini kedua terbaik. Best juga. Kau boleh muat turun koleksi-koleksi drama Korea dan Jepun di sini.

3. Mediumquality.org
Boleh muat turun latest drama dan filem di sini. Layan gak. Tapi sebab saiz failnya besar jadi aku dah kurang muat turun dari sini.

Ok.

Tambahan ^_^

Animeseason.com
Ini antara link yang aku suka dan selalu pakai untuk memuat turun anime. Kira macam kau klik episod 1 kemudiannya dia akan play menggunakan Flash Player. Nanti kau klik saja IDM punya toolbar yang muncul kecil di situ. Dan episod itu akan terus dimuat turun. Laju, pantas dan tuntas. Faham? Ha, lagi satu senang nak tengok anime mana yang paling tinggi ranking. Jadi senanglah kau nak download kan.

Sekarang ini aku tengah tengok Mondaiji-tachi Ga Isekai Kara Kuru Sou Desu Yo. Ala-ala lawan super power. Layan jugalah. Tapi anime terbaik adalah Ao No Exorcist. Aku rekemenkan anda tengok. Best gila! Favorite. Dia pasal anak syaitan yang dibela oleh seorang paderi nak melawan bapa syaitan sebab dia tak nak jadi syaitan macam bapaknya. Pergilah tengok. Best gila kot.

Media.khalstore.com
Adam dan Hawa dari episod 1 sehingga 80 lengkap boleh dimuat turun dari link di atas. Just in case anda ini macam akulah kan yang suka tengok drama atau filem secara berulang-ulang kali.

Kshownow.net/
Aku pernah cerita pasal tips muat turun Running Man kan dulu? Sini kau boleh muat turun Running Man, We Got Married dan apa-apa sajalah variety show yang anda suka layan. Biasanya aku muat turun Running Man dari sini. Di Korea biasanya akan ditayangkan pada setiap hari Ahad petang. Kemudiannya hari Selasa sudah release episod yang dah ada english subtitle. Mantap mereka buat kerja. Anda boleh juga muat turun melalui forum KshowNow mereka. Tapi kena tunggu hari Khamis baru release.

Ha, itu sajalah agaknya.

Selamat memuat turun_

Kategori:

5 Responses to "Tips Muat Turun Drama Korea"

May 2, 2013 at 7:08 AM
Terbaiklah! Dapat tau sumber baru download site. Selalu download dari doramax264 je. File lebih kurang kjdrama. Ok. Sekarang kdrama apa yang best selain Gu Family Book?
famia huzaimatus said :
May 2, 2013 at 8:26 AM
Haha. Memang Gu Family Book je terbaik sekarang ni. Lain-lain itu macam melodramatik (Man loves a woman ke apa tah tajuknya) dan historical drama (kim ta hee punya drama terbaru). Tak berapa best ^_^
mr azka said :
May 3, 2013 at 8:32 AM
amboi istiqamah betul donlop :)
famia huzaimatus said :
May 8, 2013 at 12:20 PM
haha. tang tu je istiqamah. memang tak boleh blah.
Siti Nurhuda Husna Zulkarnain said :
May 17, 2013 at 4:37 PM
Woww thanks sis! Dulu pernah download dekat jieazz lepas tu web tu macam dah tak wujud je. Ada pape drama best tak nak direcommend? :D

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.