Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, May 08, 2013


_Mak aih, berbulan-bulan keguguran nafsu menulis.

Aku karang cerita di bawah ini semasa bulan Januari yang lepas. Kau boleh bayanglah betapa pekasamnya artikel ini kan. Nasib baik belum masuk 6 bulan. Fuh. Ini pun aku lansamkan semua dalam satu cerita. Sebab aku tak pasti rajin itu mampu datang balik.

TETAPI...

Memandangkan gambar-gambar semasa di sana teramatlah banyak, jadi aku akan post cerita-cerita ini mengikut bahagian-bahagian yang sepatutnya. Muntah kot tengok gambar banyak gila. Tak boleh blah. Sikit-sikitlah ek. Konsep teaser kononnya.

Ok, bahagian pertama.

* * *

Kembara beberapa bulan lepas sampai juga ke Seoul.

Bila?

28 November 2012 - 5 Disember 2012

Musim luruh memang sudah hampir luruh. Musim sejuk pula yang datang menjenguk. Persediaan menghadapi kesejukan yang terlampau di Seoul memang biasa-biasa saja. Tak banyak pun yang diusung ke sana. Yang dibawa cumalah sekeping hati dibawa belayar, sekeping jaket, sepeket serunding, 3 peket lauk segera Brahim, 4 helai t-shirt dan kawan-kawannya.

Ah, macam biasalah... ini adalah kembara 80 liter.

Masih lagi mengusung beg liter Deuter tiruan. Kali ini muatan beg itu cuma seberat 6kg saja. Saja aku ringankan muatan. Sebab ada sedikit nawaitu yang tersembunyi jauh di dalam sudut 45 darjah hati. Nawaitu semasa di Seoul nanti.

Ok.

Penerbangan dari Malaysia ke Incheon adalah selama 6 jam 30 minit. Biasanya jadual penerbangan ke Incheon ini pepagi hari. Lebih kurang pada jam 8:50 pagi, kami bertolak ke Incheon. Mujur Korea Selatan tak macam Australia dan New Zealand. Tak ada  restriction apa-apa pun. Kira macam kalau nak bawa makanan itu tak ada masalahlah. Asalkan berbungkus molek.

Ini borang yang kau kena isi dan hantar sebelum melepasi imigresen mereka.




Trip kami ini 8 hari 7 malam.
5 malam di Myeondong.
2 malam di Jeju.


Hari ke 1 (28/11/2012)

Jam 4 lebih petang, Incheon International Airport.



Touch down.

Lapangan terbang Incheon memang setaraf KLIA. Cantik kot. Aku rasa best sikit dari KLIA. Eh, tak. Best banyakkkkk sangat. Internet dia laju. Kedai-kedai sangat banyak. Escalator yang mendatar itu pun banyak. Bersih pula. The best airport in the world since 2005 until 2012. Dapat award selama 7 tahun berturut-turut itu.

Hebak... hebak.

Ha, dari Incheon airport nak ke Myeondong itu kami naik Airport train (AREX). Selepas selesai mengutip beg, kami cari papan tanda Airport Train. Sebelum itu jangan lupa singgah ke GS25 mart di bawah itu dan beli kad T-Money. Ala, macam kad Touch n Go. Harganya dalam KRW2500 (~RM7). Kami top-up kad itu sebanyak KRW20,000 (~RM56) untuk kembara Kimchi 80 liter ini. Memang insyaAllah cukup untuk seminggu. T-money ini kau boleh pakai juga untuk bayar barang-barang di GS25 mart dan di mana-mana mart yang accept T-money ini.

Senang kan?

Ada GS25 mart di hadapan kaktus ini. Mungkin kalau kau datang nanti dah jadi pokok lain, GS25 itu memang akan tetap berada di situ.

 

Lepas itu, kami ambil Airport Express (AREX) untuk ke Seoul station. Pakai kad T-money juga. Perjalanannya lebih kurang selama 45 minit. Naik AREX ini macam naik Putra LRT. Cuma tren mereka lebih luaslah. Tersengguk-sengguk kami dibuatnya akibat kepenatan. Sejuk pula itu. Tapi sebab dah pakai baju tebal siap-siap, aku rasa suhu masa itu biasa-biasa saja (eh... eh riak).

Subway train.

Kalau kau tengok peta tren mereka memang pening. Ada dalam 13 lines kot. Kali pertama aku tengok peta itu memang jadi cuak habis. Sebab tak faham macamana nak baca. Biasalah aku kan buta banyak dalam membaca peta. Tren mereka ini undergroundOld school. Lepas itu silingnya tinggi. Dalamnya luas. Orang-orangnya pun berpusu-pusu nak naik tren. Agaknya sebab itu hari bekerja barangkali.

Kalau kau turun eskalator, pastikan anda berada di lane kanan sebab lane kiri itu untuk orang turun laju-laju. Terbalik dengan eskalator kita. Situ lane laju adalah lane kiri. Kalau kau lembab berdiri terpacak di lane kiri memang selamatlah kena marah dengan ahjuma (makcik) dan ahjussi (pakcik) nanti. Tidaklah kene maki. Cuma mereka akan berdehem sampai nak terkeluar anak tekak. Hidup mereka memang touch n go - Live in a fast laneman.



Ok.

Dari Seoul Station pula ambil subway Line 4 (eh ke Line 2 entah) untuk ke Myeondong station untuk sampai ke Zaza Backpackers Guesthouse. Guesthouse ini selesa. Sangat selesa. Semua facilities lengkap disediakan. Yang menguruskan guesthouse ini pun student university. Muka pun macam pelakon lelaki Korea. Boleh berbahasa English. Jadi tidak perlu risau. Kalau tak faham, lukislah.

Senang bukan?



Interior design di bahagian dalam memang seakan-akan rupa istana lama. Menarik kot. Klasik. Ada 2 bahagian sebenarnya guesthouse Zaza ini. Kami ditempatkan di cawangan kedua yang berada lebih kurang 8 minit perjalanan kaki dari HQ. Yang kedua ini lebih best sebab ada pantry 24 jam. Bolehlah  masak apa-apa pada tengah malam kalau kebuluran (macam kami).







Jalan-jalan menghirup oksigen di sekitar Myeondong. Sejuk gila nak mati weh! Kalau bernafas ke bercakap ke memang keluar kabut ribus dari mulut. Jakun jugalah. Selalu tengok dalam tv saja. Oh, ya... pastikan kau bawa ke mana-mana peta dunia laluan Subway di sekitar Seoul ini. Senang nak berjalan sebab ada hala tuju. Tidaklah nanti tak tentu hala jalan bersepahnya.



































Kelabu mata kot tengok barang-barang yang terjual di kiri dan kanan jalan.

$$$$$ boleh melayang dengan laju.

Aku lupa nak bagitahu. Memandangkan musim sejuk dah menjengah, jadi suhu di sana boleh tahan gila juga. Makanya, setiap hari kena pakai dalam 4 ke 5 lapis t-shirt lepas itu pakai baju sejuk yang berkait pastu bahagian luarnya pula jeket panjang tebal. Kau boleh bayanglah betapa banyaknya 'kulit' aku. Suhu pada siang hari memang single digit. Kalau malam hari pula sah-sahlah dah jadi negatif. Mata pun merah-merah menahan angin sejuk.

Tak boleh tahan.

Hari ke dua, tunggu ya_

Kategori: ,

2 Responses to "Kembara Kimchi 80 Liter (Bahagian 1)"

Sham Hassan said :
May 10, 2013 at 6:17 PM
salam F/HSZ

memang hebak ICN ni...patut aar slalu dapat award dari Skytrax tuh. :)

subway line pong nampak hebak dan berserabut macam kat negara2 omputih! mmg cuak giler bila first time bukak tube map yg berserabut macam ni kan! :)


key chain? fridget magnet? takdok ke? keh keh keh..
famia huzaimatus said :
May 16, 2013 at 7:22 PM
waalaikumsalam wbt. Hehe. Seoul ini agak bersih dan terasa selamat. Pergi 8 juta kali pun tak bosan. Haha. Suvenier takde ^_^

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.