Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, December 31, 2013


_Lari 10 tapak saja sudah jumpa tahun 2014. Pantas. Sedar dan memang sentiasa sedar, Allah lanjutkan lagi umur. Ho, laju gila.


Ha, cakap apa?

Alhamdulillahhhhhhhhhhhhh.

Blog ini kan, lama kan tak menulis. Aku rasa macam nak tutup blog ini. Sebab dah malas nak maintain. Nanti tengok macamana. Banyak lagi benda lain yang nak kena istiqamah. Lagi pula, setiap patah perkataan yang mengarut dalam blog ini patut dipertanggungjawabkan. Macam kasihan gila dengan anda semua sebab baca benda yang entah apa-apa (baru lepas kena siram setitik keinsafan dan kesedaran).

Tengoklah ek. 

Andai jari dah berhenti berlari, keluarlah nanti 'This blog is no longer exist'. 

2014, rapatkan saf.

Aku harap tahun yang mendatang ini dipenuhi dengan rahmat dan barakahNya. Mari jadi Muslim yang baik dengan beramai-ramai.

Alif, lam mim_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, October 08, 2013


_Ok, iklan.

New Straits Times KL Fabulous Food Hunt 2013 is back... 26 October 2013.
































Aku dah masuk yang tahun lepas punya. Jadi... macam tak sanggup nak masuk lagi. Penat weh nak makan. Portion besar dan banyak. Tapi memang best. Macam Amazing Race. Kau kena ke sana dan ke sini naik LRT. Kemudian kena cari lokasi-lokasi kedai yang dimaksudkan. Pendek kata kena familiar dengan tempat itulah. Dulu lokasi-lokasinya di Bangsar, Setiawangsa, Taman Melati, Kampung Baru, Central Market dan KL Sentral.

Tahun ini di Dataran Merdeka pula.

Jadi kalau anda berminat nak mendaftarkan diri, mohon dapatkan suratkhabar NST dan kerat borang pendaftaran di situ ok. Kena daftarkan diri by 11 Oktober ini ok. Selamat mencuba!

Go...go_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, October 08, 2013


_Hai.


Mereka sihat?
Anda sihat? 
Aku sihat... kot.

Huish, gilalah. Macam sudah 8 tahun tak menulis. Aku sibuk sebenarnya (ini memang alasan). Sibuk membina tisu-tisu badan yang sudah semakin berkurangan. Sibuk juga melatih akal supaya merempit dengan lebih pantas. Dalam erti kata lain, sibuk menjadi seorang ahli sukan (ini semua poyo).

Tapi kan.

Joging.
Marathon.
Walkathon.

Best sebenarnya. Mengecut dan mengembangkan otot sambil memuji ciptaanNya. Memang awesome. Anda patut cuba. Aku buat target kononnya. Tercapai ke tidak, kita tengoklah macamana (muahaha). Letak jauh-jauh dulu. At least, start first. Setiap bulan sekurang-kurangnya patut join satu marathon. Setiap hari pula kena jogging sekurang-kurangnya 3 km. Jadi kalau seminggu boleh dapat 21km. 

Hah, angan-angan Mat Jenin tak?

RM2.10.

Kan? Sejak harga minyak naik ini, aku pun jadi malas nak isi minyak. Kalau dah malas nak isi minyak terpaksalah menapak ke tempat kerja kan. Nasib baik jarak dari rumah ke tempat kerja tidak lebih dari 3km satu arah. Kalau pergi balik memang tercapai dah target 3km sehari itu. Memang boleh terbakar segala lemak-lemak tepu yang tak larut air itu. Jadi, bersyukurlah sebanyak-banyaknya dengan kenaikan harga minyak ini.

Syukorlahhhhh.

Ok, dah.
Aku nak bagi tips sebenarnya.
Panjang sangat pula mencecehnya.

Ada 2 websites yang anda boleh ikuti kalau nak cuba berkecimpung di dalam arena 'melentur otot biarlah dari lemak perut'. Mari kita sama-sama saksikan.


Biasanya setiap bulan ada beberapa jenis marathon di pelbagai lokasi. Jadi anda bolehlah pilih mana-mana aktiviti yang anda berminat. Aku selalu pilih area KL dan Putrajaya sebab itu saja yang mampu tercapai dek patella. Cubalah Fun Run 5km dulu. Lepas itu bila dah seronok anda boleh cuba 10km. Dan kalau dah semakin hebat bolehlah ambil 21km (fuh, boleh tercabut tapak kaki dan jantung).


Ini pun lebih kurang macam Hooha. Marathon pertama yang aku masuk 10km lari di sekitar Bukit Jalil. Tepi highway. Memang gila ah dingdong. Disebabkan lari pakai kasut murah (belas-belas ringgit), tapak kaki jadi sangat sakit dan melecet. Lepas lari memang tapak kasut itu jadi panas gila, nipis dan haus terus. Memang injured teruk sebab masa itu practice lari pun seminggu sekali atau dua minggu sekali saja. Jadi memang padan mukalah dapat kecederaan yang berlipatganda. Ingat, jangan tiru macam saya.

Hah, itu sajalah laman-laman yang aku nak kenalkan (dua je pun).

Tips Lain
  1. Dapatkan kasut yang bersesuaian. Buat investment. Beli kasut yang sedap untuk kaki anda. Mengikut terjemahan otak aku, sedap bermaksud mahal. Faham-faham sendiri ok. 
  2. Practice makes perfect. Rajin-rajinlah berlari-lari anak selalu. Longgarkan segala otot di seluruh badan. Tidaklah otot itu terkejut macam aku kena dulu. Tak pasal-pasal esoknya nak pergi kerja kena jalan macam ketam.
  3. Minum air sebanyak mungkin. Amalkan minum air masak ke air kosong ke air mati ke air mineral ke air neng ke air transparent itu sebanyak mungkin. Banyak ok. Lagi pula, air masak itu adalah salah satu cara untuk anda berdiet. Serius. Cuba lalukan ke esofagus secara pukal hari-hari.
Ok, iklan lain.


Penyertaan masih dibuka. Starting point dan ending point adalah di Wangsa Walk. Jomlah turut serta. Ada Heliza (insyaAllah agaknya). Ada aku (eh... eh bajet artis). 

Amacam?
Mari sahut cabaran.
Kita jumpa di sana... di sana... di saaaaa... na.

Selamat mencuba_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, August 29, 2013


_Skima ayam betul tajuk entri ini. Ah, peduli.

Sekarang ini serba-serbi online. Jual online. Beli online. Teknologi memang memalaskan manusia. Kadang-kadang aku pun terpedaya. Sebab dah malas nak ke mana-mana. Berat bumper jadinya.

Beli online.

Hobi ke? Bukan hobi aku rasa. Habit pun bukan. Hobbit lagilah bukan. Tapi lebih kepada... em, obses mungkin? Bahaya... bahaya. Benarlah bak kata pepatah mana entahnya, "Sekali terjerat selamanya terikat". Va... va... va. Bahayanya memang teramatlah sahih. Cuma kena pandai kawal dan paling pentingnya adalah bijak berbelanja. Eh... eh bijak ke kalau dah obses ini. Tapi aku belum jatuh kategori shopaholic lagi. Alhamdulillah... alhamdulillah.

Ok, ini aku re-promote laman-laman yang aku rasa best. Sebab kawan aku yang promote jadinya aku re-promote semula di sini. Saksama bukan?

Groupon

Siapa tak kenal kan. Dulu aku macam tak fahamlah apa benda Groupon ini. Semak serabut ayam. Banyak sangat iklan sebab aku pergi subscribe ke email. Memang pandai. Sehari selembar benang. Lama-lama nak pecah inbox email itu. Terus tutup akaun. Kecundang. Tak faham konsep beli online sebenarnya. Apa bendalah kawan-kawan aku ini obses bebenar. Pergi kedai beli depan mata lagi best. Aku kan big fan of manual stuffs. So old school. Ditinggalkan zaman.

Tapi sekarang dah kembali melekat ke situ. Barang pertama yang dibeli berharga RM19. Aku rasa benda alah yang sangkut GPS dan letak di dashboard kereta itu. Ha, betullah benda itu yang aku beli. Riki sikit punya lama. Itu yang paling murah aku jumpa. Lepas itu, Groupon hantar ke rumah dengan kotak rasmi mereka. Tanpa caj delivery. Kualiti masih ok dan senonoh. Whoa... terus ketagih buka Groupon hari-hari. Teruk.

Qoo10

Ini pun aku rasa menarik. Cuci mata hari-hari. Barang-barangnya banyak dari China, Korea, Hong Kong tapinya. Murah dan menarik juga. Belum pernah lagi beli di sini. Tapi aku rasa barang-barangnya kenalah dengan selera. Walaupun belum boleh buat testimonial untuk laman ini, aku rasa anda boleh cubalah. Beli barang paling murah dulu. Tengok menarik tak menarik. Dijamin awesome!

GDeal

Haaa, ini aku suka. Sangat. Eh, sepatutnya laman ini duduk atas daripada Qoo10. Ranking tinggi sikit. Harganya agak berpatutan dan memang patut pun. Jadi agak boleh dipercayai jugalah kualitinya. Sebab bukan second hand dijual balik. Cubalah.

MoreDeal

Ini pun menarik. Boleh cuba bagi muka juga. Kalau tak berminat, anda masih boleh browse through barang-barang yang ada. Manalah tahu dari mata turun ke hati ke kan. Terus keluar duit.

Sally Fashion

Ini khas untuk perempuan saja. Kalau aku tak silaplah. Tapi aku rasa aku tak silap. Sebab kebanyakannya baju perempuan saja yang ada. Ini lebih kepada apparel. Jadi jika anda berminat untuk beli baju-baju gaya Korea Selatan bolehlah dapatkan di sini. Adalah juga yang murah. Ada juga yang mahal. Aku cuci mata saja kalau ke sini. Tidaklah nak membelinya. Baik pergi Times Square. Boleh testing terus sebelum beli kan. Murah pun murah.

The PopLook

Ini pun koleksi baju-baju perempuan. Tapi kalau ada jejaka-jejaka di luar sana yang teringin nak belikan baju untuk bini, mak, kakak dan adik perempuan (eh... eh baiknya jejaka itu), bolehlah lawat laman ini. Menarik-menarik juga design-design di sini. Cuma sedikit pricy bagi aku yang tak berkemampuan ini. Baik pergi Times Square. Boleh testing terus sebelum beli kan. Murah pun murah.

MySale

Ha, ini aku install appsnya di handphone. Dan aku rasa murah dan berpatutan jugalah baju-baju yang dijual. Sebab kebanyakannya adalah baju berjenama... eh, bukan kebanyakannya tapi memang semua pun baju berjenama. Tapi dijual dengan harga yang berpatutan dan memang patut. So untuk mereka yang suka beli barang berjenama itu bolehlah dapatkan di sini. Bagi aku harganya memang murah untuk kualiti yang bagus tetaaaaaapi... delivernya bapak mahal. Fuh.

Lelong

Terakhirnya... laman ini. Siapa tak kenal kan. Aku pernah beli Power Bank, Juice blender dan Pencil Case roll di sini. Dari segi kualiti... hm, ikut nasib juga. Power Bank itu aku rasa macam kurang dipercayai sikit beli di sini. Walaupun sangat murah tapi barang itu macam ada defect kadang. You got what you pay pendek kata. Tapi overall, bolehlah. Cuma barang-barang elektronik tak digalakkan beli di sini.

Hah, habis.

Selamat bershopping_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, May 16, 2013


_Ada 2 jenis cuti pada setiap tahun.


Dan 2 jenis cuti ini cuma applicable untuk aku saja.

Cuti jenis yang pertama adalah cu... cu... cuti. Maksudnya ambil cuti yang sangat panjang (lebih daripada seminggu) untuk menghilangkan stress selama setahun bekerja. Kira macam pergi menikmati segala macam jenis ciptaan Allah-lah ini.

Cuti jenis yang kedua pula adalah cu... cuti. Maksudnya ambil cuti untuk sambutan Syawal saja. Beraya sakan konon-kononnya. Ini juga untuk menghilangkan stress akibat terlebih makan selama 11 bulan dalam setahun. Kira macam cuti wajiblah ini.

Dan 2 jenis cuti ini cuma applicable untuk aku saja.

So?

So, aku nak pakai cu... cu... cuti. Kalau ada rezeki jumpa lagi dan insyaAllah aku akan sambung semula Kembara Kimchi 80 Liter nanti.

Cu... cu... cuti_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, May 08, 2013


_Mak aih, berbulan-bulan keguguran nafsu menulis.

Aku karang cerita di bawah ini semasa bulan Januari yang lepas. Kau boleh bayanglah betapa pekasamnya artikel ini kan. Nasib baik belum masuk 6 bulan. Fuh. Ini pun aku lansamkan semua dalam satu cerita. Sebab aku tak pasti rajin itu mampu datang balik.

TETAPI...

Memandangkan gambar-gambar semasa di sana teramatlah banyak, jadi aku akan post cerita-cerita ini mengikut bahagian-bahagian yang sepatutnya. Muntah kot tengok gambar banyak gila. Tak boleh blah. Sikit-sikitlah ek. Konsep teaser kononnya.

Ok, bahagian pertama.

* * *

Kembara beberapa bulan lepas sampai juga ke Seoul.

Bila?

28 November 2012 - 5 Disember 2012

Musim luruh memang sudah hampir luruh. Musim sejuk pula yang datang menjenguk. Persediaan menghadapi kesejukan yang terlampau di Seoul memang biasa-biasa saja. Tak banyak pun yang diusung ke sana. Yang dibawa cumalah sekeping hati dibawa belayar, sekeping jaket, sepeket serunding, 3 peket lauk segera Brahim, 4 helai t-shirt dan kawan-kawannya.

Ah, macam biasalah... ini adalah kembara 80 liter.

Masih lagi mengusung beg liter Deuter tiruan. Kali ini muatan beg itu cuma seberat 6kg saja. Saja aku ringankan muatan. Sebab ada sedikit nawaitu yang tersembunyi jauh di dalam sudut 45 darjah hati. Nawaitu semasa di Seoul nanti.

Ok.

Penerbangan dari Malaysia ke Incheon adalah selama 6 jam 30 minit. Biasanya jadual penerbangan ke Incheon ini pepagi hari. Lebih kurang pada jam 8:50 pagi, kami bertolak ke Incheon. Mujur Korea Selatan tak macam Australia dan New Zealand. Tak ada  restriction apa-apa pun. Kira macam kalau nak bawa makanan itu tak ada masalahlah. Asalkan berbungkus molek.

Ini borang yang kau kena isi dan hantar sebelum melepasi imigresen mereka.




Trip kami ini 8 hari 7 malam.
5 malam di Myeondong.
2 malam di Jeju.


Hari ke 1 (28/11/2012)

Jam 4 lebih petang, Incheon International Airport.



Touch down.

Lapangan terbang Incheon memang setaraf KLIA. Cantik kot. Aku rasa best sikit dari KLIA. Eh, tak. Best banyakkkkk sangat. Internet dia laju. Kedai-kedai sangat banyak. Escalator yang mendatar itu pun banyak. Bersih pula. The best airport in the world since 2005 until 2012. Dapat award selama 7 tahun berturut-turut itu.

Hebak... hebak.

Ha, dari Incheon airport nak ke Myeondong itu kami naik Airport train (AREX). Selepas selesai mengutip beg, kami cari papan tanda Airport Train. Sebelum itu jangan lupa singgah ke GS25 mart di bawah itu dan beli kad T-Money. Ala, macam kad Touch n Go. Harganya dalam KRW2500 (~RM7). Kami top-up kad itu sebanyak KRW20,000 (~RM56) untuk kembara Kimchi 80 liter ini. Memang insyaAllah cukup untuk seminggu. T-money ini kau boleh pakai juga untuk bayar barang-barang di GS25 mart dan di mana-mana mart yang accept T-money ini.

Senang kan?

Ada GS25 mart di hadapan kaktus ini. Mungkin kalau kau datang nanti dah jadi pokok lain, GS25 itu memang akan tetap berada di situ.

 

Lepas itu, kami ambil Airport Express (AREX) untuk ke Seoul station. Pakai kad T-money juga. Perjalanannya lebih kurang selama 45 minit. Naik AREX ini macam naik Putra LRT. Cuma tren mereka lebih luaslah. Tersengguk-sengguk kami dibuatnya akibat kepenatan. Sejuk pula itu. Tapi sebab dah pakai baju tebal siap-siap, aku rasa suhu masa itu biasa-biasa saja (eh... eh riak).

Subway train.

Kalau kau tengok peta tren mereka memang pening. Ada dalam 13 lines kot. Kali pertama aku tengok peta itu memang jadi cuak habis. Sebab tak faham macamana nak baca. Biasalah aku kan buta banyak dalam membaca peta. Tren mereka ini undergroundOld school. Lepas itu silingnya tinggi. Dalamnya luas. Orang-orangnya pun berpusu-pusu nak naik tren. Agaknya sebab itu hari bekerja barangkali.

Kalau kau turun eskalator, pastikan anda berada di lane kanan sebab lane kiri itu untuk orang turun laju-laju. Terbalik dengan eskalator kita. Situ lane laju adalah lane kiri. Kalau kau lembab berdiri terpacak di lane kiri memang selamatlah kena marah dengan ahjuma (makcik) dan ahjussi (pakcik) nanti. Tidaklah kene maki. Cuma mereka akan berdehem sampai nak terkeluar anak tekak. Hidup mereka memang touch n go - Live in a fast laneman.



Ok.

Dari Seoul Station pula ambil subway Line 4 (eh ke Line 2 entah) untuk ke Myeondong station untuk sampai ke Zaza Backpackers Guesthouse. Guesthouse ini selesa. Sangat selesa. Semua facilities lengkap disediakan. Yang menguruskan guesthouse ini pun student university. Muka pun macam pelakon lelaki Korea. Boleh berbahasa English. Jadi tidak perlu risau. Kalau tak faham, lukislah.

Senang bukan?



Interior design di bahagian dalam memang seakan-akan rupa istana lama. Menarik kot. Klasik. Ada 2 bahagian sebenarnya guesthouse Zaza ini. Kami ditempatkan di cawangan kedua yang berada lebih kurang 8 minit perjalanan kaki dari HQ. Yang kedua ini lebih best sebab ada pantry 24 jam. Bolehlah  masak apa-apa pada tengah malam kalau kebuluran (macam kami).







Jalan-jalan menghirup oksigen di sekitar Myeondong. Sejuk gila nak mati weh! Kalau bernafas ke bercakap ke memang keluar kabut ribus dari mulut. Jakun jugalah. Selalu tengok dalam tv saja. Oh, ya... pastikan kau bawa ke mana-mana peta dunia laluan Subway di sekitar Seoul ini. Senang nak berjalan sebab ada hala tuju. Tidaklah nanti tak tentu hala jalan bersepahnya.



































Kelabu mata kot tengok barang-barang yang terjual di kiri dan kanan jalan.

$$$$$ boleh melayang dengan laju.

Aku lupa nak bagitahu. Memandangkan musim sejuk dah menjengah, jadi suhu di sana boleh tahan gila juga. Makanya, setiap hari kena pakai dalam 4 ke 5 lapis t-shirt lepas itu pakai baju sejuk yang berkait pastu bahagian luarnya pula jeket panjang tebal. Kau boleh bayanglah betapa banyaknya 'kulit' aku. Suhu pada siang hari memang single digit. Kalau malam hari pula sah-sahlah dah jadi negatif. Mata pun merah-merah menahan angin sejuk.

Tak boleh tahan.

Hari ke dua, tunggu ya_

Sambung baca...

Kategori: ,

Wednesday, May 01, 2013


_Semenjak Megaupload dan Mediafire kena banned, memang susah jugalah nak mencari sumber memuat turun drama Korea.


Susah tetapi ada saja sumbernya... bersepah. Internet kan tidak berbatas (eh, riak!)

Jadi, aku nak kongsikan beberapa sumber yang aku selalu pakai.

Ini terbaik. Sebab kau boleh muat turun file bersaiz kecil tetapi kualitinya HD. Biasanya satu episod yang berkualiti tinggi dalam 700MB kan? Yang ini kau boleh muat turun pada size 300MB saja. Jauh beza itu. Kemudiannya ada banyak pilihan link untuk memuat turun. Biasanya aku pakai Zippyshare. Terbaik sebab paling tak banyak songeh (tak perlu register dan jadi ahli pun dah boleh muat turun fail secara laju... tak perlu tunggu 2 ke 3 minit). Biasanya aku muat turun pakai Internet Download Manager (IDM). Memang lajulah. Tambah pula dengan Unifi... ahai!

Ini kedua terbaik. Best juga. Kau boleh muat turun koleksi-koleksi drama Korea dan Jepun di sini.

3. Mediumquality.org
Boleh muat turun latest drama dan filem di sini. Layan gak. Tapi sebab saiz failnya besar jadi aku dah kurang muat turun dari sini.

Ok.

Tambahan ^_^

Animeseason.com
Ini antara link yang aku suka dan selalu pakai untuk memuat turun anime. Kira macam kau klik episod 1 kemudiannya dia akan play menggunakan Flash Player. Nanti kau klik saja IDM punya toolbar yang muncul kecil di situ. Dan episod itu akan terus dimuat turun. Laju, pantas dan tuntas. Faham? Ha, lagi satu senang nak tengok anime mana yang paling tinggi ranking. Jadi senanglah kau nak download kan.

Sekarang ini aku tengah tengok Mondaiji-tachi Ga Isekai Kara Kuru Sou Desu Yo. Ala-ala lawan super power. Layan jugalah. Tapi anime terbaik adalah Ao No Exorcist. Aku rekemenkan anda tengok. Best gila! Favorite. Dia pasal anak syaitan yang dibela oleh seorang paderi nak melawan bapa syaitan sebab dia tak nak jadi syaitan macam bapaknya. Pergilah tengok. Best gila kot.

Media.khalstore.com
Adam dan Hawa dari episod 1 sehingga 80 lengkap boleh dimuat turun dari link di atas. Just in case anda ini macam akulah kan yang suka tengok drama atau filem secara berulang-ulang kali.

Kshownow.net/
Aku pernah cerita pasal tips muat turun Running Man kan dulu? Sini kau boleh muat turun Running Man, We Got Married dan apa-apa sajalah variety show yang anda suka layan. Biasanya aku muat turun Running Man dari sini. Di Korea biasanya akan ditayangkan pada setiap hari Ahad petang. Kemudiannya hari Selasa sudah release episod yang dah ada english subtitle. Mantap mereka buat kerja. Anda boleh juga muat turun melalui forum KshowNow mereka. Tapi kena tunggu hari Khamis baru release.

Ha, itu sajalah agaknya.

Selamat memuat turun_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, April 15, 2013


_Hai.

Ingat saya lagi?

Apa? Tak ingat? Betul tak ingat? Bagus. Saya pun tak ingat diri saya sendiri. Lama sangat terlupa akan kewujudan blog ini. Makanya, diri sendiri pun secara tidak langsung sering juga dilupakan. Bukan blog saja yang dilupakan. Adil.

Ok, aku terjumpa satu benda ini.

Entahlah tepat ke tidak. Tapi, memang menariklah. Sejenis alat untuk melihat berapa banyak pengikut palsu dan tiruan yang sedang dan telah mengikuti anda di Twitter.

(Terasa macam pelik pula ayat BM itu. Nampak sangat dah lama tak menulis, oh... oh T___T )

Ok, klik sekarang.

Fakers

Kemudian, login ke dalam akaun Twitter anda dan saksikan jumlah pengikut palsu yang sedang memenuhi akaun Twitter anda.

Oh, hoh.



Nak jenguk akaun Twitter saudara-saudara lain pun boleh juga.





Motif?

Sekadar mengikuti perkembangan semasa_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, January 08, 2013


_Eh... eh. Dah 2013.

Ya, hutang.

Ingat... ingat. Memang ingat. Hari-hari aku ingat. Tapi sekejap ek. Aku nak cerita pasal benda lain sebenarnya. Kena buat iklan sekejap. Iklan pertama dalam tahun 2013, kononnya. Ahad ini anda free tak?

Ha...

Ada aktiviti aku nak iklankan ini. First time iklan di sini. Aku pun first time join benda ini. Jadinya, sama-samalah kita jadi first timer kot ek. Iyakan aje.

Ok.

Ahad ini ada aktiviti 'Sarapan dan Sembang Santai bersama Al-Nidaa'.



Anjuran Al-Nidaa', sebuah pertubuhan NGO kiranya ini. Siapa mereka? Ha, bacalah sini. Jangan malas, ya. Aku malas tak apa. Mihihihii.

Antara aktivitinya... termasuklah pengisian jiwa. Yang mana salah seorang jemputannya adalah Ustaz Hazrizal. Ala... ustaz SaifulIslam itu. Erti hidup pada memberi. Aku suka tagline beliau. Boleh lihat blog beliau di sini. Jadi, marilah meramaikan majlis membersihkan jiwa ya.

Selain daripada itu (huish, macam menulis karangan BM Kertas 1).

Ada aktiviti untuk budak-budak juga. Jadi, jika anda membawa anak-anak... tak perlu berasa gusar. Ada professional babysitter yang akan menjaga anak anda bertempat di musolla. Tetapi itu untuk anak-anak berumur di bawah 2 tahunlah. Yang selebihnya, kami ada sediakan aktiviti-aktiviti yang mungkin mereka akan tertarik. Harap-harapnya tertariklah kan. Kalau tak tertarik pun, kami akan cuba tarikkan.



Haah... Ahad ini.
Di Taman Rimba Kiara, Taman Tun Doktor Ismail.
Jika berminat, boleh pergi tekan 'Attend' di Facebook mereka.
Dan jika sudi menjadi sukarelawan/sukarelawati/sukahati, bolehlah mesej aku ya.

Lagi info lanjut di sini.

Ala, separuh hari saja. Apa ada hal. Walaupun aku tahu rata-rata agak liat untuk beriadah pada hari Ahad (termasuklah orang yang tengah menulis ini)... aku tetap ajak juga. Manalah tahu selepas Subuh itu mata susah nak lena kan. Lepas itu, kaki pun panjang langkah ke sini ke.

Haa... berjumpalah kita insyaAllah.

Bolehlah sembang kencang ke apa ke. Ta'aruf, orang Arab kata. Blablabla. Prong prang... prong prang. Ah, oklah. Itu saja.

Cau sin ci_

Sambung baca...

Kategori:

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.