Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Saturday, January 21, 2012


_Kagum sebenarnya.

Sebab jarang jumpa cleaner office seorang lelaki.

Tetapi kadang-kadang memang ada saja. Cuma jaranglah. Dan yang lebih jarangnya adalah... lelaki muda yang hip hop. Tengok rupa macam ganas. Rantai sana-sini. Pakai topi senget. Tapi apabila jumpa baldi, vacuum cleaner, berus lantai dan mop... huish memang terus tukar mode.

Ini agaknya yang orang panggil, 'Dalam hati ada taman'.

Lebih kurang beginilah ilustrasi budak itu.


Yang aku sangat kagumnya bukan apa... dia punya tahap membersihkan office ini memang tahap A+. Aku pun tidak bersihkan rumah macam itu. Berjam-jam lama beliau membuat kerja. Dan hasilnya memang teramatlah puas hati.

Kalau ikut mentaliti tipikal aku... sangkaan perihal budak ini mungkinlah beliau seorang yang lembut hati dan lembut perwatakan. Gaya yak ak auw. Tetapi langsung tidak. Memang ganas. Sangat muda. Macam pelajar universiti agaknya. Ke baru lepas SPM entahnya.

Kagum dengan semangat dan ketekunan beliau dalam membuat kerja. Walaupun gaji tidaklah banyak mana kan... tetapi beliau tetap tunaikan tanggungjawab dan laksanakannya dengan sempurna.

Inspiring weh.

Aku harap aku boleh kemas rumah lebih baik daripada budak itu. Memang boleh tahan rasa tercabar juga sebenarnya. Huahuahauhauhaua. Apa-apa pun, pertama sekali kena bersyukur kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya sebab ada kerjaya yang molek dan gaji yang boleh tahan cukuplah juga nak melangsaikan segala hutang-piutang.

Alhamdulillah.

Dan sekarang ini aku rasa... kalau dah bosan kerja bahagian IT mungkin boleh tukar kerjaya jadi cleaner sambilan seminggu sekali. Sebab kalau stress saja mesti aku cuci bilik air. Huahauhauhaua. Cool juga kan. Berkat pun berkat.

Inspiring weh.

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, January 01, 2012


_2012.

Aku suka menulis.

Sebab tidak suka bercakap. Jadi menulis itu lebih baik. Tetapi macam susah saja mahu menulis selalu. Boleh tahan kecewa juga sebenarnya kalau dapat menulis 2 artikel saja dalam sebulan. Sangat tidak produktif.

Bayangkan diri anda cuma mampu bercakap 2 kali saja dalam sebulan.

Walaweh!

Memang tidak boleh tahan. Tahun 2012. Aku harap aku sempat menulis dengan lebih banyak. Kalau Allah izinkanlah kan. Dan semoga istiqamah itu milikku. Sesungguhnya teramat susah nak beristiqamah dalam segala perkara. Hutang 2011 dan 2010 masih belum habis berbayar. Aku cuba. InsyaAllah.

Aku suka menulis.

Sebab tidak suka bercakap. Jadi menulis itu lebih baik. Tetapi macam susah saja mahu menulis selalu. Boleh tahan kecewa juga sebenarnya kalau dapat menulis 2 artikel saja dalam sebulan. Sangat tidak produktif.

Aku cuba. InsyaAllah_

Sambung baca...

Kategori:

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.