Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, July 20, 2012


_Alangkah beruntungnya kalau istiqamah itu sentiasa ada dalam genggaman. Kan.

Mahu berdamping dengan istiqamah, bukan kerja mudah.

Tidaklah susah. Tapi bukan kerja mudah. Lebih-lebih lagi bersempena dengan kehadiran Ramadhan yang mulia ini. Bulan Islam kegemaran saya. Mungkin sebab aku tidak suka makan. Jadi salah satu sebab sampingan (eh... eh, sampingan konon) kenapa bulan Ramadhan menjadi pujaan adalah kerana itu.

Mahu berdamping dengan istiqamah, bukan kerja mudah.

Solat Tarawikh
2 minggu pertama Ramadhan memang iman sangat tip top. Masjid pun penuh. Tetapi minggu-minggu terakhir Ramadhan... memang sob sob sob. Sedih kot. Semoga istiqamah menunaikan solat Tarawikh ini milik anda juga. Setahun sekali je pun nak buat solat Tarawikh ini. Lepas itu kena tunggu 365 hari berikutnya. Cubalah, eh. InsyaAllah.

Baca Al-Quran
Ini memang ditujukan khas untuk aku sendiri. Mula-mula memang semangat gila nak bertadarus. 5 kali sehari. Sekurang-kurangnya 5 helai dalam 5 kali, azamnya. Awal-awal bolehlah. Bila dah masuk minggu ke 3 itu, Allah... harapan tulus ikhlas sungguh. Semoga tahun ini aku dan anda lebih kental hati dalam membaca Al-Quran. Dan semoga bacaan Al-Quran itu dibaca sekali dengan terjemahannya. Moga-moga maksud di sebaliknya menusuk ke dalam segumpal darah yang bernama hati bukan kristal.

Selamat berlumba dalam beramal.

Anggap saja ini Ramadhan terakhir kita_

Kategori:

4 Responses to "Berkat 30 Dalam 365"

zulkifli m sanuddin said :
July 21, 2012 at 7:29 AM
insya-Allah.
makan sahur banyak sikit ye Cik Famia. =) Selamat Berpuasa.
July 26, 2012 at 5:46 AM
Hehe. Ya cek Zulkifli. Selamat berpuasa juga ^_^
akimfoaad said :
July 26, 2012 at 10:01 AM
Selamat berpuasa dan selamat mengumpul harta di akhirat.
:)
July 29, 2012 at 9:20 PM
sama dengan. selamat menunaikan ibadat juga ^_^

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.