Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, June 06, 2012


_Boleh tahan mencabar juga hidup kalau setiap hari setiap masa tulang jari tangan ini selalu menggelatuk ayam.

Essential Tremor.
Pernah dengar?

Ese... se... se... sential Tremor.
Hah, pernah dengar?

Mestilah tidak pernah kan. Nak kata penyakit, tidaklah macam penyakit. Nak kata masalah pun tidaklah masalah sangat. Nak kata spesis apa pun entahlah haram tidak tahu. Yang pastinya aku ada essential tremor ini. (Alhamdulillah... muhasabah untuk diri sendiri)

Memang mencabar.

Ibarat tulang jari ini tergagap-gagap. 24 jam. Oklah bukan 24 jam. Kalau tidur memang tidaklah menggagap tulang-temulang ini. Selagi tercelik mata, selagi itulah tulang jari tangan ini tergagap-gagap. Se... se... se... seperti Parkinson. Masalah urat saraf rasanya ini. Itu sebablah nervous system ini terasa lain macam. Ho hoh.

Susah juga kadang nak buat kerja.

Bukan susah kadang. Boleh tahan memang susah betul biasanya nak buat kerja. Contohnya macam nak menulis. Kena tulis laju-laju. Kalau slow, memanglah tulisan itu semacam sudah lari bertempiaran kerana hilangnya tarikan graviti.

Jadinya kau cuba bayangkan macamana aku melukis pakai mouse.

Menangis.

In fact, masa menaip sekarang ini pun sedang bergoncang hebat tulang-tulang jari ini. Dulu masih boleh kawal lagi. Semenjak dua menjak ke tiga menjak ini, semakin kuat pula gegarannya. Rasa seperti sudah berskala Richter 8.

Oh, Allah!

T________T

Selain drugs dan so called 'medical practitioner'... ada cadangan tak untuk mengurangkan masalah tulang gagap ini?

Ada tak_


* Selingan *

Lama nak promote sebenarnya. Suara beliau sedap. Sudah boleh tubuhkan satu kumpulan nasyid, mungkin. Dan seriously sebahagian lagu-lagu Edcoustic yang dinyanyikan semula oleh beliau (jauh) lebih sedap berbanding versi asal (halamak ai abang-abang Edcoustic jangan marah ya).

Benda baik kenalah berkongsi dengan kawan-kawan. Perdengarkan, cuba. Ho hoh!

(halamak ai, macam failed pula tiba-tiba... macamana entah nak letak lagu dalam ini... pandai-pandailah anda klik link di bawah ya. huahua)

Aku paling suka Muhasabah Cinta versi beliau. Terbaik!

Dan juga Ombak Rindu versi taubat. Sebenarnya tidak pernah dengar pun lagu Ombak Rindu ini. Jadi aku pun carilah versi asal. Memang kalah betul. Lebih best lagi versi Zakuan Ahmad.

Saudara Zakuan Ahmad, kalau terbaca entri ini... cuba buat cover lagu Pemergianmu dari In-Team pula. Apa macam? ^_^

Kategori:

5 Responses to "Penyakit Tulang Gagap"

Sham Hassan said :
June 7, 2012 at 8:14 PM
salam FHSZ aka Zai

setakat info yg baru dibaca, kena avoid coffee, coffee akan mengeruhkan keadaan . Dan disarankan jumpa physio...

 
June 7, 2012 at 8:54 PM
waalaikumsalam wbt. Kopi memang tak minum :)

oppp... maaf tapi tak boleh panggil saya Zai ^_^
sori.
ieba said :
June 7, 2012 at 10:11 PM
Kak famia,  ieba pernah dengar ombak rindu versi taubat tp x penah tahu sape penyanyi n pcipta lirik tp lagu versi taubat lg terbaik...
June 8, 2012 at 9:28 AM
hehe. kan. mungkin penyanyi yang sama barangkali.
Sham Hassan said :
June 8, 2012 at 5:40 PM
salam FHSZ,

sorry about that :)

lebih spesifik, caffiene. kena byk rest.

ET ni kalau time dia datang, 2-2 belah tangan ke menggelatuk? 

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.