Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, May 16, 2012


_Umat Islam ini sebenarnya sangat kuat.

Sangat-sangat kuat.

Betul. Cuma mereka tidak sedar, separuh sedar atau kurang sedar yang mereka ini kuat sebenarnya.

Sangat... sangat kuat.

Aku pernah cerita kan kita ada super power. Tetapi tidak semua menggunakannya. Rugi tahu. Kalau betul-betul gunakannya dan betul-betul gantungkan hati kepada Allah, insyaAllah boleh jadi lebih hebat berbanding Superman, Ultraman dan Super Saiya. The Avengers pun kalah.

Sama juga dengan Mathurat.

Mathurat?

Ah hah... Mathurat.

Sangat power sebenarnya. Mathurat ini boleh diibaratkan sebagai senjata M16 digabungkan bersama bazooka, peluru berpandu dan senapang patah (aik?). Alah, lebih kuranglah. Aku tidak tahu sangat nama-nama senjata terhebat di dunia ini.

Kenapa aku kata gabungan?

Sebab Mathurat ini adalah himpunan doa-doa dan wirid harian yang biasa diamalkan oleh Rasulullah pada suatu masa dahulu. Pendek kata, Mathurat adalah super power paling power yang pernah ada.

Berganda-ganda powernya.

Serius.
Ini adalah serius.

Kenapa?

Sebab aku katalah (ada ke pulak). Susah sebenarnya aku nak jelaskan dengan tulisan. Sebab kesannya kelihatan lutsinar. Gelombang magnetik pun tiada. Cuma pengamalnya sendiri yang mampu nampak kesan Mathurat ini.

Sangat ummph!

Dan tahukah anda... membaca Mathurat ini adalah salah satu rahsia bagaimana mahu menjadi seorang Muslim yang kacak jiwanya dan cool. Dengan membaca Mathurat, tiada lagi slogan 'Selagi hidup, selagi itulah akan menggelabah'.

Kenapa macam tidak pernah dengar Mathurat sebelum ini?
Mungkin nasib kita sama. Tetapi tidak serupa. Pertama kali aku tahu kewujudan Mathurat ini semasa tingkatan 4 di MRSM Beseri, Perlis. Geng-geng surau yang kenalkan. Aku ikut saja. Mula-mula tidak faham pun apa bendalah Mathurat ini sebenarnya. Lama-kelamaan apabila sudah terkesan... barulah rasa macam 'Ohhh, ini ke dia Mathurat'.

Ok, berbalik kepada soalan... dah berkali-kali aku sebut ini.

Mathurat.
Mathurat.
Mathurat.

Sekarang sudah dengar kan?

Saya nak baca, tetapi tidak sempat kot. Macamana?
Mathurat boleh dibaca pada waktu petang selepas Asar (sebelum Maghrib) atau selepas Subuh. Mathurat Sughra boleh dibaca lebih kurang setengah jam. Mathurat Kubra lebih kurang sejam. Ikutlah kelajuan anda membacanya... 2km/j atau pun 20km/j atau pun juga 120km/j.

Kalau tidak sempat juga, hulur saja telinga dan sekeping hati dibawa belayar. Dengarkan Mathurat berbentuk audio dan ikut. Alah, sebenarnya sempat. Kalau kau masih pakai slogan 'Selagi hidup, selagi itulah akan menggelabah' memang tidak sempatlah.

Ok, saya nak cuba baca Mathurat ini. Macamana nak maintain?
Peringkat awal ini bolehlah cuba baca Mathurat sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kemudian upgrade sikit jadi seminggu sekali. Apabila sudah power... bolehlah baca setiap hari. Secara berterusan insyaAllah.

Kemudian bolehlah menjulang tangan kanan ke udara sambil berteriak 'With the power of the universe... I have the power!'

Waha!

Sudah jadi He-Man kau.

Buku macam lebih best berbanding audio. Di mana boleh beli?
Di mana-mana kedai buku agama yang berhampiran dan berjauhan. Di Mydin pun ada. Harganya lebih kurang RM2 saja. Murah. Lebih murah daripada sekotak Choki Choki tahu.

Contoh seperti ini.

< nanti aku letak gambar kemudian >

Al-Mathurat susunan IMAM AS-SYAHID HASSAN AL-BANNA. Warna coklat. Mungkin ada banyak warna lain sekarang. Versi itu lebih best sedikit (kena memilih). Sebab di bawah setiap ayat itu ada terjemahannya. Jadi sambil membaca doa-doa tersebut, sambil berhenti seketika memahamkan terjemahannya. Tidaklah ternganga-nganga membacanya.

Terjemahan adalah sangat penting.

Melainkan anda faham bahasa Arablah. Aku tidak. Walaupun aku belajar bahasa Arab 3 tahun, tapi terjemahannya memang La' Adri ok. Saya tak tahu. Kalau belajar Al-Lughatul Al-A'rabiyah di radio IKIM setiap pagi jam 8:30 selama 15 minit hari-hari pun belum tentu boleh faham terjemahan ayat-ayat Al-Quran di dalam doa dan wirid harian.

Marratan ughra.

Terjemahan adalah sangat penting.

Marratan ughra.

Eh, cukup-cukuplah. Miang keladi sungguh. Apa-apa pun, Mathurat ini adalah senjata lutsinar terhebat di dunia yang boleh dibawa ke mana-mana saja tanpa ditahan polis kastam. Cool kan?

Coooooool.

Apa lagi... cubalah_

Kategori:

2 Responses to "Senjata Senjati"

Sham Hassan said :
May 18, 2012 at 1:05 AM
salam FH

selain dari lepas Subuh dan Asar, bila lagi boleh dibaca Mathurat ni? kalau boleh/afdal baca anytime, boleh la bawak dlm poket dan baca bila ada kelapangan.. dlm tren on the way nak gi keje ke (dgn syarat kena sorok supaya tak nampak riak...)
May 18, 2012 at 1:25 AM
waalaikumsalam wbt. Biasanya baca waktu tu je. Selepas subuh... panjang je waktunya. Sehingga belum masuk Asar pun masih lagi kira selepas Subuh. Begitu juga dengan Asar. Hehe. Pagi2 sambil naik tren tu boleh je baca. Dulu selalu je saya usung baca sambil berdiri dalam LRT. Ngam-ngam sampai stesen je cukup setengah jam. Ada je orang usung Al-Quran dan baca kuat-kuat dalam tren. Tak perlu malu. Bukan nak riak. Cuma nak bagi mereka rasa terpanggil juga je. Mana tau hidayah Allah sampai waktu tu ke kan.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.