Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, May 10, 2012


_2 hari lepas pada suatu pagi di Radio IKIM.

Hesh... hesh.

Ayat bersimpang-siur.

Adik-adik, mohon jangan diikut contoh ayat tersebut ya. Memang sungguh karam, berputar-putar lagi tonggang terbalik struktur ayat tersebut. Firasat aku, ayat-ayat Karam Walia Singh pasti jauh lebih hebat dan ummph. Adik-adik... contoh ayat begini mohon dijauhi.

Si aku ini kan.

Jarang benar gegendang telinganya mendengar radio. Semak sebenarnya mendengar lagu berselang-seli cecehan yang sifar faedah. Serabut ayam. Namun begitu, walaupun jarang... pernah juga sekali dua melayan gegendang telinga. Lebih-lebih lagi ketika graf iman jatuh menjunam ke dalam gaung. Huisheh.

'Faktor kahwin lambat'.

Begitulah bunyinya topik perbincangan 2 hari lepas pada suatu pagi di Radio IKIM. Demi Allah memang terkena tempias. Tidak elok main sumpah-sumpah. Kalau mahu bersumpah, jentik sikit ayat tersebut menjadi, "Demi Allah."

Oh, ya... kahwin lambat.

Mengikut bancian dan statistik, majoriti muda-mudi sekarang berkahwin lambat adalah disebabkan faktor kewangan yang tidak mencukupi. Dan faktor kewangan ini didominasi oleh kaum lelaki.

Aku sokong!

Manakala kaum perempuan pula mendominasi faktor 'calon tidak sesuai'. Dan kata DJ radio tersebut, kaum perempuan ini sebenarnya memilih. Sangat memilih.

Aku... separa sokong.

Jika diberi peluang membuat bancian, aku rasa faktor kewangan itu adalah kekangan terbesar bagi isu kahwin lambat ini. Serius. Bukan lelaki saja kena fikir perihal duit. Perempuan pun. Walaupun kelihatan seperti menabur alasan, tetapi kalau tidak cukup duit... memang tidak senang hati nak mendirikan masjid.

Kenapa?

1. Duit hantaran
Terus-terang aku memang tidak setuju betul kalau duit hantaran itu diletakkan sehingga beribu-ribu lemon. Lebih baik letakkan lemon berbanding ribu-ribu duit. Manalah lelaki-lelaki ini tidak kecut perut. Semacam sudah meniagakan anak perempuan saja lagaknya.

Kadangkala ada juga suara-suara asing berduri yang mencucuk gegendang telinga. Atas alasan semakin tinggi taraf pendidikan anak dara tersebut, semakin tinggilah duit hantarannya. Berkadar terus. Menuju puncak. Walah!

Melainkan si lelaki itu berkemampuan... lain ceritalah kan.

Tetapi aku faham. Ada juga yang akan kata... duit hantaran itu sebenarnya nak rolling balik duit perbelanjaan semasa kenduri. Betullah itu kan. Semakin gah dan meriah majlis, semakin besarlah perbelanjaannya. Berkadar teruslah. Aku faham.

Tetapi.

Kalaulah mampu menyuntik 8 kolah kesederhanaan ke dalam perbelanjaan tersebut... alangkah bagusnya.

Andai sampai rezeki sendiri, harapnya tidak membebankan sesiapa. Lebih ringkas majlis lebih bagus. Sangat mendambakan kesederhanaan. Bukan apa. Serabut dan malas nak bermajlis-majlis begini. Rimas. Nikah dan makan beramai-ramai dalam dulang pun sudah cukup bagus.

Yang banyak nak ditaburkan duit ini sebenarnya selepas berkahwin.

Banyak woooo nak pakai duit.

(Aik? Cerita macam dah pernah kahwin je)

Ini fakta, cik enon.

2. Kenduri
Ini anggaran kasar dalam RM20k. Katalah satu kepala lebih kurang RM12 (ini harga caterer semasa kenduri adik gadis). Kalau jemputan 1000 orang. Dan lebihkan sedikit makanan untuk saudara-mara bungkus dan bawa balik. Bundarkan. Nah! Bukan ke sudah hampir menjangkau RM20k. Walah! Ini ngeri.

Menyuntik 8 kolah kesederhanaan ke dalam makanan... bukan kerja mudah. Kalau silap suntik boleh kena diarhea.

Itu pasallah aku setuju faktor kewangan adalah kekangan terbesar bagi isu kahwin lambat ini. Dan ah hah... isu calon tidak sesuai yang didominasikan oleh wanita. Walaupun aku wanita, tapi aku rasa 'sesuai' itu adalah subjektif. Kadangkala kita rasa tidak sesuai. Tetapi kalau dah cuba kenal dalam dan luar, direnjis pula dengan keberkatan dariNya... memang insyaAllah jadi sesuai.

(Aik? Cerita macam dah pernah ada pengalaman je)

Ini fakta, cik enon.

Tetapi kadang-kala kena juga memilih (aik?). Cuma janganlah terlalu memilih sangat (jentik dahi sendiri). Tidak kacak muka tetapi kacak hatinya pun dah cukup terbaik dah. Lain-lain nanti kita adjust ikut teknologi semasa (eceh!).

Cuma satu yang diminta (aik? memilih?)... tinggi dan bukan lebih muda.

Asbabnya.

Si manusia yang hina ini adalah manusia yang sangat degil, berangin dan keras kepalanya. Malah, si manusia hina itu juga sangat tidak suka bergantung kepada sesiapa melainkan kepada Tuhannya. Perasan hebat, orang kata.

Jadi manusia yang hina itu berharap agar pemilik tulang rusuk kiri itu adalah seorang yang mampu untuk digantungkan diri sepenuhnya. Usia memang berkadar terus dengan kematangan. Maaf tetapi manusia yang hina itu belum pernah jumpa lelaki yang lebih muda dan lebih matang daripadanya.

Habis itu... si aku itu tunggu apa?

Hm.

Aku tunggu pintu rahsiaNya terbuka_

Kategori:

4 Responses to "Sehati Semasjid"

Sham Hassan said :
May 11, 2012 at 12:25 AM
salam

zaman segala2nye dah mahal, mmg kewangan mcm jadi satu beban. Apa pun yg paling penting, keberkatan dan kesederhanaan...kan?

semoga anda akan bertemu character yang dicari itu, InsyaAllah... Amin.

p/s..

dapat pulak macam Ustaz Don ataupun Imam Muda Hassan... :)
mr azka said :
May 11, 2012 at 10:40 AM
ada kawan tengah garu dahi hujung mggu ni kendurinya, makan saja 25k (17ringgit/kepala) belum campur lain. Kira tu depa kerja oil & gas.

perkahwinan ni dah jadi satu industri, ada tanda aras (harga)
May 11, 2012 at 12:39 PM
waalaikumsalam wbt. Hehe. InsyaAllah. Terima kasih atas doa anda :) Semoga anda diberkati Allah selalu.
May 11, 2012 at 12:40 PM
Mahal gila tu. Caterer ternama barangkali.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.