Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, May 04, 2012


_Boleh tahan patah riuk juga tulang-temulang menyinggah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 di PWTC kali ini.

Sangat patut untuk mengusung troli.



Mana tidaknya, kesemua buku-buku yang diborong adalah buku berkulit keras. Bukan sebiji yang dibeli. Berbiji-biji. Boleh jadi bertuhankan nafsu jika ke pesta buku. Membeli tanpa batasan. Alhamdulillah aku tidak pakai kad kredit. Jika tidak habislah nanti diracuni kehendak.

Oh... oh!

Aku rasa tiap-tiap tahun jika ke situ cuma beberapa booth saja yang disinggah. Dan ini memang booth kegemaran tiap-tiap tahun. Tidak pernah ketinggalan. Memang 'kesetiaan kepada Raja dan Negara' sungguh.

Ameenbooks
Terus-terangnya aku suka ke booth ini sebab mencari karya Faisal Tehrani. Dengar kata sudah keluar 'Ketupat Cinta - Musim Kedua'. Wajib dapatkan! Dan juga buku-buku lain berunsur Sastera yang mana rekaan kulit bukunya sangat menarik dan cantik. Ini memang 'judge the book by its cover'.

EdisenHill
Kalau tidak silap, begitulah namanya. Tetapi kalau tersilap memang tersilaplah. Booth ini terletak berhadapan dengan booth Penguin Books di tingkat paling atas. Mereka menjual pelbagai jenis genre buku terutamanya yang berkulit keras dan tebal pada harga RM20 ringgit lebih-lebih sahaja. Paling mahal yang aku pernah jumpa pun harganya RM40. Sepatutnya di luar harganya beratus-ratus. Memang menarik sangat buku-bukunya. Macam buy more for less.

Institut Terjemahan Bahasa Malaysia
Karya-karya alternatif yang agak underground. Genre hippies sikit. Sangat menarik. Bisa tersiat-siat fikiran anda. Pening juga sebenarnya membaca buku-buku komplikatak yang merabit jiwa dan minda ini. Tapi tidak apa. Bagus sebenarnya. Senaman agar saraf otak boleh semakin bercabang dan berkembang.

Gerak Budaya
Ini memang 100% karya-karya underground. Berhaluan kiri dari sudut 360 darjah. Bagus untuk minda. Gerak... gerak khas!

Ah, ya.

Dan Cinnabon di The Mall.

Lain-lain booth... singgah ikut selera. Biasanya tidak menyinggah. Agak serabut ayam sebenarnya melihat buku sambil berhimpit-himpit dengan manusia. Semacam rusuhan pula. Dengan pengudaraan yang sudah suam-suam kuku memang berpeluh-peluh macam hujan dibuatnya.

Ah, ya.

Tahun-tahun lepas terjumpa beberapa orang Sastera di sini. Muhammad Lutfi Ishak dan Faisal Tehrani. Tahun ini pula terjumpa Saharil, Rebecca Ilham dan Jenderal Sol-Jah (Sinaganaga).

Aku harap tahun-tahun berikutnya nanti ketemu Yuna pula di sini.

Aik_

Kategori:

6 Responses to "Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012"

kristalbiru said :
May 6, 2012 at 12:27 AM
wow... dengar macam best jek...
taliff said :
May 7, 2012 at 6:32 PM
Terbaik...Mesti rambang mata tengok buku yang terlalu banyak :)
May 8, 2012 at 9:51 AM
Best untuk mereka yang gilakan buku ^_^
May 8, 2012 at 9:51 AM
sangat-sangat rambang :)
adahuys nsi said :
May 8, 2012 at 9:48 PM
kita pun jumpa kakak famia ni ha..walaupun punye la susah nak jumpaaaa...haha :)
1st timer mmg la best.. tahun depan mmg kn bawak troli :)
May 11, 2012 at 7:18 AM
haha. punyalah susah nak jumpa awak. akhirnya dipertemukan Allah juga. Terima kasih ek turun KL ^_^

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.