Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, April 08, 2012


_Kadangkala aku rasa macam memakai jubah itu kelihatan sedikit seksi.

Sebab itu aku jarang pakai.

Jenis 'one-piece' punya baju. Kebanyakannya berkain licin. Ketebalan yang kadangkala tidak begitu memberangsangkan. Masuk dan terus sarung. Kalau pakaian di bahagian dalam itu tidak cukup tebal contohnya seperti baju inner labuh atau pun seluar atau pun kain di bahagian dalam... pasti akan kelihatan seksi lebih-lebih lagi jika ditiup angin.

Syiung~

Dan yang paling merimaskan adalah lengan jubah itu. Punyalah lebar. Boleh masuk lagi 2 pasang tangan di dalam itu. Kebanyakannya tiada penjerut di pangkal lengan. Jadi setiap kali mengangkat tangan atau menggerakkan tangan, kain jubah itu mampu terselak jauh sehingga ke pangkal siku.

Walah!

Sungguh seksa dan seksi dibuatnya. Rimas lagi serabut ayam dibuatnya. Untuk orang yang macam aku ini (jenis berjalan sambil melanggar segala persekitaran), memang hampir-hampir putus harapan jugalah untuk memakai jubah. Sebab itulah sangat penting membeli jubah yang ada pencerut pada pergelangannya.

Hah.

Nak dijadikan cerita pada suatu hari, terpacullah sebuah idea untuk mengemaskan sedikit pemakaian jubah untuk orang macam aku ini (jenis berjalan sambil melanggar segala persekitaran).

Ok, tips ini cuma untuk lengan jubah yang tidak berjerut.



Katalah lengan jubah anda adalah selebar ini.



Lipat dua mengikut lebar pergelangan tangan anda. Kalau nak lipat tiga pun tiada masalah. Asalkan boleh saja ok.



Kemudian, ambil paper clip yang bersaiz sederhana. Kalau dapat yang bersaiz besar lagi bagus. Senang, tidak tercabut.



Seterusnya, klip pergelangan jubah yang telah dilipat dua itu.

Tara!



Buat untuk kedua-dua belah lengan jubah untuk mendapatkan kesan yang jitu. Sekarang tidak perlu gusar. Tiada lagi masalah untuk memakai jubah.

Yeay_

Kategori:

5 Responses to "Tips Mengecilkan Lengan Jubah Dalam Masa 5 Saat"

Najwa WN said :
April 8, 2012 at 4:26 PM
kenapa tak jahit semula?
April 8, 2012 at 8:19 PM
Itu pun boleh juga. Cuma lebih dari 5 saatlah :)
fina fento said :
April 9, 2012 at 8:08 AM
Camtu pun boleh haha..samalah sy pun. Segan nak pakai jubah..seksi
Siti Nurhuda Husna Zulkarnain said :
April 12, 2012 at 1:57 PM
Kreatif betul. Hehe. Dulu pernah nak cepat pergi tempat praktikal, terlupa nak pakai arm sock. Lepas tu, ambil getah, letak kat lengan. Pastu, lengan baju masuk dalam getah.

Tapi ada kakak tu perasan, dia tegur sebab nampak macam pelik je lengan baju. Bila dia tahu tu getah, terus gelak. Dia cakap kalau makcik-makcik waktu rewang kenduri, suka buat macam tu. Senang nak buat kerja. Hehe.
Lynn_razak said :
April 14, 2012 at 6:43 PM
Salam dik, gelak2 baca post ni..eheh
Sy pun camtu gak, segan nak pakai, sgt seksi, pakai jubah nampak mcm boleh tutup aurat, tp jubah skrang pun ikut shape..kain pun lembut, bila angin tiup, ..huisss..lg seksi dpd pakai baju kurung..
Perasan x tudung pun seksi? Jenis kain skrang ni, ..Kalau tepi tudung ditarik kebahu n di pinkan, kedut2 di dada x menampakkan bentuk yg kita wajib lindung, tp cuba kita lepaskan tudung tu , tiada kedut2 di dada...yg wajib kita lindung menampakkan bentuknya..aww..malu I, hi hi
-che`leen-

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.