Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, February 06, 2012


_Orang kata...

Kalau mahukan sesuatu, usahakan dengan bersungguh-sungguh. Kemudian serahkan segala-galanya kepada Allah. InsyaAllah... segalanya pasti akan jadi awesome. Jika tidak terasa awesome pun, itu sebenarnya adalah ketentuan yang paling awesome daripada Allah.

Orang katalah.

Jadi... kalau sudah begitu katanya, alhamdulillah saja.

^_^

Baik, aku kongsikan sedikit tips aku ke Perth.

Nota:
Tips di bawah ini lebih kepada lawatan bersama pemandu pelancong saja. Free and easy memang lebih murah. Dan kebanyakan tips ini applicable untuk perempuan macam aku saja. Lain orang lain tips dan ragamnya.


1. Nawaitu.
Yang penting, bukan untuk bermaksiat. Kalau ke sana bertujuan untuk mencari jodoh itu tidak mengapa (apakah?). Cari saja. Jangan lebih-lebih. Kemudian berdoa kepadaNya. Oh... hoh!

2. Rancang Tarikh Perjalanan
Penting. Lebih-lebih lagi jika anda ingin ke negara empat musim. Aku pilih September. Masa itu memang main pilih tarikh saja. Tidak terfikir pun nak pergi pada musim apa. Kebetulannya September itu musim bunga. Peak season. Awesome.

Biasanya kebanyakan hotel akan naikkan harga penginapan mereka. Boleh tahan agak 'berbunga-bunga' juga nak membayarnya. Tetapi tidaklah mahal gila sehinggakan tidak mampu nak membayarnya. Jangan risau ^_^

Duit AUS$ ini memang mahal. Tetapi barang-barang di Perth tidaklah mahal sangat (mahal sebenarnya kalau darab tiga). Lagi pula, Perth bukan bandar besar macam Sydney itu. Jadi, chill ok.

3. Perbelanjaan
Ok. Ini memang kena rancang betul-betul. Sebab andaikata anda tersalah rancang perbelanjaan... insyaAllah memang sedikit menggelupur jadinya.

a) Tiket Kapal terbang

  • Lebih kurang pergi balik RM700++ (termasuk cukai + insuran)

  • Tunggu promosi Air Asia dan dapatkan tiket paling murah

  • Insuran tidak wajib. Perth jarang ada flight delayed dan majoriti adalah dalam keadaan terkawal

  • Elakkan beli tiket pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad (biasanya lebih mahal)

  • Pilih perjalanan pada waktu malam (lebih tenang dan selesa)

  • Penerbangan ke Perth adalah selama 5 jam


b) Agen Pelancongan
  • Sedunia Travel. Tunggu Mata Fair dan pilih agen anda

  • Hotel: Criterion (paling murah dalam senarai hotel)

  • Pastikan pekej sarapan, makan tengahari dan malam disediakan. Kami cuma dapat pekej sarapan dan makan tengahari saja (alhamdulillah)

  • Harga pekej lebih kurang RM2500 seorang

  • Termasuk pengangkutan dari airport ke hotel dan hotel ke airport. Disediakan dalam bentuk voucher

  • Termasuk harga tiket masuk untuk ke semua tempat

  • Termasuk visa lawatan secara percuma


c) Perbelanjaan Sendiri (subjektif terpulang kepada anda)
  • Kumpul RM500 dengan berdisiplinnya setiap bulan (Febuari - Ogos)

  • Jumlah RM3500 untuk bayar duit agen pelancongan (RM2500) dan selebihnya perbelanjaan sendiri


3. Tukar Duit
Di Sungai Wang ada lebih 10 buah kedai pengurup wang. Aku syorkan kedai pengurup di depan Watson (di hadapan pintu utama Plaza Sungai Wang dan sebelah kanan - kedai 'Best Rate' namanya). Bila nak tukar duit? Trip aku bulan 9. Tukar duit dalam bulan 7. Ini macam kena rajin tengok selalu. Kami predict Winter currency AUS turun tapi tidak juga (sangkaan kami sebab orang tak banyak travel time musim sejuk). Logik tidak logik lain cerita. Huahuahaua.

4. Barang-barang Untuk Dibawa
Ini adalah subjektif. Terpulang kepada anda.
  • Aku pilih beg galas (80 liter macam gila) sebab malas nak seret beg tarik

  • Berlainan jantina, berlainan pula kuantiti dan berat muatan yang dibawa

  • Musim bunga agak dingin juga jadi bawa baju jeket atau cardigan atau sweater

  • Buat senarai barang-barang yang perlu dibawa

  • Baju itu tidak payah bawa banyak-banyak (sehari sehelai atau 2 hari sehelai)

  • Muat turun waktu solat di Perth di islamicfinder.org

  • Elakkan membawa barang-barang 'Just in case'. Serius terlebih muatan nanti. Ini pengajaran untuk aku sebenarnya. Insaf sudah


Oh, jangan lupa bawa botol mineral kosong ke mana-mana saja yang anda pergi. Sebab Mat Saleh tidak pakai air untuk bersuci. Memang suci dalam debu. Entahlah macamana mereka bersuci selepas 'berurusan sure-heboh'. Baiklah... abaikan. Jangan biarkan minda anda diselubungi misteri.

Tips paling penting.

Untuk perempuan, pastikan isi muatan beg anda itu tidak lebih dari separuh muatan. Percayalah. Sewaktu anda menjejakkan kaki pulang ke Malaysia nanti, insyaAllah memang isi muatan beg anda akan berlipat ganda ngeri tidak terkira banyaknya. Memang Allah izinkan. Terutamanya jika ini adalah lawatan pertama anda ke luar negara. Memang akan memborong cenderamata bagai nak gila. Tiada kesedaran sivik langsung.

Jangan jadi macam aku.

Galas beg liter tinggi melangit seberat 17kg pulang ke Malaysia di belakang. Dan di depannya pula ada beg galas kamera. Sambil itu terpaksa pakai 2 jeket akibat beg sudah tidak muat untuk disumbat. Bayangkan ada t-shirt kemudian pakai jeket jeans dan diluarnya lagi ada trenchcoat. Akhirnya kena tahan semasa di kastam Perth. Bulky clothes. Dan setibanya di Malaysia, peluh melimpah-limpah keluar sebaldi.

Dia punya penat itu macam baru lepas daki gunung Everest.

Gila.
Gila.
Gila.

Oklah.

Itu saja rasanya.

Kalau ada yang aku tertinggal, pandai-pandailah anda di sana Allah kan ada_

Kategori:

14 Responses to "Tips Kembara 80 Liter ke Perth"

ell, ampang said :
February 6, 2012 at 10:22 AM
Salam Maulidur Rasul! Thx for sharing ur experience! :) Tgh cari info on Perth n mcm tak byk info dr Msian traveller. Seronok jumpa ur blog! Will be 'backpacking' with 5 other friends. Dh bli tix, but blum decide wat to do&where to stay yet. Punya la menunggu u cerita bab ni.. tq tq!
mardhiyyah ridzuan said :
February 7, 2012 at 4:02 PM
Haha. Nice2!! Tambang pergi balik tu pernah the cheapest is RM400++ only mase promo airasia. Btwn. mmg xyah bw bnyk baju sbb sane xberpeluh sgt. Kebetulan pergi mase nak masuk musim panas. Just flies here n there. huhu... N jimat sbb tumpang rumah kakak sulung yg tgh further stadi. 
AdahuysNSI said :
February 8, 2012 at 10:42 AM
best kan..bestnye..bila nak pegi jalan-jalan 80liter macamni agaknye
winawin azman said :
March 6, 2012 at 3:25 PM
Found this page masa google pasal money changer. 
tips pasal bag tu memang absolutely true~ 
Minah Gedeban said :
March 26, 2012 at 1:28 PM
Tips yg sangat berguna... Boleh diguna pakai... Thanks for sharing...
March 30, 2012 at 5:02 PM
ws wbt. Hehe hope this helps ^_^
March 30, 2012 at 5:02 PM
Kan.  Last time bawa baju 'just in case' sikit punya banyak. End up tak pakai pun.
March 30, 2012 at 5:03 PM
Hehe. InsyaAllah. Perth adalah kategori tempat yang boleh jalan seorang diri. Solo travelling trip ^_^
March 30, 2012 at 5:03 PM
Indeed ^_^
March 30, 2012 at 5:03 PM
Glad to hear that ^_^
solo_me said :
January 9, 2013 at 11:19 AM
 Bestnya! Nak tanya selamat x untuk solo lady traveller to perth? Boleh suggest tempat menarik?
January 9, 2013 at 1:41 PM
InsyaAllah selamat. Malam-malam pun agak mati juga bandarnya. Melainkan kelab malam jela yang hidup. Majoriti kedai tutup sebelum Maghrib. Kalau dalam bandar memang insyaAllah je selamat. Sebab itu ramai Asian. Kalau tempat menarik biasanya banyak di luar bandar. Kena travel dengan tour bus diorang. Sebab dari satu tempat ke satu tempat kadang 4 ke 5 jam nak pergi situ. Kalau return memang separuh hari habis di jalan je.
suzielarazak said :
May 4, 2014 at 3:03 PM
Salam..tq for sharing ur exprnce dear esp dr segi budget and saving planning..teruja yg amat nk pi bln 10 ni insyaallah (sambut deepavali kt perth-hahah)..tiket dh book 700++ like u said..ground tour dh settle (bkn matta fair pun-cmpny arrnge n pay). :)
May 4, 2014 at 8:34 PM
waalaikumsalam. wah, selamat ke sana! perth best! banyak orang malaysia :)
selamat mengembara ^_^

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.