Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, February 20, 2012


_Ke hadapan Saintis Dunia,

Alangkah hebatnya jika alkohol dan daging khinzir yang terdapat di dalam makanan di dunia ini mampu dikesan manusia.

Sebenarnya.

Kami sering menghadapi kesukaran dalam membezakan makanan yang halal, tidak halal atau pun meragukan. Hasilnya kami cuma bergantung harap pada sijil kehalalan Jabatan Agama Islam Kemajuan Malaysia serta badan-badan jabatan Islam yang lain dan juga makanan yang diperbuat oleh orang Islam sendiri. Paling tidak pun, masakan sendiri.

Justeru itu.

Besarlah harapan kami agar pihak saintis dunia dapat mencipta sejenis alat (jika berjenis-jenis pun tidak mengapa) untuk mengesan kehadiran alkohol, daging khinzir dan unsur-unsur lain yang meragukan di dalam makanan.

Di bawah ini kami sertakan sekali cadangan lakaran untuk alat mengesan alkohol sebagai rujukan dan buah fikiran pihak saintis dunia.

Cadangan nama alat ini... Ohho.



Kami berharap pihak saintis dunia dapat mencipta alat yang berguna ini dan membawa kami semua ke arah kebaikan. Sesungguhnya, sepandai-pandai tupai melompat pasti akan jatuh ke tanah juga. Berusahalah pihak saintis dunia.

Terima kasih sekali lagi kami ucapkan.

Yang ikhlas,
Perut, darah dan daging.

Sekian_

Kategori:

11 Responses to "Ohho"

mardhiyyah ridzuan said :
February 20, 2012 at 9:02 PM
Haha! Nak gelak pun ade, brilliant pun ade. Bila ada pihak yang xtelus dengan hasil kerja dan proses, itu yg xdapat nak detect which one is betul2 halalan toyyiban kan. huhu
Ezad said :
February 20, 2012 at 11:25 PM
alat tu mungkin bleh kesan alkohol atau daging khinzir, tapi boleh tak alat tu mengesan cara sembelihan binatang... kalau dia hidang daging lmbu, tapi pakai tembak je, pun tak halal gak.. huhuhuhu
Siti Nurhuda Husna Zulkarnain said :
February 21, 2012 at 7:53 PM
Wah! Bagus idea tu! Menarik-menarik. Kenapa tak tulis awal-awal, kalau tak boleh buat projek business idea. Hehe.
Nurul Atika said :
March 7, 2012 at 12:31 PM
_Kehadapan Perut, Darah dan Daging,
Permohonan anda akan dipertimbangkan. Harap bersabar. Terima kasih atas keprihatinan anda. Sekian.Yang benar,Wakil Saintis Dunia_
adam said :
March 7, 2012 at 9:56 PM
hahaha.. lepas ni nak reka alat tu..
March 10, 2012 at 2:39 PM
wah, bagus! 
March 10, 2012 at 2:40 PM
Jasamu ku kenang wahai saintis dunia. Terima kasih daun keladi.
March 10, 2012 at 2:40 PM
Ok, buatlah projek tu sekarang. Dah bagi idea ni.
March 10, 2012 at 2:41 PM
Memanglaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Buatla alat lain bang. Ini khas untuk alkohol je kot.
March 10, 2012 at 2:41 PM
Ha itulah. Begitulah nampaknya.
Mas_odjie said :
March 25, 2012 at 1:09 PM
salam silaturahim, saya suka artikel ini....  silahkan berkunjung balik 
http://www.masodjie.com/2012/03/10-kalimat-motivasi.html

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.