Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Saturday, February 04, 2012


_Artikel di bawah ini sudah lama dikarang. Tetapi sebab proof-read (konon-konon) lama sangat itu yang sampai ke sudah tidak terbit-terbit lagi artikel ini. Harap-harap kawan-kawan terpedayalah juga dengan alasan yang tidak bernas ini. Huahuahuahua.

*

Free and easy.

Percuma dan mudah.
Mudah tidaklah mudah.
Percuma tidaklah percuma.

Hari-hari terakhir semasa berada di perantauan, agak rugi sebenarnya jika tidak mengambil masa yang terluang itu untuk meluaskan jajahan pandangan secara sendiri di negara orang.

Kata orang... jauh perjalanan, luas pandangan.

Kata aku... jauh perjalanan, semakin sesat berjalan.

Walaupun tidak berapa pasti hala tujunya, tetapi anda patut cuba jelajah sendiri. Keseronokannya lebih terasa. Dan penatnya juga lebih berganda. Berkali-kali ganda. Tetapi sangat fun! Yes, it was!

Rottnest Island... touchdown!

Tempat yang paling kami nanti-nantikan. Pada mulanya, sebelum ke Perth... ini adalah satu-satunya tempat yang paling aku teruja nak pergi. Kenapa? Sebab boleh kayuh basikal di dalam pulau. Jadi aku terasa macam sedikit jakun sebenarnya. Laut biru, hijau dan jerung.

Awesome gila!

Awesome sebab aku dah lama berhenti naik basikal. Sebab ada kisah ngeri di sebaliknya yang aku rasa macam aku pernah cerita dalam ini (ke tidak pernah entahnya). Yang kemudiannya melekat lima jari ayah pada kelajuan 100km/j pada pipi kanan. Oh, pengajaran.

Anyway.

Untuk ke Rottness Island ini memang kena naik feri (tiba-tiba tukar cerita). Jadi pagi itu selepas bangun sebab nak kejar Syuruk yang masuk pukul 6:15 pagi... mandi... lululala... sarapan, kami pun berjalan menuju ke Barrack Street.

Pemandangan pada waktu pagi memang sangat seronok.

Sebab di Perth semua orang sedang sibuk-sibuk menuju ke tempat kerja. Tetapi kami pula sedang riang-ria menikmati cuaca menuju ke Rottness Island.

Kau buat ku kata, uh... la la la la.
Setiap masa... uh la la la la.
Huzaimatus, cukup.

Ok, untuk ke Rottness Island ini memang kena naik feri. Tetapi kalau anda ingin bersenam, boleh juga berenang 140km/j ke tepian bersama jerung-jerung yang mesra alam. Kami memilih feri kerana lebih seronok terapung-apung di atas air berbanding di dalam air.

Menunggu giliran di jeti Barrack Street.



Selepas pemeriksaan tiket, setiap penumpang dikehendaki mengambil gambar.



Selepas 15 minit memanaskan enjin barulah feri ini bergerak. Boleh tahan panas menyengat juga cuaca. Tapi sebab anginnya kuat jadi seram-sejuk di atas feri itu. Sebab ini adalah kali pertama ke negara sejuk, jadi memang 24 jam aku usung sarung tangan itu. Kulit nipis sangat. Memang berlapis-lapis baju dipakainya.



Gambar-gambar dari atas feri semasa di dalam perjalanan ke Rottnest Island.







Ini adalah Tree Top Walk di Kings Park. Dari jauh nampak agak menggayatkan.



Feri ini anda boleh booking online atau pun beli di kaunter. Kami beli online di RottnessExpress. Anda boleh booking feri dan juga sewa basikal di sini.

Tetapi harga basikalnya agak mahal sedikitlah berbanding Rottness Island punya harga. Kami menyewa basikal di Rottness Island. Lebih best sebab boleh pilih basikal sendiri, boleh test drive dan boleh pilih helmet sendiri. Cuma kena beratur sedikitlah kan.

Setibanya di Rottness Island.



Kawasan pulau yang terpelihara.



Information Counter (gambar oleh WSY).



Sangat ramai orang pada hari Sabtu.



Oh, ya. Asal usul nama Rottness Island ini kalau tidak silap aku... dulukala ada banyak tikus besar-besar di sini. Jadi dari perkataan rat itulah pulau ini mendapat namanya. Lebih kurang begitulah ceritanya. Tapi kami belum pernah terjumpa lagi tikus besar di sini.

Kalau tikus itu sebesar tikus di dalam filem 'Gnaw, Food of The God III' memang super horror >_<.

Ini tempat menyewa basikal di Rottness Island (gambar oleh WSY).



Sangat banyak pilihan.



Lepas selsai pilih-memilih basikal idaman, bayar di kaunter.



Kagum dengan tempat sewa basikal ini. Jika anda ingin berbasikal bersama anak kecil pun boleh juga. Macam kayuh basikal 3 roda.



Best gila kalau dapat kayuh basikal mengelilingi pulau. Dulukala semasa ke Pulau Kapas mana dapat kayuh basikal mengelilingi pulau. Kapas pun aku tidak jumpa di Pulau Kapas itu. Hinss...

Untuk sewa basikal di Rottnest Island ini anda boleh pilih samada ingin menyewa satu hari penuh atau separuh hari. Terpulang. Kami sewa lebih kurang 3 ke 4 jam saja sebab nak kejar feri pulang ke bandar Perth.

Hari itu memang agak terbakar juga kulit. Boleh tahan panas gila juga dia punya terik mentari. Panas memang panas tetapi tidak berpeluh. Mungkin sebab angin di Perth itu agak dingin. Boleh tahan sejuk, nyaman F&N Sarsi juga perasaannya.

Tetapi.

Memang gila pancit juga sepanjang hari itu. Sebab mengusung si Kakeno (CANON EOS 350D) dengan segala lens-lens lainnya. Padding beg tidak tebal. Tulang clavicle ini terasa terbeban dengan serta-merta. Ini macam secepat kilat boleh dapat osteoporosis. Sobs.

Ok.

Memandangkan kami cuma mengayuh basikal sambil menikmati alam semasa di Rottness Island ini... jadi kita tengok gambar secara pukal sajalah. Ok? Kalau tidak ok pun aku tetap bagi ok. I don't care... eeh... eeh... eeh... eeh... eeh (lagu 2NE1 - I don't care)

Naik bukit... letih gila nak mengayuh basikal.





Berbasikal di antara celahan pokok.



Di sini ada banyak tempat boleh mandi tapi terhad. Nampak tak ada gelung-gelung bebola itu? Luas tempat yang selamat dan terkawal untuk bermandi-manda lebih kurang besar itu saja.



Lululala... lululala berbasikal dan di sebelahnya pantai... syok gila!



Meronda-ronda setiap ceruk.



Laluan ini memang jalannya tidak rata langsung. Berlekuk dan berlubang. Kalau tergelincir boleh terus masuk dalam laut agaknya.



Laut biru dan kehijauan. Memang subhanAllah.



Menuju ke rumah api. Teruja gila dapat tengok rumah api depan mata. Selalu dalam filem saja boleh nampak.



Tiung... konon-konon boleh tahan rumah api pakai jarilah konon.



Kami makan tengahari di rumah api. Sedap, sejuk dan nyaman.



Berehat di celahan pokok.



Itu pun aku rasa lebih kurang 3 jam lebih saja kami mengayuh basikal. Tak puas langsung.

Melepak selepas kepenatan (gambar oleh WSY).



Aku rasa dalam seribu lebih gambar di dalam Kakeno ini cuma ada 2 saja gambar aku. Huahuahauua. Balik rumah saja kena marah dengan mak dan ayah sebab asyik ambil gambar orang dan pemandangan. Gambar sendiri langsung tiada. Mak dan ayah kata tak ada bukti langsung aku ke sana. Kah kah kah. I'm sorry dear mother and father... I just don't fancy camwhoring.

Akhirnya esok (25 September 2011) adalah hari terakhir kami di Perth.

Menjelajah Kings Park, oh yeah_

Kategori:

1 Response to "Kembara 80 Liter (Bahagian 5)"

February 8, 2012 at 6:38 PM
untuk mendapatkan feel, baca semula dr bahagian 1 dengan harapan nak pg jugak suatu hari nanti...hehe

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.