Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Saturday, January 21, 2012


_Kagum sebenarnya.

Sebab jarang jumpa cleaner office seorang lelaki.

Tetapi kadang-kadang memang ada saja. Cuma jaranglah. Dan yang lebih jarangnya adalah... lelaki muda yang hip hop. Tengok rupa macam ganas. Rantai sana-sini. Pakai topi senget. Tapi apabila jumpa baldi, vacuum cleaner, berus lantai dan mop... huish memang terus tukar mode.

Ini agaknya yang orang panggil, 'Dalam hati ada taman'.

Lebih kurang beginilah ilustrasi budak itu.


Yang aku sangat kagumnya bukan apa... dia punya tahap membersihkan office ini memang tahap A+. Aku pun tidak bersihkan rumah macam itu. Berjam-jam lama beliau membuat kerja. Dan hasilnya memang teramatlah puas hati.

Kalau ikut mentaliti tipikal aku... sangkaan perihal budak ini mungkinlah beliau seorang yang lembut hati dan lembut perwatakan. Gaya yak ak auw. Tetapi langsung tidak. Memang ganas. Sangat muda. Macam pelajar universiti agaknya. Ke baru lepas SPM entahnya.

Kagum dengan semangat dan ketekunan beliau dalam membuat kerja. Walaupun gaji tidaklah banyak mana kan... tetapi beliau tetap tunaikan tanggungjawab dan laksanakannya dengan sempurna.

Inspiring weh.

Aku harap aku boleh kemas rumah lebih baik daripada budak itu. Memang boleh tahan rasa tercabar juga sebenarnya. Huahuahauhauhaua. Apa-apa pun, pertama sekali kena bersyukur kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya sebab ada kerjaya yang molek dan gaji yang boleh tahan cukuplah juga nak melangsaikan segala hutang-piutang.

Alhamdulillah.

Dan sekarang ini aku rasa... kalau dah bosan kerja bahagian IT mungkin boleh tukar kerjaya jadi cleaner sambilan seminggu sekali. Sebab kalau stress saja mesti aku cuci bilik air. Huahauhauhaua. Cool juga kan. Berkat pun berkat.

Inspiring weh.

Kategori:

3 Responses to "Sanitasi"

mardhiyyah ridzuan said :
January 22, 2012 at 12:34 AM
Haha... Susah tau x nak tgk laki melayu keje cleaner. i mean, keje yg betul2 keje nak cari rezeki. Selalunya lain cara keje org yg ikhlas betul2 nak cari rezeki dgn org yg keje asal nk dpt gaji je kan. Wallahua'lam. 
adahuys nsi said :
January 22, 2012 at 10:32 PM
sy pun kagum jugak dgn beliau. :)
mr azka said :
January 31, 2012 at 5:37 PM
ni dah kira level macam jepun. cinta kepada kerjaya masing2, tiada malu nak bergaya walaupun apa pun kerja.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.