Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, December 10, 2012


_Sebelum masuk 2013 ini. 

New Straits Times Fabolous Food Hunt.
Bangkok, Thailand.
Seoul, Korea.

InsyaAllah. Tunggu ek. Nanti aku cerita. Lagi apa ek. Aku rasa ada banyak benda lagi yang aku hutang. Tolong ingatkan eh.

Sebelum masuk 2013 ini_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, November 11, 2012


_Assalamualaikum. Kalau tak jawab... berdosa. Kalau jawab... gatal dapat pahala. Hah, jawablah. Ha. Apa khabar, anda di sana_

Sambung baca...

Kategori:

Friday, September 07, 2012


_Mungkin proses penuaan agaknya.

Makin kronik pula perut ini.

Teh, kopi, apa saja yang ada pedas-based... memang kencanglah gestrik. Kalau tak gestrik, memang boleh kena jerkah dengan diarhea. Dahlah selera makan makin hancur. Mesin penimbang pula macam rosak. Asyik nak ke kiri je jarum penimbang itu. Masaklah macam ini. Takkan setiap kali timbang je gerak 3 ke 5 ke kiri. Boleh tinggal tulang kot.

Nak jugaklah 8 hari seminggu.

Please_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, August 21, 2012


_Aku baru tahu.

21 Ogos bukan sebarang tarikh.

Kata Pakcik Wikipedia, 21 Ogos adalah:

1680
Orang Indian Pueblo menawan Santa Fe dari orang Sepanyol.

1772
Rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah yang diketuai Gustav III selesai dengan penerimaan Perlembagaan Sweden baharu.

1831
Nat Turner memimpin satu pemberontakan hamba di Southampton County, Virginia, A.S., namun ditumpaskan 48 jam kemudian.

1911
Mona Lisa (gambar), sekeping catan minyak Leonardo da Vinci, dicuri dari Muzium Louvre di Paris.

1968
"Prague Spring" di Czechoslovakia berakhir dengan tiba-tiba apabila tentera Pakatan Warsaw melanggar negara tersebut, membunuh 72 orang Czechoslovak dan menahan ketuanya Alexander Dubček.

1976
Operasi Paul Bunyan dijalankan sebagai gerak balas terhadap Peristiwa Pembunuhan Kapak di Kawasan Bebas Tentera Korea, dan hampir mencetuskan semula Perang Korea.

1983
Pemimpin pembangkang Filipina, Benigno Aquino, Jr. ditembak mati di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila.

1986
Letusan limnetik Tasik Nyos (gambar) di Cameroon mengorbankan sekitar 1,700 orang dan 3,500 ternakan di kampung berdekatan.

Dan yang paling mengejutkan, pada 21 Ogos 1969 itu adalah detik hitam di mana hampir keseluruhan Masjid Al-Aqsa nyaris-nyaris dibakar hangus. Hoh!

Jadinya.

Aku terfikir. Apalah gunanya menyambut 21 Ogos setiap tahun. Langsung tidak mendatangkan faedah. Seolah-olah seperti meraikan kejadian Masjid Al-Aqsa dibakar oleh Yahudi laknatullah.

Terus termati nafsu mahu menyambut kedatangan 21 Ogos pada setiap tahun. Mulai dari tahun ini, sambutan harijadi saya bukan lagi pada 21 Ogos, sebaliknya pada 20 Syawal setiap tahun.

Ok?

Ok... ok.

21 Ogos bukan sebarang tarikh.

Aku baru tahu_

Sambung baca...

Kategori:

Saturday, August 18, 2012


_Fuh.

Aku rasa sejak masuk kerja baru ini... memang langsung lupa kewujudan blog. Tak sempat nak update apa. Kalau ada update pun itu biasanya scheduled post (keji). Tapi sebab esok lusa ini dah nak raya kan. Dan orang pun dah ramai balik kampung... jadi masa-masa macam inilah kita boleh update blog (keji lagi).

Bersempena dengan kehadiran Syawal 1433H ini...

(gambar raya recycle 2 tahun lepas... keji kan)



Aku nak susun jari-jari yang alhamdulillah cukup ini memohon ampun dan maaf kepada anda semua di atas segala kesilapan dan kesalahan yang memang disengajakan dan yang di luar kesedaran.

Kiranya... maafkanlah ya_

Sambung baca...

Kategori:

Friday, July 20, 2012


_Alangkah beruntungnya kalau istiqamah itu sentiasa ada dalam genggaman. Kan.

Mahu berdamping dengan istiqamah, bukan kerja mudah.

Tidaklah susah. Tapi bukan kerja mudah. Lebih-lebih lagi bersempena dengan kehadiran Ramadhan yang mulia ini. Bulan Islam kegemaran saya. Mungkin sebab aku tidak suka makan. Jadi salah satu sebab sampingan (eh... eh, sampingan konon) kenapa bulan Ramadhan menjadi pujaan adalah kerana itu.

Mahu berdamping dengan istiqamah, bukan kerja mudah.

Solat Tarawikh
2 minggu pertama Ramadhan memang iman sangat tip top. Masjid pun penuh. Tetapi minggu-minggu terakhir Ramadhan... memang sob sob sob. Sedih kot. Semoga istiqamah menunaikan solat Tarawikh ini milik anda juga. Setahun sekali je pun nak buat solat Tarawikh ini. Lepas itu kena tunggu 365 hari berikutnya. Cubalah, eh. InsyaAllah.

Baca Al-Quran
Ini memang ditujukan khas untuk aku sendiri. Mula-mula memang semangat gila nak bertadarus. 5 kali sehari. Sekurang-kurangnya 5 helai dalam 5 kali, azamnya. Awal-awal bolehlah. Bila dah masuk minggu ke 3 itu, Allah... harapan tulus ikhlas sungguh. Semoga tahun ini aku dan anda lebih kental hati dalam membaca Al-Quran. Dan semoga bacaan Al-Quran itu dibaca sekali dengan terjemahannya. Moga-moga maksud di sebaliknya menusuk ke dalam segumpal darah yang bernama hati bukan kristal.

Selamat berlumba dalam beramal.

Anggap saja ini Ramadhan terakhir kita_

Sambung baca...

Kategori:

Friday, July 13, 2012


_Kerja baru?

Awesome.

Bangun jam 5 pagi. Naik LRT KJ3 jam 7:15 pagi. Sampai ke destinasi KJ10 lebih kurang 15 minit kemudiannya. Tolak tambah sebelum jam 8 pagi sudah masuk offie. Normal working hours memang 9 ke 6. Tetapi datang kerja lebih awal adalah lebih menenangkan minda. Habis kerja pula menjelang maghrib.

Dulu.

Isnin dan aku memang sifar reaksi kimia. Sekarang... aku tidak sedar langsung bila entah hari Isnin ini terpacul. Tahu-tahu saja sudah hari Jumaat. Rasa macam hari-hari pun hari Jumaat. Kah kah kah. Melampau betul dia punya feel itu. Tambahan pula, lokasi kerja sekarang ini macam satu level dengan awan guling Son Goku. Berkepul-kepul. Pandang sebelah kanan saja sudah boleh nampak sunset. Walah... subhanAllah.

Skop kerja?

Lagi awesome. Gila fun kot. Memang betul-betul ada anjakan paradigma. Lain daripada yang dibuat sebelum ini. Dan yang paling penting... semua orang ingat aku ini fresh grad kot (tak habis-habis lagi nak berlagak). Umur aku 24 tahun ok. Kah kah kah. Ini rezeki namanya. Alhamdulillah. Pft....

Lain-lain?

Aku sambung nanti... insyaAllah_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, July 10, 2012


_Cuba bayangkan.

Mulai esok, anda cuma diberi 1000 patah perkataan sahaja untuk bercakap.

Lebih daripada itu... Malaikat Izaril sudah stand-by di sebelah. Dapat tangkap ke apa yang aku maksudkan ini? Tak dapat kan? Hah, bagus. Objektif tercapai. Himimimimimimi ^_^

Oklah. Ada satu filem ini, tajuknya 'A Thousand Words' lakonan Eddie Murphy. Best. Strongly recommended to watch. Entahlah ada di wayang ke tidak. Aku selalu download saja. Senang. Lebih jimat, oh!

Ini ha.



Ah, siapa yang tidak kenal Eddie Murphy kan. Mulut beliau memang berkaki. Gila laju berlari. Lebih kurang 280km/j aku rasa. Memang confirm terlepas daripada speed trap. Ok, cerita ini sebenarnya berkisah tentang seorang sales agent yang sangat hebat berkata-kata. Mulut manis gilalah pendek kata. Malangnya setiap patah perkataan yang dikeluarkan beliau itu memang tidak sedap langsung didengar. Tajam menikam. Memang menyakitkan hati masyarakat. Tidak jujur pula itu.

Suatu hari... nak dijadikan cerita.

Ada satu pokok besar ini tumbuh secara tiba-tiba di halaman rumah beliau. Setiap patah perkataan yang disebutnya memang berkadar terus dengan jumlah daun pada pokok tersebut. Cakap sepatah, gugur sehelai. Cakap berpatah-patah, berhelai-helailah daun itu gugur. Begitulah lebih kurang. Dan apa-apa yang terjadi terhadap pokok tersebut turut sama mendatangkan kesan ke atas beliau. Kelakar kot. Patut tengok.

^_^

Pendek katanyalah kan.

Motif yang disampaikan itu sebenarnya, 'Lidah itu ibarat pedang'. Apa saja kata-kata yang dikeluarkan itu memang akan mencederakan orang lain. Dan kadangkala boleh membunuh juga. Justeru, pokok itu sebenarnya mengajar beliau supaya mengeluarkan kata-kata yang baik dan mendatangkan faedah saja. Perkara yang sia-sia itu simpan dalam hati. Buat pekasam.

Kesudahannya...

Eh... eh, mana boleh bagitahu ending. Spoil langsung. Tengoklah sendiri kan. Jadi kalau mahu muat turun, anda ke sini ya.

So, sematkan dalam dada... sebelum keluarkan sebarang kata-kata, mohon gunakan IQ untuk talian hayat. Jangan sebarang menyembur kata-kata. Terlajak perahu boleh reverse... kalau terlajak kata... apa kau ingat 'sorry' atau pun 'eh, aku gurau je' itu laku ke. Dah berlubang kot hati orang itu dikelar 'pedang'.

Lagi pula.

Kalau maaf itu berguna, nak polis buat apa kan. Maka beringatlah, eh_

Sambung baca...

Kategori:

Saturday, July 07, 2012


_Ok, pastikan anda ingat selalu.

Buat background checking untuk apa saja.

Orang.
Product.
Company.


Apa saja. Segalanya. Pada bila-bila masa. Pakcik Google sentiasa di hujung jari anda. Jangan segan silu. Aku kalau kenal dengan kawan-kawan baru, memang aku akan rujuk pakcik Google dulu. Walaupun pakcik Google ini bukanlan 100 peratus betul... tetapi beliau adalah sumber carian terpantas untuk anda mendapat sedikit gambaran kasar berkenaan orang tersebut.

Ha.

Kalau aku nak pergi temuduga pun aku tanya pakcik Google dulu. Buat background checking perihal company tersebut. Sangat penting. Kenapa? Pertama, sebab penting. Kedua... sebab memang penting. Ketiga... sebab aku suruh.

Ok, memandangkan serba-serbi pun anda boleh rujuk pakcik Google... ini bermakna anda yang sedang diGoogle itu berada di dalam zon 'Awas, anda di dalam pemerhatian kami!'. Jadi, berhati-hati dengan segala yang anda kongsikan di dalam Internet yang tidak berbatas ini. Segalanya googleable.

Uisheh macam artis kan.

Setakat ini nasib baiklah nombor telefon, nombor kad pengenalan dan alamat rumah aku belum ada dalam enjin pakcik Google. Pergh, confident. Aku harap tak adalah kan. Kalau ada... tak ada masalah, kita pindah saja rumah. Apa susah.

Ok, sekian saja tips dari saya, anak saudara pakcik Google.

Selamat beramal_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, June 26, 2012


_Berkali-kali jadi sebenarnya.

Jumpa kawan lama, lepas itu tidak ingat nama.

Tak kiralah kawan lama yang pernah jadi partner in crime ke, kawan tapi mesra ke kawan kenal gitu-gitu saja ke... memang tak berjaya nak ingat semula namanya. Kadang aku kena cari muka si polan ini dalam senarai kawan-kawan di Facebook dan ingat kembali namanya. Itu pun kalau berjaya. Biasanya tidak.

Haru sungguh.

Ini memang di antara sebab utama kenapa aku malas nak jumpa kawan-kawan lama. Kadangkala kawan-kawan baru pun aku terlupa nama. Dan paling haru, kalau selalu sebut nama pun boleh lupa sekali-sekala.

Memory lapse yang sungguh kronik.

Jadinya.

Andai pada suatu hari yang indah nanti, kita berlaga retina di tepi jalan dan aku berlalu macam angin kus-kus begitu saja tanpa menyapa... maafkanlah saya_

Sambung baca...

Kategori:

Saturday, June 23, 2012


_Akhirnya.

Selepas hampir 6 tahun bekerja, berhijrah juga penghujungnya.

Jumaat lepas adalah hari terakhir bersama mereka. Budak-budak office kata aku berhenti kerja sebab nak kahwin. Hol! Lawak antarabangsa sungguh. Aku kalau dah kahwin barulah berhenti kerja. Nak tiru macam mak. Tapi kalau kena kerja juga... buat teleworking sajalah. Teknologi di hujung jari kan ^_^

Percayalah. Setiap yang tersurat... wajib ada hikmahnya. Walau belum nampak lagi hikmahnya... tetapi pasti ada terselit di sana. Allah knows best. Maka, bersangka baiklah dengan Allah sentiasa. Itu tujuannya optimis. Ok? Ok.

Jadinya...

Apa perasaan berhijrah?

Ringkas.
Mudah.
Dan senang.

Dan yang paling utama... sangat tenang, insyaAllah.

2 Julai di tempat baru... kita tunggu_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, June 21, 2012


_Lagu untukku dariku.

Ini adalah lagu Bayangan Gurauan nyanyian Mega versi penuh keinsafan.

Tak pernah ku alami
Tak mungkin ku hindari
Di himpit oleh syaitan
Bayangan bukan-bukan

Di dalam jaga ku tercari-cari
Di dalam tidur termimpi-mimpi
Siapakah syaitan misteri
Melambai dan terus di sisi

Jangan biarkan ku tertidur mati
Usah benarkan subuh berlalu pergi
Cintamu oh! syaitan misteri
Adakah kekal dan abadi

Andai di berikan kain sejadah
Ku pilih solat subuhku
Andai kupunyai bantal bersepah
Ku pasti liat berwudhu

Dalam berjuta syaitan berkeliaran
Kau bagaikan lutsinar
Antara ribuan petir menikam
Akan kubiarkan kau tertikam

Di dalam jaga ku tercari-cari
Di dalam tidur termimpi-mimpi
Siapakah syaitan misteri
Adakah dapat ku kenali
(Semoga tidak ku temui)

Tamat.

Selamat hari Jumaat_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, June 06, 2012


_Seronok gila kalau ada ahli keluarga baru.

A little khalifah in my house.

Boleh kata setiap hari setiap masa teringat si khalifah kecil ini. Bau bayi memang sangat harum. Hinss... hins. Muhammad Khalilullah Al-Amin. Panjang itu nama. Harap-harap Amin senang mengeja nama sendiri nanti kalau masuk tadika. Jangan jadi macam pakngah. Nama Ahmad Sanuri. Tetapi apabila dieja namanya sendiri... tup tup tukar jadi Ahmad Sari. Tulis di atas beg sekolah pula itu. Huahuahuahua. Comel betul pakngah.

Kan?

Shishishishishishi...

Hari-hari setiap pagi sebelum pergi kerja.

"Assalamualaikum, Amin!"
"Assalamualaikum, Amin!"
"Assalamualaikum, Amin!"

Terpinga-pinga lagi terkebil-kebil si khalifah kecil itu. Sekejap pandang ke kiri. Sekejap pandang ke kanan. Suara halilintar mana entahnya sedang bertempik. Sudah menjadi kewajipan. Lepas itu baru gerak ke tempat kerja.

Hari-hari setibanya di rumah dari kerja.

"Assalamualaikum, Amin!"
"Assalamualaikum, Amin!"
"Assalamualaikum, Amin!"

Terpinga-pinga lagi terkebil-kebil si khalifah kecil itu. Sekejap pandang ke kiri. Sekejap pandang ke kanan. Suara halilintar mana entahnya sedang bertempik. Sudah menjadi kewajipan.

Kemudian, kalau nak tidurkan Amin setiap malam memang wajib baca doa khatam Al-Quran. Setiap kali dibaca doa itu, Amin terus diam dan terlena. Sambil tersenyum simpul dengan mata terpejam. Hai sheh sheh. Comel betul.

Walaupun Amin tidak tahu itu ayat apa... tetapi Cik Long lagukan juga dengan harapan suatu hari nanti selepas Amin khatam bacaan Iqra' 1 sampai 3 yang Cik Long nak ajarkan... Amin akan teringat-ingat ayat itu. Lepas itu kalau Amin tanya itu ayat apa, Cik Long akan pancing yang ayat itu Amin akan jumpa selepas Amin habis baca kitab Al-Quran.

Best kan trick Cik Long?

Hai sheh sheh. Comel betul ada khalifah kecil dalam rumah. Entahlah bila ada rezeki nak ada khalifah kecil kepunyaan sendiri. Kalau tiada pun Cik Long ok saja asalkan ada Amin. Hai sheh sheh lagi.

Oh ya, Amin.

Cik Long harap suatu hari nanti Amin tidak terjumpa blog Cik Long ini.

Malulah_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, June 06, 2012


_Boleh tahan mencabar juga hidup kalau setiap hari setiap masa tulang jari tangan ini selalu menggelatuk ayam.

Essential Tremor.
Pernah dengar?

Ese... se... se... sential Tremor.
Hah, pernah dengar?

Mestilah tidak pernah kan. Nak kata penyakit, tidaklah macam penyakit. Nak kata masalah pun tidaklah masalah sangat. Nak kata spesis apa pun entahlah haram tidak tahu. Yang pastinya aku ada essential tremor ini. (Alhamdulillah... muhasabah untuk diri sendiri)

Memang mencabar.

Ibarat tulang jari ini tergagap-gagap. 24 jam. Oklah bukan 24 jam. Kalau tidur memang tidaklah menggagap tulang-temulang ini. Selagi tercelik mata, selagi itulah tulang jari tangan ini tergagap-gagap. Se... se... se... seperti Parkinson. Masalah urat saraf rasanya ini. Itu sebablah nervous system ini terasa lain macam. Ho hoh.

Susah juga kadang nak buat kerja.

Bukan susah kadang. Boleh tahan memang susah betul biasanya nak buat kerja. Contohnya macam nak menulis. Kena tulis laju-laju. Kalau slow, memanglah tulisan itu semacam sudah lari bertempiaran kerana hilangnya tarikan graviti.

Jadinya kau cuba bayangkan macamana aku melukis pakai mouse.

Menangis.

In fact, masa menaip sekarang ini pun sedang bergoncang hebat tulang-tulang jari ini. Dulu masih boleh kawal lagi. Semenjak dua menjak ke tiga menjak ini, semakin kuat pula gegarannya. Rasa seperti sudah berskala Richter 8.

Oh, Allah!

T________T

Selain drugs dan so called 'medical practitioner'... ada cadangan tak untuk mengurangkan masalah tulang gagap ini?

Ada tak_


* Selingan *

Lama nak promote sebenarnya. Suara beliau sedap. Sudah boleh tubuhkan satu kumpulan nasyid, mungkin. Dan seriously sebahagian lagu-lagu Edcoustic yang dinyanyikan semula oleh beliau (jauh) lebih sedap berbanding versi asal (halamak ai abang-abang Edcoustic jangan marah ya).

Benda baik kenalah berkongsi dengan kawan-kawan. Perdengarkan, cuba. Ho hoh!

(halamak ai, macam failed pula tiba-tiba... macamana entah nak letak lagu dalam ini... pandai-pandailah anda klik link di bawah ya. huahua)

Aku paling suka Muhasabah Cinta versi beliau. Terbaik!

Dan juga Ombak Rindu versi taubat. Sebenarnya tidak pernah dengar pun lagu Ombak Rindu ini. Jadi aku pun carilah versi asal. Memang kalah betul. Lebih best lagi versi Zakuan Ahmad.

Saudara Zakuan Ahmad, kalau terbaca entri ini... cuba buat cover lagu Pemergianmu dari In-Team pula. Apa macam? ^_^

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, May 31, 2012


_Pesan ayah.

Berkali-kali.

"Kalau cari tempat bekerja, pastikan balik ke rumah awal. Boleh solat berjemaah sekali. Makan malam sekali."

Tahun 2006 - 2007
Subang Jaya.

Tahun 2007 - 2010
Damansara / Kerinchi / Bangsar.

Tahun 2010 - Sekarang
Petaling Jaya.

Sekarang - Terpulang kepada izin Allah
"Kalau cari tempat bekerja, pastikan balik ke rumah awal. Boleh solat berjemaah sekali. Makan malam sekali."

Pesan ayah, berkali-kali.

InsyaAllah_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, May 20, 2012


_Sesungguhnya marah itu adalah sebahagian daripada syaitan.

Dan sesiapa yang menjadikan marah itu sebagai pendampingnya juga adalah sebahagian daripada syaitan. Engkau, syaitan!Syaitan yang direjam. Rejam... rejam... rejam!

Apa! Sesuka hati kau saja!

Eh... eh jangan marah. Chill... chill.

Sewaktu ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC tempoh lalu, memang tidak merancang pun untuk berjumpa. Tiba-tiba terjumpa. Lebih kurang 3 meter di hadapan. Rezeki agaknya.

Jumpa siapa?

Siapa lagi... tidak lain tidak bukan adalah Ustaz Don Daniyal.

Walah!

Punyalah ramai yang menghurungi booth Telaga Biru. Semata-mata untuk melihat beliau. Masing-masing dengan kamera handphone di tangan. Baik lelaki, baik perempuan. Tua dan muda pun sama saja. Excited bukan main mereka ini. Aku? Aku terpacak secara rilek saja di situ.

Impression pertama... "Oh, beliau tidaklah tinggi sangat sepertimana yang dilihat di dalam kaca TV Samsung di rumahku."

Lagi?

"Oh, subhanaAllah juga rupanya."

Lagi? Lagi?

"Sebagaimana anda melihat beliau di dalam TV, begitu jugalah beliau di luar TV. Sama. Tiada beza. Cara cakap pun sama. Cara memandang pun sama. Tajam betul. Oh, mungkin adalah disebabkan celak yang dipakainya."

Lagi? Lagi? Lagi?

Eh... eh sudah-sudahlah Sabariah. Aku bukan nak cerita pengalaman berjumpa Ustaz Don. Aku nak cerita perihal cerita yang disampaikan oleh beliau. Sebab agak jarang juga berpeluang mendengar ceramah-ceramah agama secara empat mata.

Kalau tidak silaplah, ceritanya lebih kurang begini.

Sedang Rasulullah dan Saidina Abu Bakar beriktikaf di dalam masjid, tiba-tiba datang seorang hamba Allah ini memaki-hamun Saidina Abu Bakar. Bersungguh-sungguh. Saidina Abu Bakar terdiam dan kemudian memandang baginda Rasulullah SAW.

Baginda memandang Saidina Abu Bakar kembali dan tersenyum.

Bersungguh-sungguh si hamba Allah itu memaki-hamun Saidina Abu Bakar. Akhirnya tercetuslah rasa marah di hati kudus Saidina Abu Bakar. Kesabarannya sudah tidak tertahan lagi. Apa lagi... Saidina Abu Bakar pun memarahi si hamba Allah tersebut.

Tiba-tiba berubah air muka baginda Rasulullah SAW. Lalu baginda pun berlalu dari situ. Saidina Abu Bakar bergegas pergi mendapatkan baginda Rasulullah SAW. Lalu bertanya kepada Rasulullah SAW.

"Ya Rasulullah. Sebentar tadi apabila aku dimarahi si hamba Allah itu dan mendiamkan diri... mengapa Rasulullah tersenyum? Dan kemudian apabila aku memarahinya pula mengapa Rasulullah berlalu dari situ? Marahkah kepadaku?"

Lebih kurang begitulah pertanyaan Saidina Abu Bakar kepada Rasulullah SAW.

Dan baginda SAW pun menjawab.

"Wahai Abu Bakar, aku tidak memarahimu. Sewaktu engkau mendiamkan diri semasa dimaki-hamun si hamba Allah itu, aku tersenyum kerana melihatkan malaikat di sebelah kanan mu mengutuk si hamba Allah tersebut dan mencatatkan kebaikan untukmu. Dan apabila engkau memarahi si hamba Allah tersebut, malaikat tadi beransur pergi dan singgah pula syaitan duduk di sebelahmu. Aku berlalu dari situ kerana tidak mahu duduk bersama syaitan itu."

Begitulah lebih kurang ceritanya.

Rasulullah SAW jika tidak menyukai sesuatu... baginda tidak mengeluarkan kata-kata kesat atau pun maki-hamun. Sebaliknya, baginda cuma mendiamkan diri dan berlalu dari situ. Peribadi Rasulullah memang subhanaAllah. Bersifat maksum, begitulah.

Kalau kita, orang-orang yang tidak bersifat maksum ini lain pula.

"Woi, buta ke! Mata letak di lutut! Jalan tak nampak orang!"

"Hak alah, ni kuah mi ke air paip! Rasa klorin. Tak sedap langsung!"

"Woi, jalan cepat sikit! Terhegeh-hegeh! Lembab! Dahlah panas tahu tak!"

Itu belum lagi cerita Rasulullah dibaling najis (kalau tidak silap akulah). Hampir-hampir saja sahabat baginda mahu membunuh lelaki tersebut tetapi ditahan Rasulullah. Kesabaran baginda memang tidak berbatas.

Dan sesungguhnya bukan kerja mudah untuk menahan marah.

Kan?

Ada banyak sangat cara untuk menahan marah. Boleh juga dilihat di sini. Biasanya berta'awwuz (baca A'udzubillahiminasyaitainnirrojim), berwudhu', jika sedang berdiri maka duduklah dan sebagainya.

Kan?

Tetapi cara aku lain sikit. Boleh top up bersama cara-cara asas di sini. Dan ini adalah berdasarkan eksperimen sendiri. Boleh dicuba jika anda seorang yang suka mencuba sesuatu yang baru. Kalau tidak mahu cuba, letak noktah di sini laju-laju ya.

Ok.

1. Si polan ini sebenarnya pesakit dan perlu banyak bersenam
Apabila dimarahi, senyum dan rileks. Tanamkan satu pemikiran di dalam kepala di mana orang yang sedang memarahi anda ini sebenarnya sedang bersenam. Dengan memarahi atau memaki-hamun anda secara bertubi-tubi... jantungnya akan lebih terasa sihat.

Pendek kata, orang yang sedang memarahi anda ini sebenarnya orang sakit. Mengidap sakit mental, sakit jantung dan sakit hati. Kasihan sangat-sangat. Membebel-bebel tanpa biji butir sehingga tersembur-sembur enzim emylase dengan jumlah desibel pada paras berbahaya.

Jadi apa gunanya anda membalas kemarahan orang-orang sakit ini? Tidak berfaedah kan? Jadi gelakkan saja, rileks dan berlalu dari situ. Dan percayalah, dengan reaksi begitu mereka bukan saja akan lebih terbakar... tetapi akan lebih gila jiwa dan mentalnya.

2. Bayangkan setiap kali marah saja ada syaitan di sebelah
Tahukah anda rupa sebenar syaitan? Aku pun tidak tahu. Tapi kalau anda biasa menonton filem-filem mengarut berupa Mak Lampir, Hantu Pinang Sebatang, Hantu Mak Limah, Hantu susuk, Pocong, Langsuir dan sebagainya yang digembar-gemburkan secara menggelabah oleh pembikin-pembikin filem ini, anda anggap sajalah syaitan ini lebih buruk dan mengerikan berbanding hantu-hantu low class itu.

Jika anda membalas nafsu amarah anda yang ingin memaki semula orang tersebut, syaitan itu secara automatiknya akan transfer di sebelah anda. Tiba-tiba jadi BFF (Best Friend Forever) kau. Sepanjang hidup dia ikut. Ha, takut tak?

Aiyok, tak tahu.

3. Tepuk bahu sebelah kiri berulang kali sambil memujuk
Pujuk sebelah kiri anda. Sambil itu bercakaplah dengannya, "Rilek... rilek. Jangan menggelabah. As sobru minal iman. Jom kita pergi makan ABC lagi sedap." Tepuklah berulang kali. Sampai member yang sedang mengamuk ayam itu tiba-tiba rasa pelik apa pasallah anda bercakap seorang diri.

Tepuk... tepuk pengakap kemudian berlalu saja dari situ.

Biarkan saja orang sakit itu terpinga-pinga atau pun menghabiskan marahnya sehingga kering enzim emylase.

4. Baca ta'awwuz dan sembur ke mukanya
Biarkan saja orang itu sibuk memaki-hamun anda. Yang anda perlu lakukan cuma baca ta'awwuz (A'udzubillahiminasyaitainnirrojim) dan sembur ke mukanya. Kemudian baca ayat ini, "Nyah ko syaitan mak lampir dari si polan ini!" Lepas itu, hembus lagi ke mukanya... fuh... fuh... fuh. Jangan diludah. Hembus angin saja. Kemudian berlalu dari situ.

Ok?

Ok. Itu saja.

Cuba salah satu. Kita tengok siapa yang kena_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, May 16, 2012


_Umat Islam ini sebenarnya sangat kuat.

Sangat-sangat kuat.

Betul. Cuma mereka tidak sedar, separuh sedar atau kurang sedar yang mereka ini kuat sebenarnya.

Sangat... sangat kuat.

Aku pernah cerita kan kita ada super power. Tetapi tidak semua menggunakannya. Rugi tahu. Kalau betul-betul gunakannya dan betul-betul gantungkan hati kepada Allah, insyaAllah boleh jadi lebih hebat berbanding Superman, Ultraman dan Super Saiya. The Avengers pun kalah.

Sama juga dengan Mathurat.

Mathurat?

Ah hah... Mathurat.

Sangat power sebenarnya. Mathurat ini boleh diibaratkan sebagai senjata M16 digabungkan bersama bazooka, peluru berpandu dan senapang patah (aik?). Alah, lebih kuranglah. Aku tidak tahu sangat nama-nama senjata terhebat di dunia ini.

Kenapa aku kata gabungan?

Sebab Mathurat ini adalah himpunan doa-doa dan wirid harian yang biasa diamalkan oleh Rasulullah pada suatu masa dahulu. Pendek kata, Mathurat adalah super power paling power yang pernah ada.

Berganda-ganda powernya.

Serius.
Ini adalah serius.

Kenapa?

Sebab aku katalah (ada ke pulak). Susah sebenarnya aku nak jelaskan dengan tulisan. Sebab kesannya kelihatan lutsinar. Gelombang magnetik pun tiada. Cuma pengamalnya sendiri yang mampu nampak kesan Mathurat ini.

Sangat ummph!

Dan tahukah anda... membaca Mathurat ini adalah salah satu rahsia bagaimana mahu menjadi seorang Muslim yang kacak jiwanya dan cool. Dengan membaca Mathurat, tiada lagi slogan 'Selagi hidup, selagi itulah akan menggelabah'.

Kenapa macam tidak pernah dengar Mathurat sebelum ini?
Mungkin nasib kita sama. Tetapi tidak serupa. Pertama kali aku tahu kewujudan Mathurat ini semasa tingkatan 4 di MRSM Beseri, Perlis. Geng-geng surau yang kenalkan. Aku ikut saja. Mula-mula tidak faham pun apa bendalah Mathurat ini sebenarnya. Lama-kelamaan apabila sudah terkesan... barulah rasa macam 'Ohhh, ini ke dia Mathurat'.

Ok, berbalik kepada soalan... dah berkali-kali aku sebut ini.

Mathurat.
Mathurat.
Mathurat.

Sekarang sudah dengar kan?

Saya nak baca, tetapi tidak sempat kot. Macamana?
Mathurat boleh dibaca pada waktu petang selepas Asar (sebelum Maghrib) atau selepas Subuh. Mathurat Sughra boleh dibaca lebih kurang setengah jam. Mathurat Kubra lebih kurang sejam. Ikutlah kelajuan anda membacanya... 2km/j atau pun 20km/j atau pun juga 120km/j.

Kalau tidak sempat juga, hulur saja telinga dan sekeping hati dibawa belayar. Dengarkan Mathurat berbentuk audio dan ikut. Alah, sebenarnya sempat. Kalau kau masih pakai slogan 'Selagi hidup, selagi itulah akan menggelabah' memang tidak sempatlah.

Ok, saya nak cuba baca Mathurat ini. Macamana nak maintain?
Peringkat awal ini bolehlah cuba baca Mathurat sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kemudian upgrade sikit jadi seminggu sekali. Apabila sudah power... bolehlah baca setiap hari. Secara berterusan insyaAllah.

Kemudian bolehlah menjulang tangan kanan ke udara sambil berteriak 'With the power of the universe... I have the power!'

Waha!

Sudah jadi He-Man kau.

Buku macam lebih best berbanding audio. Di mana boleh beli?
Di mana-mana kedai buku agama yang berhampiran dan berjauhan. Di Mydin pun ada. Harganya lebih kurang RM2 saja. Murah. Lebih murah daripada sekotak Choki Choki tahu.

Contoh seperti ini.

< nanti aku letak gambar kemudian >

Al-Mathurat susunan IMAM AS-SYAHID HASSAN AL-BANNA. Warna coklat. Mungkin ada banyak warna lain sekarang. Versi itu lebih best sedikit (kena memilih). Sebab di bawah setiap ayat itu ada terjemahannya. Jadi sambil membaca doa-doa tersebut, sambil berhenti seketika memahamkan terjemahannya. Tidaklah ternganga-nganga membacanya.

Terjemahan adalah sangat penting.

Melainkan anda faham bahasa Arablah. Aku tidak. Walaupun aku belajar bahasa Arab 3 tahun, tapi terjemahannya memang La' Adri ok. Saya tak tahu. Kalau belajar Al-Lughatul Al-A'rabiyah di radio IKIM setiap pagi jam 8:30 selama 15 minit hari-hari pun belum tentu boleh faham terjemahan ayat-ayat Al-Quran di dalam doa dan wirid harian.

Marratan ughra.

Terjemahan adalah sangat penting.

Marratan ughra.

Eh, cukup-cukuplah. Miang keladi sungguh. Apa-apa pun, Mathurat ini adalah senjata lutsinar terhebat di dunia yang boleh dibawa ke mana-mana saja tanpa ditahan polis kastam. Cool kan?

Coooooool.

Apa lagi... cubalah_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, May 14, 2012


_Hev yu hed of Bahasa Roman bifor?

Yu Hevent?

Ok. Let mi tel yu den. Bahasa Roman wos orijineli kam from a kaontri kold Malangsia. It is not tu far ewey from hier. Insted it is veri niyer. Laik isi dengan kuku. Veri niyer rait? Rait? Probebli yu hevent hed it bifor. It is ok. I dont keyr.

Yu si.

Everiwan ken tok in Bahasa Roman. It is es izi es ABC. Yu dont hev tu go tu eni skul. Oh enader ting, Bahasa Roman hes nating tu du wif Nombor Roman. Dey ar not iven siblings. Not iven bau-bau bacang. Hev yu tes bacang bifor? No? It's kuait gud. Trai it.

Wayt... wayt.

Ai em abaot tu get konfius. Wat wos de ting det ai wan to tok jas nau? Ah hah... de Bahasa Roman. So, hau ken yu lern dis languej? Let mi giv yu sam tips.

Tips 1
De besik is Inglish. Jas yus Inglish es yor bekbon. Den, spel it as hau it saons laik. Got it? Na ah? It's ok. Jas rid de tip 1 wans mor taim or ten mor taim. Prektis meks perfek. Ai no yu ken du it.

Tips 2
Ripit tips 1.

Tips 3
Ripit tips 1 en tips 2 wan mor taim.

Gud tips rait?

Eniwei.

Bahasa Roman is not a fevret of main. Ai fil ekstrimili tayed yusing dis languej. Hauever... du yu no dat Bahasa Roman is globeli bing yusd in Bahasa Melayu buk. Wan of de bigges ekzampel of Bahasa Roman is dis...

Team (in English)

If yu trenslet it in Malay, de werd is 'Tim'.

I tot it is 'pasukan'. Izen it? No? Kamus Dewan sed so. Der ar a lot mor werds aot der dat hev bin trensleted tu Bahasa Roman. En ai fain it super difikul tu andersten de riyel mining of dat werd sins it saons no differens wif de inglish werd.

Dont yu ting so tu?

Let mi giv sam mor ekzampels...

Transformation (English)
Transformasi (Malay)

Book (English)
Buk (Malay)

Presentation (English)
Presentasi (Malay)

I wonder how our kids (uiceh sound like aunty) out there answering Bahasa Malaysia kertas 1. Either all these words have been registered in our Kamus Dewan and I don't even know or they just bruttally rape our Malay language and inject it with Roman to produce new descendants which I called Bahasa Roman.

Tell me I'm wrong.

Eniwei, it is izi rait tu lern Bahasa Roman. Laik iting coki-coki. Trai it_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, May 13, 2012


_Ok... ok aku pernah janji tinggal janji kan nak cerita perihal ini.

Running Man.

(ilustrasi dari episod 1)



The best variety show in Korea.

Wah... wah... wah!

Apa itu Running Man? Ini adalah rancangan berkonsepkan kembara mengelilingi Korea Selatan. Sudah serupa macam tourism show. Sekarang sudah meluaskan pengembaraan mereka ke Thailand, China dan Hong Kong. Malaysia entah bila. Sangat menarik. Selain lawak jenaka bersepah yang macam haram jadah itu, aktiviti-aktiviti dan permainan mereka sangat merilekskan minda. Lawak spastik yang lebih berkualiti berbanding lawak jenaka Raja Lawak yang tidak lawak langsung itu.

Whoa... statement kutuk.

Bukan kutuk. Tetapi aku rasa lawak yang best adalah lawak macam PRamlee buat lawak. Spontan, sengal dan tidak sengaja. Tetapi kalau gelak banyak-banyak pun bukannya bagus. Hati mati lekas. Andai ternampak Izrail pun tidak gerun langsung. Bahaya... bahaya. Huish, minta dijauhi. Jadinya...

O hoi, cukup.

Entah ke mana-mana cecehan ini bersepah.

Perihal Running Man. Haritu aku tengok ramai yang tanya Pakcik Google mana nak muat turun rancangan ini. Walaupun Channel ONE (ini adalah sebab utama aku terpaksa subscribe Astro Beyond) ada menayangkan Running Man, namun tidaklah terkini episodnya. Jadi untuk peminat keras mati rancangan ini... tips di bawah ini untuk anda.

Hah, sekejap.

Tahu tak. Di sebabkan Running Man ini, semakin teruja keterujaan aku mahu mengembara. Rasa macam sudah hampir 3 suku Korea Selatan dijelajah secara virtual (perghh). Ah, ya... Tembok Cina juga! Pasar serabut ayam di Thailand juga sudah! Hong Kong juga! London juga! Malaysia? Malaysia entah bila.

Ok... ok.

Bilakah Running Man ini ditayangkan?
Di Korea Selatan siarannya adalah pada setiap hari Ahad jam 4:30 petang (waktu Seoul).

Apakah episod terbaru Running Man?
Episod terbaru adalah 94. Wedding Race... wohoo!

Bagaimana mahu memuat turun Running Man secara pantas?
Ada 2 laman. Kshownow dan iSubs. Biasanya Kshownow mengambil masa 2 hari saja untuk menterjemah dan menghasilkan senikata English. iSubs lambat sedikit. Tapi senikata terjemahan iSubs lebih tepat dan jelas. Cuma kena tunggu lamalah.

iSubs
Anda perlu mendaftar sebagai ahli untuk memuat turun episod-episod Running Man di sini. Setakat ini baru sampai episod 85 yang telah selamat diterjemahkan. Lain-lain masih dalam pembikinan. Laman ini memang laman untuk memuat turun saja. Memang tiada pautan Youtube mahu pun DailyMotion untuk ditonton.

Kshownow
Mereka memang sangat pantas. Team work yang bagus. Biasanya hari Selasa akan disiarkan pautan episod Running Man terkini yang telah selamat diterjemahkan. Anda boleh menonton melalui pautan DailyMotion. Di laman Kshownow ini juga ada diletakkan status terkini terjemahan Running Man.

Dan jika anda ingin memuat turun video tersebut, biasanya hari Khamis baru keluar. Anda boleh memuat turun melalui Mediafire di sini Forum KshowNow. Tetapi untuk muat turun, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Hua hua hua.

Hah.

Apa lagi?

Tak ada dah. Itu saja. Selamat menonton_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, May 10, 2012


_2 hari lepas pada suatu pagi di Radio IKIM.

Hesh... hesh.

Ayat bersimpang-siur.

Adik-adik, mohon jangan diikut contoh ayat tersebut ya. Memang sungguh karam, berputar-putar lagi tonggang terbalik struktur ayat tersebut. Firasat aku, ayat-ayat Karam Walia Singh pasti jauh lebih hebat dan ummph. Adik-adik... contoh ayat begini mohon dijauhi.

Si aku ini kan.

Jarang benar gegendang telinganya mendengar radio. Semak sebenarnya mendengar lagu berselang-seli cecehan yang sifar faedah. Serabut ayam. Namun begitu, walaupun jarang... pernah juga sekali dua melayan gegendang telinga. Lebih-lebih lagi ketika graf iman jatuh menjunam ke dalam gaung. Huisheh.

'Faktor kahwin lambat'.

Begitulah bunyinya topik perbincangan 2 hari lepas pada suatu pagi di Radio IKIM. Demi Allah memang terkena tempias. Tidak elok main sumpah-sumpah. Kalau mahu bersumpah, jentik sikit ayat tersebut menjadi, "Demi Allah."

Oh, ya... kahwin lambat.

Mengikut bancian dan statistik, majoriti muda-mudi sekarang berkahwin lambat adalah disebabkan faktor kewangan yang tidak mencukupi. Dan faktor kewangan ini didominasi oleh kaum lelaki.

Aku sokong!

Manakala kaum perempuan pula mendominasi faktor 'calon tidak sesuai'. Dan kata DJ radio tersebut, kaum perempuan ini sebenarnya memilih. Sangat memilih.

Aku... separa sokong.

Jika diberi peluang membuat bancian, aku rasa faktor kewangan itu adalah kekangan terbesar bagi isu kahwin lambat ini. Serius. Bukan lelaki saja kena fikir perihal duit. Perempuan pun. Walaupun kelihatan seperti menabur alasan, tetapi kalau tidak cukup duit... memang tidak senang hati nak mendirikan masjid.

Kenapa?

1. Duit hantaran
Terus-terang aku memang tidak setuju betul kalau duit hantaran itu diletakkan sehingga beribu-ribu lemon. Lebih baik letakkan lemon berbanding ribu-ribu duit. Manalah lelaki-lelaki ini tidak kecut perut. Semacam sudah meniagakan anak perempuan saja lagaknya.

Kadangkala ada juga suara-suara asing berduri yang mencucuk gegendang telinga. Atas alasan semakin tinggi taraf pendidikan anak dara tersebut, semakin tinggilah duit hantarannya. Berkadar terus. Menuju puncak. Walah!

Melainkan si lelaki itu berkemampuan... lain ceritalah kan.

Tetapi aku faham. Ada juga yang akan kata... duit hantaran itu sebenarnya nak rolling balik duit perbelanjaan semasa kenduri. Betullah itu kan. Semakin gah dan meriah majlis, semakin besarlah perbelanjaannya. Berkadar teruslah. Aku faham.

Tetapi.

Kalaulah mampu menyuntik 8 kolah kesederhanaan ke dalam perbelanjaan tersebut... alangkah bagusnya.

Andai sampai rezeki sendiri, harapnya tidak membebankan sesiapa. Lebih ringkas majlis lebih bagus. Sangat mendambakan kesederhanaan. Bukan apa. Serabut dan malas nak bermajlis-majlis begini. Rimas. Nikah dan makan beramai-ramai dalam dulang pun sudah cukup bagus.

Yang banyak nak ditaburkan duit ini sebenarnya selepas berkahwin.

Banyak woooo nak pakai duit.

(Aik? Cerita macam dah pernah kahwin je)

Ini fakta, cik enon.

2. Kenduri
Ini anggaran kasar dalam RM20k. Katalah satu kepala lebih kurang RM12 (ini harga caterer semasa kenduri adik gadis). Kalau jemputan 1000 orang. Dan lebihkan sedikit makanan untuk saudara-mara bungkus dan bawa balik. Bundarkan. Nah! Bukan ke sudah hampir menjangkau RM20k. Walah! Ini ngeri.

Menyuntik 8 kolah kesederhanaan ke dalam makanan... bukan kerja mudah. Kalau silap suntik boleh kena diarhea.

Itu pasallah aku setuju faktor kewangan adalah kekangan terbesar bagi isu kahwin lambat ini. Dan ah hah... isu calon tidak sesuai yang didominasikan oleh wanita. Walaupun aku wanita, tapi aku rasa 'sesuai' itu adalah subjektif. Kadangkala kita rasa tidak sesuai. Tetapi kalau dah cuba kenal dalam dan luar, direnjis pula dengan keberkatan dariNya... memang insyaAllah jadi sesuai.

(Aik? Cerita macam dah pernah ada pengalaman je)

Ini fakta, cik enon.

Tetapi kadang-kala kena juga memilih (aik?). Cuma janganlah terlalu memilih sangat (jentik dahi sendiri). Tidak kacak muka tetapi kacak hatinya pun dah cukup terbaik dah. Lain-lain nanti kita adjust ikut teknologi semasa (eceh!).

Cuma satu yang diminta (aik? memilih?)... tinggi dan bukan lebih muda.

Asbabnya.

Si manusia yang hina ini adalah manusia yang sangat degil, berangin dan keras kepalanya. Malah, si manusia hina itu juga sangat tidak suka bergantung kepada sesiapa melainkan kepada Tuhannya. Perasan hebat, orang kata.

Jadi manusia yang hina itu berharap agar pemilik tulang rusuk kiri itu adalah seorang yang mampu untuk digantungkan diri sepenuhnya. Usia memang berkadar terus dengan kematangan. Maaf tetapi manusia yang hina itu belum pernah jumpa lelaki yang lebih muda dan lebih matang daripadanya.

Habis itu... si aku itu tunggu apa?

Hm.

Aku tunggu pintu rahsiaNya terbuka_

Sambung baca...

Kategori:

Friday, May 04, 2012


_Boleh tahan patah riuk juga tulang-temulang menyinggah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 di PWTC kali ini.

Sangat patut untuk mengusung troli.



Mana tidaknya, kesemua buku-buku yang diborong adalah buku berkulit keras. Bukan sebiji yang dibeli. Berbiji-biji. Boleh jadi bertuhankan nafsu jika ke pesta buku. Membeli tanpa batasan. Alhamdulillah aku tidak pakai kad kredit. Jika tidak habislah nanti diracuni kehendak.

Oh... oh!

Aku rasa tiap-tiap tahun jika ke situ cuma beberapa booth saja yang disinggah. Dan ini memang booth kegemaran tiap-tiap tahun. Tidak pernah ketinggalan. Memang 'kesetiaan kepada Raja dan Negara' sungguh.

Ameenbooks
Terus-terangnya aku suka ke booth ini sebab mencari karya Faisal Tehrani. Dengar kata sudah keluar 'Ketupat Cinta - Musim Kedua'. Wajib dapatkan! Dan juga buku-buku lain berunsur Sastera yang mana rekaan kulit bukunya sangat menarik dan cantik. Ini memang 'judge the book by its cover'.

EdisenHill
Kalau tidak silap, begitulah namanya. Tetapi kalau tersilap memang tersilaplah. Booth ini terletak berhadapan dengan booth Penguin Books di tingkat paling atas. Mereka menjual pelbagai jenis genre buku terutamanya yang berkulit keras dan tebal pada harga RM20 ringgit lebih-lebih sahaja. Paling mahal yang aku pernah jumpa pun harganya RM40. Sepatutnya di luar harganya beratus-ratus. Memang menarik sangat buku-bukunya. Macam buy more for less.

Institut Terjemahan Bahasa Malaysia
Karya-karya alternatif yang agak underground. Genre hippies sikit. Sangat menarik. Bisa tersiat-siat fikiran anda. Pening juga sebenarnya membaca buku-buku komplikatak yang merabit jiwa dan minda ini. Tapi tidak apa. Bagus sebenarnya. Senaman agar saraf otak boleh semakin bercabang dan berkembang.

Gerak Budaya
Ini memang 100% karya-karya underground. Berhaluan kiri dari sudut 360 darjah. Bagus untuk minda. Gerak... gerak khas!

Ah, ya.

Dan Cinnabon di The Mall.

Lain-lain booth... singgah ikut selera. Biasanya tidak menyinggah. Agak serabut ayam sebenarnya melihat buku sambil berhimpit-himpit dengan manusia. Semacam rusuhan pula. Dengan pengudaraan yang sudah suam-suam kuku memang berpeluh-peluh macam hujan dibuatnya.

Ah, ya.

Tahun-tahun lepas terjumpa beberapa orang Sastera di sini. Muhammad Lutfi Ishak dan Faisal Tehrani. Tahun ini pula terjumpa Saharil, Rebecca Ilham dan Jenderal Sol-Jah (Sinaganaga).

Aku harap tahun-tahun berikutnya nanti ketemu Yuna pula di sini.

Aik_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, April 29, 2012


_28 April 2012.

#Bersih3.0, #bersihStories, #DataranMerdeka

Kenapa aku ke situ?
Sebab aku kisah.

Dan ini adalah kisah pada hari ini dari sudut 360 darjah pada pandangan mata sendiri.

9:30 am - LRT Sri Rampai
Sunyi sepi. Beranikan diri juga turun ke padang. Seorang diri. Sehelai sepinggang. Tiada tuala. Tiada garam. Tiada air. Takut sebenarnya nak turun seorang-seorang. Perempuan kan. Akhhirnya nekad. Tawakal saja. Allah kan ada. Nak takut apa. Dalam LRT rupa-rupanya sudah ada lebih ramai lagi peserta Bersih. Lega sedikit terasa. Menderu-deru karbon dioksida terhembus keluar.

Aku rasa tiga suku daripada penumpang LRT ini adalah penyokong Bersih. Separuhnya berbangsa Cina dan separuh lagi berbangsa Melayu. Mungkin juga ada yang berbangsa India, maaf aku tidak perasan. Hijau dan kuning. Masing-masing berwajah ceria dan gembira. Tiba-tiba saja terasa sangat overwhelming. Oh!

9:45 - LRT Setiawangsa
Seorang ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong (kalau tidak silaplah sebab pandang sekilas saja) turut serta masuk ke dalam perut gerabak. Ramai yang menuju ke arah beliau untuk bersalaman dan mengambil gambar. Reda sedikit rasa cemas ternampakkan pemimpin. Tidaklah terasa seperti terkontang-kanting sangat. Semakin menghampiri stesen Masjid Jamek, semakin berdebar-debar terasa. Mungkin sebab ini kali pertama turut serta.

10:15 - LRT Masjid Jamek
Setibanya di sana. Hilang terus rasa cemas. Manusia... ya Allah ramainya. Aku memang tidak tahu nak ke mana. Sebab seorang diri. Di kiri dan kanan memang ramai lelaki. Ikut saja mana-mana kumpulan pelajar perempuan di situ. Mujur ada seorang rakan yang bertugas sebagai wartawan MalaysiaKini di situ. Sempatlah juga menyibuk sebelum jumpa hala tuju. Pasukan media tiada batasan. Mereka dibenarkan ke mana-mana. Ke hulu ke hilir dari hujung jalan Tun Perak sehingga ke depan dataran Merdekalah kami.

Waktu itu, pihak polis belum buat apa-apa pun. Tiada kekerasan pun daripada pihak polis. Langsung. Mereka cuma berdiri senyap-senyap di tepi jalan sambil memerhatikan peserta-peserta Bersih. Dari hujung jalan ke hujung jalan. Ini bukan FRU. Ini adalah polis biasa. Ah, ya termasuklah terpacak tegak di hadapan barbed wire dan halangan empat segi itu (apa benda entah namanya).

Pelbagai jenis laungan kedengaran dari setiap corok jalan.

"Hidup... hidup... hidup rakyat!"

"Bersih... bersih... hidup Bersih!"

"Reformasi! Reformasi!"

"Negaraku... tanah tumpahnya darahku..." dinyanyikan sehingga habis.

"Takbir!"
"Allahuakbar!"

Meriah. Dan sangat aman. Pintu-pintu kedai kebanyakannya tertutup rapat. Cuma sebuah kedai makan saja yang dibuka. Kedai makan Dapur, agaknyalah... tidak berapa ingat namanya. Bersebelahan Masjid Jamek. Mujur ada kedai yang dibuka. Dapat juga peserta-peserta Bersih ini menjamah rezeki sebelum memulakan aktiviti. Waktu itu memang kawasan Masjid Jamek sudah semakin sesak. Masing-masing duduk di kiri dan kanan bahu jalan. Langkah diperlahankan. Cari port. Dan tunggu seorang-seorang di situ. Tua, muda, lelaki dan perempuan pelbagai bangsa masing-masing duduk berhimpun di situ.

10 lebih ke 11:00 - Jalan Tun Perak
Segerombolan peserta Bersih berbasikal seramai lebih kurang 10 orang (majoritinya adalah pakcik makcik Cina) mula masuk ke Jalan Tun Perak dan terus menuju ke Dataran Merdeka. Basikal bersaiz kecil seperti basikal BMX. Pelbagai aksi. Pelbagai gaya. Sangat meriah. Masing-masing dengan tujuan dan tuntutan yang sama.

12:00 tengahari ke 2:00 petang - Dataran Merdeka
Suasana tiba-tiba semakin meriah. Mungkin ini kemuncaknya. Lebih ramai lagi manusia menuju ke arah Dataran Merdeka. Sorakan semakin kuat. Dengan laungan takbir dan sorakan yang pelbagai. Masing-masing dinasihatkan agar tidak provoke pihak polis (termasuklah membaling botol-botol air kosong). Masa ini pihak polis masih steady lagi. Berdiri sambil memerhati peserta-peserta Bersih.

Jumlah sebenar peserta, aku tidak pasti. Tapi aku tidak nampak hujung jalan Tun Perak dan hujung Dataran Merdeka itu. Di kiri dan kanan memang penuh dengan manusia. Serba kuning dan hijau. Helikopter pula kelihatan berlegar-legar di udara. Memantau barangkali.

Di hadapan barbed wire kurang 50 meter, masing-masing mula melabuhkan diri dan bersorak dalam keadaan duduk. Inilah dataran 'Merdeka' kami. Cuaca sangat panas. Mujurlah kebanyakan peserta mula memenuhi kawasan di bawah landasan Star LRT. Kami duduk betul-betul di persimpangan empat jalan di tepi Dataran Merdeka. Di belakang pula adalah bangunan DBKL. Reduplah sedikit.

Oh, ya. Sepanduk DBKL oleh salah seorang peserta...

D = Duduk
B = Bantah
K = Kami
L = Lawan

Di hadapan, duduknya seorang makcik bersama dua orang anak daranya dan seorang anak lelaki. Dari Kelantan. Di belakang pula duduknya seorang pakcik tua berjanggut (aku ingatkan Pak Samad). Di kiri dan kanan pula dipenuhi kaum lelaki muda. Masing-masing duduk bersorak, berselawat dan melaungkan takbir. Waktu semakin menghampiri jam 1 tengahari. Ketibaan para pemimpin Bersih seorang demi seorang. Azmin Mohd, Tian Chua dan beberapa orang lagi. Kalau tidak silap, rasanya terdengar yang Karpal Singh juga turut serta dengan kerusi roda (maaf kalau tersilap).

Disebabkan pembesar suara itu sayup-sayup saja bunyinya, tenggelam timbul suara mereka. Kami dilarang oleh pemimpin untuk membuat sebarang provokasi. Baling botol pun tidak dibolehkan. Berkali-kali diulang pesan. Ketika itu para pemimpin lain masih dalam perjalanan. Disekat dalam perjalanan. Di Brickfields katanya. Masing-masing diminta bertenang dan tidak terpengaruh dengan sebarang provokasi daripada pihak polis. Waktu itu pihak polis masih belum bertindak. Masih setia terpacak di hadapan dataran.

Laungan azan Zohor kedengaran. Masing-masing senyap sunyi berhenti bersorak. Kelihatan dua orang paragliders berkeliaran di udara dari jarak dekat. Dengan kamera di kepala. Hebat. Media atau polis? Entah. Semata-mata untuk Bersih 3.

Dari jauh kelihatan sebiji demi sebiji trak FRU berkumpul di hadapan dataran. Trak-trak polis juga mula beransur dan memasuki Dataran Merdeka. Pihak polis mula meninggalkan lokasi di ceruk-ceruk jalan dan memasuki kawasan Dataran Merdeka. Bersiap-sedia dengan sebarang kemungkinan. Kedengaran pelbagai sorak dan tepukan ketika pihak polis lalu di hadapan kami. Pihak polis ada yang menundukkan muka, ada yang mengetatkan muka, ada yang memandang bersahaja.

"Rasuah! Rasuah! Rasuah!"

"Polis handsome! Polis handsome! Polis handsome!"

"Bagi laluan! Bagi laluan!"

2 petang - Dataran Merdeka
Semakin ramai. Sangat ramai. Sangat-sangat. Menjelang 2 petang, sorakan semakin kuat. Doa. Takbir. Selawat. Negaraku. Cuaca sekejap panas. Sekejap sejuk. Keadaan masih lagi stabil. FRU mula turun daripada trak mereka. Dan maju ke hadapan setapak demi setapak. Peserta-peserta Bersih mula melaungkan agar Dataran Merdeka dibuka.

"Buka! Buka! Buka!"

"Dataran Merdeka hak rakyat!"

"Hidup... hidup... hidup rakyat!"

3:00 petang - Dataran Merdeka
Laungan semakin kuat. Masing-masing mula berdiri dan bersorak "hidup rakyat!". Trak FRU semakin maju ke hadapan.

3:10 petang - Dataran Merdeka
Aku tidak pasti adakah laungan tiba-tiba kuat disebabkan pemimpin sudah berada di lokasi. Sebab tiba-tiba kedengaran gas pemedih mata ditembak ke udara. Masing-masing bertempiaran lari. Waktu itu memang terasa macam ada rusuhan. Masing-masing cuba menjauhkan diri daripada terhidu bau gas pemedih mata. Berhimpit-himpit. Ditolak. Ditarik. Hampir-hampir terjatuh. Cepat-cepat aku berpaut pada tiang lampu jalan beberapa saat sebelum melarikan diri.

Gas pemedih mata itu... baru aku tahu macamana rasanya.

Ya Allah, betul-betul pedih jika terhidu. Muka akan terasa pedih pijar. Cuba kau ambil cili padi dan tenyeh-tenyeh pada muka. Begitulah pijarnya. Kedua-dua belah tangan juga terasa pijar dan pedih. Mata pula serta-merta pedih berair-air dan merah. Langsung tidak nampak jalan. Selepas terhidu, batuk-batuk dan muntah. Hampir-hampir sesak nafas sebab terhidu banyak.

Sangat tidak tahan. Terhuyung-hayang. Sakit kepala. Mujur ramai hamba Allah yang menghulurkan garam dan air. Aku basahkan tudung dan pekap semula hidung. Kami berlari menuju ke jalan TAR. Mencari tempat perlindungan. Terjatuh sebiji motor yang sedang diletakkan molek sewaktu kami melarikan diri.

"Jangan lari! Jalan biasa! Jangan lari!" peserta-peserta Bersih yang lain menenangkan keadaan.

Tiada hala tujuan. Kami cuma mampu maju ke hadapan. Pihak polis sudah mula keluar dan maju ke hadapan. Trak-trak FRU semakin ligat melepaskan gas pemedih mata ke udara. Gila.

Setibanya di Jalan TAR, pihak polis sudah mula maju ke hadapan menghalau peserta. Trak FRU sudah mula memasuki jalan TAR. Gila.

Aku memanjangkan langkah menuju ke STAR LRT Bandaraya. Bersebelahan dengan Sogo. Rupa-rupanya ramai peserta Bersih berhimpun di situ berhadapan FRU. STAR LRT ditutup. Peserta Bersih dan pengunjung biasa yang tidak berkaitan berkumpul menunggu pintu STAR LRT dibuka. Sogo ditutup. Semua kedai di jalan TAR tertutup rapat. Trak FRU semakin maju.

Kelihatan beberapa orang peserta Bersih mula meletakkan papan-papan kayu dan benteng-benteng berkotak under construction (apa nama benda ini entah) di bawah LRT Bandaraya. Sekatan agar trak FRU tidak maju ke hadapan sambil gila semborono menembak gas pemedih mata ke udara.

Di situ bersama-sama mereka, aku maju ke hadapan. Tidak berani sangat sebab nanti nak kena stand by lari lagi. Tetapi beranikan diri juga. Bukannya nak baling bom ke arah polis pun. Nak berdiri semata-mata. Pihak polis mula mara ke hadapan. Gas pemedih mata dilepaskan lagi. Siapa yang lari pasti akan dibelasah. Jadi kami diarahkan berjalan jika berundur.

Wakil pemimpin Bersih mula ajak rapat ke hadapan.

"Don't be afraid. Polices are also human! Come! Come forward!"

"Please come forward! We have to stay united!"

"Hidup... hidup! Hidup rakyat!"

Berundur ke tepi. Kemudian kami maju lagi. Ditembak gas. Berundur lagi. Maju semula. Kali ini aku berdiri di sebelah tepi. Betul-betul di hadapan kawasan bangunan KWSP. Salah seorang peserta Bersih keningnya berdarah dan matanya bengkak akibat dipukul pihak polis. Berbangsa Cina.

"I was just standing near the LRT and suddenly the police came and hit me!" katanya.

Entah dari arah mana tiba-tiba kelihatan pemimpin Bersih, @TianChua bergerak bersama kami. Berjalan maju ke hadapan. Gas pemedih mata dilepaskan lagi. Kami bergerak ke tepi semula secara perlahan-lahan. Tidak lagi melarikan diri. Beberapa gas pemedih mata yang terlepas di hadapan kami disepak dan dibaling semula ke arah pihak polis oleh beberapa orang peserta Bersih.

"Are you ok?" Tian Chua tersenyum bertanya.

Aku angguk dan jawab ok.

Akhirnya benteng dibuka pihak polis dan mereka laju berlari mara ke arah kami. Sambil gas pemedih mata dilepaskan lagi. Berkali-kali. Kali ini memang betul-betul kena tinggalkan lokasi. Beberapa orang yang berlari habis dikejar dan disepak pihak polis. Ada yang memukul. Gila.

Aku berjalan perlahan-lahan. Dan terus laju-laju.

"It's ok. You walk. Jalan biasa saja. Walk with me." Tian Chua menenangkan aku.

Terasa sedikit bertenang. Kami melangkah ke celahan bangunan KWSP. Di situ peserta-peserta lain saling menghulurkan garam dan sedikit air botol mereka. Berkali-kali aku telan garam. Perit. Sakit dada. Tiba-tiba peserta-peserta mula berlari. Pihak polis beramai-ramai menuju ke arah kami. Aku tengok kanan, ada sungai. Di depan pula ada pagar, longkang dan barbed wire. Itu saja jalan keluar.

Kami pun melompat pagar, melangkah longkang besar dan terjun ke bawah. Pihak polis mula menjerit "Jangan lari!"

Elok saja aku melompat turun, segerombolan polis datang menerpa beramai-ramai. Seorang pakcik yang terjun di hadapanku bergegas lari. Namun disepak polis. Betul-betul di sebelah aku. Tersungkur pakcik itu. Dua orang polis yang menerpa ke arah aku, tiba-tiba berhenti. Sipi-sipi nak diterajang. Cuak gila. Bertubi-tubi selawat dalam hati. Barangkali sebab aku betul-betul berjalan dengan sangat perlahan. Langsung tidak cuba melarikan diri. Kaki terkehel sebenarnya.

Peserta-peserta yang lari tadi tiba-tiba maju menerpa ke arah pihak polis.

"Oi, kurang ajar polis! Sepak orang tua!"

Yang melawan, semakin teruk dibelasah. Benteng berkotak (apa kebendalah nama benda ini) itu disepak terajang. Tonggang-terbalik betul-betul di sebelah aku. Sebab aku seorang perempuan di situ. Jadi semakin kencang dia punya ngeri. Ya Allah. Gila ke apa polis ini.

Aku tidak pasti Tian Chua di mana. Tetapi aku rasa beliau tidak ikut serta kami melompat pagar tadi. Akhirnya kami berjalan di celahan bangunan dan keluar semula di jalan TAR. Kelihatan seorang wanita rebah ketika itu. Aku rasa beliau bukan peserta Bersih. Pakaiannya cantik-cantik macam sedang membeli-belah. Samada panas atau terhidu banyak sangat gas pemedih mata aku syak. Waktu itu FRU mula melepaskan gas ke arah celahan bangunan. Sangat gila. Ramai-ramai bergegas dan memindahkan wanita tersebut masuk ke dalam sebuah kedai yang kebetulan terbuka sedikit pintunya di jalan TAR itu.

Dari hadapan Sogo ke hujung jalan TAR kelihatan FRU sudah mula mengepong. Kami beramai-ramai berjalan pula menuju ke Masjid India. Masa itu memang betul-betul sudah hilang hala tujuan. Aku dah rasa nak balik. Pihak polis pun dari tadi halau suruh balik. Tetapi LRT semua kena sealed. Indah sungguh.

Di Masjid India, keadaan sudah sedikit tenang. Lepas 15 minit aku bergerak semula ke LRT Masjid Jamek. Kedengaran juga beberapa orang polis terjerit-jerit menghalau peserta-peserta Bersih yang masih berkeliaran di situ untuk balik. Ada yang sedang duduk minum-minum, mencari tempat berteduh dan berehat di persekitaran Semua House pun kena halau dan dihambat balik.

Masih ramai lagi peserta Bersih di kawasan itu. Tetapi nampak macam sudah kelihatan sedikit rileks. Tidaklah gila membabi buta melepaskan gas pemedih mata sesuka hati.

Setibanya di hadapan LRT Masjid Jamek, pintu besinya sudah dikopak. Waktu itu lebih kurang hampir jam 5 petang. Aku rasa barangkali LRT Masjid Jamek ini ditutup juga agaknya. Kesudahannya, mereka kopak saja. Di dalam itu kaunter LRT ditutup. Stesen STAR LRT ditutup. Alternatif yang ada cuma Putra LRT saja. Tiket pun percuma. Dah semua not in service. Hah. Sampai sekarang sisa gas pemedih mata itu terasa di tekak.

Pengalaman yang sangat berharga.

Aku rasa terpanggil untuk turut serta Bersih 3 ini sebab aku kisah. Dan aku rasa banyak benda dalam negara ini yang aku nampak tidak kena, berat sebelah dan sangat tidak adil. Duduk berpayungkan kuasa akan membutakan manusia dan merosakkannya serta-merta.

Aku tidak harap anda setuju dengan aku. Sebab dunia ini ada pengimbalnya. Ada kiri dan ada kanan. Ada ya dan ada tidak. Ada baik dan ada jahatnya. Ada betul dan ada salahnya. Cuma sedikit keadilan dan perubahan yang kami minta. Bukalah mata.

Terima kasih, Bersih 3.

Sesetengah orang baca... kemudian fikir dan nilaikan.
Sesetengah orang baca... kemudian telan.
Lain-lain, buta.

Anda yang mana_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, April 26, 2012



_Belek-belek nota kembara lama.

Kuching, 2009.

Bahasa Melayu             Bahasa Indonesia

Tentera Darat             Tentera Pijak Bumi
Tentera Laut               Tentera Basah Kuyup
Tentera Udara             Tentera Terawang-awang
Wad Bersalin               Wad Korban Suami

Terjemahan perkataan menurut tour guide kami (seorang Kaum Iban). Lebih kedengaran kreatif berbanding terjemahan daripada pakcik Google. Tetapi pakcik Google juga tidak kurang hebatnya. Kata pakcik Google, 'tentera' adalah bahasa Perancis yang bermaksud 'Cubaan'.

Tentera Darat = Cubaan Pijak Bumi
Tentera Laut = Cubaan Basah Kuyup
Tentera Udara = Cubaan Terawang-awang

Kuching, 2009.

Belek-belek nota kembara lama_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, April 08, 2012


_Kadangkala aku rasa macam memakai jubah itu kelihatan sedikit seksi.

Sebab itu aku jarang pakai.

Jenis 'one-piece' punya baju. Kebanyakannya berkain licin. Ketebalan yang kadangkala tidak begitu memberangsangkan. Masuk dan terus sarung. Kalau pakaian di bahagian dalam itu tidak cukup tebal contohnya seperti baju inner labuh atau pun seluar atau pun kain di bahagian dalam... pasti akan kelihatan seksi lebih-lebih lagi jika ditiup angin.

Syiung~

Dan yang paling merimaskan adalah lengan jubah itu. Punyalah lebar. Boleh masuk lagi 2 pasang tangan di dalam itu. Kebanyakannya tiada penjerut di pangkal lengan. Jadi setiap kali mengangkat tangan atau menggerakkan tangan, kain jubah itu mampu terselak jauh sehingga ke pangkal siku.

Walah!

Sungguh seksa dan seksi dibuatnya. Rimas lagi serabut ayam dibuatnya. Untuk orang yang macam aku ini (jenis berjalan sambil melanggar segala persekitaran), memang hampir-hampir putus harapan jugalah untuk memakai jubah. Sebab itulah sangat penting membeli jubah yang ada pencerut pada pergelangannya.

Hah.

Nak dijadikan cerita pada suatu hari, terpacullah sebuah idea untuk mengemaskan sedikit pemakaian jubah untuk orang macam aku ini (jenis berjalan sambil melanggar segala persekitaran).

Ok, tips ini cuma untuk lengan jubah yang tidak berjerut.



Katalah lengan jubah anda adalah selebar ini.



Lipat dua mengikut lebar pergelangan tangan anda. Kalau nak lipat tiga pun tiada masalah. Asalkan boleh saja ok.



Kemudian, ambil paper clip yang bersaiz sederhana. Kalau dapat yang bersaiz besar lagi bagus. Senang, tidak tercabut.



Seterusnya, klip pergelangan jubah yang telah dilipat dua itu.

Tara!



Buat untuk kedua-dua belah lengan jubah untuk mendapatkan kesan yang jitu. Sekarang tidak perlu gusar. Tiada lagi masalah untuk memakai jubah.

Yeay_

Sambung baca...

Kategori:

Friday, March 30, 2012


_Aku rasa semenjak setahun dua ini, daya tahan menulis aku sudah tiada.

Memang ekselen.

Kemungkinan besar adalah disebabkan sentiasa perasan sibuk dengan dunia. Dan jika sudah lama tidak menulis, kemahiran untuk menulis, susunan ayat dan penggunaan bahasa akan berubah menjadi lintang-pukang seperti ditimpa tsunami berskala Richter 8.5.

Practice does make perfect, yo.

Alah, macam iman dan amal juga. Jika anda belajar agama dan anda tahu perkara itu dilarang di dalam Islam... tetapi anda tidak amalkan. Sebaliknya anda selamba ayam saja melakukan larangan tersebut. Jadi tidak perfect dan tidak manislah iman anda kan? Sebab iman dan amal itu tidak jalan seiringan sambil berpimpin tangan.

Macam lagu, "Seiring dan sejalan... lalala bunga di taman".

Lebih kurang begitulah. Aku tidak ingat liriknya. Aku tahu nyanyi lagu Korea saja (astaghfirullahala'zim). Ok, yang penting motif aku nak cerita itu bukan pasal ini. Motif aku bercerita adalah kerana ingin mengenalpasti apa sebenarnya punca dan kemungkinan besar... masalah di sebalik... emmm, bunga di taman.

(what the hen?)

Oh, ok aku dah ingat... kenapa aku perasan sibuk dengan dunia.

1. Usia (60%)
Ini bukan alasan. Tetapi semakin meningkat usia, semakin kurang bercakapnya. Jika semakin kurang bercakapnya, semakin kuranglah juga menulisnya. Tidak begitu? Mungkin ianya adalah begitu untuk aku tetapi bukan begitu untuk anda. Sekarang ini macam urusan sosial memang aku negatif terus. Kembali berubah menjadi seekor kera sumbang.

2. Melukis (15%)
Ini macam satu kegilaan baru di mana pensel, pemadam dan kertas tidak pernah lekang dari tangan. Memang sentiasa ada. Kadang-kadang aku duduk di tempat letak kereta lebih setengah jam semata-mata untuk melukis benda di depan mata. Dan kadang-kala sambil mengharungi kesesakan jalan raya pun aku melukis juga. Macam belangkas. Susah langsung nak berenggang.

Sebenarnya aku ada sebab yang tersendiri kenapa melukis ini tiba-tiba jadi satu kegilaan. Sebabnya? .... ~syiung (bunyi angin)

3. Kerja (15%)
Sedang mengharapkan sinar dan noktah. Bertahan dengan tanda koma memang sudah tidak berapa nak mampu. ~syiung (bunyi angin)

4. Anakanda Baru (5%)
Adik nurse bakal bersalin. Tidak sabar nak jadi ahjumonim. Huahhhhh (tanda gembira)! Tetapi aku suka anak kembar. Barangkali boleh masukkan 'anak kembar' ini sebagai salah satu impian hidup. ~syiung (bunyi angin)

5. Urusan Peribadi (5%)
Uuuu lalalala. Setiap masa. Uuuu lalalala.

Percayalah.

Manusia yang lemah adalah manusia yang sering memberi alasan_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, March 29, 2012


_Lambatnya nak menunggu giliran.

Cepatlah, 27 April!
Cepatlah... cepatlah!
Saya tidak boleh tahan ini.

Furniture Fair, sudah. MATTA Fair, sudah. Education Fair, sudah. Career Fair, bakal sudah juga. Tidak boleh tahan nak tunggu giliran Book Fair pula. Sangat 'Fair and Lovely'. Yang paling dinanti-nantikan. Oh... oh... oh! (Menggelabah ayam betul si Huzaimatus ini)

Tahun ini entah kenapa bersungguh-sungguh benar teruja ingin ke Pesta Buku Antarabangsa. Sehinggakan sanggup menabung RM50 setiap bulan. Gigih. Aku rasa aku ini ada masalah psikologi dan emosi terhadap buku-buku. Masalah yang boleh tahan besar jugalah. Seperti perasaan gembira dan teruja ini bakal melimpah, mencurah-curah dan membuak-buak keluar dari saluran trakea setiap kali terjeling melihat buku-buku di jalanan.

Cepatlah, 27 April!
Cepatlah... cepatlah!
Saya tidak boleh tahan ini.

Lambatnya nak menunggu giliran_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, March 26, 2012


_Semasa di sekolah rendah dulukala, aku seorang pengawas.

Kadangkala mawas.
Kadangkala pengawas.
Multiplayer, agak fleksibel.

3 tahun aku jadi pengawas Sekolah Kebangsaan Taman Muda. Oh ya, sekolah itu terletak di Ampang. Sayang betul dengan sekolah itu. 5 tahun di sana. Lama itu. Dari darjah 1 sehingga darjah 5. Sampai sekarang pun aku hafal lagu sekolah itu.

"Dari kecil sehingga dewasa... tuntulah ilmu jangan lupa...
sematkan di dalam dada... kelak berguna di hari muka..."

Harap-harap adalah juga bekas murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Muda di sini yang boleh menjejak kasih. Aku pernah cuba berkali-kali nak ke sana semula untuk melawat... tetapi tidak kesampaian. Berkali-kali juga sesat. Macam tidak ingat langsung di daerah mana entahnya sekolah itu. Yang aku ingat... sekolah itu bersebelahan dengan loji najis.

Dulu jadi pengawas kena pakai skirt. Skirt panjang. Dan bertali leher. Tali leher kena ikat sendiri itu. Tidak mainlah tali leher getah macam budak-budak zaman sekarang. Tidak mencabar langsung. Kemudian pakai stokin tinggi-tinggi. Walah!



Zaman itu adalah zaman kegemilangan yang penuh dengan suka dan duka. Lebih banyak duka sebenarnya. Sebab sentiasa dibuli.



Tetapi seronok juga jadi pengawas sekolah sebenarnya. Boleh rehat awal. Biasanya kami rehat setengah jam lebih awal. Jadi jika waktu rehat budak-budak lain adalah pada jam 10:30 pagi... kami rehat pada jam 10 pagi.

(abaikan jam 12:30pm di dalam ilustrasi di bawah... aku terlupa waktu rehat jam bila)



Mak selalu bekalkan nasi lemak berbalut daun pisang. Wangi sangat. Harum, lemak berkrim dan disukai ramai. Kawan-kawan selalu mengecek nasi lemak itu. Mujurlah aku ini jenis makan sikit. Jadi tidaklah rasa kecewa sangat apabila nasi lemak dikebas kawan-kawan.



Biasanya tugasan tetap aku memang kena jaga tangga sekolah. Waktu rehat murid-murid tidak dibenarkan berkeliaran di luar kelas atau di tangga. Jadinya, kenalah berdiri terpacak lama-lama di tangga. Alah macam sekatan di jalan raya yang polis poyo-poyo suka buat itu. Nasib baik tangga itu berhadapan dengan kedai buku. Sebab nanti boleh beli pemadam secara pukal.

Tujuannya?

Oh, sebab nanti boleh main lawan pemadam di dalam kelas.



Tetapi biasanya memang tidak berjaya nak buat sekatan di tangga.

Sebab budak-budak lelaki suka serbu. Semacam rusuhan. Kalau tidak lepaskan, nanti mereka peluk kuat-kuat. Menakutkan betul. Jadinya... nak tak nak memang terpaksalah lepaskan kambing-kambing itu semua.



Semasa di sekolah rendah dulukala, aku seorang pengawas.

Kadangkala mawas.
Kadangkala pengawas.
Multiplayer, agak fleksibel_

Sambung baca...

Kategori:

Saturday, March 10, 2012


_Suatu hari di tingkat 22 di dalam sebuah bangunan.

Oh, ya (hah, nak menyimpanglah itu).

Aku terfikirlah kan... kenapa agaknya jabatan atau bahagian Teknologi Maklumat biasanya berada di tingkat 22? Kadangkala, di tingkat 20. Biasanya di dalam lingkungan 20 ke 22 itu adalah Jabatan Teknologi Maklumat. Biasanya yang diperhatikanlah. Ini berdasarkan pengalaman selama 6 tahun sebagai seorang pembekal.

Kenapa entah agaknya?

\('__')/

Ok... ok, kembali ke pangkal jalan (alhamdulillah).

Aku sebenarnya ada satu tabiat berfikir yang normal. Sambil berfikir sambil bertabiat normal. Jadi semalam sewaktu men-troubleshoot server... skrip aku tidak jalan. Penat fikir tetapi tidak jumpa jalan. Kenapalah entahnya.

Kesudahannya.

Aku berhenti. Aku pergi berdua-duaan dengan Allah. Dan aku balik. Tetapi aku tidak pakai lif. Sebab aku tengah berfikir mencari jalan penyelesaian dan masih lagi berfikir dan berfikir dan berfikir... kesudahannya aku pilih tangga. Sebab dengan menuruni tangga setinggi 22 tingkat itu aku berharapan agar terpacullah sebuah dua fikiran (selain minatku pada tangga).

Turun dari tingkat 22.



Turun.
Fikir lagi.

Turun lagi.
Fikir lagi dan lagi.

Turun lagi dan lagi.
Fikir lagi dan lagi dan lagi.

Sehingga sampai ke tingkat 1... akhirnya, pling!

Kita ke Kinokuniya_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, February 20, 2012


_Ke hadapan Saintis Dunia,

Alangkah hebatnya jika alkohol dan daging khinzir yang terdapat di dalam makanan di dunia ini mampu dikesan manusia.

Sebenarnya.

Kami sering menghadapi kesukaran dalam membezakan makanan yang halal, tidak halal atau pun meragukan. Hasilnya kami cuma bergantung harap pada sijil kehalalan Jabatan Agama Islam Kemajuan Malaysia serta badan-badan jabatan Islam yang lain dan juga makanan yang diperbuat oleh orang Islam sendiri. Paling tidak pun, masakan sendiri.

Justeru itu.

Besarlah harapan kami agar pihak saintis dunia dapat mencipta sejenis alat (jika berjenis-jenis pun tidak mengapa) untuk mengesan kehadiran alkohol, daging khinzir dan unsur-unsur lain yang meragukan di dalam makanan.

Di bawah ini kami sertakan sekali cadangan lakaran untuk alat mengesan alkohol sebagai rujukan dan buah fikiran pihak saintis dunia.

Cadangan nama alat ini... Ohho.



Kami berharap pihak saintis dunia dapat mencipta alat yang berguna ini dan membawa kami semua ke arah kebaikan. Sesungguhnya, sepandai-pandai tupai melompat pasti akan jatuh ke tanah juga. Berusahalah pihak saintis dunia.

Terima kasih sekali lagi kami ucapkan.

Yang ikhlas,
Perut, darah dan daging.

Sekian_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, February 15, 2012


_Ini bukan sejenis habit.

Habitat pun bukan.

Ini mungkin adalah proses kerja kehidupan aku. Sejak azali lagi. Semasa di ITM Shah Alam dulu, tidur bersepah-sepah di atas lantai atau pun di ceruk dunia memang satu kegemaran. Selepas balik dari kelas bergaduh, memang selaju Ferrari terus tertidur di hujung katil tanpa segan silu.



Itu dulu.

Sekarang pun masih sama.

Cuma gaya, mutu dan keunggulannya saja sedikit berbeza. Sekarang ini kalau di rumah... kalau kena tidur di ruang tamu bawah... pilihan pertama adalah di bawah meja. Kenapa? Best sebab ada bumbung. Mak dan ayah dah tak larat nak layan perangai anak yang macam-macam. Lantakkan sajalah anaknya itu.



Dan kebetulan pula panjang meja itu macam ngam-ngam juga dengan ketinggian aku (wah, panjangnya meja!). Tidak sebenarnya meja itu pendek saja. Tapi kalau tidur bergulung tulang kaki memang muatlah kan. Ini adalah silap mata.

Tapi serius anda patut cuba.

Ini adalah salah satu rahsia awet muda.

Ah, ya. Hasil gaya-mutu-dan-keunggulan-proses-kerja-kehidupan anda akan terserlah apabila usia sudah menginjak dewasa dan terlalu dewasa... di mana anda bakal menghadapi masalah ostereporosis pada peringkat awal.

Tapi serius anda patut cuba.
Ini bukan sejenis habit.
Habitat pun bukan.

Uh, huh.

(Lagu KRU - Salah Siapa)

"Salah siapa sering ditanya...
salah mereka atau kau saja...
uuu wooo oooo ooo...
Salah siapa apa terjadi...
kau penentunya jalan hidup sendiri..."

Uh, huh.

(Lagu KRU - Aneh)

"Tak tahu mengapa tapi ku terasa...
bagai sesuatu yang aneh akan terjadi..."

Dah, pergi cuba_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, February 14, 2012


_Ini memang perkara normal.

Semakin berselerak meja, semakin tinggi mood bekerja dan daya menumpukan perhatian terhadap kerja. Dan semakin bising kawasan persekitaran bekerja, semakin tinggi daya tumpuan saya.

Ini memang perkara normal.



Normal untuk akulah kan. Jenis yang memang sudah terbiasa dengan hingar-bingar dan hiruk-pikuk persekitaran. Tetapi kalau tiba-tiba sunyi sepi memang otak terus tersangkut. Seakan-akan kejung keras dan tidak berfungsi.

Ini memang perkara normal.

Adakah anda di luar sana juga seperti saya?

Mohon tampil ke hadapan untuk calit jari_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, February 06, 2012


_Orang kata...

Kalau mahukan sesuatu, usahakan dengan bersungguh-sungguh. Kemudian serahkan segala-galanya kepada Allah. InsyaAllah... segalanya pasti akan jadi awesome. Jika tidak terasa awesome pun, itu sebenarnya adalah ketentuan yang paling awesome daripada Allah.

Orang katalah.

Jadi... kalau sudah begitu katanya, alhamdulillah saja.

^_^

Baik, aku kongsikan sedikit tips aku ke Perth.

Nota:
Tips di bawah ini lebih kepada lawatan bersama pemandu pelancong saja. Free and easy memang lebih murah. Dan kebanyakan tips ini applicable untuk perempuan macam aku saja. Lain orang lain tips dan ragamnya.


1. Nawaitu.
Yang penting, bukan untuk bermaksiat. Kalau ke sana bertujuan untuk mencari jodoh itu tidak mengapa (apakah?). Cari saja. Jangan lebih-lebih. Kemudian berdoa kepadaNya. Oh... hoh!

2. Rancang Tarikh Perjalanan
Penting. Lebih-lebih lagi jika anda ingin ke negara empat musim. Aku pilih September. Masa itu memang main pilih tarikh saja. Tidak terfikir pun nak pergi pada musim apa. Kebetulannya September itu musim bunga. Peak season. Awesome.

Biasanya kebanyakan hotel akan naikkan harga penginapan mereka. Boleh tahan agak 'berbunga-bunga' juga nak membayarnya. Tetapi tidaklah mahal gila sehinggakan tidak mampu nak membayarnya. Jangan risau ^_^

Duit AUS$ ini memang mahal. Tetapi barang-barang di Perth tidaklah mahal sangat (mahal sebenarnya kalau darab tiga). Lagi pula, Perth bukan bandar besar macam Sydney itu. Jadi, chill ok.

3. Perbelanjaan
Ok. Ini memang kena rancang betul-betul. Sebab andaikata anda tersalah rancang perbelanjaan... insyaAllah memang sedikit menggelupur jadinya.

a) Tiket Kapal terbang

  • Lebih kurang pergi balik RM700++ (termasuk cukai + insuran)

  • Tunggu promosi Air Asia dan dapatkan tiket paling murah

  • Insuran tidak wajib. Perth jarang ada flight delayed dan majoriti adalah dalam keadaan terkawal

  • Elakkan beli tiket pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad (biasanya lebih mahal)

  • Pilih perjalanan pada waktu malam (lebih tenang dan selesa)

  • Penerbangan ke Perth adalah selama 5 jam


b) Agen Pelancongan
  • Sedunia Travel. Tunggu Mata Fair dan pilih agen anda

  • Hotel: Criterion (paling murah dalam senarai hotel)

  • Pastikan pekej sarapan, makan tengahari dan malam disediakan. Kami cuma dapat pekej sarapan dan makan tengahari saja (alhamdulillah)

  • Harga pekej lebih kurang RM2500 seorang

  • Termasuk pengangkutan dari airport ke hotel dan hotel ke airport. Disediakan dalam bentuk voucher

  • Termasuk harga tiket masuk untuk ke semua tempat

  • Termasuk visa lawatan secara percuma


c) Perbelanjaan Sendiri (subjektif terpulang kepada anda)
  • Kumpul RM500 dengan berdisiplinnya setiap bulan (Febuari - Ogos)

  • Jumlah RM3500 untuk bayar duit agen pelancongan (RM2500) dan selebihnya perbelanjaan sendiri


3. Tukar Duit
Di Sungai Wang ada lebih 10 buah kedai pengurup wang. Aku syorkan kedai pengurup di depan Watson (di hadapan pintu utama Plaza Sungai Wang dan sebelah kanan - kedai 'Best Rate' namanya). Bila nak tukar duit? Trip aku bulan 9. Tukar duit dalam bulan 7. Ini macam kena rajin tengok selalu. Kami predict Winter currency AUS turun tapi tidak juga (sangkaan kami sebab orang tak banyak travel time musim sejuk). Logik tidak logik lain cerita. Huahuahaua.

4. Barang-barang Untuk Dibawa
Ini adalah subjektif. Terpulang kepada anda.
  • Aku pilih beg galas (80 liter macam gila) sebab malas nak seret beg tarik

  • Berlainan jantina, berlainan pula kuantiti dan berat muatan yang dibawa

  • Musim bunga agak dingin juga jadi bawa baju jeket atau cardigan atau sweater

  • Buat senarai barang-barang yang perlu dibawa

  • Baju itu tidak payah bawa banyak-banyak (sehari sehelai atau 2 hari sehelai)

  • Muat turun waktu solat di Perth di islamicfinder.org

  • Elakkan membawa barang-barang 'Just in case'. Serius terlebih muatan nanti. Ini pengajaran untuk aku sebenarnya. Insaf sudah


Oh, jangan lupa bawa botol mineral kosong ke mana-mana saja yang anda pergi. Sebab Mat Saleh tidak pakai air untuk bersuci. Memang suci dalam debu. Entahlah macamana mereka bersuci selepas 'berurusan sure-heboh'. Baiklah... abaikan. Jangan biarkan minda anda diselubungi misteri.

Tips paling penting.

Untuk perempuan, pastikan isi muatan beg anda itu tidak lebih dari separuh muatan. Percayalah. Sewaktu anda menjejakkan kaki pulang ke Malaysia nanti, insyaAllah memang isi muatan beg anda akan berlipat ganda ngeri tidak terkira banyaknya. Memang Allah izinkan. Terutamanya jika ini adalah lawatan pertama anda ke luar negara. Memang akan memborong cenderamata bagai nak gila. Tiada kesedaran sivik langsung.

Jangan jadi macam aku.

Galas beg liter tinggi melangit seberat 17kg pulang ke Malaysia di belakang. Dan di depannya pula ada beg galas kamera. Sambil itu terpaksa pakai 2 jeket akibat beg sudah tidak muat untuk disumbat. Bayangkan ada t-shirt kemudian pakai jeket jeans dan diluarnya lagi ada trenchcoat. Akhirnya kena tahan semasa di kastam Perth. Bulky clothes. Dan setibanya di Malaysia, peluh melimpah-limpah keluar sebaldi.

Dia punya penat itu macam baru lepas daki gunung Everest.

Gila.
Gila.
Gila.

Oklah.

Itu saja rasanya.

Kalau ada yang aku tertinggal, pandai-pandailah anda di sana Allah kan ada_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, February 05, 2012


_Ah, akhirnya bahagian terakhir. Jalan-jalan cari pasal di Kings Park.

Untuk ke Kings Park ini memang kena naik bas.

Waktu inilah sangat terasa terkulat-kulat nak naik bas di Perth. Sebab setiap perhentian bas ini ada zon. Dan setiap zon memang akan ada bas yang berlainan nombor. Memang serius keliru alam. Yalah, Malaysia mana ada zon-zon. Bas pun bawa macam ribut. Berhenti pun mana-mana ikut suka mak nenek bapak tiri ayam dia saja.

Tidak seperti Australia. Sangatlah teratur.
Sebab itu ngeri.

Kesudahannya kami tengok papan tanda jadual bas. Dan kebetulan ternampak perkataan Kings Park di situ. Lokasi Kings Park masih berada di dalam 2 zon. Dan 2 zon masih lagi percuma. Kami pun hip-hip-horey. Alhamdulillah sepatutnya.

FTZ itu aku rasa 'Free Ticket Zone' agaknya.



Ingatkan kena bayar. Baru nak habiskan syiling Aussie ini.



Sambil menunggu bas, kami berlululala. Di bandar Perth ini, tepi jalan pun boleh jumpa kanggaroo. Punyalah tinggi.



Ini bangunan kerajaan rasanya. Aku pun tidak ingat.



Perasaan menaiki bas Perth ini seperti menaiki bas RapidKL yang sangat bersih, senyap dan teratur. Sejuk tidak sejuk. Wangi tidak wangi. Aman damai sungguh. Perjalanan ke Kings Park ini memang akan lalu bandar Perth.

Yeah... finally Kings Park, man.



Silap... silap.
Ascent Aussie bukan macam itu.
Kena tukar sikit... tukar... tukar... tukar.

Excuse me sir, we have reached the Kings Park.



Kali ini kami bernekad mahu menjelajah kawasan Kings Park ini sehabis-habisnya. Boleh tahan berjam-jam juga berjalan di situ. Jalan 5 minit berhenti. Jalan 10 minit berhenti. Jalan 3 minit berhenti. Gara-gara ingin mengambil gambar.

SubhanAllah kacak, weh!



Mestilah kena ambil gambar kan. Tambahan pula, aku belum pernah tengok lagi orang bekeluarga beristirehat sambil baring-baring di atas rumput secara beramai-ramai. Memang macam dalam filem orang putih. Awesome gila. Rumput dia memang bersih betul. Dari mata kasar memang nampak super clean.

Wallahualam-lah kan.



Cuba bayangkan Taman Tasik Perdana itu ada orang baring-baring di atas rumput. Secara beramai-ramai. Boleh bayang tidak? Huish, tidak boleh bayang... tidak boleh bayang. Memang tidak terbayang.

Taman Botani.

Aku rasa sepanjang aku di sini... cuma 2 pokok saja yang terlekat di dalam RAM kepala. Satu... pokok baobab dan satu lagi adalah pokok peppermint.



Ada pokok Baobab! Teruja betul dibuatnya. Ingatkan kena bersusah payah ke Afrika Selatan baru boleh jumpa pokok baobab. (Huzaimatus, tempat lain pun ada pokok baobab... common sense ok). Pertama kali aku jumpa pokok baobab ini pun dalam buku Geografi. Kepingin betul nak tengok dengan mata halus.

Look, the awesome baobab! Madagascar!



Sangat tinggi.

Sangat baobab. Very baobab. Bo beep... bo beep... bo beep... aww... aww (lagu T-ara Bo Beep).

Tree Top Walk.



Best sebenarnya dapat berjalan di antara pokok. Memang tidak gayat langsung. Nampak tinggi tetapi apabila sudah di atas titi itu memang tidak terasa tinggi pun. Ilusi optik saja semua itu (eh... eh berlagaknya).

Akhirnya tiba di tepi tasik. Bukan tasik, kolam sebenarnya. Ada padang yang luas. Orang yang sangat ramai. Dan live band. Perghhh... nyaman sungguh cuaca. Aku pun dah teruja nak lepak sambil baring-baring di atas rumput.













Maskot bunga-bunga di Kings Park.



Makanan dan minuman bergerak.





Macam bunga-bunga Sakura. Sangat fuh la la.





Semasa dalam perjalanan nak balik itu terserempak dengan live-band bergerak. Betul-betul macam Pied Piper of Hamelin. Awesome betul. Ada yang tua dan ada yang muda. Bergendang sana-sini. Keletang-keletung. Macam family. Disebabkan ramai sangat yang kerumun. Aku pun teruja nak pergi tengok.







Penat. Akhirnya kembali ke bandar Perth.

Rehat-rehat dan jalan-jalan meluaskan pandangan di sekitar hotel Criterion. Agak hidup juga bandar itu pada siang hari. Kalau sudah jam 7 malam memang harapan tulus ikhlaslah. Di sini kedai-kedai biasanya tutup pada jam 5.30 petang. Tidak banyak kedai yang bertahan sehingga jam 7 malam. Yang hidup sehingga 12 malam biasanya bar, kelab malam dan juga kedai runcit ala-ala 7eleven.

Pusing punya pusing akhirnya kami terjumpa kedai membuat candy.

Sangat terbaik!

Kebetulan masa itu memang proses membuat candy baru bermula. Akhirnya terlekatlah kami di situ menyaksikan proses membuat candy dari mula sampai habis. Memang awesome!

Aku suka kedai ini sebab mereka buat candy sambil menyanyi dan menari. Funky. Mana tidaknya... panas itu nak masak candy. Nak cairkan candy. Nak gulung-gulung candy. Satu hari berapa ribu entahnya mereka buat. Memang sangat produktif.

Aku malas nak cerita jadi letak gambar sajalah.































































Akhirnya... pling!



Letih tapi seronok gila. Ok. Akhirnya tamatlah siri kembara di Perth ini. Langsai sudah hutang_

Sambung baca...

Kategori:

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.