Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, November 25, 2011


_Tahukah anda sodium bikarbonat boleh digunakan sebagai deodorant badan?

Mungkin tahu, mungkin tidak.

Jika anda seorang yang prihatin, barangkali anda pernah mendengar tentang kewujudan sodium bikarbonat ini. Jika tidak pernah terlintas perkataan sodium bikarbonat ini di telinga anda, memang sangat tidaklah anda ini.

Cara Menggunakannya

- Pastikan celahan badan anda di dalam keadaan kering
- Lembabkan kapas muka (berbentuk segiempat sama)
- Sapukan secolek dua jari sodium bikarbonat ke atas kapas
- Kemudian, lap perlahan-lahan satu arah pada celahan badan
- Biarkan kering kemudian pakailah pakaian anda

Buat selepas mandi pagi. Sehari sekali. InsyaAllah sepanjang hari anda akan terasa kering, riang dan selesa. Badan pasti tidak akan berbau lagi sungguh pun peluh mencurah-curah keluar dari badan anda dengan gilanya.

Lagi satu.

Sodium bikarbonat ini mampu bertindak sebagai bahan antiseptik. Jika sebelum ini anda sering berpeluh dan badan berbau seperti stokin masam dan ikan kering, sekarang tidak lagi dengan deodorant sodium bikarbonat ini.

Horey!
Nyah kau, ikan kering!
Nyah kau, stokin masam!

Walaupun sodium bikarbonat ini bukan berfungsi untuk mencerahkan celahan badan anda, namun ia mampu untuk membuang segala daki dan kotoran-kotoran berkarat yang terdapat pada celahan badan anda... secara perlahan-lahan.

Pendek kata.

Jika daki-daki tersebut sudah hilang, pastilah akan kelihatan sedikit cerah juga akhirnya bukan?

Oh, ho excellent!

Cubalah... cubalah. Ini bukan cakap kosong. Ini berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan di dalam makmal aku. Tidak payah nak pakai tikus mondok jadi spesimen. Uji saja ke atas diri sendiri.

Oh, ya.

Jangan tersalah beli. Sodium bikarbonat dan baking powder (serbuk penaik) adalah dua benda yang berlainan. Perhatikan nama yang tertulis pada botol tersebut adalah Sodium Bikarbonat. Jika dipandang kedua-dua serbuk ini dengan mata kasar... memang akan kelihatan sama. Rasa pun sama-sama masin.

Baca perbezaan di antara sodium bikarbonat dan baking powder sebagai pengetahuan am tambahan. Jangan malas.

Sodium bikarbonat ini sangat murah. Paling murah adalah RM0.70 jika dibeli di Speed Mart. Kalau Giant biasanya jual RM1 ke atas. Tetapi memang tidak lebih dari RM1.50 pendek katanya. Kedai bakery pun jual murah. Bawah RM1.

Cubalah.

Sangat klasik. Sangat tahan lama. Sangat murah. Sangat mudah. Sangat efektif. Ada antiseptik pula lagi itu. Hah, apa nak lagi. Jimat perbelanjaan anda setiap bulan.

Cuba dalam seminggu dan lihat perbezaannya_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, November 24, 2011


_Aku rasa bukan sekali terkena ini.

Berkali-kali juga.

Suatu hari di dalam lif sebuah syarikat insuran.

Tingkat 88 (bukan nombor sebenar) ditekan. Aku tunggu. Sambil lalalala. Kelihatan seorang Mat Despatch sedang sibuk mengira tingkat sambil mengasing-asingkan surat.

Tiba-tiba.

"Eh, akak nak pergi Syarikat Insuran A ke? Tolong pass surat ini ya. Terima kasih." Sambil bergegas keluar dari lif.

Aku tengok Mat Despatch itu. Tetapi Mat Despatch itu tidak tengok aku balik.

'Ting'.

Pintu lif terbuka di tingkat 88 (bukan nombor sebenar).

Bertuah punya orang. Suka ambil jalan pintas. Kategori orang yang paling aku menyampah. Asalkan sempat. Asalkan boleh. Menyampaikan amanah sambil lewa. Suka hati mak nenek bapak tiri ayam dia saja. Blablablablablabla...

Kalau dah kena sampaikan amanah itu, sampaikanlah betul-betul kepada pihak yang berkenaan. Ini tidak... selamba ayam saja hantar surat pada orang lalu-lalang yang kebetulan kena menyinggah ke tingkat yang berkenaan. Kalau aku criminal ke spy ke macamana... hah (terpengaruh kuat dengan filem Borne Trilogy).

Nasib baik aku baik (muntah).

Tidaklah baik sangat. Maksud aku, Mat Despatch itu bernasib baiklah juga sebab aku ini tidak ada niat jahat nak bawa lari surat itu. Manalah tahu kalau isi kandungannya sulit ke apa ke kan. Pengalaman selama lebih tiga tahun sebagai seorang bendahari kelas telah mengajarku erti amanah (pergh).

Nasib baik aku baik (muntah)_

p/s:
selingan sebelum menghabiskan siri kembara 80 liter ke Perth yang semakin basi itu

Sambung baca...

Kategori:

Friday, November 04, 2011


_Khamis, 22 September 2011.

Pagi itu cuaca memang sangat cerah.
Suhunya pula lebih kurang 17°c.
Sejuk, nyaman F&N Sarsi.

Sepanjang berada di Perth ini kan, boleh kata setiap pagi memang wajib tengok berita. Bukanlah wajib buka televisyen ke apa. Kami memang tidur sambil berlampukan televisyen. Itu yang pagi-pagi bangun saja sudah tahu hari ini suhu berapa darjah. Showering ke panas ke mendung ke apa ke.

Barulah boleh stand by mood... uh, huh.

Ada sekali itu aku tengok pemberita-pemberita Aussie ini baca berita di luar lokasi dengan geng-geng Sesame Street. Macam kelakar pun ada. Cuba bayangkan rancangan MHI pagi-pagi itu bertemankan Upin dan Ipin serta Keluang Man.

Best?

Agaklah.

Ok.
Sambung... sambung.

Aktiviti kami pada hari itu memang penuh macam biasa. Dan awesome macam biasa juga. Destinasinya termasuklah Caversham Wildlife Park, Lobster Shack, Pinnacles Dessert dan juga sand boarding.

Jarak perjalanan pada hari itu adalah lebih kurang 600km pergi balik. Mujur tidak sejauh ke Wave Rock. Kalau tidak mesti pancit tahap agung punya. Sifar terus kudrat tenaga dibuatnya. Tapi kurang terasa penat sebenarnya. Aku syak sebab cuaca sejuk telah menyahaktifkan rasa sakit dan sengal tulang itu.

9am - 9.55am.
Caversham Wildlife Park.



Ini bayaran masuk.



Agak teruja mahu ke sini sebab nak tengok koala yang comel lagi gebu itu. Tipikallah kan. Dan teruja nak tengok ketinggian kanggaro. Oh! Dan juga teringin nak tengok rupa sebenar si wombat itu.

So, here we are.

This is Rachel (eh... eh speaking English pula).



Suara beliau memang nyaring. Very high pitch. Tidak perlu pakai pembesar suara. Hampir-hampir jatuh kategori bingit. Barangkali sebab kerjaya dan tempat kerjanya begitu. Itu sebablah kelantangan suaranya berkadar terus dengan persekitaran tempat kerjanya.

Mula-mula kami diberi taklimat ringkas tentang Caversham Wildlife Park ini dan sedikit peraturan serta tatasusila semasa berada di tempat bukan orang. Lebih kurang 5 minit lebih, kami pun dibawa melawat ke bahagian dalam.

Dari jauh sudah nampak segerombolan kanggaro dalam kandang.



Excited?

Indeed!

Memang laju betul jalan dengan Rachel ini. Tidak sempat nak singgah. Nak berhenti ambil gambar pun tidak sempat. Perasaan masuk Caversham Wildlife Park ini macam pergi Zoo Negara jugalah. Cuma tempat ini sedikit dingin, sejuk nyaman F&N sarsi. Dan... tidak berbau semerbak 'harum' macam dalam Zoo Negara itu. Segala-galanya segar-bugar!

Ini burung merak (semua orang pun tahulah, Huzaimatus!).



Benarlah kata orang... burung merak memang sombong dan angkuh. Di taman itu, burung merak memang akan berjalan selamba saja di sebelah anda tanpa mempedulikan kehadiran anda. Yang penting bagi burung merak itu adalah... anda tertakjub dengan kecantikannya.



Ini pula adalah sejenis mamalia (sebenarnya aku lupa nama).



Ah, akhirnya binatang yang paling dinanti-nantikan.



Pling!



Ops, silap.
Ini dia rupa sebenarnya.



Sepanjang hayat kerjanya memang tidur saja. Pemalas betul. Harapkan bulu saja gebu. Serius bulu dia memang gebu habis. Macam tuala. Itu pun aku tepuk belakang koala itu sikit-sikit saja. Sebab geli dan ngeri. Rachel pesan jangan usap muka dia. Sebab nanti dia rimas. Jika sudah rimas, koala pun la... ri.

Sebenarnya aku rasa koala ini lebih comel dan kelihatan jinak kalau tutup mata. Sebab kalau koala itu buka mata dan keluarkan kukunya yang tidak pernah dipotong... huish memang tiba-tiba akan rasa macam koala ini sejenis karnivor.

Sepanjang hayat tidak pernah potong kuku.



Kuku panjang memang tidak senonoh. Nampak sangat macam pengotor. Semua jenis bakteria dan kotoran yang melekat pada kuku dimakan balik. Oh, gross! Tidak payahlah nak bela kuku panjang dan letak pewarna kuku apa bagai ya. Buruk tahu... buruk.

Faham tak koala?



Bagus.

Setelah puas menyaksikan kehebatan koala yang asyik tidur sehingga tidak bangun-bangun itu, kami pun teruskan lawatan lalalala melihat kanggaro pula. Oh! Kanggaro di dalam kandang. Tidak sabar nak tengok siapa lagi tinggi. Aku ke kanggaro.

Elok saja menapak ke kawasan kanggaro.

Oh, mak kau!
Oh, ayah kau!
Oh, nenek kau!



Astaghfirullahalazim.

Ngeri gila. Betul. Memang ngeri! Besar gila kanggaro ini rupanya. Perasaannya macam 40 ekor kucing tiba-tiba mengerumuni anda dan meminta makanan. Bagi seseorang yang takut dan ngeri dengan kucing... memang ngerilah kan.

Oh, my Allah!



Semakin lama semakin banyak pula yang berkerumun.



Aku?

Haah aku terjerit-jerit sebab situasi itu sangat horror lagi tidak terjangka. Kalau kanggaro itu berdiri dengan dua belah kaki... memang bolehlah nak sampai paras bahu. Tengok jugalah berapa ketinggian anda kan. Kalau 159cm macam aku ini... memanglah super horror. Macam-macam saiz ada.

Lepas kerumun orang, kanggaro-kanggaro ini akan menggaru-garu badan sambil membuat ekspresi puas hati. Seakan-akan... "Oh, sungguh feel."



Ini pula Joey. Anak kanggaro yang baru lahir dan tinggal di dalam kantung ibunya dipanggil Joey. Rachel kata anak kanggaro ini apabila lahir memang belum sempurna organnya. Tiada telinga. Dan organ-organ lain. Macam fetus peringkat awal lagi agaknya. Kemudian anak kanggaro ini akan tinggal di dalam kantung ibunya untuk membesar sehingga sempurna bentuk dan sifatnya.



Kagum sebenarnya. Tidak tahulah apa yang ada dalam kantung itu sehinggakan anak kanggaro ini boleh sambung membesar sehingga terbentuk organ-organ lain dengan hanya tinggal di dalam kantung saja. Amazing. Memang subhanaAllah.

Oh, ya inilah dia si wombat itu.





Besar gila. Agak berbau cikun. Sedikit menyerupai khinzir hutan. Diam saja. Molek betul perangai. Sedikit bunyi pun tiada. Mata memang terbuka. Bukannya tidur. Tapi aku tak pegang. Ngeri. Sebab berbulu kan. Huahuahuahua.

Lepas itu.

Seminit.
Tiga ke lima minit.
Sepuluh ke lima belas minit.

Perjalanan pun diteruskan ke Pinnacles Dessert.

Goodbye, kanggaro!



Berhenti sekejap di stesen minyak.



Looks old school right?



Ini bukan caravan.



Sepanjang perjalanan itu memang banyak sangat caravan. Bukan di atas jalanlah. Tapi di sekitarnya. Sini memang jauh gila dari bandar. Convenience store pun tidak berapa nak nampak. Stesen minyak itu pun rupa macam stesen minyak murah dan usang (ala macam stesen minyak dalam filem Jeepers Creepers atau pun filem Wrong Turn).



Jalan yang beralun-alun... sesuai untuk drift.



Akhirnya, tibalah kami di Lobster Shack.



Makan tengahari di sini. Mula-mula kena sedekahkan telinga dan tonton video dokumentasi pendek berkaitan udang galah ini. Kira macam kena ambil tahulah sikit kan macamana susahnya udang galah ini ditangkap secara pukal tengah-tengah laut itu. 5 minit saja.

Ini tempat makan.



Oh, ya. Makanan tengahari memang sama macam trip semalamnya. Tapi kali ini kami tidak dibekalkan dengan makanan halal atau pun vegetarian food. None. Jadi terpaksalah makan sayur-sayur rangup (saya suka!) dan roti. Kebuluran sebenarnya. Nasib baik ada bawa bekal coklat Milo.

Ini pula tandas perempuan. Kreatif. Sangat-sangat bersih! Macam dalam akuarium. Sejuk gila. Sangat-sangat selesa. Kagum.



Awesome graffiti. Hoho.



Sekitar kawasan Lobster Shack. Di belakang kawasan ini sebenarnya ada laut. Memang laut yang betul-betul laut. Lautan India. Luas terbentang dan biru gila. Memang subhanaAllah. Super awesome! Tapi sebab dah nak gerak, tak sempat pun nak pergi jengah.



Lengang dan sunyi.







Lululala... lululala.

Ah, akhirnya sampailah kami ke Nambung National Park.



Sedikit penerangan daripada Sean.



Tapak badan ular menyusur.



Pinnacles Dessert!



Awesome gila!



Tempat ini panas terik. Tapi udaranya sejuk dan segar-bugar. Sikit pun tidak berpeluh. Kalau berpeluh pun memang cepat betul tersejat. Tapi gurun ini memang sangat best. Kagum dengan ciptaan Allah. Luas sangat. Sebelahnya ada Lautan India. Sangat banyak jerung (eh... eh macam nampak saja).



Kacak.



Hip... hip horey!



Ini dah hampir hujung-hujung juga di gurun itu. Entahlah berapa jauh lagi kena jalan. Tapi memang best. Kalau dapat main paintball secara gerila di sini mesti sangat best!



Jalan lagi.



Lebih kurang sejam setengah ke dua jam di sini, kami pun bergerak ke Cerventes. For 4 wheel drive and sand boarding. Oh, yeah!

Untuk 4 wheel drive itu, ingatkan kena naik kenderaan lain. Rupanya tidak. Memang naik bas berkepala lori itu juga. Dan lokasi 4 wheel drive itu memang lokasi sand boarding itu juga. Jika anda duduk di bahagian hadapan, memang akan terasa gayat ketika bas itu menjunam turun. Rasa macam boleh terbenam masuk ke dalam pasir.

Demi Allah, gayat oh!



Akhirnya... masa untuk sand boarding! Paling dinanti-nantikan. Sean kata siapa yang tidak sudi nak berluncur boleh tunggu di dalam bas. Siapa yang tak nak kan. Oh, ada juga pakcik dan makcik yang tidak sudi mencuba. Faktor umur dan kesihatan serta kudrat barangkali. Apa-apa pun kami memang antara orang pertama yang turun dari perut bas itu. Huhauhauahuahua.

Ok, kena buka kasut.

Sejuk gila tapak kaki dibuatnya. Keluarkan papan luncur. Bersih-bersihkankan sikit pasir. Kemudian gosok atas dan bawahnya dengan lilin. Supaya senang untuk meluncur. Tidaklah nanti tersangkut di tengah jalan. Eceh.



Tara!

"This is how you should sit on it."



Ready.



Wohooo!



Jenuh jugalah nak menapak ke puncak itu. Tapi memang gila awesome! Hormon adrenalin merembes keluar dengan mencurah-curahnya. Peluh sejuk semua ada. Gayat. Cemas. Otak tiba-tiba kosong. Memang best.

Beratur panjang.



Masa nak turun itu memang syiuuuuuuuuuuunnnggg...



Panjat balik.



Wohooo!



Pakcik tua pun ada.



Lululala... lululala kemudian kami pun berangkat pulang ke bandar Perth. Penat tapi badan tak rasa penat. Otak saja terasa penat. Apa-apa pun memang sangat puas dan awesome. Yeah!

Esok pula ke Fremantle... mendapatkan beg galas yang diperbuat daripada payung terjun.

Oh, yeah_

Sambung baca...

Kategori:

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.