Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, June 20, 2011


_Aku dan sifat bosan memang tiada reaksi kimia.

Kenapa?

Sebab kami bukan bahan kimia.

Aku adalah sejenis Homo Sapiens. Manakala, bosan pula adalah sejenis sifat. Walaupun kami berdua bukan bahan kimia, kami tetap sengal, lengai dan sama-sama memiliki sifat malas. Ya. Sifat malas adalah sub kepada sifat bosan. Apabila terasa bosan, barulah terasa malas. Apabila terasa malas, memanglah akan malas.

Kenapa?

Sebab aku yang kata.

Dan kalau disuruh berlagak serta riak takbur sesama manusia, aku mampu berlagak yang aku sesungguhnya teramat susah untuk terasa bosan dengan apa sahaja. Ya, apa sahaja. Bukanlah tidak langsung terasa bosan. Cuma lambat sahaja. Lambat yang memang sangat lambat.

Kenapa?

Sebab 'do-while loop' aku tiada tanda penamat.

Hah, kerja bahagian teknikal, cara berfikir juga memang daripada sudut teknikal. Jadi memang tidak boleh nak elak langsung cara percakapan yang begini. Namun, teori ini tidak boleh dipakai oleh semua orang teknikal. Ini cuma melibatkan orang-orang teknikal yang jenisnya macam aku sahaja.

Jenis macam aku itu jenis yang macam mana?

Jenis yang kepalanya sentiasa ayaya.

Kau macam tidak tahu kalau aku menulis secara berterabur dan tidak berfaedah begini, lapan belas mukasurat pun boleh sampai tahu. Jadi cubalah tarik aku dan kembalikanku ke pangkal jalan. Kembalikan ke tepi jalan pun boleh juga. Berdua lebih baik.

Baik.

Disebabkan aku susah terasa bosan, mari berkongsi tips penyahaktifan bosan. Perkara-perkara negatif begini patut dilupuskan. Yang positif itu didahulukan. Yang positif itu rakyat. Yang negatif itu? Hah, yang negatif itu... kebosanan dan ketidaksusilaan.

Tipsnya:

  1. Cari hobi baru.

    Sebab tidak jumpalah anda kena cari. Jika sudah terjumpa yang berkenan di hati, barulah boleh dijadikan sebagai kegemaran. Barulah hari-hari pun terasa mahu mengadap. Paling tidak wangi pun, bercucuk tanamlah secara virtual di Facebook itu sebagai hobi baru. Aku dah bersara.

    Sekarang tiga suku masa lapang aku pakai untuk Twitter. Segala jenis maklumat di hujung jari. Itu... jika dan hanya jika anda pakai Twitter betul-betul kena pada tempatnyalah. Jika gunakan Twitter sebagai alat sembang-kencang-gila-lebat-berterabur-100-tweets-dalam-sejam-bajet-artis memanglah sangat ayaya. Pembaziran bandwidth Internet. Lebih baik anda pergi bercucuk tanam secara virtual.

  2. Benamkan sifat membaca di dalam diri.

    Rajin-rajinkanlah diri menyinggah ke mana-mana kedai buku yang berhampiran. Paling tidak wangi pun, belilah komik. Bacaan ringan pun berfaedah juga walau sedikit. Kalau tidak cukup duit, pergi baca segala suratkhabar lama dan juga suratkhabar yang berlainan bahasa. Tatanglah sifat membaca bagai minyak zaitun yang penuh. Berminyak tetapi tetap ada khasiatnya.

    Kalau betul tiada duit pun, baca secara percuma pun apa ada hal. Esok boleh pergi lagi. Kalau susah sangat, perpustakaan negara kan ada. Banyak betul songeh kau ini.

  3. Layari Youtube secara berjadual dan berskala

    Youtube itu banyak benda anda boleh tengok. Dan aku harap anda gunakan Youtube ke arah kebaikan dan pelepas kebosanan. Matlamat tidak menghalalkan cara. Jadi kalau boleh jauhilah segala unsur sakit dan biru di dalam Youtube. Itu sahaja pesanan dua kata aku sebelum anda melayari video-video di Youtube secara kencang tanpa batasan.

  4. Ambil tahu segala perkara yang tidak pernah tahu

    Benda ini aku suka buat. Dan selalu buat. Walaupun benda-benda itu tidak berkaitan dengan diri sendiri, tetapi untuk mengelakkan terasa bosan... aku pun ambil tahu. Sebab aku jenis sibuk nak ambil tahu segala benda dalam dunia ini. Contohnya macam kenapa air turun dari atas ke bawah (selain tarikan graviti), segala mitos-mitos dalam dunia ini pun aku ambil tahu. Tahukah anda, bulu roma cepat tumbuh kalau dicukur itu semua mitos sahaja. Tahukah anda dari sudut sains, kenapa tidak elok makan dan minum sambil berjalan?

    Banyak lagi benda dalam dunia ini yang anda patut tahu. Ignorance is a bliss. Tetapi biar kena pada tempatnya, ok. Ini bukan suruh anda jadi penyibuk jaga tepi kain dunia. Ini cuma nak ambil tahu sebab nak pupuk sifat prihatin itu. Jadi cuba jangan jadi seorang yang 'ada-aku-kisah' tidak bertempat.

  5. Tambahbaikan kerja-kerja yang anda selalu buat setiap hari

    Cuba ubahsuai dari sudut a sehingga z. Berfikir secara 360 darjah. Barulah boleh menternak kreativiti dalam diri. Anda semua kreatif. Namun perlu diasah selalu baru boleh tajam matanya. Belakang parang itu kalau diasah selalu pun boleh tajam. Inikan pula anda yang bukan belakang parang. Cuba asah tulang belakang anda. Pasti tajam.

  6. Ulang mana-mana tips di atas

    Ulang dan ulang dan ulang sehingga kebosanan anda sudah ternyahaktif selama-lamanya.


Jangan lupa untuk mencuba.

Hendak seribu daya...

Kalau tiada kehendak itu maknanya anda memang dilahirkan dengan penuh sifat malas dan seorang yang membosankan sejak azali lagi. Terima kasih kerana melengkapkan dunia.

Dan walaupun aku tahu anda seorang yang membosankan dan sangat malas mahu mencuba tips di atas, aku tetap berkongsi tips yang aku selalu buat macam di atas itu. Sebab aku tidak bosan pun nak ulang tips itu. Kalau penat menulis pun, aku salin dan lekat semula tips itu semua. Apa ada hal kan. Hendak seribu daya bukan. Kalau belum seribu itu, cukupkanlah sampai seribu.

Ok?

Ok_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, June 09, 2011


_Memang boleh tahan kalah habis jugalah dibuatnya.

5 minit pertama.



5 minit kemudiannya.



Dan masih kalah habis dibuatnya. Memang hilang terus daya tahan melawan mengantuk setiap kali stereng kereta ini digenggam erat. Tidak boleh tahanlah wahai kawan-kawan. Mungkin sudah terkena lempangan syaitan barangkali. Setiap kali memandu di jalanraya pasti mengantuknya berjela-jela.

Apa nak buat ini... apa nak buat ini_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, June 07, 2011


_Terkena kejutan budaya sebenarnya ini.

Maklumlah, baru dapat adik ipar lelaki.

Huahuhauahua.

-_-"

Yang menariknya...

Hujan dan cuaca mendung sewaktu berlangsungnya majlis seperti yang diminta-minta daripadaNya termakbul jua. Terima kasih kepada Homo Sapiens yang sudi hadir menjamah rezeki yang tidak seberapa itu. Jika ada kekurangan (ya, memang ada)... harap dapat dimaafkan. Walaupun maaf itu tidak berguna, tetapi... ah, maafkanlah sahaja ya!

Yang kelakarnya...

Sekalian jiran yang hadir semuanya menyangka aku yang membina masjid. Lagi sekali... huahuahuahuahuahua. Tidak mengapalah. Mereka tidak sengaja. Sebab tidak tahu. Kan? Kan? Wah, aku bersangka baik!

Dan yang harunya...

Telinga aku semakin rebeh dan semakin rebeh bermula dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Bukan disebabkan telinga itu berpuasa. Tetapi disebabkan terpaksa menadah telinga mendengar soalan-soalan yang agak lalalala.

Seperti ini.

"Eh, cepat-cepatlah kahwin! Tunggu apa lagi."
Aku tengah tunggu orang tuntut tulang rusuk kirinya yang hilanglah ini. Tunggu apa lagi.

Atau pun begini.

"Cubalah mimpi sesiapa ke. Buat solat istikharah semua."
Asyik mimpi ngeri ok.

Atau pun juga begini.

"Janganlah memilih sangat. Takkan tak ada minat sesiapa."
Ada. Tetapi selalu salah. Kah kah kah.

Atau pun juga begini dan begini.

"Hah, nanti kahwin nak warna apa? Cuba mandi bunga sikit."
Warna brown. Bukan coklat tahu. Tetapi, brown. Bunga sudah dimandikan pagi-pagi. Sampai mati bunga itu sebab terlebih zat air.

Sangat lalalala kan soalan-soalan itu?

Letih aku nak menjawab. Jadinya disebabkan aku sudah letih mahu menjawab soalan-soalan lalala itu... aku pun terfikir satu idea baru. Aku rasa idea itu memang bernas. Pasti semua Homo Sapiens yang ada pertalian darah dengan aku akan rasa setuju dan seronok gila nak mati punyalah dengan idea bernas ini.

Apa kata...

Aku buka iklan cari jodoh untuk orang yang mahu cari jodoh.

Ok tak_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, June 01, 2011


_Tepat 5 Jun ini, hilanglah sebahagian daripada anggota badan.

Sahabat yang dikasihi di dunia dan di akhirat ini bakal dilarikan oleh seorang lelaki secara halal, sah dan insyaAllah dengan berkat dariNya sehingga ke akhirat.

Amin.

Secara jujurnya, inilah satu-satunya sahabat di dunia dan di akhirat saya.

Yang sentiasa sudi menghulur kedua-dua belah tangan setiap kali hujan ribut muncul di atas kepala. Yang sentiasa sudi menghulur diri setiap kali membuat aktiviti-aktiviti mengarut di dunia. Yang sentiasa berjurai air matanya setiap kali dhunus pedang dan pisau dari mulut kakaknya. Yang sentiasa memimpin ke jalanNya. Yang sentiasa menyokong walaupun tidak masuk akal. Yang sentiasa memahami tanpa perlu bertanya apa-apa. Yang sentiasa buat kakaknya lebam-lebam dan sengal tulang apabila bangun pagi.

Yang sentiasa...

Ah, macam-macam lagilah. Pendek katanya... beliaulah sahabat untuk bergaduh, sahabat untuk berperang, sahabat untuk bersuka-ria, sahabat di kala kesedihan, sahabat ketika ditimpa ujian-ujian yang menggila dan mencabar dariNya dan sahabat dari A sehingga Z.

She completes me.

Jadi sekarang perasaannya seperti... seperti...

>_<

Shamsil Waziah, semoga awak dan Amir diberkati Allah selalu. Semoga bahagia sehingga akhirat ya.

Saranghae jidan-jidan, wo de bestfriend_

Sambung baca...

Kategori:

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.