Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, April 08, 2011


_Akhirnya, oh!

Siap juga rekaan pertama yang tidak semenggah ini.

Kawan-kawan yang budiman, kalau sudi, bolehlah tolong undi rekaan t-shirt saya ya. Tidaklah sehebat rekaan mereka yang lain. Ya Allah, langsung tidak confident si Huzaimatus ini. Maaflah. Bab rekaan ini aku ada masalah kekurangan keyakinan keupayaan diri dengan kroniknya.

Oklah, ini rekaan saya yang tidak seberapa.

Eco Green by Famia Huzaimatus

Tetapi jika anda suka, undilah di SINI ya!

Untuk melihat koleksi rekaan mereka yang lebih hebat, anda boleh ke SINI dan undi untuk rekaan mereka. Lawa-lawa belaka. Saya suka INI dan INI. Cantik bukan? Mereka hebat. Baiklah, selamat membuang undi jika punya sedikit kesudian.

Untuk anda yang mengundi...
saya sedekahkan kasih sayang di dunia dan di akhirat.

Tidak, itu bukan rasuah_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, April 05, 2011


_Di balai ketibaan antarabangsa, KLIA.

Semalam.



Menyambut emak dan ayah dari Phnom Penh seperti seorang pemandu pelancong. Sambil mengusung papan tanda ke sana-sini, berkeliaran dan sekali-sekala menyusur ke hulu ke hilir di balai ketibaan antarabangsa menanti mereka. Hoho haha ho ha ho ha.

Berperangai pelik? Tidaklah. Mana ada pelik. Lapangan terbang adalah salah satu tempat yang anda tidak perlu gusar, risau, gundah-gelana dan hirau jika berperangai pelik dan luar biasa.

Kenapa?

Kerana anda ke situ bukan hari-hari. Tidak mungkinlah orang akan cam anda. Dan jika mereka cam anda pun, apa ada hal. Berterima kasih kepada mereka kerana bersusah payah sudi menyelitkan wajah anda di dalam kotak fikiran mereka sehingga mampu mengenalpasti wajah anda. Membazir ruang otak. Ucapkan terima kasih kepada mereka dan anda kini sudah dikenali ramai. Hei, ini salah satu taktik bersih untuk dikenali ramai ok.

Be different... they will remember you.

Horey!

Ibu dan ayah saya sudah pulang!
Katakan Horey... Horey!
Eh, bukan.

Alhamdulillah... alhamdulillah_

Sambung baca...

Kategori:

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.