Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, March 31, 2011


_Baiklah, mari membuat promosi barangan bukan tempatan.

Ia berasal dari Korea.



Tahukah anda apakah benda itu?

Ya.
Sotong bermuncung.
Yang perasan dirinya comel.

Tahukah anda apakah kegunaannya?

Cuba teka.
Tekalah.
Teka.

Sudah malas?
Tidak mengapa, saya faham.
Itu memang perangai semulajadi manusia.

Baiklah. Sotong bermuncung yang perasan dirinya comel itu digunakan sebagai...

Pling!



Ya. Untuk menghilangkan tekanan di kepala. Caranya dengan menekan sotong itu ke atas kepala. Tekan... tekan... tekan. Hilang sedikit tekanan. Tetapi sotong itu tidak mampu menghilangkan migrain di kepala. Ia tidaklah hebat mana. Untuk halau tekanan bolehlah. Sotong hebat yang bermuncung dan perasan dirinya comel ini boleh didapati di mana-mana cawangan Daiso. Aku beli ini di Daiso Sunway Piramid.

Tekan... tekan... tekan.

Namun, jangan pula ditekan kepala itu dengan sekuat-kuatnya. Tekanan yang terlalu kuat di kepala akan menyebabkan struktur kepala dan cara pemikiran anda berubah. Ya. Fakta itu adalah rekaan saya semata-mata. Namun, saya yakin 0.01% pasti wujud kesahihannya.

Kadangkala jika tidak berjaya melekatkan sotong di atas kepala, boleh cuba tanam pokok dan kemudiannya reneh daun-daun itu serta tepekkan di atas kepala. Pun boleh kurangkan tekanan juga. Cubalah bercucuk tanam dari sekarang. Pergi hijau (Go green)!

Ini adalah pokok yang tidak saya tahu namanya namun tetap dijaga dengan tidak begitu rapi di pejabat. Seminggu cuma siram sebanyak sekali atau pun dua kali sahaja. Itu sudah memadai. Tidak perlu hari-hari. Nanti ia meninggal.



Ini pula rupa paras sekilas meja pejabat saya. Bersepah dan penuh dengan nota berwarna-warni. Maaf kerana gambar ini sangat kabur. Tangan saya mempunyai gegaran skala Richter 9.8. Jadi apa jenis kamera baik kamera telefon mahu pun kamera DSLR, pasti akan berlaku gegaran tangan yang teruk.



Baiklah.

Kepala saya masih sakit. Hari-hari cik migrain akan datang menyinggah tiga kali. Jam 4 petang, 6 lebih petang dan 10 malam. Hampir kancing gigi dibuatnya. Oklah, saya perlu melekatkan sotong bermuncung ini di atas kepala. Saya harap sotong ini dapat menyedut segala tekanan di kepala saya.

Tolonglah ya wahai sotong_

Sambung baca...

Kategori:

Friday, March 25, 2011


_Minggu hadapan bermula dari Isnin sehingga Isnin berikutnya saya membujang.

Yeah!

Eh, tersuka pula.

Maksud saya, sedihnya. Kedua-dua ibu dan ayah saya akan ke Phnom Penh. Jalan-jalan sambil melawat adik lelaki saya. Walaupun saya berasa sedih, tetapi jauh di sudut hati saya memang saya sangat gembira. Ini adalah kerana kedua-dua ibu dan ayah saya pertama kali ke Cambodia. Dan ini adalah pengalaman pertama ibu saya menaiki kapal terbang. Saya harap ibu saya tidak gayat dan tidak bermasalah seperti saya.

Apa masalah saya?

Saya memang banyak masalah. Bukan... bukan. Saya memang gadis nakal dan keji tetapi kini sudah berubah menjadi seorang yang boleh tahan berakhlaklah juga tetapi masih lagi bermasalah. Jika saya tidak cukup tidur, saya pasti kembali kepada diri yang asal. Tidak apa. Kawan-kawan saya semua sabar orangnya. Kah kah kah.

Ok, semula.

Apa masalah saya?

Saya bermasalah jika menaiki kapal terbang. Telinga saya akan bermasalah. Di mana tiub Eustachio saya akan mengecil lalu tekanan udara tidak akan seimbang di dalam dan di luar. Jadi setiap kali kapal terbang mahu mendarat, di dalam telinga saya akan terasa seperti mahu pecah akibat dicucuk benda tajam. Memang sangat sakit. Pertama kali kena sewaktu menaiki Saudi Arabia Airlines (usia 11 tahun) dan kedua sewaktu ke Kuching tahun lepas, memang sangat menangis. Berjurai-jurai air mata aku. Terkejut Dani dan Suhaila.

Punca masalah ini, tidaklah saya pasti.

Dan saya memang sedaya upaya cuba mengelakkan diri daripada berjumpa doktor. Kerana saya tidak sukakan doktor. Mereka tidak ramah. Kadangkala sangat tegas dan dingin. Jarang sekali saya terjumpa doktor yang memberi saya ketenangan, kepercayaan dan keselesaan untuk berkongsi apa sahaja. Mungkin nisbahnya adalah 1:100. Entahlah apa yang terjadi kepada aplikasi pelajaran psikologi yang dipelajari mereka.

Jika anda seorang doktor, minta maaf.
Ini semua kisah benar saya.
Sungguh.

Ok, cukup perihal saya.

Sepanjang peninggalan kedua ibu dan ayah saya, mereka sudah memberi 'sedikit' tugasan kepada saya untuk dilaksanakan. Gembiranya saya! Hai, sungguh plastik reaksi saya bukan. Maafkan si Huzaimatus yang berperangai tidak semenggah ini ya kawan-kawan budiman.

Pesanan ayah...

  1. Tolong siram pokok hari-hari. Jangan buka air besar sangat nanti tanah terpercik keluar. Pendek nyawa pokok itu nanti.

  2. Tolong hidupkan enjin kereta ayah sekali sekala. Berkarat Abang Warwick itu nanti kasihan pula. Oh, Warwick adalah nama kereta ayah. Nonami adalah nama kereta saya (Huzaimatus, orang tidak tanya pun).

  3. Lampu di dalam rumah jangan ditutup jika keluar rumah. Nanti disyaki tiada orang di dalam. Kawasan perumahan saya sudah banyak kali ada kes pecah rumah. Memang merbahaya. Dan kisah orang gila berkeliaran pun ada juga. Ingat kisah ini bukan?

  4. Tolong kunci pintu gril setiap kali keluar rumah. Mak kata merbahaya. Ingat, merbahaya tahu.


Baiklah.

Saya tidak sabar mahu menghantar mereka ke KLIA Isnin hadapan. Wahoo! Saya rasa KLIA cantik dan sedikit cool berbanding LCCT. Ibu dan ayah saya pesan, jika tidak berani tinggal seorang diri, ajaklah kawan-kawan. Saya fikir, tidak patut pula mengacau mereka. Jadi, saya sudah ajak malaikat temankan saya. Allah pun temankan saya juga. Saya harap syaitan dan jin semua tidak akan mengganggu saya nanti.

Oklah, itu sahaja.

Untuk hari Jumaat yang mulia ini, saya sedekahkan sedikit kasih sayang saya untuk anda semua. Ambillah jika sudi_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, March 22, 2011


_Ini salah satu bukti manusia (akulah itu) tidak hebat.

Dalam dunia ini, ada banyak perkara dan benda yang aku takuti.

Di antaranya adalah... sesat jalan, peta, cicak, lelaki, kucing, Kajang, Putrajaya, Cyberjaya dan lain-lain. Peta? Haah, peta. Betul aku memang takut tengok peta. Beribu-ribu kajian aku dah buat sejak di bangku sekolah. Tidak... bukan beribu-ribu, cuma single digit sahaja. Sesungguhnya pengetahuan dalam mentafsirkan peta ini adalah sifar dan kebiasaannya negatif.

Sebab...

Aku tidak faham bagaimana mahu synchronize bacaan aerial view dan lukisan tiga dimensi di alam nyata. Serius, percayalah kalau aku katakan aku tidak mampu baca peta.

Sebab..

Aku memang tidak boleh.

Ini bukan masalah positif atau pun negatif. Dan bukan juga masalah kendiri. Ini adalah masalah... hm, bacaan otak aku agaknya. Dan biasanya kalau ternampak papan tanda, si Huzaimatus ini memang jenis lurus orangnya di mana beliau berkemungkinan besar 200% akan ikut papan tanda itu sampai mati. Ya. Ikut ke mana sahaja. Lepas itu, cuak. Dan akhirnya, berdoa kuat-kuat. Dan kadangkala menangis juga di dalam kereta (iyalah, aku pun perempuan mestilah air mata ada banyak). Kemudian barulah Allah sudi tunjukkan jalan yang sepatutnya.

Alhamdulillah T____T

Sebenarnya...

Bukan masalah peta.
Tetapi, masalah hilang deria mengenal arah.

Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya.

Esok perlu ke Cyberjaya.

Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya. Parahnya.

Haah, ini antara perkara yang aku sangat susah hati dalam hidup ini.

Tidak comel betul_

Sambung baca...

Kategori:

Friday, March 18, 2011


_Saya gembira saya sangat sibuk.

Dengan urusan dunia.

Tetapi saya sangat sedih sebab saya tidak pandai uruskan masa dengan bagusnya. Hah, lemahlah aku macam ini. Hari-hari macam terasa kena tinggal keretapi. LRT tidak apa, setiap lima ke sepuluh minit pasti datang. Kalau keretapi ini lebih kurang setengah jam ke empat puluh lima minit baru datang. Haru betul.

Apa yang saya sibukkan sangat?

Oh, itu adalah...

  1. Design wedding card adik gadis dan kekandanya. Bukan kerja mudah. Menangislah saya macam ini. Sudah bulan tiga ini. Entah sempat ke tidak mahu hantar ke kedai cetak.

  2. East. Anda masih ingat East yang suka mengambil gambar dirinya setiap hari selama 365 hari? Ya, sudah hampir dua bulan saya belum letak gambarnya yang terkini. Dia sudah merajuk. Menangislah saya macam ini.

  3. Ubahsuai interface application. Ya, ini kerja pejabat. Sudah banyak yang saya lakarkan, tetapi belum sempat ubah di dalam Photoshop. Menangislah saya macam ini.

  4. Perlu menghantar lens Kakeno (kamera EOS 350D yang usang itu) ke kedai untuk dibaiki. Hari-hari emak menggesa saya. Tetapi, saya seperti tidak cukup masa mahu ke Amcorp Mall itu. Kalau ada kawan yang pandai tengokkan kan bagus. Menangislah saya macam ini.

  5. Tertunggak mahu membaca koleksi buku-buku PTS (dibeli sebab kulitnya cantik bukan main... saya memandang kulit kemudian baru isi. kah kah kah) dan buku-buku lain. Komik pun sudah lama tidak dibeli. Otak sudah tidak boleh berfungsi dengan lancar jika sudah lama tidak dapatkan hiburan itu (komik). Menangislah saya macam ini.


Baiklah... itu sahaja.

Cukup-cukuplah mengadu untuk hari ini.

Tolong ajarkan saya cara menguruskan masa dengan baik_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, March 17, 2011


_Biasa dengar bukan peribahasa ini?

Harimau mati meninggalkan belang.
Manusia mati meninggalkan nama.

Namun begitu.

Bukan nama sahaja yang ditinggalkan oleh manusia. Blog, akaun Facebook, flickr dan sebagainya masih lagi tertinggal di dunia ini. Dan tempat-tempat yang masih tertinggal ini terbiar kosong tidak dijaga. Namun sekali-sekala masih dilawati oleh rakan dan taulan yang masih sudi mengingati si manusia yang sudah menemui Allah.

Seperti memorial park.

Sedih sebenarnya.

Kadangkala apabila melihat Facebook kawan yang sudah menemui Allah, aku mesti akan scroll ke bawah dan ke bawah lagi untuk melihat komen-komen lama yang ditinggalkannya.

Perasaannya seperti, hari ini komen macam-macam dan buat aktiviti yang pelbagai di sana-sini. Tetapi esoknya, sudah dijemput Allah. Dan sesungguhnya teramatlah benar bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan kembali.

Jadi.

Jika tiba giliran aku pula nanti, aku harap biarlah mereka sudi selitkan sedikit ingatan tentang aku dalam doa mereka. Dan bukan selitkan ingatan-ingatan dan ucapan-ucapan itu di memorial park aku. Harap-harapnya jangan jadikan sisa-sisa tinggalan aku itu sebagai memorial park.

Jadi.

Mesej yang aku cuba sampaikan di sini adalah, aku kena buang sedikit demi sedikit unsur-unsur memorial park ini seperti blog, Facebook, Flickr dan sebagainya sebelum dijemputNya.

Macamana aku tahu tarikh dan waktu aku dijemputNya?

Tidak, aku tidak akan tahu.

Sebab itu rahsia Allah kan. Boleh jadi sekejap lagi. Mungkin selepas aku siarkan artikel ini dan mungkin juga esok. Mungkin juga lapan tahun lagi. Manalah aku tahu rencana dan ketentuanNya kan. Itu semua kerja Allah. Aku tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Dan aku tidak tahu pun apa yang akan terjadi pada esok hari.

Biasanya aku suka tulis entri awal-awal kemudian letakkan schedule untuk auto publish. Kebanyakan entri yang ditulis ini biasanya ditulis pada hari lain dan disiarkan mengikut jadual. Manalah tahu kalau-kalau aku dah jadualkan beberapa entri untuk disiarkan tetapi ketika itu aku sudah menemui Allah ke. Manalah tahu kan.

Jadi perlu bersedia sentiasa.

Belajar untuk tinggalkan dunia... sedikit demi sedikit. Mula-mula jarakkan diri dengan Facebook, contohnyalah. Kemudian, jarakkan diri dengan blog, contohnya jugalah. Selepas itu, jarakkan diri dengan skop kawan-kawan atau kecilkan skop kawan-kawan... ini contoh juga. Belajar untuk bersendiri.

Ya, dunia... kita perlu berpisah selama-lamanya.
Sebab kita tidak ditakdirkan bersama.
Tidak secocok dan tidak serasi.

Kimia di antara kita cumalah sementara.

Kapoof... pasti hilang.

Jadi, anda dapat mesej yang aku cuba sampaikan? Aku harap anda dapat. Sebab ini semua sementara. Esok dan lusa belum pasti lagi sahih zahirnya. Semakin lama kita hidup, semakin berkurangan sisa umur kita. Dan semakin bertambah dosa-dosa kita. Aku lagilah banyak dosa. Selalu gagal beristiqamah dalam cubaan mengurangkan dosa. Memang gagal oh!

Jadi di atas kegagalan ini, kita... eh bukan kita, sepatutnya aku. Aku kena ambil tindakan yang sedikit extreme iaitu cubaan mengasingkan diri dengan dunia sedikit demi sedikit. Kalau tidak, aku tidak janji aku boleh kurangkan buat dosa. Oh, aku!

Jadi, berusahalah untuk cuba.

Baiklah, kawan-kawan.

Kapoof_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, March 15, 2011


_Manusia memang suka dibelai-belai.

Seperti kucing... miau~

Aku tidak sukakan kucing. Tetapi, aku suka dibelai-belai. Miau. Baiklah. Sebenarnya entri ini tiada kaitan langsung dengan kucing, belai-belai dan juga miau. Memang tiada kaitan. Aku kan suka menulis sesuatu yang tidak berkaitan. Sebab aku suka dibelai-belai. Miau~

Baiklah.

Ini perihal membelai-belai pengunjung ke blog... miau~

Oh hoi, miang sungguh.
Ulang semula.
Baik.

Ini perihal membelai-belai pengunjung ke blog.

Sebenarnya....

Adalah lebih baik jika tuan rumah dapat membalas setiap satu komen mereka yang berkunjung ke blog tuan rumah.

Kenapa?

Kerana manusia suka dibelai-belai. Miau~

Walaupun aku belum pernah berpeluang belajar ilmu psikologi manusia secara mendalam, tetapi aku tahu manusia suka dibelai-belai. Jadi, jika anda menulis apa-apa entri dan terdapat satu, sepuluh atau seratus komen... sudilah kiranya anda membalas komen-komen mereka.

Ya, aku tahu walaupun anda tidak membalas komen mereka tetapi anda tetap membaca komen-komen tersebut. Namun, tidak salah pun jika anda sudi membalas komen-komen mereka walau dengan menulis "Ya." atau "Ok." Kan? Apa ada hal. Bukan putus pun jari ya tidak?

Aku tafsirkan tuan rumah yang tidak suka langsung membalas komen pengunjungnya sebagai seorang tuan rumah yang berego tinggi. Istilah budak-budak remaja sekarang adalah, "Budget hot." Perbelanjaan panas.

Percayalah, pengunjung yang dibalas komennya memang sangat terasa dihargai. Mesti dia fikir, "Wah, aku bagi komen mengarut pun dia balas juga. Dengan sopan pula itu." Dan dari situ, terbentuklah satu pandangan baru mengenai tuan rumah itu. Ya. Begitulah salah satu cara seorang tuan rumah dapat melemparkan sebiji dua hiburan dalam bentuk belai-belaian kepada tetamunya.

Terbelai-belai ego tetamu-tetamu ke blognya.

Bukankah bagus.

Anda kini seorang tuan rumah yang agak beradab dan suka membelai-belai ego tetamunya. Dan selepas tetamu itu sudah berasa seronok dibelai-belai egonya, pasti dia kembali lagi dengan Tora bersama beberapa rakan lain (mungkinlah). Tidak salah jika kita menabur harapan. Huah huah huah.

Namun begitu...

Bukan semua tuan rumah berupaya untuk membelai-belai tetamunya. Itu semua terpulang kepada mentaliti dan akhlak tuan rumah tersebut. Bukan semua mampu menghiburkan dan melayani tetamunya dengan baik. Dan kebolehan itulah yang membezakan seorang Homo Sapiens dengan Homo Sapiens lain.

Tetapi percayalah, first impression always last.

ALWAYS.

Kalau aku salah seorang daripada tuan rumah 'perbelanjaan panas' ini, mohon beri teguran ya. Sebab aku selalu terlupa. Dan disebabkan aku pun salah seorang daripada Homo Sapiens yang suka dibelai-belai, aku pun termasuk dalam carta golongan tuan rumah 'perbelanjaan panas'.

Oh hoi, harapnya sudah terkeluar dari carta.

Baiklah, sebenarnya konsep membelai-belai ego Homo Sapiens sejagat ini boleh diaplikasi ke atas apa sahaja. Fleksibel. Mudah. Kosnya tidak tinggi dan tidak murah. Kosnya memang percuma. Jika anda membelai-belai manusia, sekaligus anda juga turut membelai-belai diri sendiri secara tidak langsungnya.

Oh, ya.

Membelai-belai manusia ini bukan bermaksud mengampu-ampu manusia. Ia juga bukan bermaksud mengambil hati manusia atau mencuri hati manusia. Sekadar membelai-belai hati sahaja. Harap tiada salah faham dan jangan salah gunakan ya.

Jadi, selamat mencuba.

Ok, sudah.

Miau_

Sambung baca...

Kategori:

Friday, March 11, 2011


_Tsunami skala Richter 8.9 bertarikh hari ini.

Amaran dariNya datang lagi.

Terasa halusnya manusia. Terasa kecilnya kilang-kilang, menara-menara dan bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Terasa sangat kecilnya negara yang diduduki apabila ditelan tsunami. Ok, bukan negara. Sepatutnya... terasa sangat kecilnya dunia ini. Dunia. Memang sangat kecil.

Ke mana mahu lari wahai manusia?

Amaran dariNya datang lagi.

Takut kan apabila terfikir tiada satu tempat pun di dalam dunia ini yang boleh kita jadikan sebagai tempat untuk menyelamatkan diri. Tiada satu pun. Termasuklah planet-planet lain. Manusia-manusia lari bertempiaran seperti habuk-habuk yang dikibas pada pagi hari. Sambil berlari sambil disapu tsunami.

Ngerinya, oh!

Anda boleh cuba tengok video dari Al-Jazeera tentang liputan berita secara langsung perihal Tsunami Japan hari ini. Habis semua disapu bersih tsunami. Memang bersih. Tegak bulu roma aku dibuatnya. I got goosebumps.

Amaran dariNya datang lagi.

Dapatkah anda mesej yang cuba ditunjukkan olehNya_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, March 08, 2011


_Ini cerita semalam.

Ketika memandu dalam keadaan yang mengantuk dan sejuk sehingga hidung dipenuhi mukus yang tidak berapa likat. Haah, sangat mengantuk gara-gara memandu pada kelajuan 5km/j dalam masa 2 jam.



Menceritakan kisah yang seram dan penuh saspen dengan gaya bercerita kisah nabi-nabi. Ok, memang sifar tidak berbakat.

Itu cerita semalam_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, March 07, 2011


_Pelanduk dua serupa kadangkala memang membawa padah.

Watak utama cerita ini adalah air kordial Sarsarapararilla.

Sarsarapararilla.
Sarsaparararilla.
Sarparasarilla.

Hak alah, susah benar menyebutnya. Serius memang aku tidak pernah lulus mengeja mahu pun menyebut nama air ini. Entahlah macamana ejaan yang sebenarnya. Tetapi air kordial ini memang salah satu watak penting di rumah. Hampir semua ahli keluarga melainkan aku... memang sangat cintakan air ini.

Aku faham, kami tiada reaksi kimia.

Air ini entahlah apa yang sedapnya. Seperti air Coke versi tidak bergas. Semua suku-sakat keluarga Coke ini memang aku tidak berapa berkenan. Sudahlah namanya pun ala-ala saintifik. Aku rasa sebut nama Arnold Shcwazerneger pun senang lagi.

Namun.

Sebenci-benci aku pada air Sarsarapararilla itu pun aku jugalah yang jadi tukang membancuhnya di rumah. Sebab mereka suka minum. Aku pun sukalah juga tolong membancuhnya. Bancuh sahaja. Minumnya tidak.

Sehinggalah pada suatu hari.

Tiba-tiba retina mata ini terperasan kewujudan entiti yang tidak pernah terlihat di dapur. Bentuk badannya benar-benar menyerupai bentuk badan air kordial Sarsarapararilla. Warnanya pun hitam pekat juga. Tinggi pun lebih kurang sama. Tetapi jika dilihat dari dekat, entiti itu tidak lain dan tidak bukan adalah kicap Jalen Manis rupanya. Pergh, refill pack ke apa ini! Edisi ekonomi barangkali.

Punyalah besar isipadunya.
Benar-benar menyerupai air kordial Sarsarapararilla.
Ini kalau tersalah bancuh memang haru-biru juga nanti jadinya.

Sehinggalah pada suatu hari.

Air kordial Sarsarapararilla dibancuh mesra. Mereka pun meneguk air pujaan itu dengan mesra juga. Aku pun memandang sahaja dari jauh dengan mesranya. Sehinggalah tiba-tiba... wajah mereka berkerut-kerut. Hairan juga. Kenapa pula.

Sebaik sahaja mata menoleh ke dapur...

Ah, sudah_

Sambung baca...

Kategori:

Friday, March 04, 2011


_Benar.

Hampir sembilan puluh sembilan peratus isi kandungan di dalam blog ini... tidak terlekat dalam ingatanku.

Dan langsung tiada sedikit pun kesedaran sivik untuk melekatkan kembali dan menjilat segala muntahan jari di dalam ini. Segala kandungan yang tertulis sejak lebih lima tahun lalu sahaja dibiar tertanam menjadi fosil seperti Dinosour. Oh, ya... Dinosour tidak wujud. Serius. Jika anda percaya dengan kewujudan Dinosour, minda anda telah dijajah sains Barat. Haf... haf... haf.

Baiklah, sebenarnya....

Kebelakangan ini, maksud aku... sejak beberapa bulan dari tahun lepas sejenis hobi baru telah terbentuk. Pemfokusan warna, namanya. Ya, bunyinya kelihatan sedikit intelek bukan? Tetapi tidak sebenarnya.

Aku suka tengok warna pokok-pokok dan warna langit.

Kagum sebenarnya. Warna hijau pada pokok, misalnya. Bila ditiup angin, warna hijau itu berubah menjadi hijau gelap. Dan bila disiram mentari, warnanya berubah menjadi cerah. Itu belum lagi bila disimbah air dan sebagainya. Aku kagum dengan kuasa Allah. Pernah anda lihat langit yang berwarna biru gradient? Biru gelap... biru cair kemudian biru lebih cair dan biru paling cair. Kadangkala biru bercampur magenta, oren dan kuning. Sungguh... fuh, subhanAllah.

Itu belum lagi pemfokusan pada anatomi manusia.

Kejadian hormon, saraf otak, kejadian darah dan bakteria. Hah, sekarang baru kedengaran seperti sedikit intelek bukan? Aku kagum sangat-sangat dengan ciptaan Allah. Mungkin orang bukan Islam akan menganggap semua ini sains. Tetapi... sains masih berbumbung dan berbatas. Ciptaan dan pengetahuan Allah itu meluas. Tidak berbatas. Sangat kagum. Terasa seperti ada bunyi 'klik' terdetik dalam hati. Sungguh... fuh, subhanAllah.

Itu belum lagi jalan-jalan mengambil gambar ke sana-sini. Meleleh air liur melihat ciptaanNya. Maha Bijaksana. Fuh... tidak terkata. Eh, boleh kata sebenarnya. Katalah, "SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahu Akbar."

Dan tahukah anda warna apa yang paling hebat?

Warna putih.

Kerana kesemua jenis warna jika disatukan akan membentuk warna putih. Ya. Warna putih adalah warna yang paling kaya. Dan ianya kelihatan sangat suci serta bersih. Seperti warna yang miskin. Padahal kaya-raya. Sungguh zuhud warna putih itu. Dan alangkah indahnya jika hati manusia sentiasa putih suci, kelihatan miskin tetapi kaya-raya seperti warna putih ini.

Aku harap hati aku macam itu.

Tetapi tidak sebenarnya.

Di dalam segumpal darah yang bernama hati ini... rupa-rupanya terdapat sebuah taman kecil. Di tengah-tengahnya terdapat sebuah tasik buatan yang sangat luas. Yang tidak pernah kering. Sungguhpun luarannya sangat keras dan berdinding besi, namun tasik yang tidak pernah kering itu sentiasa mengalir melimpah keluar.

Baiklah, taman itu sebenarnya sentiasa dilanda banjir. Dan disebabkan itulah segumpal darah yang bernama hati itu mudah terkesan dengan apa sahaja. Terkesan tetapi tidak berkocak mahu pun beriak. Rileks dan sentiasa cool.

Mungkin ini agaknya yang dinamakan, 'Di dalam hati ada taman.'

Hmm.

Ini sebenarnya tiada kaitan seratus peratus dengan apa yang aku cuba sampaikan. Mungkin sedikit berselirat dalam 0.01 peratus. Maaf. Aku mendambakan Matematik. Hidup aku sentiasa dipenuhi dengan angka sejak kecil. Dan sekarang mahu mencongak pun sangat merangkak. Ini adalah sindrom manusia cerdik-dalam-tempoh-masa-pendek.

Begini sebenarnya.

Beberapa ratus hari dahulu, pernah aku tuliskan salah satu eksperimen di sini. Namanya... Eksperimen Hati Bukan Kristal. Ya. Aku adalah seorang saintis yang tidak mendapat pengiktirafan sebagai seorang saintis kerana tidak layak menjadi seorang saintis disebabkan tidak mempunyai IQ melebihi 160.

Jadi, berapakah jumlah IQ aku?

Aku pun tidak tahu.

Hm, kedengaran agak rumit pula penjelasan itu.
Tukar... tukar... tukar.
Sekarang.

Aku sebenarnya adalah seekor tikus makmal sementara dan seorang Homo Sapiens sepenuh masa. Pada siang hari, aku adalah seorang hamba Allah yang sentiasa kalah dengan nafsunya. Manakala pada malam hari pula, aku adalah seorang hamba Allah yang menang akhirnya dengan nafsunya tetapi sedikit bernyawa-nyawa ikan. Ya. Sebab pada malam hari kita boleh tidur. Tidur juga adalah sebahagian daripada ibadah. Alhamdulillah... alhamdulillah.

Ah, berbalik kepada 'Eksperimen Hati Bukan Kristal'.
Ketemu juga akhirnya motif menulis ini.
Ok... teruskan sebelum terlupa.

Ini adalah eksperimen untuk menenangkan hati yang dilanda ombak dan gelora.

1. Jarakkan diri dari manusia selain dari ahli keluarga

Kadangkala, kawan bukan segalanya. Kadangkala, orang yang kita kena rujuk untuk sejukkan hati yang gundah-gulana ini sebenarnya bukannya seorang manusia. Yang kita kena rujuk itu hanya satu iaitu Dia Yang Esa. Satu-satunya yang sentiasa ada di kala kita sentiasa terlupa padaNya. Dan percayalah... kawan bukanlah manusia ajaib yang akan ada dua puluh empat jam bersama kita. Jadi, latih diri dari sekarang agar tidak terlalu bergantung dengan kawan.

Dan kadangkala, bukan semua manusia yang bernama kawan itu mendatangkan ketenangan pada hati yang bergelora dilanda tsunami. Makin serabut ayam adalah. Maka... jarakkanlah diri anda buat seketika. Cari ketenangan. Dan beralih kepadaNya. Waktu berdoa dan bersolat itu, lebihkan masa denganNya.

Dan kalau mahu lebih hebat... belajar terjemahan setiap bacaan di dalam solat agar terasa lebih dekat dan khusyuk denganNya. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang kita baca. Tidaklah nanti bersolat dengan gear 3 atau 4 dan kelajuannya adalah 200km/j. ERL pun tidak selaju itu. Kan? Cubalah, ya.

Dan sebenarnya (ini bukan tajuk lagu Yunalis), hati akan menjadi sedikit tenang jika kita bersendiri.

2. Tonton televisyen sebulan sekali

Sebenarnya mungkin dua bulan sekali. Atau mungkin setahun sekali. Haah. Waktu Syawal sahaja. Di kampung. Serius. Kalau di rumah, siaran Korea atau travel channel atau food channel atau pun National Geographic Channel sahaja yang aku tengok. Itu pun tertengok sebab tengah makan nasi ke apa ke kan. Ayah dan emak yang rajin tengok siaran-siaran itu. Aku dan televisyen memang tiada reaksi kimia.

Satu, aku menyampah dengan hiburan orang Melayu yang tidak macam orang Islam. Huru-hara sana-sini. Dua, pakaian dan motif cerita. Main-mainkan agama. Tiga, sogokan berita-berita di televisyen yang anda faham-faham sendirilah apa yang benar dan apa yang dusta. Aku bukan anti kerajaan. Aku cuma bukan pro kerajaan.

Dan disebabkan aku sentiasa berperang dengan minda dan hati sendiri dan aku senang dijajah minda serta hati... maka aku tinggalkan televisyen dengan hati yang senang dan tenang. Dan percayalah... banyak menonton hiburan atau mendengar hiburan sesungguhnya akan mengubah hati menjadi sedikit gelap ditimbuni mendakan yang sangat berkeladak.

Ini bukan fakta sains. Ini adalah fakta.

Ingat itu, Huzaimatus. Kau itu dua puluh empat jam berkeladak lagu Korea di dalam telinga.

3. Kurangkan membaca gosip artis dan hiburan terkini atau apa-apa yang tidak berfaedah

Sebenarnya kita (ya, aku dan anda) sangat berat tangan mahu mencapai buku-buku keagamaan. Buku-buku perihal Allah, kisah nabi dan sebagainya. Pelik kan? Tidak pelik sebenarnya. Ini memang normal. Normal sebab kita (ya, aku dan anda) memang akan kalah di tangan syaitan yang tidak bertangan. Setiap hari, setiap minit dan setiap saat kita adalah pejuang. Pejuang tegar hawa nafsu.

Maka, berjuanglah hoi... hoi wahai pejuang!

Cumanya, kalau boleh... kurangkanlah ambil tahu gosip artis yang entah apa-apa entah itu. Lainlah kalau mereka boleh membimbing kita (ya, aku dan anda) ke jalan yang benar. Jalan yang bercahaya. Walaupun jauh dan panjang jalannya tetapi tetap bercahaya sehingga ke syurga. Aku pun sama. Komik. Komik dan komik. Ya, sedang cuba kurangkan membaca. Tetapi, tidak mampu mahu kurangkan membeli komik. Oh, tolonglah saya ya Allah!

Maka, aku pun tidak boleh nak kata apa-apa melainkan ucapan, "Selamat berjuang wahai Homo Sapiens sekalian."

Baiklah.
Aku kongsikan tiga sahaja.
Sikit-sikit sudahlah... macam hebat sahaja.

Dan aku ulang sekali lagi.

Aku bukan Power Ranger.
Bukan seorang Gaban juga.
Dan bukan seorang tukang masak terhebat juga.

Aku cuma manusia biasa. Ada juga perasaan sunyi. Tapi, kalau kita rajin ingat Allah dan Rasulullah mungkin hidup ini lebih terisi. Setiap langkah pun terasa macam stabil dan tenang. Memang sangat rileks. Pegang kuat-kuat dekat situ. Lepas itu, pegang kuat-kuat kasih sayang mak dan ayah sementara hayat mereka masih ada.

Oh, ya... oh, ya.

InsyaAllah bulan Jun ini ada walimatulurus.
Jemputlah datang nanti majlisnya ya.
Bukan walimatulurus aku.

Tetapi, adik nurse.

Aku? Susah mahu jawab soalan itu. Sebab itu rahsia Allah. Kan. Kalau ada itu adalah. Ini pun masih berperang dengan diri sendiri. Masih tebal dinding androphobia ini. Jika sudah runtuh, tolonglah serang beramai-ramai ya (ayat ini sangat miang).

Itu pun jika dan hanya jika diizinkanNya panjang umur untuk bertemu jodoh di dunia. Kalau tiada... di syurga sahajalah insyaAllah. Haf... haf... haf. Tinggi sungguh memanjat cita-cita mahu ke syurga. Fuh.

Oklah.

Akhir sekali.

Sepuluh jari memohon kemaafan kepada retina-retina yang membaca blog ini. Sesungguhnya aku tidak mampu menulis dengan konsisten tahun ini. Beristiqamah bukan kerja mudah. Menangis... menangis. Maaf, ya. Aku harap aku masih mampu menulis sekurang-kurangnya dua ke tiga kali sebulan. Takut mahu menabur janji. Aku tabur harapan sahajalah ya.

Ok.

Semoga anda diberkati Allah selalu.

Cau sin ci_

Sambung baca...

Kategori:

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.