
_Tahukah anda sodium bikarbonat boleh digunakan sebagai deodorant badan?
Mungkin tahu, mungkin tidak.
Jika anda seorang yang prihatin, barangkali anda pernah mendengar tentang kewujudan sodium bikarbonat ini. Jika tidak pernah terlintas perkataan sodium bikarbonat ini di telinga anda, memang sangat tidaklah anda ini.
Cara Menggunakannya
- Pastikan celahan badan anda di dalam keadaan kering
- Lembabkan kapas muka (berbentuk segiempat sama)
- Sapukan secolek dua jari sodium bikarbonat ke atas kapas
- Kemudian, lap perlahan-lahan satu arah pada celahan badan
- Biarkan kering kemudian pakailah pakaian anda
Buat selepas mandi pagi. Sehari sekali. InsyaAllah sepanjang hari anda akan terasa kering, riang dan selesa. Badan pasti tidak akan berbau lagi sungguh pun peluh mencurah-curah keluar dari badan anda dengan gilanya.
Lagi satu.
Sodium bikarbonat ini mampu bertindak sebagai bahan antiseptik. Jika sebelum ini anda sering berpeluh dan badan berbau seperti stokin masam dan ikan kering, sekarang tidak lagi dengan deodorant sodium bikarbonat ini.
Horey!
Nyah kau, ikan kering!
Nyah kau, stokin masam!
Walaupun sodium bikarbonat ini bukan berfungsi untuk mencerahkan celahan badan anda, namun ia mampu untuk membuang segala daki dan kotoran-kotoran berkarat yang terdapat pada celahan badan anda... secara perlahan-lahan.
Pendek kata.
Jika daki-daki tersebut sudah hilang, pastilah akan kelihatan sedikit cerah juga akhirnya bukan?
Oh, ho excellent!
Cubalah... cubalah. Ini bukan cakap kosong. Ini berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan di dalam makmal aku. Tidak payah nak pakai tikus mondok jadi spesimen. Uji saja ke atas diri sendiri.
Oh, ya.
Jangan tersalah beli. Sodium bikarbonat dan baking powder (serbuk penaik) adalah dua benda yang berlainan. Perhatikan nama yang tertulis pada botol tersebut adalah Sodium Bikarbonat. Jika dipandang kedua-dua serbuk ini dengan mata kasar... memang akan kelihatan sama. Rasa pun sama-sama masin.
Baca perbezaan di antara sodium bikarbonat dan baking powder sebagai pengetahuan am tambahan. Jangan malas.
Sodium bikarbonat ini sangat murah. Paling murah adalah RM0.70 jika dibeli di Speed Mart. Kalau Giant biasanya jual RM1 ke atas. Tetapi memang tidak lebih dari RM1.50 pendek katanya. Kedai bakery pun jual murah. Bawah RM1.
Cubalah.
Sangat klasik. Sangat tahan lama. Sangat murah. Sangat mudah. Sangat efektif. Ada antiseptik pula lagi itu. Hah, apa nak lagi. Jimat perbelanjaan anda setiap bulan.
Cuba dalam seminggu dan lihat perbezaannya_









