Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Saturday, October 15, 2011


_Pernahkah anda berulang-alik dari Penang ke KL setiap hari?

Ya, setiap hari.

Itulah yang aku rasa pada hari kedua di Perth. Ekspedisi pada hari kedua itu bakal menuju ke Wave Rock. Lebih kurang 345km dari pinggir bandar di sebelah utara Perth. Perjalanan sejauh 4 jam ini merentasi Darling Ranges, York dan Quairading.

Pagi itu, jam 4.30 pagi dah kena mandi.

Sejuk. Nak mandi pun tidak sampai hati. Disebabkan Subuh masuk awal, kenalah siap awal juga. Cuaca pada hari itu diramalkan hujan renyai-renyai. "Showering", kata mereka. Jam 7 pagi bersarapan. Setengah jam kemudian mula berkumpul. Suhu pada pagi ini adalah 9°c.

Tempat kami menunggu bas Pinnacle Tour hari-hari.



Sekangkang kanggaroo saja dari hotel.

Dalam ramai-ramai pelancong yang berkumpul itu, majoritinya orang-orang tua. Tidak seronok langsung kan. Bas yang kami naiki ini... kepalanya lori dan badannya pula bas. Di dalamnya ada televisyen yang menayangkan perjalanan bas itu. Sebab ada kamera di sebelah pemandu bas. Jadi bolehlah lihat siaran langsung perjalanan bas itu. Sugoi!

Kagum.
Teruja jugalah.
Macam pelik pun ada.

How sublime.



Setiap kerusi di dalam bas itu pula disarungkan bulu koala. Very comfy. Kalau lihat salah satu kerusi itu dari belakang memang sedikit menyerupai koala bertopi merah. So thoughtful. Sekurang-kurangnya tidaklah terasa sejuk sangat. Kan Janet kan. Dalam bas ini juga wajib memakai tali pinggang. Kalau tidak kena denda AUS$500.

(Credit to WSY)


Trip 1 - Wave Rock, York, Wildflowers and Aboriginal Culture

Biasanya tempat-tempat persinggahan di sini termasuklah:

- York
- Dog Cemetery
- Hippos Yawn and the Humps
- Wave Rock
- Wildflowers

Lebih kurang 9.30 pagi perjalanan pun bermula. Kami dibekalkan dengan sebotol air mineral dan sebiji buah epal (oren dan pear pun ada boleh pilih). Destinasi pertama adalah York. Sejam setengah ke dua jam perjalanan. Sepanjang perjalanan itu kedengaranlah suara pemandu pelancong kami (pemandu bas) memberi penerangan di sebelah kiri dan kanan.

On your left side is..."

Aku pun tengok.
Sambil itu... "Oooo."

Kadang-kadang ambil gambar.
Kadang-kadang tulis-menulis dalam jurnal.
Kadang-kadang memang laju saja terbelayar zzzZZZ.

"On your right side is..."

Aku pun tengok.
Sambil itu... "Oooo."

Kadang-kadang ambil gambar.
Kadang-kadang tulis-menulis dalam jurnal.
Kadang-kadang memang laju saja terbelayar zzzZZZ.

Menarik. Lebih tertarik tengok bunga liar sebenarnya. Kagum sebab bunga-bunga liar itu macam bunga-bunga yang ditanam waemah tidak. Memang tumbuh semulajadi. Cantik jelita pula itu. Memang subhanaAllah.

11 pagi... tibalah di bandar York.





Aku rasa dalam kamera aku langsung tiada gambar sendiri. Kena harapkan kamera orang lain.

(Credit to WSY)


(Credit to WSY)


Memang awesome. Macam pekan Cowboy. Banyak bangunan lama. Klasik. Tapi sekali-sekala adalah juga lori Transformers melintas laju-laju. Bandar ini memang sangat aman damai. Nampak saja seperti disimbah mentari. Tapi sebaik saja turun dari bas... huish sejuknya angin. Menggelatuk gigi saya. Serius.





Town Hall di bandar York.



Lepas 30 minit di sini, perjalanan diteruskan ke Hippos Yawn. Dalam perjalanan ke situ... bas tiba-tiba berhenti di tepi jalan. Ingatkan ada apa. Rupa-rupanya Hank (pemandu bas) turunkan kami untuk melihat bunga-bunga liar di kebun orang. Kami pun pecah masuk secara haram.

Memang super awesome!





Perasaannya seperti melihat bunga-bunga sakura menjalar di atas tanah. Memang rasa macam nak baring-baring saja. Sangat teruja. 10 minit lebih agaknya kami di sini. Lululala... lululala sambil menikmati keindahan bunga-bunga liar itu.



Black Swan Restaurant.



Memang ada black swan di sini. Bukan sekadar nama.



Kami makan tengahari di sini. Memang showering sungguh. Bertambah-tambah sejuk jadinya. Lawatan untuk hari ini, makanan telah disediakan. Mujurlah kan. Tetapi apa yang disediakan itu... memang agak musykillah juga terasa.

(Credit to WSY)


Cold meat and salads.

Tsk....

Kalau ikut perut orang Malaysia, memang hancur terus nak makan benda-benda macam ini. Perut akulah yang hancur. Makanan yang sangat sejuk dan keras berdengkang. Betul-betul frozen foods. Kalau nak makan baru masak. Tetapi mereka di sini steady saja makan mentah-mentah macam itu.

Oh, hoi... tidak boleh tahan.

Mujur ada makanan halal tersedia untuk kami.



Sayur-sayuran yang rangup.
Karipap samosa keras berdengkang.
Nasi keras yang betul-betul rasa macam beras sejuk.

Alhamdulillah.

Dapat juga isi perut daripada tiada langsung. Kan Janet kan. Bersyukur Huzai... bersyukur. Ingat sikit kanak-kanak di Somalia itu. Walaupun keras dan sejuk... terisi juga perut. Kenyang juga. Pengalaman yang berharga. Tidak pernah makan benda macam ini. Memang awesome.

Still showering.

Dalam perjalanan ke Hippos Yawn itu ada kawasan perkuburan anjing. Memang khas untuk anjing saja. Binatang lain tiada. Tempat itu sebenarnya macam tempat peringatan anjing-anjing yang telah mati. A tribute for them from the owner. Mungkin sebab anjing itu dianggap sebahagian daripada ahli keluarga. Itu yang betul-betul diberi penghormatan.

(Credit to WSY)


Dalam renyai-renyai hujan itu akhirnya tiba di Hippos Yawn.



Itu sebenarnya kawasan pembentukan batu-batu secara semulajadi. Jika dilihat memang ada sedikit menyerupai badak air yang sedang menguap. Kuasa Allah kan. Memang subhanaAllah.

Tidak jauh dari situ pula kelihatan Wave Rock.



Awesome kan. Betul-betul menyerupai ombak besar. Mengikut cerita Hank, Wave Rock ini sebenarnya dijumpai secara tidak sengaja oleh seorang jurugambar (kalau tidak silaplah). Kemudian beliau pun menghantar gambar itu ke National Geographic dan menang. Sejak itu tempat ini pun jadi tumpuan pelancong asing.

Inilah gambar yang menang itu. Ada tergantung di Black Swan restaurant.

(Credit to WSY)


Mula mendaki Wave Rock dalam kerenyaian hujan.


Memang licin. Basah pula itu jalannya. Tidak sesuai pakai sneakers di sini. Memang tidak perlu daki. Slide saja sudah sampai. Dijamin tergolek. Sebab aku pakai sneakers... jadi memang agak 1000 kali berhati-hati semasa mendaki.



Member dah sampai ke puncak. Aku juga yang terkontang-kanting di bawah lagi. Seram sejuk nak panjat sebab kasut licin.



Suasana dari atas Wave Rock.



Mendaki turun ke bawah memang lebih mencabar... kalau pakai kasut yang tidak sesuai.

(Credit to WSY)




Perjalanan diteruskan ke Gua Mulka.





Hank sedang menceritakan kisah Mulka kepada kami. Di dalam gua itu memang dipenuhi dengan pelbagai jenis hasil seni Mulka.



Mulka ini macam budak hutan. Aku rasa macam cerita Mowgli si budak hutan. Entah-entah orang yang sama agaknya. Entahlah. Tapi mengikut cerit, Mulka ini adalah anak luar nikah. Ibunya dan Mulka dihalau keluar dari kampung dan terpaksa tinggal di dalam gua ini.

Asal usulnya begini.

Ada dua puak sebenarnya dalam dua kampung yang berlainan. Zaman dahulu kala, setiap kali anak perempuan lahir... mereka akan tukar sama suka di antara dua puak ini. Apabila dewasa, kedua-dua puak ini mengharamkan kahwin berlainan puak. Sebab dikhuatiri akan terkahwin dengan adik-beradik sendiri.

Mengikut kepercayaan mereka, akan bernasib malang jika berkahwin dengan puak satu lagi. Tetapi, nak dijadikan cerita... ibu Mulka ini telah melahirkan anak luar nikah dengan puak lagi satu. Satu kampung halau mereka. Sudahlah Mulka ini dilahirkan juling (crossed eyes). Lagilah orang kampung syak yang itu adalah sumpahan akibat kahwin dengan puak lagi satu itu.

Kesudahannya duduklah mereka di dalam gua itu.

Hasil seni Mulka.





Lama kelamaan ibunya tidak tahan hidup dalam kesusahan. Lalu kembalilah ibunya ke kampung halaman sambil Mulka ditinggalkannya sendirian. Akibatnya, Mulka meneruskan kehidupan dengan membunuh bayi-bayi dari kampungnya dan juga dari kampung sebelah. Cannibalism. Melihatkan itu, ibunya pun kembali ke gua dan memarahi Mulka. Akhirnya perkara yang paling ditakuti terjadi di mana Mulka turut membunuh ibunya sendiri.

Orang kampung pun mula memburu Mulka sehinggalah Mulka mati dibunuh.

Kemudian.

Kami pun meneruskan perjalanan untuk minum petang di Babakin Hall. Apa yang menarik dengan bandar ini... hmm aku tidak ingat Hank cerita apa. Tapi aku sempat dengar... di sini terdapat bunga liar yang hidup semulajadi di bawah tanah. Begitulah lebih kurang.

(Credit to WSY)


Bayar sebanyak AUS$7 dan makan apa saja dalam itu. Pelbagai jenis biskut dan kek. Dalam kesejukan hujan yang masih renyai-renyai itu kami pun makan dengan lahapnya. Kebuluran hoih. Setengah jam kemudian kami pun kembali pulang ke bandar Perth.

(Credit to WSY)


(Credit to WSY)


Lagi gambar di Flickr sini.

Jam 9 malam baru sampai.

Penat gila. Bila dah malam lagilah sejuk. Semua kedai makan dah tutup. Mujur ada Perth Convenience Store di Victoria Avenue yang buka sampai 12 malam. Tapi nak menyampaikan ke situ memang agak Fear Factor. Dengan angin sejuk yang memang hembus gila-gila punya sejuk. Sebab lokasinya berhampiran dengan pantai. Memang terjerit-jerit kami berjalan dari hotel ke situ.

Di situ terjumpa Maggi tertulis Made in Malaysia. Hoh! Rindu menggunung pada Malaysia tiba-tiba. Satu yang aku kagum dengan kedai itu, cashier-nya. Sangat gothic. Kacaklah juga. Tapi gothic. Tapi jadi cashier. Tak berapa nak kena. Perumpamaannya macam gangster yang menjual bunga. Kesudahannya, kami beli. Kami makan. Dan kami tidur.

Maggi Mee AUS$1.25
2 Nestle's Choc Bar AUS$4

Esok pula bermulalah perjalanan yang paling dinantikan.

Meluncur di atas padang pasir_

Kategori:

5 Responses to "Kembara 80 Liter (Bahagian 2)"

Dani Neh said :
October 17, 2011 at 9:15 AM
haloh... takde gambo cashier gothic..
tapi.. suhaila mesti ada kan kan kan.. hahahks

terbaek.. aku suka baceeee..
lagi lagi
October 17, 2011 at 4:22 PM
huish dani... takkan gi convenience store pastu nak ambik gambar orang tu. dahlah macam misteri je. haha. takde keje nak ambik gambar beliau.
Franken Deyy said :
October 17, 2011 at 5:22 PM
hahaha.. kenape mesti target aku?? lapar gile kot time tu.. dah x igt nk amik gambar bagai.. hahahaha...
October 17, 2011 at 9:58 PM
itulah. Dani buat lawak. Hahaha. Kitorang dah matang sikit Dani. Tak buat dah keje skodeng2 anak teruna orang ni.
Ayuna Ok-rek.Com said :
October 18, 2011 at 10:17 AM
Wow. A very interesting experience. Its image is also very nice, wanted to go there.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.