Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, October 11, 2011



_Tahukah anda Perth mendapat gelaran Dullsville di Australia?

Uh huh... Dullsville.

So, how dull is Perth?
None at all.
Serious.

4000 lebih kilometer dari Malaysia. Penerbangan 5 jam. Empat musim. Dan sekarang adalah giliran musim bunga-bunga cinta. Spring is indeed awesome. Walaupun bunga bukan pujaan, tetapi melihatkan bunga-bunga liar dan jinak ini memenuhi alam memang sangat SubhanAllah. Terasa melantun-lantun hati, jiwa dan raga melihat bunga-bunga itu. Cantik tidak terkata.

Allah memang Maha Sempurna.

19 September 2011.

Pertama kali kembara ke luar Malaysia.
Destinasi pilihan... Australia.
Perth, Australia.

Beg 80 liter seberat 10kg.
Majoritinya adalah barang-barang 'just in case'.

Low Cost Carrier Terminal.
11.00 malam.
24°c.

Gate 5. Majoriti semua Mat Saleh. Besar-besar. Tinggi-tinggi. Putih-putih. Mancung-mancung. Yang mana kelihatan agak kacak dan jelita disebabkan rupa mereka berlainan berbanding kita yang sawo matang ini. Terasa macam Hobbit pula duduk menunggu di situ. Terkebil-kebil... terkebil-kebil. Kelopak mata semakin rebeh ditarik graviti.

Lebih kurang jam 12 malam.

Penerbangan berkelajuan 800km/j menuju ke Perth bermula. Sejuk gila. 5 jam dalam itu terkebil-kebil mata. Tidak boleh nak tidur. Berkali-kali tengok jam. Setiap sejam aku tengok jam. Pukul 1 aku tengok jam. Pukul 2 tengok jam lagi. Pukul 3... pukul 3.30....

Bila nak sampai ni... bila nak sampai ni.

Bukan teruja, tapi sebab sakit belakang. Kerusi 90 darjah. Dah adjust pun tak lari jauh sudutnya dari 90 darjah. Itu belum kira anak-anak kapal lalu-lalang jual barang dan sebagainya. Dengan silau lampunya. Hampir pukul 4 pagi baru nak terlelap. Itu pun lelap tidak berapa nak lelap. Sebab dah nak mendarat.

20 September 2011.

Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.
5.00 pagi.
10°c.

Sejuk? Memang gila sejuk. Seram sejuk dibuatnya. Penghawa dingin office aku pun sampai 17°c saja. Ini kalau 10°c mungkin agak menggelatuk gigi dibuatnya. Sini waktu Perth memang sama macam Malaysia. Tak ada beza pun. Cuma sunrise dan sunset di sini lebih awal.

International Airport Perth vs LCCT.

Suasana di LCCT lebih terasa hidup, gamat dan serabut ayam. LCCT masih di hati. Jam 5 pagi di situ memang agak sunyi sepi. Nak melepaskan kastam pun sejam. Beratur panjang gila. Kemudian kena buat pemeriksaan bagasi lagi. Geledah sana... geledah sini. Australia memang agak gila ketat dalam membawa masuk barang-barang ke negara mereka.

Yang tidak dilepaskan:

- Unsur-unsur tenusu
- Makanan-makanan segera
- Makanan-makanan kering dan yang diproses
- Benda-benda yang dibuat daripada bulu-bulu dan daun
- Peralatan sukan kena bersih dan suci daripada sebarang tanah

Lebih kurang begitulah. Banyak lagi. Aku agak ini semua untuk kesejahteraan kanggaroo, koala dan wombat barangkali. Memang berjam-jam menunggu nak melepaskan kastam. Letih dibuatnya, oh.

Keluar saja dari pintu airport...

Syiungg~

Hah, ini rupanya perasaan dihembus 10°c. SEJUK. Memang sejuk. Sebab masih lagi hujung musim sejuk. Kata mereka musim bunga bermula pada 21 Sept. Esok baru musim bunga. Hari ini masih lagi musim sejuk. Ok. Patutlah menggelatuk gigi dibuatnya.

Disebabkan kami ambil pekej... naik shuttle bus ke hotel adalah percuma saja.



Perjalanan dari Lapangan Terbang ke hotel memang agak awesome. Memang macam dalam filem Mat Saleh. Kedai-kedainya. Orang-orangnya. Kereta-keretanya. Slang ala-ala Harry Potter versi Aussie-nya. Memang awesome.

Perth sangat bersih.
Nyaman gila.
Sejuk.

Perth Supreme Court.



Ini adalah SwanBell Tower di Barrack Jetty. Setiap masa berbunyi. Sampai hotel kami pun boleh dengar. Macam loceng gereja. Ding... ding... ding.



Kedai-kedai di hadapan hotel kami.



Taxi di Perth.





Kedai-kedai di sini buka sehingga jam 5.30 petang sahaja. Sangat tak happening kan.


Credit to WSY.
Mujurlah ada juga kedai makan yang buka sampai 7 malam. Beberapa convenience store di sini buka sehingga midnight. Nasib baik. Kalau tidak memang agak kebuluran juga.

Tak. Kami tak naik langsung bas hop on off ini. Tak mencabar.


Credit to WSY.
Aku rasa peratus oksigen di sini agak tinggi. Kurang gas karbon monoksida dan yang sekutu dengannya. Lebih segar dari Cameron Highlands. Macam tiada langsung pencemaran bau dan bunyi jika dibandingkan dengan KL ini. Memang serba-serbi terjaga. Pokok-pokoknya. Landscape-nya.

Sebahagian bandar Perth dari Barrack Jetty.



Bandar Perth ini tidaklah besar mana. Kalau nak habiskan pusing dengan berjalan kaki pun memang sangat berkemampuan. Lampu isyaratnya punyalah banyak. Jika mahu melintas jalan pula perlu tunggu lampu isyarat pejalan kaki berbunyi seperti senapang laser versi kapal angkasa. Kemudian baru boleh melintas.

Bunyinya memang agak annoying.
Sampai sekarang pun masih ingat lagi bunyinya.
Tiung... truuutttttt (macam bunyi M16 tembak bertubi-tubi).

Jam 2 petang baru boleh check in hotel.

Masa itu belum pukul 7 pagi pun. Tapi dia punya terang-benderang memang macam pukul 8 pagi. Di sini waktu solat semua awal sejam. Syuruk lebih kurang jam 6 pagi. Zohor pada jam 12 lebih tengahari. Asar pula jam 3 lebih petang. Jam 6 lebih sudah maghrib dan Isyak pula pada jam 7 lebih malam. Agak huru-hara juga kami di sini nak adjust waktu masuk tidur dan sebagainya.

Sementara menunggu jam 2 petang itu.

Kami bersarapan dahulu di Hotel Criterion. Haah, ini hotel yang kami bakal tinggal. Aku rasa hotel ini agak awesome kerana lokasinya sangat strategik. Betul-betul di tengah bandar Perth. Di Hay Street kalau tidak silap. Lintas jalan 10 meter sahaja sudah jumpa convenience store. Betul-betul di sebelah hotel pun ada juga convenience store. Ah, meratalah ada convenience store pendek katanya.

Hotel Criterion pada malam hari.



Ini pula sarapan pagi aku selama enam hari berturut-turut.



2 keping roti gandum bakar disapu jem strawberi.
Telur mata kanggaro.
Telur hancur.
Baked beans.
Hash brown.
Pancake.
Susu.

Ini ruang makan Hotel Criterion. (Credit to: WSY)



Agak kagum juga dengan hotel ini. Menu sarapan tidak pernah bertukar. Memang istiqamah betul. Aku tidak tahu kenapa tapi selama 6 hari di sini... setiap pagi memang sangat kebuluran. Tahap serius punya kebuluran. Kena makan banyak-banyak sebab itu saja makanan percuma yang ada. Lagi satu, sarapan memang kena berat-berat. Sebab banyak kilojoule yang perlu dibakar nanti ini.

Selepas sarapan dan segar-segarkan muka di bilik air... kami pun mula bergerak. Oh, ya... di sini memang kena usung botol air kosong kemana saja. Bilik air mereka sangat kering dan bersih. Paip pun tiada (melainkan paip singki)... bidet lagilah tiada. Kan.

So... off we go.

Tidak boleh nak duduk rehat-rehat. Sebab nescaya akan terkatup terus kelopak mata ini kalau terjumpa kerusi dan meja. Sangat mengantuk. Mujurlah cuaca sejuk. Kurang sikit terasa penatnya.

Di tengah-tengah kesibukan mereka berpusu-pusu ke pejabat... kami pula ber-lalalala di situ. Pagi itu agak mendung-mendung dan suam kuku sedikit. Lebih kurang 21°c. Angin dia memang syiuuuu... syiuuuu meniup muka.



Sejuk.
Sangat selesa.
Tapi aku tak tahan.

Best kan tangga macam ini. Macam dalam filem orang putih. Semua filem orang putih ada. Boleh panjat keluar dari belakang.



Kalau nak merantau... musim bunga memang waktu paling ideal.







Di Perth ini, bunga-bunga liarnya sangat cantik. Rumput pun tercantas molek. Memang betul-betul terjaga alam semulajadi Perth ini. Kami pun berjalan dengan riang-ria serta penuh kekaguman ke setiap penjuru yang boleh tercapai dek kudrat kaki ini.

Gambar-gambar di Barrack Jetty.





Aku tidak pasti nama sebenarnya apa... tapi kami panggil kawasan dalam gambar di bawah ini sebagai London Court. Jika anda jalan-jalan di sini... memang akan terasa seperti di dalam filem Harry Potter. Kedai-kedai dalam Harry Potter 1 sewaktu Harry baru mula masuk sekolah dan kena beli wand. Feel dia memang sama. Sangat klasik.



Ini pula stesen keretapi Transperth - Perth Underground. Bayar ikut zon. Macam naik LRT. Tapi luas lagilah dalamnya. Boleh bawa masuk basikal. Sangat awesome.



Malam itu kami makan di Insan Cafe. Kedai makan orang Melayu. Agak awesome sebab setiap hidangan itu memang besar betul. Aku rasa sebab orang-orang di sini bersaiz besar. Jadi portion makanan mereka pun berlipat ganda. Aku pun tak habis makan.

Kueyteaw halia berkuah. Nasib baik aku tak pesan yang ini. Mesti tak habis punya.



Macam kueyteaw kungfu saja rasa dia. Harganya AUS$10.50. Macam makan dalam dulang. Punyalah banyak. Boleh makan 3 orang. Teh tarik dia memang kaw macam Malaysia punya. Sangat ummp! Harga dalam AUS$3.50. Kalau darab 3 memang mahallah kan.

Akhirnya dapat balik ke bilik. Penat gila. Nasib baik tingkat 2. Naik satu tangga saja sudah sampai.



Lagi gambar di Flickr.

Ok.

Esok pula bermulalah perjalanan kami sejauh 800km pergi dan balik_

Kategori:

15 Responses to "Kembara 80 Liter (Bahagian 1)"

Noni@Noraini Bakri @ Hashim said :
October 11, 2011 at 5:01 PM
menarik kan :-) bole la g lagi 
hanis hafizah said :
October 11, 2011 at 9:05 PM
bagi saya, perth macam KL yg sangat tenang, yg sangat nature. haha. overall. perth lagi best dari melbourne dgn sydney kot. :D
October 11, 2011 at 10:42 PM
Menarik tapi pergi sekali cukuplah kot  ^_^
October 11, 2011 at 10:43 PM
Rasanya Melbourne dan Sydney tu agak lebih hiruk pikuk berbanding Perth yang aman damai tu kot. Hehe. Cuma kedai tutup awal sangat. Jadi macam boring sikit nak jalan2 malam2 ^_^
Dani Neh said :
October 12, 2011 at 2:32 PM
sib baiklaaaah aku dapat pikap WSY tuh ape bende.. selalu kalau nama orang ko akan buat mcm link so aku dok fikir2 memula... apeeeeela WSY... fikir2.. owh... ade WSY bawah pokok.. hahaks..

menarik2.. aku tunggu apdet ko next.. flickr adelah blocked di sini.. aku dpt tgk separuh aje.. huuuh
Nana said :
October 12, 2011 at 2:45 PM
Saya dapat gambarkan semuanya dengan baik especially bunyi M16 tuh...hehehe.... Saya belajar kat Wollongong. Kalau dtg Ausie lagi maila ke sebelah NSW pula... :)
October 12, 2011 at 3:30 PM
Haha. Mungkin satu Australia tu pakai bunyi lampu trafik yang sama. Wollongong ye. Belum pernah dengar. Hehe. Nak ke sana selalu-selalu memang tak mampulah tapinya. InsyaAllah ^_^
October 12, 2011 at 3:32 PM
Hehe. Yela takkan nak letak link FB WSY pula kan. Sebelah Melbourne tu rasanya lebih macam city kot. Perth ni memang tenang gila. Aman damai. Tak berapa nak hiruk-pikuk macam Kolumpo ni.
Dani Neh said :
October 13, 2011 at 8:51 AM
haha.. baru aku perasan.. suhaila plis laa.. sampai ke perth dia promote universal studio singapore.. ahahahah
Dolcegabbana08 said :
October 13, 2011 at 9:49 AM
Ke hadapan Puan famia Huzaimatus yg dihormati,

Saya tak tau nak tulis katne, so saya tulis sini je lah.. huhu..

Err.. Begini.

Saya tgh cari designer ntok design t-shirt. Dan saya nampak anda anda potensi yg hoyeeaahhh jugalah. Jadi, err, anda berminat tak nak koleberasi..?

Sila hantar pandangan/komen anda kepada dolcegabbana08@gmail .com

Sekian terima kasih.
Inche gabbana said :
October 13, 2011 at 9:50 AM
maaf. saya inche gabbana. sekian. :O
October 13, 2011 at 10:35 AM
assalamualaikum wbt. ok nanti saya emel. I'll see what I can do ^_^
October 13, 2011 at 10:35 AM
orang kat sana tak berapa familiar dengan Malaysia. Tapi Singapore diorang tau. Oklah tu suhaila promote singapore :p
Franken Deyy said :
October 13, 2011 at 3:08 PM
itu je tshirt yg cantek2 yg aku ade.. xkan nak pakai baju kurung or kemeja keje lak kan... kekeke.. oh ko sehat danineh.. x sbr nk pegang2 perut ko.. kekekekek..
Aishah said :
July 13, 2012 at 8:49 AM
boleh share tak amik package ape?

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.