Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, September 16, 2011


_Kenapa Lumut, Perak tidak banyak lumut?

Sepatutnya... banyaklah kan.

Kluang, Johor itu pun banyak Keluang. Bukan nama sahaja semata-mata ok. Keluang ke kelawar ke banyak saja malam-malam hari. Sambil terbang sambil terlanggar langsuir. Oklah, berkemungkinan besar kawasan-kawasan yang berlumut di Lumut, Perak sudah kurang lumutnya.

Lumut, Perak.

Destinasi pertama dalam tahun 2011.

Aku rasa aku dan mengembara ada tindakbalas kimia yang boleh tahan tinggi. Tetapi badan sahaja tidak tahan. Tidak mesra. Balik sahaja dari Lumut, kelenjar leher ini bengkak balik sebab sudah dipenuhi kuman (kata doktorlah).

Kesudahannya, demam dan sakit kepala yang terlampau. Aku mimpi kepala aku dibahagi-bahagi isi otaknya. Sakit gila. Tidur malam, setiap jam aku bangun. Lebih sakit berbanding migrain. Sampai sekarang ini masih pening-pening ayam. Huah!

Lumut, Perak.

Destinasi pertama dalam tahun 2011.

Aku rasa Lumut oklah juga. Tetapi, Kluang lebih berkali-kali ok (berat sebelah). Ke sana atas urusan kerja. Jadi tidak berpeluang sangat untuk jalan-jalan cari pasal. Kalau ke sana untuk lalalala... insyaAllah aku boleh cerita lebih.

Tetapi di kawasan Lumut itu... tempat makan paling sedap adalah di kedai Lumut Seafood. Bumbungnya merah. Bentuk piramid tajam. Harganya pun ok juga. Masakannya pun sedap gila. Manis pun manis. Pedas pun pedas. Masin pun masin.

Di mana?

Tidak jauh dari Titi Panjang. Yang pastinya... nama kedai itu adalah Lumut Seafood. Bukan Lumut Muara mahu pun Lumut Villa Seafood ok. Kedai itu sebiji sahaja di tepi jalan. Tidak berjiran. Dan kalau mahu beli segala makanan jajan fish-based atau pun ikan bilis murah-murah... boleh pergi ke Hasil Laut Jamilah. Di hadapan Blue Bay Resort.

Di kawasan jeti Lumut (ke Pangkor) itu pun ada juga... tetapi hasil jualan Jamilah itu lebih murah lagi. Bumbungnya bewarna ungu. Layanannya pun tip top. Kalau beli banyak-banyak boleh dapat murah. Kemudian, akan dapat satu hadiah percuma. Samada pen tarik keluar kalendar atau pun satay ikan atau pun apa-apalah.

Sebab tidak bawa kamera... jadi tiadalah gambar kan.

Semuanya aku simpan dalam RAM kepala sahaja. Kalau aku pergi lagi lain kali... aku tunjuk bukti ok. Buat masa sekarang ini, anda bayangkan sendiri sahaja sudahlah. Bukannya susah.

Ok... itu sahaja untuk Lumut.

Tunggu lebih kurang dua minggu lagi insyaAllah untuk cerita travel-lalala yang berikutnya ke...

Koma... koma... koma_

Kategori:

10 Responses to "Lumut Yang Kurang Berlumut"

ieba said :
September 16, 2011 at 1:23 PM
ieba kalo pegi lumut pun beli kat kedai hasi laut Jamilah. nak perking kete pun senang eheh
zulkifli m sanuddin said :
September 16, 2011 at 4:11 PM
sakit kepala sebab travel? kurangkan/jangan minum ais.
lumut pada batu-batu di gigi laut kot jadi tak lah nampak berlumut sangat area tu dari pantai sana =)
jakyskooly said :
September 17, 2011 at 10:15 PM
tips pening mase travel, bawak minyak kapak. elakkan drive waktu malam (nnt angin masuk dalam badan, naik kat kepala dan pening) dan cukupkan rehat. stu agi, bwak air masak byk2...sebab bile travel dok dlm air cond, badan dan tekak kering dan senang nak kene infection.... 
September 18, 2011 at 5:08 PM
kan? hahaha. sangat friendly pula tu. tak kedekut.
September 18, 2011 at 5:09 PM
memang tak minum ais ^_^
bukan sakit kepala sebab travel... sakit kepala sebab migrain + kalenjar leher tu bengkak. jadi kepala rasa macam agak nak pecah bersepai juga. macam boleh head banging gila2.
September 18, 2011 at 5:10 PM
hoho. biasa travel ek? cool. tengs for the advice ^_^
ROJAK said :
September 20, 2011 at 12:15 PM
tambah tips lagi jangan ingat bole nampak macho/bergaya drive kereta sebelah tangan je nanti termasuk hospital alangkah tak bergayanya..hahaha
Dani Neh said :
September 21, 2011 at 8:42 AM
bile nak gi penang niiiiiiiiiiiiiiiiiii...
eh ade butang image..  apekah ini? test sikit
September 28, 2011 at 6:11 PM
haha itu kena tanya incik dope
September 28, 2011 at 6:12 PM
indeed ^_^

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.