Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, September 27, 2011


_Some pure serendipity and eldritch stories for today. Bukan. Ini semua adalah cerita pada 10 hari lepas.

Plaza Sungai Wang, KL.

Hujan lebat. Baju basah tidak berapa nak basah. A girl, a guy and a plaza place. Biasanya kalau baca buku-buku love-story-lalalala, mesti akan ada watak lelaki tall-dark-handsome sebagai hero dalam buku itu. Kemudian, beliau akan hulur payung dan diri sendiri yang kebasahan. Very gentleman. Gadis itu pula akan rasa terharu. Kemudiannya mereka pun kenal-kenal. Dan seterusnya lalalala.

Dukacitanya... itu semua terjadi dalam buku.

Bukan dalam dunia nyata.

Kalau dunia nyata... a very-tall-very-dark-and-not-handsome-and-scary guy akan muncul. A girl, a guy and a plaza place. Hujan lebat. Dan dialog berbaris-baris.

"Hi."
"Yeah..."
"How are you?"
"...."
"Where is BB Plaza?"
"Here."
"Do you know any coffee shop around here?"
"Yes, there."
"Do you want to have some coffee?"
"...."

So ain't dope, man.

Angkat kaki seribu. Berlalu begitu saja. Penggera keselamatan berbunyi bingit. Menandakan, "Ini ngeri... ini ngeri". Ekspresi muka beliau sangat mencurigakan. So suspicious. Mom said do not talk to any stranger. Run if you can. So, I did. An eldritch story in a rainy day, indeed.

Plaza Sungai Wang, KL.

8GB Compact Flash (CF) kad. Dan bateri CANON original NB-2LH. Budget dalam RM200 sahaja untuk dapatkan kedua-duanya. Aku pun pusing sana pusing sini cari kedai yang boleh bagi 2 benda dalam 1 harga. Tidak jumpa pun. Semua jual high speed punya CF. Yang mana harganya lebih kurang RM100 lebih. Sipi-sipi ke RM200. Berbekalkan hati yang kelabu dan iman yang nipis... carilah lagi.

Ok, jumpa satu kedai.

Dalam BB Plaza. Oh,ya. Tahukah anda perbezaan ketara di antara BB (Bukit Bintang) Plaza dan Sungai Wang Plaza? Cuba lihat pada lantainya. Sungai Wang Plaza lantainya sedikit merah jambu + oren + maroon cair. BB Plaza pula lantainya agak kehijauan. Kalau tidak percaya nanti cuba ke sana dan tengok lantainya. Dan jika saya betul, belanjalah satu Ice Blended Pure Double Choc Coffee Bean. Boleh? Awesome.

Ok, jumpa satu kedai.

Dalam BB Plaza. Kedai atuk Cina tua. Kedai itu sebenarnya aku jarang masuk. Sebab atuk itu macam garang sikit. Lepas itu, kedekut sikit. Tak mahu jual murah. Dulu-dululah. Tapi sebab aku tak larat nak pusing-pusing kedai lain, aku masuk saja. Last resort.

Kalau dapat... dapatlah.
Kalau tak dapat... memang tahu dah tak dapat.
Itu memang bukan rezeki jadi tidak perlulah pahatkan hati di kedai itu.

"Uncle, CF 8GB you jual berapa ringgit?"
"RM199."
"Bukan high speed punya. Yang biasa punya."
"You mahu angkat sekarang ke?"
"Tanya saja dulu. Saya punya budget RM200 saja. Bateri Canon 350D berapa?"
"You mahu angkat sekarang ke? Bagi you RM250 lah."
"Ala, takpelah uncle. Saya tak cukup duit. Ada RM200 saja."
"You mahu angkat sekarang ke?"
"Yalah. Tapi saya ada RM200 saja. Boleh ke dapat dua-dua dengan RM200?"
"Mari sini."

Tiba-tiba.

Atuk itu pegang lengan aku. Bateri Canon NB-2LH dikeluarkannya. RM259, harga tertampal. Telan air liur. Mahal gila harga bateri original. Biar betul atuk ni nak jual dengan harga RM200 je. Lepas itu dia letak bateri itu atas kaunter.

Dia pergi ambil CF 8GB pula.

Aku dah cuak.

"Uncle, saya tak cukup duit. Ada RM200 saja."
"Takpelah. Kasi you RM200 la. You kata ada RM200 saja."

Atas kaunter.

SanDisk Ultra 30MB/s 8GB RM229
Bateri Canon NB-2LH RM259

Aku congak.
Confuse.

Aku congak lagi.
Confuse lagi.

Aku confuse... aku congak.
Aku congak... aku confuse.

"Uncle, saya ada RM200 je. Ini kalau dua-dua macamana dapat RM200?"
"Takpelah kasi you. First time saya bagi ni. Ambil sajalah."

Oh, terharu gila dengan atuk ni!

"Tapi uncle ni dah lebih RM200."
"Yelah you kata ada RM200. Saya rugi sikitlah takpe."
"Betul-betul ke ni uncle? Boleh dapat dua-dua?"
"Yelah. Ambik saja."

Kemudiannya.

Dia genggam tangan aku macam atuk-atuk (allah hai batal wudhu)... dia senyum dan cakap...

"Ambik sajalah. Sayang kau."
"Terima kasih banyak-banyak uncle. Semoga you punya bisnes maju."

Terharu.
Serius.
Gila.

Pure serendipity?
Lucky... lucky?
So dope.

Indah kan? Rezeki Allah ada di mana-mana. Dan terzahir dalam pelbagai rupa. Kalau ia rezeki kita... ia memang akan jadi milik sementara kita. Tetapi kalau itu bukan rezeki anda... tinggalkan sahaja dan berlalu dengan hati yang aman sejahtera. Tidak perlu pahatkan hati di situ. Siapa tahu, anda mungkin akan dapat sesuatu yang lebih baik daripada itu kan. Hanya Allah saja yang tahu. Jadi, hiduplah secara tenteram dan bersederhana ok. Be cool. Hati pasti berbau wangi hari-hari_

Sebelum itu.

Maaf. Entri rojak manglish yang tidak semenggah di atas ini ditulis pada dua minggu lepas sebelum aku jalan-jalan cari ilmu selama 7 hari. Malas nak betulkan sebab belum hilang penat. Penat dukung beg 16 kilo di bahu. Aku harap aku tak dapat osteoporosis (macamana eja entah) pada usia muda ini.

Ok cukup setakat ini.

Kategori:

5 Responses to "Kisah Manglish 2 Dalam 1 Pada 10 Hari Yang Lalu"

zulkifli m sanuddin said :
September 27, 2011 at 1:59 PM
wow. bargain habis.
kasi promote sket kedai uncle tu. maybe dia pun boleh nampak muka jujur (bajet RM200) tu dengan jelas. sebab tu penting siap2 ada bajet sebelum shopping
September 27, 2011 at 6:13 PM
Haha. Tak sempat nak bargain pun. Atuk tu rilek je capai RM200 dalam tangan lepas tu terus tulis resit. Hahaha.

Nama kedai tu K-Mart House of Camera.
Tingkat LG 016, BB Plaza.

Kalau nak pergi situ... pergi sorang2... buat muka jujur dan ikhlas. InsyaAllah dia layan ^_^
Ezad said :
September 27, 2011 at 8:58 PM
wah!!!.. hmm.. aku bank in rm200 dlm akaun ko, ko tolong beli 2 brg tu. aku pun nak gak.. bleh ke? ok.. aku bank in rm250. rm50 tu ko ambik la... hehehe.. bleh? bleh? bleh???
September 27, 2011 at 9:15 PM
tak boleh. usaha tangga batu caves. kena beli sendiri. turunlah KL sekali sekala bro ^_^
222yogeshkumar said :
October 1, 2011 at 6:56 PM
Hi my name is yogesh kumar. I like this blog website. I say thanks to that person who made this 
www.today-life-style.blogspot.com

Post a Comment

Salam,

1. Terima kasih kerana menyinggah.
2. Harap dapat mengeja molek-molek.

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.