Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, August 21, 2011


_Dulu kan semasa tinggi aku setinggi pokok puding, aku suka sangat melukis.

Sangat suka melukis.
Aku tidak ada bakat melukis.
Jadi, sebab itu aku suka melukis.

Aku paling suka lukis rekaan kereta pada zaman akan datang. Lukisan yang penuh dengan fiksyen sains. Sekarang kalau suruh lukis balik rekaan kereta pada zaman akan datang, belum tentu lagi bakat itu akan datang. Sudah negatif memori. Entah apa yang aku ingat pun aku tidak tahu.

Orang yang suka melukis dan hebat melukis ini biasanya daya ingatan mereka pada paras berbahaya. Memang mantap. Tidak macam aku. Ada masalah memori. Hilang daya ingatan dalam jangka masa pendek. Kadangkala dalam jangka masa panjang juga. Pendek hilang. Panjang pun hilang. Entah apa yang aku ingat pun aku tidak tahu.

Sebab itu aku suka melukis.

Sangat suka melukis.
Aku tidak ada bakat melukis.
Jadi, sebab itu aku suka melukis.

Jadi sebelum masuk tingkatan satu, aku nekad mahu ambil matapelajaran seni sebagai tambahan. Waktu itu cuti sekolah. Ada jualan murah di semua pasaraya. Serba-serbi pun dijual murah. Pastilah hancur meletup dinding yang menahan nafsu ini. Aku paling suka beli alat tulis banyak-banyak. Sampai sekarang aku suka. Kadang-kadang sekadar koleksi. Suka-suka. Banyak-banyak.

Pewarna air Buncho.

Ingat lagi tak? Kotak warna biru. Zaman itu, semua budak-budak teringin nak beli jenama Buncho. Pujaan hati semua orang. Crayon Buncho. Watercolor Buncho. Semua pun Buncho. Made in China barangkali. Zaman itu, harganya mahal. Bukan semua orang boleh beli. Tetapi aku beli. Bukan sebab aku mampu beli. Tetapi sebab aku suka melukis.

Sangat suka melukis.
Aku tidak ada bakat melukis.
Jadi, sebab itu aku suka melukis.

Kemudian, lagi seminggu nak masuk sekolah menengah... ayah ambil aku dari kampung. Sebab cuti sekolah sudah sampai ke penghujung. Aku pun excited nak masuk sekolah sebab nak pakai pewarna air Buncho yang mahal itu.

Tiba-tiba, ayah kata...

"Ayah dah daftarkan Zai matapelajaran Bahasa Arab sebagai tambahan."

Terkedu sekejap. Marah pun ada. Tidak suka pun ada. Sedih gila pun ada. Semua perasaan ada. Putus harapan nak pakai pewarna air Buncho yang mahal itu. Aku tidak simpan pun. Atuk suruh bagi orang lain. Atuk kata orang lain lebih memerlukan pewarna air Buncho yang mahal itu. Aku pun bagi.

Sebab aku tidak pandai melukis.

Sejak itu, bermulalah kehidupan aku dengan Bahasa Arab itu. Setiap kali ada kuiz atau pun ujian, pasti dapat D. Kadang-kadang E. Berat hati betul nak belajar Bahasa Arab. Sambil lewa saja. Acuh tidak acuh. Kadang-kadang layan. Kadang-kadang tidak. Asyik protes dalam hati, 'Kenapa kena belajar Bahasa Arab. Bukannya kena cakap Bahasa Arab pun.'

Itu zaman pemberontakan aku dengan bahasa Arab.

Lama juga memberontak. Luka lama masih berdarah, orang tua kata. Sebab tidak dapat pakai pewarna air Buncho yang mahal itu. Masa itu aku fikir, 'Allah tidak bagi aku ambil pendidikan seni sebab aku tidak pandai lukis.' Ok, fine. Aku pun tidak minat nak belajar bahasa Arab. Sebab Allah tidak bagi. Aku pun tak nak.

Pastu suatu hari itu entah macamana kisahnya (aku tidak ingat... sah-sahlah kan aku tidak dapat ingat)... Allah lembutkan hati aku. Tiba-tiba aku rasa macam seronok gila belajar bahasa Arab. Ada orang kata bahasa Arab ini bahasa syurga dan bahasa Tamil itu bahasa neraka. Hairan juga macamana entah tahu bahasa ahli neraka itu bahasa Tamil. Macamlah pernah singgah ke neraka. Aku pun tidak tahu siapa yang reka pernyataan itu. Tetapi masa itu aku percaya. Sebab IQ aku rendah. Sekarang pun rendah lagi.

Tetapi dah bolehlah nak bezakan yang mahmudah dan mazmumah.

Sejak itu bahasa Arab aku selalu dapat B. Kadang-kadang dapat A. Apabila riak, dapatlah B balik. Kalau dah terasa insaf, dapatlah A balik. Aku rasa bahasa Arab sangat menarik. Terkadang rasa menyesal pula tidak dilahirkan sebagai orang Arab. Kalau aku tahu bahasa Arab sejak lahir, mesti senang nak fahami ayat-ayat Al-Quran. Tidaklah huru-hara baca Al-Quran tanpa faham maksud.

Semasa sekolah menengah dulu ada ujian PAFA.

Penilaian Asas Fardhu Ain kot. Masa itu kena hafal banyak gila ayat Quran. Asbab disebaliknya entahlah. Masa itu aku hafal saja buta-buta sebab nak lulus PAFA. Sampai tingkatan lima baru aku faham kenapa kena hafal ayat-ayat itu. Masa tingkatan lima itu setiap hari Sabtu dan Ahad pagi, selepas solat Subuh berjemaah di surau pasti ada bacaan Mathurat. Mula-mula aku tidak faham apa bendalah Mathurat ini. Aku ikut saja baca. Lama-lama baru aku faham apa itu Mathurat. Memang ada kaitan dengan ayat-ayat dalam ujian PAFA yang aku baca dulukala itu.

Sejak itu aku rasa... kena dalami lagi bahasa Arab ini.

Sebab solat pun pakai bahasa Arab. Semua jenis doa pun bahasa Arab. Takkan aku nak main 'amin' saja tanpa faham maksud kan. Solat pun takkan nak main hentam saja tanpa tahu sedikit pun segala terjemaahan bacaan dalam solat. Tup tap... tup tap... dah habis solat. Itu belum kira lagi solat laju-laju macam kena tinggal keretapi. Punyalah laju. Solat asal cukup syarat saja.

Jadinya.

Kalau untuk solat... belilah buku 'Mari Belajar Solat'. Tidak sampai RM10. Dalam itu, setiap bacaan dalam pergerakan solat pun ada diterjemahkan. Dari situ bolehlah juga dikira sebagai belajar bahasa Arab. Aku kira... kalau kita faham segala terjemaahan dalam bacaan solat itu, insyaAllah boleh khusyuk sedikit solat. Tidaklah khusyuk semua. Tetapi sedikit pun jadilah daripada tiada kan.

Sebab kita faham apa yang kita baca dan apa yang kita minta daripadaNya. Kan.

Lagi.

Kalau baca Al-Quran itu, carilah Al-Quran yang ada terjemaahan ayat. Sambil baca boleh faham apa terjemaahannya. Contohlah eh... macam sewaktu tahlil kan ada baca surah Yasin. Dulu masa aku tidak tahu terjemaahan surah Yasin, aku main baca saja. Setiap kali ada orang meninggal saja kena baca Yasin. Meninggal saja, Yasin. Tetapi tidak pernah tahu pun apa yang dibaca. Sampailah suatu ketika ini aku belajar baca Yasin bersama terjemaahan. Barulah faham.

Oooo.

Sebenarnya terjemahan bacaan Yasin itu untuk kita orang-orang yang masih hidup ini.

Sebagai peringatan, khususnya. Memang best sebenarnya kalau boleh baca Al-Quran bersama terjemahan. Barulah terasa macam baca Al-Quran boleh meresap masuk. Zup, dia punya menusuk terus ke segumpal darah yang bernama hati. Kemudian akan berlakulah reaksi kimia 'tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah' di dalam segumpal darah yang bernama hati itu. Cubalah. InsyaAllah.

Aku harap.

Anda dapat tangkap point yang aku cuba sampaikan ini. Aku tidak pandai nak cakap straight to the point. Jalan nak sampai ke point itu mesti panjang gila, berselirat, berliku-liku dan berbelit-belit. Kalau mampu teruskan perjalanan... cubalah. Kalau tidak, berhenti saja pada pewarna air Buncho itu.

"Boleh jadi kita membenci sesuatu padahal ia baik untuk kita."

Yakin dan percaya kepadaNya 200%.

Ok?

Ok_

Kategori:

6 Responses to "Ok Arab, Ok"

Ezad said :
August 21, 2011 at 8:52 AM
ok..

tp bab water color buncho tu kan.. dulu aku ada.. masa time lukisan, aku kuis sikit2 je.. pas tu cikgu lukisan kata aku kedekut. tu time darjah nam kot. masuk sekolah menengah, aku pakai water color kengkawan je
hahaha
August 21, 2011 at 11:50 AM
Hahahaha. Serius haji bakhil ni. Tak baik berperangai macam tu.
superhamzah said :
August 23, 2011 at 5:25 PM
aku kedekut mcm ezad
NHS Tjahaya said :
August 29, 2011 at 4:22 PM
hahaha..aku pon sama gak memasa kecik dulu, suka lukih keta, dah beso sikit..tiru lukisan gayour..
mana ada solat laju-laju cukup syarat..tu nama dia mencurik dalam solat, takde tomakninah....hahaha
September 18, 2011 at 5:07 PM
tak baik kedekut
September 18, 2011 at 5:07 PM
tapi ramai tau orang yang solat laju gila ^_^

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.