_Belum seminggu ini.
Ok, tidak puasanya?

Harap-harap oklah ya. Aku harap anda tidak jadikan waktu berbuka sebagai pesta meletupkan perut. Jangan buruk lantak. Sungguhpun syaitan yang direjam itu telah diikat, tetapi syaitan berbentuk manusia jelmaan seperti aku dan anda... masih belum diikat lagi. Jadi, berwaspadalah dalam menjamah rezeki sewaktu berbuka.
Makan sebelum beringat, ok?
Eh, silap... silap.
Terbalik.
Setiap kali Ramadhan...
- Sifar nafsu untuk makan. Aku tidak suka makan. Sebab itu paling suka Ramadhan (oh hoi, kedengaran berirama pula ayat ini).
- Malas nak caj bateri handphone. Malas nak balas SMS. Malas nak telefon orang balik. Tambahan pula, handphone ini gila. Setiap kali bergegar sikit... pasti tidak dapat detect simcard. Ya. Aku faham. Beliau juga sedang berpuasa. Selepas raya nanti baru aku pijak handphone itu.
- Haus yang menggila. Biasanya waktu siang aku minum 1.5 liter lebih sekaligus di office. Malam pula lagi 1.5 liter. Disebabkan aku bukan unta yang boleh menyimpan bergelen-gelen air di bonggolnya, agak dehydrated yang menggila juga sewaktu Ramadhan ini. Jangan risau. Aku tidak minum air paip sewaktu berwudhu.
- Beria-ia mencari kurma Yusof Tayyub. Aku rasa sudah berkali-kali Ramadhan menyinggah dan balik... menyinggah dan balik... tidak juga aku beli Yusof Tayyub itu. Sampai sudah kempunan. Ah, hai.
- Mengidam kuih abuk-abuk. I have a huge crush on all traditional kuih.
Buat kali ke 8 juta aku nak ulang.
Aku teringin betul nak pergi mana-mana negara Middle East_