Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, July 28, 2011


_Mari... mari... mari.

Wahai kaki muat turun semua.
Mohon tampil ke hadapan.
Ini untuk anda.


Tips 1 - Menembusi Sekatan DNS

Tahukah anda laman-laman berikut telah disekat?

http://www.warez-bb.org
http://thepiratebay.org
http://www.movie2k.to
http://www.megavideo.com
http://www.putlocker.com
http://www.depositfiles.com
http://www.duckload.com
http://www.fileserve.com
http://www.filetube.com
http://www.megaupload.com

Apa?
Tidak tahu?
Ketinggalan zaman juga anda ini.

Baca berita di sini dan di sini jika punya kerajinan. Saya tidak salahkan anda kerana anda bukan seorang kaki muat turun. Jangan risau. Cuba tips di bawah jika anda masih belum jumpa cara untuk menembusi laman-laman sesawang itu.

Ikuti langkah-langkahnya di SINI.

DNS yang biasa digunakan adalah DNS Google 8.8.8.8

Anda boleh lihat senarai DNS lain di sini.

Aku guna DNS Cisco
64.102.255.44
128.107.241.185 (alternate DNS)

Kenapa?

Sebab itu Cisco.
Sebab aku tidak suka ikut orang.
Sebab kalau pakai DNS lain, lebih cool sedikit.

Kah kah kah.

Buruk akhlak, dilarang tiru.

Tips 2 - Laman Muat Turun Percuma

Ini laman-laman muat turun yang biasa aku terjah. Bukan biasa sebenarnya. Memang hari-hari terjah pun. Sangat menarik dan mudah. Ini aku kongsikan bersama anda semua.

300mbfilms
Pautan muat turun secara terus melalui Mediafire dan Fileserve. Laju gila. Siapa pakai torrent lagi itu memang sangat tidak cool. Tidak payahlah nak seed apa bagai. Muat turun terus sendiri sudah. Ada banyak filem English di sini. Hindi pun ada kadangkala terselit. Ini adalah laman muat turun filem English kualiti Blue Ray Rip yang terbaik aku pernah jumpa.

Mediafire-Strain
Ini pun laman yang sangat menarik. Ada banyak filem Melayu lama dan baru. Ada filem English dan sebagainya. Anda boleh jenguk dan lihat. Aku jarang jumpa pautan yang rosak. Hampir semua pautan Mediafire dan Fileserve dalam itu masih aktif belaka. Jadi, godek-godeklah apa yang patut dalam itu dan penuhi selera anda, ok.

Let's Look
Jika anda mahu cari drama-drama dan filem-filem Korean, Japan, Thailand, Taiwan, Singapore dan sebagainya... anda boleh ke sini. Sangat menarik. Tidak perlu mendaftar jadi ahli. Anda boleh terus dapatkan pautan filem-filem yang anda mahu secara pantas dan tuntas di situ!

Cari Entertainment dan kemudian pilih Dramas, Movies atau Variety Show. Alah, pandai-pandailah explore sendiri. Letihlah kalau nak bersuap sahaja kan. Usaha sikit ok. Aku dah tolong setakat yang aku mampu.

AM-Addiction
Ini pun kawan (Daineso) yang cadangkan. Laman ini banyak pautan untuk muat turun drama-drama Korean dan filem-filem Korean. Tetapi ini adalah laman berdaftar. Jadi, anda perlu daftar diri dahulu untuk dapatkan pautan ok. Setelah daftar, pergi pada bahagian Forum dan cari Korean Entertainments. Di situ anda akan ketemu apa yang dicari... er, sepatutnyalah. Kalau tidak jumpa itu bukan salah aku ok.

iSubs
Ini adalah laman khas untuk muat turun Korean Variety Show, 'Running Man' dan juga 'Family Outing'. Ini adalah laman berdaftar. Jadi, anda perlu daftarkan diri terlebih dahulu. Jika mahu berita lanjut, anda boleh jenguk iSubs di Facebook mereka.

Aku nak cerita panjang perihal Running Man ini. Tetapi kerajinan bukan milik aku sekarang ini. Kalau aku rajin, lain kali aku cerita ok. Running Man ini sangat gila best sebab... (nanti aku sambung ayat ini jika punya kerajinan untuk tulis artikel perihal Running Man ini ok?).

Oh, ya.

Aku cuma tengok drama-drama, filem-filem dan variety show yang menarik, kelakar serta best gila sahaja. Jadi apa sahaja yang aku cadangkan untuk anda tonton ini memang insyaAllah tidak akan mengecewakan anda.

Ya Allah, sesungguhnya aku tidak bermaksud untuk berlagak... tetapi macam sudah terbelagak rasanya ini, isk.

Kalau anda ada laman lain... kongsi ya ^_^

Tips 3 - Dapatkan Akaun Megaupload dan Lain-lain Dengan Murah

Jika anda sangat gila memuat turun apa sahaja cerita dan anda adalah pengunjung tegar laman Megaupload, FileServe dan sebagainya... aku sangat galakkan anda dapatkan akaun ini secara murah dan pantas. Ini pun kawan aku yang bagitahu. Terima kasih ya, kawan (daineso) ^_^

Klik sini untuk dapatkan butiran lanjut.

Setakat ini aku baru dapatkan akaun Megaupload sahaja. Belum bercadang mahu membeli akaun lain. Cukuplah setia pada yang satu dahulu kan. Perlahan-lahan kayuh. Dan setakat ini, memang puas hati betul dengan perkhidmatan dan jualan daripada brader ini. Memang pantas dan tuntas.

Mula-mula aku beli akaun Megaupload 30 hari - RM23.

Hantar email kepada beliau. Minta nombor akaun bank. Dalam masa 10 minit lebih-lebih, dia terus balas. Kemudiannya, bayar pakai Maybank2u. Aku hantar balik rujukan nombor transaksi dan sebagainya. Tup tap... tup tap... dia balas balik bagi nombor voucher. So far so good. Very fast.

Aku upgrade lagi jadi 90 hari.

Dan hidup semakin menjadi-jadi. Mana tidaknya, muat turun secara pukal drama Korea yang ada 16 episod itu pakai Unifi... separuh hari pun dah siap muat turun. Satu episod 700Mb dah siap muat turun dalam masa setengah jam.

Best kan? Best kan? Best kan? Best kan?
Hah, bertukarlah kepada Unifi.
Berminat?

Baca di sini ok ^_^

Tips 4 - Alat Muat Turun

Biasanya aku pakai Download Accelerator Plus (DAP). Percuma. Mudah. Ringan. Lebih laju berbanding muat turun menggunakan Chrome atau Firefox. Tetapi, jika mahu lebih laju kuasa kudanya... aku cadangkan pakai Internet Download Manager (IDM).

Tetapi IDM ini kena bayar. Percubaan 30 hari sahaja. Zaman di ITM dahulu memang aku pakai IDM ini. Jumpa crack, pakailah secara 'percuma'. Sekarang macam sudah susah gila nak jumpa crack IDM ini. Mungkin tidak pandai cari agaknya. Kalau anda ada... kongsilah ek ^_^

Tips 5 - Berhenti Sebelum Kenyang

Sekali-sekali kalau tidak menulis... jika menulis semula memang boleh dapat bermuka-muka surat. Cuba lekat di Microsoft Word menggunakan font Arial bersaiz 11 dan lihat berapa muka semuanya. Oklah. Selamat berpuasa wahai saudara-saudara seIslamku. Semoga anda sentiasa dilimpahi rahmat Allah dan sentiasa dalam peliharaanNya.

Pling_

Kategori:

7 Responses to "Tips Untuk Kaki Muat Turun"

Ms Littlewing said :
July 29, 2011 at 5:26 PM
Hi Famia salam, nak jemput awk join kontest akak.....hadiah pemenang berbuka puasa di restoran BRISIK di Petaling Jaya....caranya mudah just tulis mengenai BRISIK ikut kreativit anda. Tarikh tutup pada hari ahad ini. Sudi² visit travel site akak yg tak seberapa itu www.littlewingdestinations.com. Thanks and minta tolong khaba² kepada rakan² blogger yg lain.


 
August 3, 2011 at 8:30 PM
Terima kasih ^_^
Ddkar said :
August 21, 2011 at 11:32 AM
Akak saya suka info dalam entri ni. Komapta, unnie
August 21, 2011 at 11:38 AM
LOL. Macam kenal je ni. Ok, no problem.
d-yu said :
October 15, 2011 at 10:29 PM
mmg padat..i luv it!!
October 15, 2011 at 11:12 PM
ohsem :)
Mohd Syakir Omar said :
October 18, 2012 at 5:17 PM
dapatkan IDM latest full crack dan macam2 lagi sofware di www.dytoshare.us  
klo nak download torrent bleh masuk piratebay.se

Post a Comment

Salam,

1. Terima kasih kerana menyinggah.
2. Harap dapat mengeja molek-molek.

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.