Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Saturday, July 30, 2011


_Bagi aku.

Dua-dua pun sama.

Premis 1 = Saharil adalah kentang.
Premis 2 = Saharil adalah tentang.

Kesimpulannya.
Kentang adalah tentang.
Tetapi bukan semua tentang adalah kentang.

Dulukala, aku cintakan psikologi. Seorang homicide psychologist. Itulah cita-cita yang paling kental sekali aku pegang sampai besar. Jiwa aku banyak ke arah situ. Homo Sapiens sekeliling aku ini bagai guinea pig yang bertaburan secara sekata dalam sebuah makmal besar.

Sekarang pun aku masih cintakan psikologi.

Homo Sapiens ini adalah makhluk yang sangat fascinating sebenarnya. Itu kalau dilihat secara betul-betullah. Jika sekali pandang sahaja... memang tidak nampak de. Dan lain Homo Sapiens... lain mentaliti serta reaksinya. Sebab itu aku masih cintakan psikologi.

Bila baca buku Tentang serta Kentang ini, aku rasa macam baca buku psikologi.

Serius.

Perihal Kentang



(ihsan Sol-jah)

Ilustrasi yang rebellious. Memang di luar kotak. Seni dan emosi selalu akan seiring dan sejalan. Sambil berpimpin tangan. Menggesel-gesel di antara satu sama lain. Dari hujung ke hujung. Sehingga menjadi satu. Sangat simbiosis.

Penjiwa seni yang true biasanya tidak pandai luahkan emosi melalui perkataan. Kalau mahu kenal mereka... lihat pada hasil seninya. Kebanyakannya rebellious. Radikal kiri. Sinis. Kasih sayang. Benci. Menyampah. Miang. Tertekan. Semua termuntah di situ. Ah, lebih daripada 1001 rasa.

Kalau aku baca Kentang sepintas lalu, aku akan fikir yang brader Saharil ini ketegak, miang, sangat biru dan banyak lagi. Agak disturbing sebenarnya semua illustrasi dalam itu. Aku ambil masa yang sangat lama nak terjemahkan setiap ilustrasi. Perasaannya macam pergi membajak sawah. Penat gila.

Tetapi kalau baca betul-betul... kau akan perasan yang brader Saharil ini sebenarnya begitu dan begini. Dan kau akan dapat hidayah sedikit tentang terjemahan semua ilustrasi beliau. Bukan seperti pandangan tipikal kali pertama yang kau lihat sepintas lalu tadi.

Kalau anda mahu faham maksud yang aku cuba sampaikan ini... anda kena dapatkan buku Kentang terlebih dahulu.

Perihal Tentang



(ihsan Sol-jah)

Lepas baca Tentang, aku rasa macam 'he tells the worst thing in this world in a good way'. Dunia ini akan terasa lebih baik. Lebih elok sebenarnya. Beliau cuba menerajang perasaan negatif dan hitam dengan meletakkan yang sebaliknya. Faham tak maksud aku? Tidak faham? Tidak faham, sudah.

Tetapi aku rasa Tentang itu macam itulah.

Ia mengajar aku supaya lebih optimis... 218%.

Kalau anda mahu faham maksud yang aku cuba sampaikan ini... anda kena dapatkan buku Tentang terlebih dahulu.

Akhir sekali.

Terima kasih banyak-banyaklah kepada brader Saharil dan sol-jah sebab wujudkan buku psikologi berbentuk hiburan ringan ini. Aku suka kualiti kertas kuning itu. Tidaklah nanti aku keliru buku ini dah berapa tahun simpan sampai jadi kuning. Kan.

Sebab ianya sudah automatik kuning.

Dan aku rasa isi-isi Tentang dan Kentang ini harum macam bau Vanila Perfume Oil Body Shop.

Pergilah beli.

Jika diizinkan Allah... pasti anda tidak terasa rugi_

Kategori:

8 Responses to "Tentang Saharil dan Kentang Saharil"

fazrol che isa said :
July 30, 2011 at 8:01 PM
Orang melayu kata buku ini LUCAH!
Orang putih kata
--> Don't Judge a book by it's cover....

padahal aku baca, aku belek; isi dalamnya macam sama je kalau ikut luar buku tu.

Ha Ha!

Aku cuma boleh kata > Berfikir adalah lebih baik dari menghukum sesuatu.

Koroexx pulak kata > Sila guna Otak macam pakai topi keledar!

Woha!
July 30, 2011 at 10:49 PM
Haha. Kalau ayat yang penuh kematangan, aku akan kata... "Sebenarnya ilustrasi itu biasa je. Kita punya minda yang terjemah kepada sudut lain. Itu pasal kita nampak biru dan lain."

Kalau bagi budak sekolah rendah yang masih suci pemikiran mereka... lain pula terjemahannya. Yang pasti, confirm tak biru punya.
shah URL said :
August 16, 2011 at 2:53 PM
hahahaha
August 21, 2011 at 8:41 AM
^_^
fasren said :
September 8, 2011 at 10:11 PM
assalamualikum

di mana boleh beli buku2 ni ye ?!
September 9, 2011 at 5:48 AM
waalaikumsalam wbt.
di sini http://sol-jah.blogspot.com/2011/05/tentang-dan-kentang-oleh-saharil-hasrin.html
Jazli Jumain said :
January 19, 2012 at 1:54 AM
saya nak tahu camner nak bli buku nie?? ade jual kat kdi buku spt mph, popular or kinokuniya???
January 19, 2012 at 7:30 AM
cuba anda ke blog empunya buku ni di sini saharil.com

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.