Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, July 04, 2011


_Gosip-gosip biru hitam.

Suatu pagi.

"Polis kalau tahan kereta, banyak kereta persendirian. Kalau JPJ lain sikit. JPJ high class. Mereka tahan kenderaan yang besar-besar sikit. Tidak mainlah kereta individu kecil-kecil ini."

Sambil mereka bergosip sambil bergelak-gelak.

Pengakuan daripada mereka sendiri.
Di dalam bangunan sendiri.
Pada suatu pagi.

Perangi Rasuah, uh huh.

Memang bukan semua. Cuma kicap kalau tertumpah setitik ke dalam air putih, memang boleh keruh juga keseluruhan air itu bukan? Dan jika kuasa di hujung jari, apa sahaja pun boleh terlaksana.

Ya, APA SAHAJA.

Bersih ke kotor ke belakang cerita.

Dalam dunia ini, ada tiga Ta yang kita kena berjaga-jaga.

HarTA.
TakhTA.
WaniTA.

Nilaikan... nilaikan_

Kategori:

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.