Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, June 20, 2011


_Aku dan sifat bosan memang tiada reaksi kimia.

Kenapa?

Sebab kami bukan bahan kimia.

Aku adalah sejenis Homo Sapiens. Manakala, bosan pula adalah sejenis sifat. Walaupun kami berdua bukan bahan kimia, kami tetap sengal, lengai dan sama-sama memiliki sifat malas. Ya. Sifat malas adalah sub kepada sifat bosan. Apabila terasa bosan, barulah terasa malas. Apabila terasa malas, memanglah akan malas.

Kenapa?

Sebab aku yang kata.

Dan kalau disuruh berlagak serta riak takbur sesama manusia, aku mampu berlagak yang aku sesungguhnya teramat susah untuk terasa bosan dengan apa sahaja. Ya, apa sahaja. Bukanlah tidak langsung terasa bosan. Cuma lambat sahaja. Lambat yang memang sangat lambat.

Kenapa?

Sebab 'do-while loop' aku tiada tanda penamat.

Hah, kerja bahagian teknikal, cara berfikir juga memang daripada sudut teknikal. Jadi memang tidak boleh nak elak langsung cara percakapan yang begini. Namun, teori ini tidak boleh dipakai oleh semua orang teknikal. Ini cuma melibatkan orang-orang teknikal yang jenisnya macam aku sahaja.

Jenis macam aku itu jenis yang macam mana?

Jenis yang kepalanya sentiasa ayaya.

Kau macam tidak tahu kalau aku menulis secara berterabur dan tidak berfaedah begini, lapan belas mukasurat pun boleh sampai tahu. Jadi cubalah tarik aku dan kembalikanku ke pangkal jalan. Kembalikan ke tepi jalan pun boleh juga. Berdua lebih baik.

Baik.

Disebabkan aku susah terasa bosan, mari berkongsi tips penyahaktifan bosan. Perkara-perkara negatif begini patut dilupuskan. Yang positif itu didahulukan. Yang positif itu rakyat. Yang negatif itu? Hah, yang negatif itu... kebosanan dan ketidaksusilaan.

Tipsnya:

  1. Cari hobi baru.

    Sebab tidak jumpalah anda kena cari. Jika sudah terjumpa yang berkenan di hati, barulah boleh dijadikan sebagai kegemaran. Barulah hari-hari pun terasa mahu mengadap. Paling tidak wangi pun, bercucuk tanamlah secara virtual di Facebook itu sebagai hobi baru. Aku dah bersara.

    Sekarang tiga suku masa lapang aku pakai untuk Twitter. Segala jenis maklumat di hujung jari. Itu... jika dan hanya jika anda pakai Twitter betul-betul kena pada tempatnyalah. Jika gunakan Twitter sebagai alat sembang-kencang-gila-lebat-berterabur-100-tweets-dalam-sejam-bajet-artis memanglah sangat ayaya. Pembaziran bandwidth Internet. Lebih baik anda pergi bercucuk tanam secara virtual.

  2. Benamkan sifat membaca di dalam diri.

    Rajin-rajinkanlah diri menyinggah ke mana-mana kedai buku yang berhampiran. Paling tidak wangi pun, belilah komik. Bacaan ringan pun berfaedah juga walau sedikit. Kalau tidak cukup duit, pergi baca segala suratkhabar lama dan juga suratkhabar yang berlainan bahasa. Tatanglah sifat membaca bagai minyak zaitun yang penuh. Berminyak tetapi tetap ada khasiatnya.

    Kalau betul tiada duit pun, baca secara percuma pun apa ada hal. Esok boleh pergi lagi. Kalau susah sangat, perpustakaan negara kan ada. Banyak betul songeh kau ini.

  3. Layari Youtube secara berjadual dan berskala

    Youtube itu banyak benda anda boleh tengok. Dan aku harap anda gunakan Youtube ke arah kebaikan dan pelepas kebosanan. Matlamat tidak menghalalkan cara. Jadi kalau boleh jauhilah segala unsur sakit dan biru di dalam Youtube. Itu sahaja pesanan dua kata aku sebelum anda melayari video-video di Youtube secara kencang tanpa batasan.

  4. Ambil tahu segala perkara yang tidak pernah tahu

    Benda ini aku suka buat. Dan selalu buat. Walaupun benda-benda itu tidak berkaitan dengan diri sendiri, tetapi untuk mengelakkan terasa bosan... aku pun ambil tahu. Sebab aku jenis sibuk nak ambil tahu segala benda dalam dunia ini. Contohnya macam kenapa air turun dari atas ke bawah (selain tarikan graviti), segala mitos-mitos dalam dunia ini pun aku ambil tahu. Tahukah anda, bulu roma cepat tumbuh kalau dicukur itu semua mitos sahaja. Tahukah anda dari sudut sains, kenapa tidak elok makan dan minum sambil berjalan?

    Banyak lagi benda dalam dunia ini yang anda patut tahu. Ignorance is a bliss. Tetapi biar kena pada tempatnya, ok. Ini bukan suruh anda jadi penyibuk jaga tepi kain dunia. Ini cuma nak ambil tahu sebab nak pupuk sifat prihatin itu. Jadi cuba jangan jadi seorang yang 'ada-aku-kisah' tidak bertempat.

  5. Tambahbaikan kerja-kerja yang anda selalu buat setiap hari

    Cuba ubahsuai dari sudut a sehingga z. Berfikir secara 360 darjah. Barulah boleh menternak kreativiti dalam diri. Anda semua kreatif. Namun perlu diasah selalu baru boleh tajam matanya. Belakang parang itu kalau diasah selalu pun boleh tajam. Inikan pula anda yang bukan belakang parang. Cuba asah tulang belakang anda. Pasti tajam.

  6. Ulang mana-mana tips di atas

    Ulang dan ulang dan ulang sehingga kebosanan anda sudah ternyahaktif selama-lamanya.


Jangan lupa untuk mencuba.

Hendak seribu daya...

Kalau tiada kehendak itu maknanya anda memang dilahirkan dengan penuh sifat malas dan seorang yang membosankan sejak azali lagi. Terima kasih kerana melengkapkan dunia.

Dan walaupun aku tahu anda seorang yang membosankan dan sangat malas mahu mencuba tips di atas, aku tetap berkongsi tips yang aku selalu buat macam di atas itu. Sebab aku tidak bosan pun nak ulang tips itu. Kalau penat menulis pun, aku salin dan lekat semula tips itu semua. Apa ada hal kan. Hendak seribu daya bukan. Kalau belum seribu itu, cukupkanlah sampai seribu.

Ok?

Ok_

Kategori:

12 Responses to "Tips Penyahaktifan Bosan"

em-ai-en. said :
June 20, 2011 at 8:59 PM
Salam cik famy,lama tak kunjung.maaf.berkenaan point nombor empat,apakah itu ayaya?
famia said :
June 21, 2011 at 4:17 PM
Waalaikumsalam wbt. Ayaya bermaksud otak sudah terlebih air sehingga berfikir di luar batasan. Sengal kot barangkali kalau terjemahan pendeknya.
em-ai-en. said :
June 22, 2011 at 1:27 PM
Salam cik famy,lama tak kunjung.maaf.berkenaan point nombor empat,apakah itu ayaya?
June 22, 2011 at 5:37 PM
Waalaikumsalam wbt. Ayaya bermaksud otak sudah terlebih air sehingga berfikir di luar batasan. Sengal kot barangkali kalau terjemahan pendeknya.
sarimin said :
June 26, 2011 at 6:29 AM
Salam cik famy!
mr azka said :
July 1, 2011 at 12:42 AM
no 4 tu aku pun selalu buat skrg ni, bosan nak baca benda2 serius
azah Skaliskala said :
July 4, 2011 at 9:13 AM
Nice tips. Rugi tak cuba ^_^
July 4, 2011 at 12:51 PM
Waalaikumsalam wbt En. Sarimin ^_^
July 4, 2011 at 12:52 PM
Hehe. Cuba baca bacaan serius secara tidak serius.
July 4, 2011 at 12:52 PM
Melukis pun sangat best kan ^_^
Sya Isya said :
October 12, 2011 at 12:02 PM
Membaca jambatan ilmu. 
October 12, 2011 at 6:22 PM
betul tu :)

Post a Comment

Salam,

1. Terima kasih kerana menyinggah.
2. Harap dapat mengeja molek-molek.

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.