Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, June 07, 2011


_Terkena kejutan budaya sebenarnya ini.

Maklumlah, baru dapat adik ipar lelaki.

Huahuhauahua.

-_-"

Yang menariknya...

Hujan dan cuaca mendung sewaktu berlangsungnya majlis seperti yang diminta-minta daripadaNya termakbul jua. Terima kasih kepada Homo Sapiens yang sudi hadir menjamah rezeki yang tidak seberapa itu. Jika ada kekurangan (ya, memang ada)... harap dapat dimaafkan. Walaupun maaf itu tidak berguna, tetapi... ah, maafkanlah sahaja ya!

Yang kelakarnya...

Sekalian jiran yang hadir semuanya menyangka aku yang membina masjid. Lagi sekali... huahuahuahuahuahua. Tidak mengapalah. Mereka tidak sengaja. Sebab tidak tahu. Kan? Kan? Wah, aku bersangka baik!

Dan yang harunya...

Telinga aku semakin rebeh dan semakin rebeh bermula dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Bukan disebabkan telinga itu berpuasa. Tetapi disebabkan terpaksa menadah telinga mendengar soalan-soalan yang agak lalalala.

Seperti ini.

"Eh, cepat-cepatlah kahwin! Tunggu apa lagi."
Aku tengah tunggu orang tuntut tulang rusuk kirinya yang hilanglah ini. Tunggu apa lagi.

Atau pun begini.

"Cubalah mimpi sesiapa ke. Buat solat istikharah semua."
Asyik mimpi ngeri ok.

Atau pun juga begini.

"Janganlah memilih sangat. Takkan tak ada minat sesiapa."
Ada. Tetapi selalu salah. Kah kah kah.

Atau pun juga begini dan begini.

"Hah, nanti kahwin nak warna apa? Cuba mandi bunga sikit."
Warna brown. Bukan coklat tahu. Tetapi, brown. Bunga sudah dimandikan pagi-pagi. Sampai mati bunga itu sebab terlebih zat air.

Sangat lalalala kan soalan-soalan itu?

Letih aku nak menjawab. Jadinya disebabkan aku sudah letih mahu menjawab soalan-soalan lalala itu... aku pun terfikir satu idea baru. Aku rasa idea itu memang bernas. Pasti semua Homo Sapiens yang ada pertalian darah dengan aku akan rasa setuju dan seronok gila nak mati punyalah dengan idea bernas ini.

Apa kata...

Aku buka iklan cari jodoh untuk orang yang mahu cari jodoh.

Ok tak_

Kategori:

5 Responses to "Ini Bukan Wala Band"

Anonymous said :
June 8, 2011 at 1:37 PM
salam cik famia..
apa kata kongsi la sket pic wedding yg dah berlangsung tu..
~ilmaa~
Dani neh said :
June 8, 2011 at 5:15 PM
ahahah..
buatlah xai buatlah
btw aku bw balik goodie bag macik majnun bagi tu kan..
aku kena label anak angkat mak ko sbb specially hand-made.. hahaah.. apesalahnye ye dak :D ngeee..

*EG sgt dewasa setelah dimekap2
famia said :
June 9, 2011 at 6:21 PM
ilmaa: Waalaikumsalam wbt. Haha. Tak banyak pun yang boleh dikongsi. Gambar pengantin pun tak ada. Semua dalam simpanan photographer ^_^

Dani: Haha. Ko memang. Sokong je manjang. Oh, haritu mak aku lupa nak tapaukan nasi. Banyak lagi lebihnya. Gomen ne!
Anonymous said :
June 12, 2011 at 3:02 PM
Ciekawy blog. Pozdrawiam. http://punkt30.blogspot.com/
Anonymous said :
June 22, 2011 at 1:27 PM
Ciekawy blog. Pozdrawiam. http://punkt30.blogspot.com/

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.