Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, May 20, 2011


_Sewaktu makan malam bersama lima orang hamba Allah yang berlainan ketebalan imannya...

Kata ayah, "Kak Jai ni kalau di rumah memang bising mulut dia. Macam-macam yang dia cakapkan. Nanti kalau dia dah kahwin mesti ayah rindu nak dengar dia bising-bising."

"..."

Kata ayah lagi, "Selalunya kalau ayah panggil 'Zai, turun makan.' Kak Jai mesti jawab, 'Ya ayah.' Nanti kalau dia dah duduk rumah lain, mesti dah tak ada orang nak menyahut."

"..."

Sambung ayah, "Tetapi kalau suatu hari nanti ayah panggil Kak Jai turun makan, tiba-tiba ada yang menyahut 'Ya, ayah'... mesti haru-biru nanti kan."

"Ayah!" Masing-masing terasa kelakar seram.

Sebenarnya.

Aku suka bercakap. Sangat suka bercakap. Ada sahaja perkara yang hendak dicakapnya. Tetapi cakap-cakap itu biasanya ikut tempat dan orangnya. Biasanya kalau enjin tidak berapa panas dengan orang dan tempat yang bersesuaian... memang aku tidak ambil peduli langsung mahu bercampur dengan masyarakat di tempat tersebut.

Jadinya.

Jika aku kurang bersosial sewaktu bersama anda di tempat yang tidak sepatutnya atau tempat yang memang sepatutnya... itu bermaksud anda tidak menghiburkan. Nol chemi opso. Faham? Kah kah kah.

Kejam.

Tidaklah. Gurau kasar sahaja. Bukan begitu. Itu sebenarnya sebab deria mengesan keseronokan tidak dapat mengesan keseronokan yang sepatutnya. Sesungguhnya tahap keseronokan kita berada pada tahap yang sangat berbeza. Dan definisi seronok itu adalah subjektif pada setiap orang.

Pendek katanya.

Keluarkanlah kata-kata yang manis dan menyejukkan hati manusia lain... sesuai dengan tempat dan orangnya. Jika tidak perlu berkata-kata... simpan sahaja dalam hati. Kemudian rapatkan bibir serta sedut segala angin di dalam mulut. Boleh buat senaman mulut. Nanti pipi boleh jadi lebih kurus, tahu.

Sesungguhnya.

Lidah itu lebih tajam berbanding pedang dan pisau. Lebih elok jika menyarungkan pedang dan pisau masing-masing berbanding menusuk manusia-manusia di muka bumi ini secara rambang kemudian berlumba-lumba meminta maaf setelah menghunus pedang dan mencincang mereka hidup-hidup, bukan?

Be nice with people that you don't like.
Be extra nice with people that you like.


Aku harap pedang dan pisau aku ini sentiasa tumpul dan bersarung. Jika pernah hujung mata pisau dan pedang ini mengguris mana-mana gumpalan darah yang bernama hati itu, maafkan aku ya. Mohon beri teguran dan hunus aku balik kalau anda terluka.

Semoga gumpalan-gumpalan darah yang bernama hati di seluruh dunia ini akan lebih ringan dan besar berbanding gas adi yang lengai itu.

Semogalah_

Kategori:

4 Responses to "Pedang dan Pisau Mudah Alih"

May 24, 2011 at 9:21 PM
suka guna pisau seposen dikala zaman kanak². Satu ciptaan hebat!
famia said :
May 27, 2011 at 9:40 AM
Pisau seposen? Pisau lipat ke?
Gurucyber said :
May 30, 2011 at 10:40 PM
pisau seposen tu sekarang dah dua posen ...
famia said :
May 31, 2011 at 11:00 AM
Zaman sekolah rendah dulu dia jual 5sen pun ada.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.