Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, May 18, 2011


_Sebagai salah seorang manusia yang lebih gagah daripada nyamuk dan memiliki iman yang lebih nipis daripada kulit bawang, memang banyak perkara yang aku takuti. Dan kadangkala, entah apa-apa yang ditakutinya. Ada yang patut. Ada yang tidak patut.

Di antaranya...

"Adik eg, awak tak ada rasa apa-apa ke nak kahwin ni?"
"Rasa apa, kak?"
"Macam... rasa takut ke apa ke."
"Tak ada pun. Seronok lagi adalah. Hihi..."

Haah.

Walimatul urus adik gadis aku insyaAllah awal Jun ini. Tetapi, aku yang rasa takut melebih-lebih. Mengalahkan orang yang nak mendirikan masjid kan? Entah apa-apa. Sebetulnya memang betul. Perihal mendirikan masjid ini agak mengerikan serta menakutkan aku. Kenapa? Aku pun tidak pasti. Belum jumpa jawapan lagi.

Mungkin sebab...

Entahlah. Nanti aku fikirkan alasannya. Tetapi yang pastinya, membina masjid ini bukan perkara yang menghiburkan hati si Huzaimatus ini. Dan bukan bermaksud aku tidak suka. Cumanya, terasa ngeri... risau... dan... dan entah apa-apa lagi seribu satu rasa yang boleh tahan peliklah juga di dalam kepala dan segumpal darah yang bernama hati ini.

Mungkin sebab...
Sebabnya...

Sebab tajuk di atas tidak selari dengan apa yang cuba disampaikan agaknya_

Kategori:

3 Responses to "Kurang 20 Hari Mencari Cinta"

May 18, 2011 at 3:31 PM
ngeri, risau, takot, ..dgn tanggungjawab yang bakal dipegang.. sebagai wanita, isteri dan ibu... mungkin kan
Dani neh said :
May 18, 2011 at 3:52 PM
aha betul tu mas betul..
tapi aku rasa before dia sampai risau/takut yang ko cakap tu..

yang utama..
berdua-an dengan lelaki yang boleh buat apa sahaja?
oh noo!

kan xai kan...
ahahah

lek lek xai..
adik2 aku pun risaukan aku masa aku sibuk nak kawen dulu (aku yang eksaited2 weehoo!)
sbb mereka rasa kehilangan..
sebetulnya..
bukan kehilangan.. PENAMBAHAN..
hahaha..

jom Kapar kacau jian jom.. rindu ah kat dia..
famia said :
May 20, 2011 at 10:45 AM
Mas: Itu salah satu. Hehe

Dani: Hehe. Aku lebih terasa kehilangan sebab itu EG. Huhu. Tapi alhamdulillah bakal adik ipar aku tu best. So, takdelah rasa kehilangan sangat kot.

Post a Comment

Salam,

1. Terima kasih kerana menyinggah.
2. Harap dapat mengeja molek-molek.

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.