Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, May 30, 2011


_Tiga dekad dibahagikan dengan lima.

Hah, cuba bahagikan.

Aku rasa lebih kurang lama itulah tempoh aku tinggalkan dunia photography. Serius. Memang lama. Boleh tahan berkarat lagi berlumut juga 350D aku itu. Kalau jual pun belum tentu laku. Discontinued model. Lagi pula, tidak sampai hati mahu menjual si Kakeno itu.

Haah, kamera aku ada nama.
Kereta aku pun ada nama.
Semua pun ada nama.

Aku suka layan benda-benda bukan hidup seperti makhluk hidup. Ini adalah salah satu ciri-ciri manusia penyayang (ok, muntah). Kita perlu menghargai benda-benda bukan hidup dan benda-benda hidup selagi mereka hidup. Kan kita?

Haah, kan.

Oh, ya perihal Kakeno.

Memang tidak sampai hati nak jual Kakeno sebab itulah satu-satunya kamera besar raksasa yang aku sanggup hempas atas kayu sebab dia tidak mahu hidup. Itu sewaktu percutian ke Taiping, Perak rasanya. Betul-betul di kaki Bukit Larut itu Kakeno boleh buat perangai. Langsung tidak mahu hidup. Dia buat bodoh langsung. Lepas itu, sebaik saja sampai ke tapak kaki Bukit Larut baru dia hidup.

Ya Allah, memang saja cari pasal namanya itu kan.

Kan kita?

Bayangkanlah...

Segala memori katak pisang di kaki Bukit Larut itu tidak mampu kami sematkan ke dalam memori kad 2GB Kakeno. Sedih gila. Memang memori katak pisang itu berterabur di dalam kepala saja. Selepas tiga dekad dibahagikan dengan lima, anda agak-agak aku boleh ingat lagi ke segala memori katak pisang yang berharga di Bukit Larut itu?

Mestilah tidak kan?

Lalu.

Disebabkan syaitan (kita kena selalu salahkan syaitan jika kalah melawan hawa nafsu) sudah menghasut aku supaya menyeringai dan naik marah... aku pun terhempas Kakeno ke lantai kayu. Tidak sengaja sebenarnya. Gila kau! Perasaannya seperti membaling helaian-helaian duit sebanyak tiga ribu ringgit lebih Malaysia dari kaki Bukit Larut ke tapak kaki Bukit Larut. Gila kan?

Kan kita?

Ah, tidak apalah. Itu bukan isi penting penulisan aku ini. Sebenarnya aku nak berkongsi cerita tentang pengalaman aku mula-mula berjinak dengan DSLR ini. Kenapa? Banyak sebabnya.

  1. Sebab aku bukan arif sangat perihal photography.

  2. Sebab kawan-kawan suka tanya pendapat aku setiap kali nak beli DSLR.

  3. Sebab aku bukan pakar photography. Aku masih rebung.

  4. Sebab kawan-kawan suka tanya pendapat aku setiap kali nak beli DSLR.

  5. Sebab aku jadikan photography sebagai hobi dan minat menggila saja tetapi bukan sebagai kerjaya.

  6. Sebab kawan-kawan suka tanya pendapat aku setiap kali nak beli DSLR.


Isi penting yang berulang-ulang itulah isi yang lebih penting sebenarnya.

Dapat kan?
Kan kita?

Dan disebabkan aku bukan orang yang bertauliah dalam dunia photography ini, aku harap kawan-kawan tidak ambil serius dengan segala nasihat dan tips 'konon-konon' yang telah diberikan sejak dahulu-dahulu. Bukan semuanya tepat. Itu semua nasihat dan tips 'konon-konon' secara subjektif.

Bukan apa, aku tidak mahu bagi fatwa ajaran Ayah Pin sepertimana yang telah dikongsikan dalam blog Ejadfoto ini. Terima kasih atas artikel itu ya. Sangat menghiburkan. ^_^

Ok... ok sambung balik.

Pengalaman aku mula berjinak-jinak dengan DSLR.

Zaman aku dulu (entahlah tahun bila itu), EOS 350D dan D70 memang benda paling panas dan merupakan dambaan hati mereka yang berminat dengan dunia photography ini. Itu macam tahun 2005 agaknya. Ingat-ingat kasarnya begitulah. Kalau ingat betul-betul memang tidak ingat punya.

Zaman itu kalau siapa tidak ada Fotopages memang macam agak ditinggalkan zaman sedikit. Ditinggalkan zaman ya. Bukan ketinggalan zaman. Ada perbezaan itu. Jangan salah tafsir. Aku sampai sibuk turutserta jadi ahli Fotopages Malaysia. Yang mana sekarang ini dah ditukar namanya jadi Fotomedia. Mereka semua best-best belaka. Banyak outing, lepas itu tidak kedekut ilmu langsung.

Jadinya.

Disebabkan itulah aku pun terjatuh minat pada photography ini. Mula-mula dahulu, nak beli sebiji kamera pun belum mampu lagi. Kamera pertama aku adalah kamera berwarna biru Facebook, bersaiz sangat kecil dan menggunakan dua biji bateri AA. Memang kecil dari saiz tapak tangan aku. Kalau zaman iPad ini kita panggil kamera-kamera begitu sebagai compact camera.

Kalau zaman dahulu, semua kamera pun aku panggil kamera. Memang tidak tahu-menahu pun perihal DSLR, SLR, compact camera dan sebagainya. Maksud di sebalik photography pun aku tidak tahu. Tetapi sekarang aku sudah tahu (yeay!). Kalau dalam bahasa Greek, maksudnya adalah melukis dengan cahaya.

Pengertian sebenar boleh baca di sini ^_^

Aku bagi kerja rumah untuk mereka yang berminat mahu tahu. Jangan malas-malas. Ilmu itu tidak akan datang kalau kita petik jari begitu saja. Kena banyak buat kerja rumah sikit. Lepas itu amalkan dan kongsi ilmu itu sehingga ke negara China.

Tengok, tidak pasal-pasal menceceh.

Sambung balik.

Disebabkan aku suka photography, memang kena ambil beratlah kan perihal photography ini. Dari A sehingga Z... semua pun aku sibuk mahu ambil tahu. Alah, macam konsep orang bercintalah. Kalau kau suka orang itu, mesti kau nak stalk dia lepas itu ambil tahu dari mula sampai habis kan? Perihal yang tidak berkaitan pun kau sibuk-sibuk ambil tahu. Sampailah kau berjaya dapatkan dia. Kan? Jangan tipu. Ini fakta.

Jadinya.

Sebelum alah membeli menang memakai...

  1. Brand. Sesungguhnya benda-benda ini sangat subjektif. Canon, Nikon, Lumix dan sebagainya. Kena banyak buat review dan tanya kawan-kawan yang pakai brand lain-lain. Lain senjata, lain preferences. Tidak ada fatwa yang mengatakan Nikon atau Canon adalah kamera terhebat di dunia. Itu semua fatwa ayahpin seperti yang tertulis di blog EjadFoto ini. Sangat penting membuat banyak review. Buat kerja rumah sikit ya.

  2. Budget. Kamera kalau lagi canggih-manggih memang lagi mahal. Logiklah kan. Jadi kalau peruntukan kos anda dalam RM2k saja... kecilkan skop pilihan kamera pada harga bawah RM2k saja.


Kemudian.

Melangkah ke alam photography.

  1. Aku mulakan dengan proses mengenali hati budi masing-masing. Boleh kata hari-hari juga aku singgah laman Dpreview ini. Glossary dia aku baca. Guide dia aku baca. Sungguhpun tidak berapa faham, aku baca juga sebagai teori kasar.

  2. Setiap kali ada peluang pegang kamera kawan-kawan, mesti teringin nak cuba Manual mode itu. Sebab boleh godek-godek Aperture dan Shutter yang disebut-sebut itu.

  3. Lepas itu, belajar cara menyusun atur subjek dan latar belakang sebelum mengambil gambar pula. Itu kita panggil sebagai composition. Dan masa itu, boleh kata hari-hari juga aku lawat PhotoInf ini. Belajar seni melihat.

  4. Lepas itu, kumpul duit sebab dah terasa sedikit confident untuk beli sebuah DSLR kepunyaan sendiri. Tidak payah pinjam kawan-kawan punya lagi.

  5. Kenali jenis-jenis lens yang pelbagai. Dan istilah-istilah dalam dunia photography. Dan juga jenis-jenis photography. Boleh rujuk banyak tempat. Dulu aku selalu singgah ke Deviantart. Hasil seni kawan-kawan di sana sangat gempak. Very inspiring. Ada banyak lagi tempat-tempat lain anda boleh rujuk untuk photography. Pakcik Google sentiasa bersama anda untuk membantu. Jangan segan silu dengan beliau.


Nah, belajar dan belajar dan belajar.

Akhirnya.

Kamera kedua, Panasonic Lumix FZ20. Kamera ini semi DSLR. Sebab lensnya tidak boleh ditukar ganti. Memang melekat 24 jam. Dalam seribu lebih juga harganya. Mahal, weh. Zaman jadi pelajar universiti memang agak miskin. Pinjaman MARA aku pun dapat separuh saja.

Duit elaun setiap bulan memang tidak payah tanyalah. Memang tidak pernah dapat. Air liur mengalir je setiap kali kawan-kawan dapat duit poket MARA setiap bulan. Masing-masing beli telefon baru, desktop pc baru, kekasih baru (eh?) dan sebagainya yang barulah pendek kata.

Tapi tidak apa. Bersusah-susah dahulu. Bersenang-senang selepas 5 tahun setengah selesai belajar. Alhamdulillah duit pinjaman untuk bayar balik tidak sebanyak kawan-kawan yang dapat duit poket MARA (yeay, aku berlagak!). Jangan lupa bayar ya kawan-kawan. Hutang perlu didahulukan ^_^

Tengok, tidak pasal-pasal menceceh.

Sambung balik.

Sejak ada Muhammad Lumix itu... hidup macam berseri-seri. Perasaannya seperti baru jatuh cinta. Aku... rasalah. Aku pun dah tidak berapa ingat macamana perasaan baru jatuh cinta. Tetapi yang aku tahu, perasaan baru jatuh cinta itu boleh buat kita leka dan agak terlupa terus dengan akhirat. Kah kah. Ini fakta ok.

Secara jujurnya, aku jarang betul pakai mode kamera selain Manual. Sebab aku rasa, kalau ada peluang untuk memiliki kamera DSLR atau semi DSLR... lebih menarik kalau kita buat ujikaji menjahanamkan manual mode kamera itu kan? Sebab ujikaji yang sama tidak boleh nak buat pada compact camera biasa.

Dan disebabkan itulah gambar-gambar aku buruk-buruk dan tidak senonoh belaka. Kah kah kah. Asyik mengerjakan aperture dan shutter tidak habis-habis. Uji punya uji punya uji... memang gagal belaka. Tetapi tidak apa, sebab nak belajar. Kenalah berani cuba menjahanamkan kamera kan.

Dan akhirnya dalam tahun 2005 barulah aku mampu beli Kakeno (Canon EOS 350D) dengan harga RM3k lebih. Mahal doh! Waktu itu ada promosi Hari Merdeka. Dapat lens telefoto percuma. Horey! Rezeki... rezeki. Itu pun sebagai seorang pelajar universiti yang terpaksa menganggur dua tahun sebelum dapat kerja... bukan mudah mahu cari duit sebanyak RM3k lebih itu.

Susah, weh!

Memang berbeza gila dengan zaman iPad ini di mana sesiapa pun mampu membeli DSLR. Aku jalan sana-sini pun mesti nampak DSLR. Tergantung-gantung di tengkuk manusia dengan meriahnya. Macam sangat murah. Boleh tahan hijau juga mata tengok rezeki manusia lain kan.

Cumanya.

Satu saja aku nak komen, kalau sudah mampu memiliki DSLR... belajarlah mengenali hati budinya dari A sehingga Z. Ini kalau beli tetapi tidak pernah nak cuba godek-godek kamera itu... aku rasa lebih baik pakai compact camera kot. Tidak ke?

Serius.

Benda dah ada depan mata. Cuba belajar guna. DSLR itu bukan macam kamera mainan. Kamera professional itu. Jadi mohon ambil peluang yang ada dan belajarlah photography itu betul-betul. Tetapi kalau beli DSLR sebab nak gambar yang cantik... kononnya ambil gambar pakai DSLR adalah lebih cantik berbanding compact camera... hoho aku pun rasa macam, "Apakah!".

Oklah aku tidak layak rasa apa-apa.
Itu duit anda.

Tetapi kalau boleh...

Please make use of what you have.

Bukan apa. Agak kasihan sebenarnya. Kadang-kadang ada DSLR tetapi tidak pernah tahu pun apa benda Aperture, Shutter, Focal Length, ISO dan sebagainya. Sadis doh!

Sebagai salah seorang manusia yang macam nak mati kumpul duit untuk mendapatkan sebiji DSLR suatu ketika dahulu... memang aku rasa macam geram je tengok orang layan DSLR dia macam itu. Haha. Geram. Serius. Punyalah susah aku nak beli benda itu suatu masa dahulu. Tapi tidak apa. Sekarang sudah ada SLR simulator. Boleh cuba main-main kamera sungguhpun anda sudah memiliki sebijii DSLR sendiri.

Tetapi, itulah.

Duit masing-masing. Rezeki masing-masing kan. Cuma isi-isi penting di atas itu... aku sampaikan pada kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang baru berminat mahu membeli DSLR dan mula berjinak-jinak dengan dunia photography.

Jangan lupa moto sekolah rendah, 'Berilmu, beriman dan beramal'.

Ok, cukup-cukuplah sampai sini kan.

Menulis sampai berbuih-buih seperti kena sawan_

Kategori:

3 Responses to "Kaf Mim Rho"

Anonymous said :
June 15, 2011 at 9:27 PM
awat xda yg komen tang bg ilmu free ni??lama xbace bebelan bdk kecik ni..
famia said :
June 20, 2011 at 8:24 PM
Hahaha. Hang ingat hang besar sangat ke sedare.
famia said :
June 22, 2011 at 1:28 PM
Hahaha. Hang ingat hang besar sangat ke sedare.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.