Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, April 05, 2011


_Di balai ketibaan antarabangsa, KLIA.

Semalam.



Menyambut emak dan ayah dari Phnom Penh seperti seorang pemandu pelancong. Sambil mengusung papan tanda ke sana-sini, berkeliaran dan sekali-sekala menyusur ke hulu ke hilir di balai ketibaan antarabangsa menanti mereka. Hoho haha ho ha ho ha.

Berperangai pelik? Tidaklah. Mana ada pelik. Lapangan terbang adalah salah satu tempat yang anda tidak perlu gusar, risau, gundah-gelana dan hirau jika berperangai pelik dan luar biasa.

Kenapa?

Kerana anda ke situ bukan hari-hari. Tidak mungkinlah orang akan cam anda. Dan jika mereka cam anda pun, apa ada hal. Berterima kasih kepada mereka kerana bersusah payah sudi menyelitkan wajah anda di dalam kotak fikiran mereka sehingga mampu mengenalpasti wajah anda. Membazir ruang otak. Ucapkan terima kasih kepada mereka dan anda kini sudah dikenali ramai. Hei, ini salah satu taktik bersih untuk dikenali ramai ok.

Be different... they will remember you.

Horey!

Ibu dan ayah saya sudah pulang!
Katakan Horey... Horey!
Eh, bukan.

Alhamdulillah... alhamdulillah_

Kategori:

6 Responses to "Kepulangan Malaikat Dunia"

Nooreena said :
April 6, 2011 at 10:56 AM
Betul ke kamu bawa papan tanda ke KLIA? Kagum :D
emm-ai-en said :
April 6, 2011 at 9:13 PM
selamat kembali bernyawa.hehehehe :p
san ling said :
April 8, 2011 at 8:24 AM
Good stuff!!! Visit me at http://johorkia.blogspot.com/...and leave me your thoughts...Cheerios!!!
famia said :
April 8, 2011 at 10:03 AM
noreen: Hehe, tidaklah. Dah sampai sana baru teringat. Kalau dari rumah teringat, memang saya buat :)

min: O2... O2.

san ling: sure.
Anonymous said :
April 11, 2011 at 5:28 PM
comelnya..

~ilmaa~
famia said :
April 13, 2011 at 11:28 AM
hehe. lukisan tak seberapa je. Terima kasih.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.