Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, March 15, 2011


_Manusia memang suka dibelai-belai.

Seperti kucing... miau~

Aku tidak sukakan kucing. Tetapi, aku suka dibelai-belai. Miau. Baiklah. Sebenarnya entri ini tiada kaitan langsung dengan kucing, belai-belai dan juga miau. Memang tiada kaitan. Aku kan suka menulis sesuatu yang tidak berkaitan. Sebab aku suka dibelai-belai. Miau~

Baiklah.

Ini perihal membelai-belai pengunjung ke blog... miau~

Oh hoi, miang sungguh.
Ulang semula.
Baik.

Ini perihal membelai-belai pengunjung ke blog.

Sebenarnya....

Adalah lebih baik jika tuan rumah dapat membalas setiap satu komen mereka yang berkunjung ke blog tuan rumah.

Kenapa?

Kerana manusia suka dibelai-belai. Miau~

Walaupun aku belum pernah berpeluang belajar ilmu psikologi manusia secara mendalam, tetapi aku tahu manusia suka dibelai-belai. Jadi, jika anda menulis apa-apa entri dan terdapat satu, sepuluh atau seratus komen... sudilah kiranya anda membalas komen-komen mereka.

Ya, aku tahu walaupun anda tidak membalas komen mereka tetapi anda tetap membaca komen-komen tersebut. Namun, tidak salah pun jika anda sudi membalas komen-komen mereka walau dengan menulis "Ya." atau "Ok." Kan? Apa ada hal. Bukan putus pun jari ya tidak?

Aku tafsirkan tuan rumah yang tidak suka langsung membalas komen pengunjungnya sebagai seorang tuan rumah yang berego tinggi. Istilah budak-budak remaja sekarang adalah, "Budget hot." Perbelanjaan panas.

Percayalah, pengunjung yang dibalas komennya memang sangat terasa dihargai. Mesti dia fikir, "Wah, aku bagi komen mengarut pun dia balas juga. Dengan sopan pula itu." Dan dari situ, terbentuklah satu pandangan baru mengenai tuan rumah itu. Ya. Begitulah salah satu cara seorang tuan rumah dapat melemparkan sebiji dua hiburan dalam bentuk belai-belaian kepada tetamunya.

Terbelai-belai ego tetamu-tetamu ke blognya.

Bukankah bagus.

Anda kini seorang tuan rumah yang agak beradab dan suka membelai-belai ego tetamunya. Dan selepas tetamu itu sudah berasa seronok dibelai-belai egonya, pasti dia kembali lagi dengan Tora bersama beberapa rakan lain (mungkinlah). Tidak salah jika kita menabur harapan. Huah huah huah.

Namun begitu...

Bukan semua tuan rumah berupaya untuk membelai-belai tetamunya. Itu semua terpulang kepada mentaliti dan akhlak tuan rumah tersebut. Bukan semua mampu menghiburkan dan melayani tetamunya dengan baik. Dan kebolehan itulah yang membezakan seorang Homo Sapiens dengan Homo Sapiens lain.

Tetapi percayalah, first impression always last.

ALWAYS.

Kalau aku salah seorang daripada tuan rumah 'perbelanjaan panas' ini, mohon beri teguran ya. Sebab aku selalu terlupa. Dan disebabkan aku pun salah seorang daripada Homo Sapiens yang suka dibelai-belai, aku pun termasuk dalam carta golongan tuan rumah 'perbelanjaan panas'.

Oh hoi, harapnya sudah terkeluar dari carta.

Baiklah, sebenarnya konsep membelai-belai ego Homo Sapiens sejagat ini boleh diaplikasi ke atas apa sahaja. Fleksibel. Mudah. Kosnya tidak tinggi dan tidak murah. Kosnya memang percuma. Jika anda membelai-belai manusia, sekaligus anda juga turut membelai-belai diri sendiri secara tidak langsungnya.

Oh, ya.

Membelai-belai manusia ini bukan bermaksud mengampu-ampu manusia. Ia juga bukan bermaksud mengambil hati manusia atau mencuri hati manusia. Sekadar membelai-belai hati sahaja. Harap tiada salah faham dan jangan salah gunakan ya.

Jadi, selamat mencuba.

Ok, sudah.

Miau_

Kategori:

11 Responses to "Tips Miau-Miau Homo Sapiens"

dboystudio said :
March 15, 2011 at 7:02 PM
"Budget hot." Perbelanjaan panas.
cukup menghiburkan thehehehe
curx said :
March 16, 2011 at 11:36 AM
miau~
Anonymous said :
March 16, 2011 at 5:53 PM
panda pon suke dibelai gak..:D
famia said :
March 17, 2011 at 4:57 PM
dboy: Perbelanjaan panas itu bahasa kasar :)

kurk: hello kitty.

anon: Adakah anda panda, makanya? Hehe
Anonymous said :
March 17, 2011 at 5:45 PM
hahaha...nape bile tang manje+suke dibelai,kucing jd pilihan??
famia said :
March 17, 2011 at 5:57 PM
Sebab ayam tidak manja dan tidak suka dibelai.
Anonymous said :
March 17, 2011 at 8:52 PM
hahaha..ok
Anonymous said :
March 23, 2011 at 2:18 PM
setuju. ada sesetengah blogger dah terbiasa dengan komen ampu drpd pembaca tetap bila kadang2 ditegur buat entri baru kutuk org yg komen entri sebelum tu. pada saya untuk menjadi seorang blogger kena kuat daya tahan diri. bila bersedia utk publish satu2 entri berkongsi dgn pembaca bermakna anda bersedia dgn pandangan orang luar. suka atau tidak benda tu membantu kita mengenal kesilapan kita atau paling tidak mengenal ragam manusia. positif la dgn komen walaupun anda tidak suka dengan komen tersebut. setiap perkara dihitung amalannya. janganlah khuatir dikiritik sbb kita mungkin cepat alpa bila kerap dipuji. tak salah sesekali jatuh sbb hidup ni umpama roda tak sentiasa berada di atas.

err btw bukan nak tegur cik famia pun tapi itu yg saya perasan bila baca beberapa blog.

~ilmaa~
famia said :
March 23, 2011 at 4:51 PM
anon: hehe, setuju dengan awak. Saya ok je kalau ditegur dalam apa jua cara... keras ke lembut ke semua pun insyaAllah boleh go :p
Sham Hassan said :
May 16, 2012 at 1:52 PM
budget hot = perbelanjaan panas? he he
lebih comel lagi, belanjawan panas...
May 16, 2012 at 3:19 PM
begitulah gamaknya :)

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.