Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, March 31, 2011


_Baiklah, mari membuat promosi barangan bukan tempatan.

Ia berasal dari Korea.



Tahukah anda apakah benda itu?

Ya.
Sotong bermuncung.
Yang perasan dirinya comel.

Tahukah anda apakah kegunaannya?

Cuba teka.
Tekalah.
Teka.

Sudah malas?
Tidak mengapa, saya faham.
Itu memang perangai semulajadi manusia.

Baiklah. Sotong bermuncung yang perasan dirinya comel itu digunakan sebagai...

Pling!



Ya. Untuk menghilangkan tekanan di kepala. Caranya dengan menekan sotong itu ke atas kepala. Tekan... tekan... tekan. Hilang sedikit tekanan. Tetapi sotong itu tidak mampu menghilangkan migrain di kepala. Ia tidaklah hebat mana. Untuk halau tekanan bolehlah. Sotong hebat yang bermuncung dan perasan dirinya comel ini boleh didapati di mana-mana cawangan Daiso. Aku beli ini di Daiso Sunway Piramid.

Tekan... tekan... tekan.

Namun, jangan pula ditekan kepala itu dengan sekuat-kuatnya. Tekanan yang terlalu kuat di kepala akan menyebabkan struktur kepala dan cara pemikiran anda berubah. Ya. Fakta itu adalah rekaan saya semata-mata. Namun, saya yakin 0.01% pasti wujud kesahihannya.

Kadangkala jika tidak berjaya melekatkan sotong di atas kepala, boleh cuba tanam pokok dan kemudiannya reneh daun-daun itu serta tepekkan di atas kepala. Pun boleh kurangkan tekanan juga. Cubalah bercucuk tanam dari sekarang. Pergi hijau (Go green)!

Ini adalah pokok yang tidak saya tahu namanya namun tetap dijaga dengan tidak begitu rapi di pejabat. Seminggu cuma siram sebanyak sekali atau pun dua kali sahaja. Itu sudah memadai. Tidak perlu hari-hari. Nanti ia meninggal.



Ini pula rupa paras sekilas meja pejabat saya. Bersepah dan penuh dengan nota berwarna-warni. Maaf kerana gambar ini sangat kabur. Tangan saya mempunyai gegaran skala Richter 9.8. Jadi apa jenis kamera baik kamera telefon mahu pun kamera DSLR, pasti akan berlaku gegaran tangan yang teruk.



Baiklah.

Kepala saya masih sakit. Hari-hari cik migrain akan datang menyinggah tiga kali. Jam 4 petang, 6 lebih petang dan 10 malam. Hampir kancing gigi dibuatnya. Oklah, saya perlu melekatkan sotong bermuncung ini di atas kepala. Saya harap sotong ini dapat menyedut segala tekanan di kepala saya.

Tolonglah ya wahai sotong_

Kategori:

14 Responses to "Skuit Skuit"

April 1, 2011 at 1:07 AM
meh nak tolong picit kepala!
ehh...salam pun tak bagi...
assalamualaikum kakak pamiya..

adasoalan ni..
kenapa pasu comel sangat?
nak satu boleh?
dengan pokok2 skali..
dengan tua pokok sekali..
hehe
nami(betulke ntah nama myvi tucamni) kah terkurung kena sumpah jadi kecik? ke mmg tempat parking dia atas meje tu??
April 1, 2011 at 5:19 AM
http://anne-mishi.blogspot.com/2011/03/migrain.html

wink.wink. ;)
archiq said :
April 1, 2011 at 9:37 AM
squidwerk~!!

wahh.. lawanya meja... kemas tersusun aje...
Dani neh said :
April 1, 2011 at 10:55 AM
kelaka la sotong tuh..
ada jugak ciptaan cenggitu..
huwaaaaaaaaaaaahahaha

xai xai..
nanti nak adiah mcm pasu Go Green tuh.. siap pasu dia ko lukis2 camtu.. nak nak nak.. aaaaaaa.. tapi bedey dah lepas.. tapi... nak nak nak :)

ehe <~ dulu ni trademark ko gelak
famia said :
April 1, 2011 at 3:38 PM
syuhada: waalaikumsalam wbt. Haha. Terima kasih tolong picit ek. Pasu tu lukis sendiri. Lukisan tak semenggah. Mana ada comel -_-" Ooo tu Nami junior. ahkahkahaks. Ya dia disumpah menjadi kecil. Tak boleh berpisah dengan tuannya :p (replika myvi putih tu pemberian kawan. siap boleh buka pintu lagi. comel kan. hehe)

anne: Hehe. Terima kasih. Oh ya, kalau orang biasa pergi mengurut memang akan bagitahu di tapak kaki boleh kenalpasti jenis-jenis sakit lain. Darah tinggi, kencing manis, masalah hempedu dan lain-lain. Ada dijual satu terompah kayu yang ada cucuk2 macam tukul refleksi dan siap berlabel sekali bahagian ini melibatkan sakit pada organ mana. Saya pernah nampak terjual di kuching dan Melaka. Rasanya sepasang dalam rm10 ke rm15 je :)

archiq: Pergh, mana ada kemas. Bersepah tu.

dani: hehe. Korea dan Jepun memang gila kreatif. Design unik gila. Huhu. Pasu Go Green ek. Ni beli kat Ace Hardware (ke apatah nama kedai)... lepas tu aku cuci dan lukis. Kebetulan ada sebijik ni je warna putih. Lain semua brown. Kalau jumpa aku tolong carikkan... aku cubalah ek. Tapi aku tak janji. Huhu. Takut tak dapat penuhkan janji pula.
azka said :
April 1, 2011 at 10:20 PM
botak kepala kan..
April 4, 2011 at 8:04 PM
pasu itu hebat...
seperti pemilik nya...
famia said :
April 5, 2011 at 10:41 AM
azka: ha? sotong tu ke? sotong tu memang botak.

dboy: haha. Mana adalah.
Anonymous said :
April 6, 2011 at 6:20 PM
bayangkn budak kecik tgh drivng smbil tgk gps..muke kerut2 xpaham pe gps mrepek..dia ambik sotong tu letak kt kpale..pehhh...
famia said :
April 8, 2011 at 5:55 PM
Sengal gila hamba Allah ni. Pasti anda ni muda dari saya. Hahah
Anonymous said :
April 9, 2011 at 5:53 PM
ek..pe kene mengena??hehe..klu sebaya/sedikit lebih,blh ye amik hati kamu? :D..
May 2, 2011 at 4:06 PM
beware, ni la cecara alien nak menakluk bumi, dorang menyamar jadi penggaruk kelemumur lepas tu dorang manipulasi gelombang otak manusia, pastu bla bla bla........
famia said :
June 20, 2011 at 8:27 PM
anon: pergi pasar, ada jual hati lembu.

tipsremeh: biar betik.
famia said :
June 22, 2011 at 1:27 PM
anon: pergi pasar, ada jual hati lembu.

tipsremeh: biar betik.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.