Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, March 07, 2011


_Pelanduk dua serupa kadangkala memang membawa padah.

Watak utama cerita ini adalah air kordial Sarsarapararilla.

Sarsarapararilla.
Sarsaparararilla.
Sarparasarilla.

Hak alah, susah benar menyebutnya. Serius memang aku tidak pernah lulus mengeja mahu pun menyebut nama air ini. Entahlah macamana ejaan yang sebenarnya. Tetapi air kordial ini memang salah satu watak penting di rumah. Hampir semua ahli keluarga melainkan aku... memang sangat cintakan air ini.

Aku faham, kami tiada reaksi kimia.

Air ini entahlah apa yang sedapnya. Seperti air Coke versi tidak bergas. Semua suku-sakat keluarga Coke ini memang aku tidak berapa berkenan. Sudahlah namanya pun ala-ala saintifik. Aku rasa sebut nama Arnold Shcwazerneger pun senang lagi.

Namun.

Sebenci-benci aku pada air Sarsarapararilla itu pun aku jugalah yang jadi tukang membancuhnya di rumah. Sebab mereka suka minum. Aku pun sukalah juga tolong membancuhnya. Bancuh sahaja. Minumnya tidak.

Sehinggalah pada suatu hari.

Tiba-tiba retina mata ini terperasan kewujudan entiti yang tidak pernah terlihat di dapur. Bentuk badannya benar-benar menyerupai bentuk badan air kordial Sarsarapararilla. Warnanya pun hitam pekat juga. Tinggi pun lebih kurang sama. Tetapi jika dilihat dari dekat, entiti itu tidak lain dan tidak bukan adalah kicap Jalen Manis rupanya. Pergh, refill pack ke apa ini! Edisi ekonomi barangkali.

Punyalah besar isipadunya.
Benar-benar menyerupai air kordial Sarsarapararilla.
Ini kalau tersalah bancuh memang haru-biru juga nanti jadinya.

Sehinggalah pada suatu hari.

Air kordial Sarsarapararilla dibancuh mesra. Mereka pun meneguk air pujaan itu dengan mesra juga. Aku pun memandang sahaja dari jauh dengan mesranya. Sehinggalah tiba-tiba... wajah mereka berkerut-kerut. Hairan juga. Kenapa pula.

Sebaik sahaja mata menoleh ke dapur...

Ah, sudah_

Kategori:

7 Responses to "Sarsarapararilla"

dboystudio said :
March 8, 2011 at 12:27 AM
nak secawan thehehehehe
Husna Adnan said :
March 8, 2011 at 8:09 AM
Sarsaparilla juga dulu-dulu emak saya suka beli. Sekarang asyik beli Ribena dan kordial oren jenama Tesco. Tetapi meletakkan Sarsaparilla berhampiran kicap memang tidak bagus sama sekali. Hahahaha!
archiq said :
March 8, 2011 at 10:06 AM
tengah syok2 baca... tetiba ada "tentang penulis" kat endingnya... setiap entry lak tuh... apekah?

ngeee...
famia said :
March 8, 2011 at 5:52 PM
dboy: nah.

Husna: HAHAHAHA (eh... eh terseru Husna Adnan).

Archiq: O, test sebenarnya :p
daineso said :
March 10, 2011 at 4:13 PM
huhu abes benda apa yang uxai bancuh sebenarnya
Ezad said :
March 10, 2011 at 9:19 PM
laa... cerita tergantung ni..

ape kesudahannya??

eh.. air sarsar.... tu cam ne rupanya??
tak pernah tgk pun
famia said :
March 17, 2011 at 4:59 PM
daineso: air sarsarap tu :p

Ezad: HAha. Bukan tergantunglah. Kesimpulan cerita tu terpulang kepada pembaca itu sendiri.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.