Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, March 25, 2011


_Minggu hadapan bermula dari Isnin sehingga Isnin berikutnya saya membujang.

Yeah!

Eh, tersuka pula.

Maksud saya, sedihnya. Kedua-dua ibu dan ayah saya akan ke Phnom Penh. Jalan-jalan sambil melawat adik lelaki saya. Walaupun saya berasa sedih, tetapi jauh di sudut hati saya memang saya sangat gembira. Ini adalah kerana kedua-dua ibu dan ayah saya pertama kali ke Cambodia. Dan ini adalah pengalaman pertama ibu saya menaiki kapal terbang. Saya harap ibu saya tidak gayat dan tidak bermasalah seperti saya.

Apa masalah saya?

Saya memang banyak masalah. Bukan... bukan. Saya memang gadis nakal dan keji tetapi kini sudah berubah menjadi seorang yang boleh tahan berakhlaklah juga tetapi masih lagi bermasalah. Jika saya tidak cukup tidur, saya pasti kembali kepada diri yang asal. Tidak apa. Kawan-kawan saya semua sabar orangnya. Kah kah kah.

Ok, semula.

Apa masalah saya?

Saya bermasalah jika menaiki kapal terbang. Telinga saya akan bermasalah. Di mana tiub Eustachio saya akan mengecil lalu tekanan udara tidak akan seimbang di dalam dan di luar. Jadi setiap kali kapal terbang mahu mendarat, di dalam telinga saya akan terasa seperti mahu pecah akibat dicucuk benda tajam. Memang sangat sakit. Pertama kali kena sewaktu menaiki Saudi Arabia Airlines (usia 11 tahun) dan kedua sewaktu ke Kuching tahun lepas, memang sangat menangis. Berjurai-jurai air mata aku. Terkejut Dani dan Suhaila.

Punca masalah ini, tidaklah saya pasti.

Dan saya memang sedaya upaya cuba mengelakkan diri daripada berjumpa doktor. Kerana saya tidak sukakan doktor. Mereka tidak ramah. Kadangkala sangat tegas dan dingin. Jarang sekali saya terjumpa doktor yang memberi saya ketenangan, kepercayaan dan keselesaan untuk berkongsi apa sahaja. Mungkin nisbahnya adalah 1:100. Entahlah apa yang terjadi kepada aplikasi pelajaran psikologi yang dipelajari mereka.

Jika anda seorang doktor, minta maaf.
Ini semua kisah benar saya.
Sungguh.

Ok, cukup perihal saya.

Sepanjang peninggalan kedua ibu dan ayah saya, mereka sudah memberi 'sedikit' tugasan kepada saya untuk dilaksanakan. Gembiranya saya! Hai, sungguh plastik reaksi saya bukan. Maafkan si Huzaimatus yang berperangai tidak semenggah ini ya kawan-kawan budiman.

Pesanan ayah...

  1. Tolong siram pokok hari-hari. Jangan buka air besar sangat nanti tanah terpercik keluar. Pendek nyawa pokok itu nanti.

  2. Tolong hidupkan enjin kereta ayah sekali sekala. Berkarat Abang Warwick itu nanti kasihan pula. Oh, Warwick adalah nama kereta ayah. Nonami adalah nama kereta saya (Huzaimatus, orang tidak tanya pun).

  3. Lampu di dalam rumah jangan ditutup jika keluar rumah. Nanti disyaki tiada orang di dalam. Kawasan perumahan saya sudah banyak kali ada kes pecah rumah. Memang merbahaya. Dan kisah orang gila berkeliaran pun ada juga. Ingat kisah ini bukan?

  4. Tolong kunci pintu gril setiap kali keluar rumah. Mak kata merbahaya. Ingat, merbahaya tahu.


Baiklah.

Saya tidak sabar mahu menghantar mereka ke KLIA Isnin hadapan. Wahoo! Saya rasa KLIA cantik dan sedikit cool berbanding LCCT. Ibu dan ayah saya pesan, jika tidak berani tinggal seorang diri, ajaklah kawan-kawan. Saya fikir, tidak patut pula mengacau mereka. Jadi, saya sudah ajak malaikat temankan saya. Allah pun temankan saya juga. Saya harap syaitan dan jin semua tidak akan mengganggu saya nanti.

Oklah, itu sahaja.

Untuk hari Jumaat yang mulia ini, saya sedekahkan sedikit kasih sayang saya untuk anda semua. Ambillah jika sudi_

Kategori:

11 Responses to "Nomu Chuaheyo"

March 25, 2011 at 11:38 AM
Semoga selamat pergi dan balik ke Malaysia!!!And for you, hati-hati...=D
Anonymous said :
March 25, 2011 at 12:02 PM
semoga selamat utk mak & ayah....
utk huzai juga - semoga selamat sorang2 kat rumah tuuu....
March 25, 2011 at 12:22 PM
nak temankan! nak temankan!
boleh? hehehehe
*sambil peluk kasih sayang*
Anonymous said :
March 25, 2011 at 6:40 PM
oleh itu..kamu kene tido awal tuk xkelam kabut time nk p keje.
1- pasti akn tebukak air yg besar tuk mandikn bunga2 tu n tanah tu kompem tekuar..
2- jgn licinkn lantai,sb kamu akn teringat lak warwick xdnyawakan lg..
:D berhati2 budak kecik
Ezad said :
March 26, 2011 at 8:59 PM
eh.. operasi buat kek batik tak der?
pu3sakura said :
March 27, 2011 at 11:44 AM
selamat menikmati hari-hari 'merdeka' anda dan hati-hati sendirian di runah yer...
dboystudio said :
March 28, 2011 at 1:35 AM
jgn main hujan.... thehehehe
Anonymous said :
March 31, 2011 at 1:32 PM
saya pun mengalami masalah telinga yg teruk bila kapal mendarat. 1st experience masa balik kursus dari langkawi rasa mcm nak menangis. tp sbb berseorangan pejam mata tahan sakit.

-ilmaa-
famia said :
April 1, 2011 at 1:00 AM
mardhiyah: ya! insyaAllah :)

anon: ye baik.

syuhada: hehe. terima kasih.

anon: harap2 mulut anda tak masin. fuh.

ezad: siapa pula nak makannya. dulu Ida ada bolehlah. hehe

pu3: hehe. tak adalah merdeka sangat.

dboy: tu tak boleh janji :)

ilma: kan. sakit gila. T____T
Gurucyber said :
May 30, 2011 at 10:43 PM
hu hu .. anak mak...
famia said :
May 31, 2011 at 11:00 AM
Kalau bukan anak mak, anak siapa lagi? Kecil hati mak saya.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.