Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, March 18, 2011


_Saya gembira saya sangat sibuk.

Dengan urusan dunia.

Tetapi saya sangat sedih sebab saya tidak pandai uruskan masa dengan bagusnya. Hah, lemahlah aku macam ini. Hari-hari macam terasa kena tinggal keretapi. LRT tidak apa, setiap lima ke sepuluh minit pasti datang. Kalau keretapi ini lebih kurang setengah jam ke empat puluh lima minit baru datang. Haru betul.

Apa yang saya sibukkan sangat?

Oh, itu adalah...

  1. Design wedding card adik gadis dan kekandanya. Bukan kerja mudah. Menangislah saya macam ini. Sudah bulan tiga ini. Entah sempat ke tidak mahu hantar ke kedai cetak.

  2. East. Anda masih ingat East yang suka mengambil gambar dirinya setiap hari selama 365 hari? Ya, sudah hampir dua bulan saya belum letak gambarnya yang terkini. Dia sudah merajuk. Menangislah saya macam ini.

  3. Ubahsuai interface application. Ya, ini kerja pejabat. Sudah banyak yang saya lakarkan, tetapi belum sempat ubah di dalam Photoshop. Menangislah saya macam ini.

  4. Perlu menghantar lens Kakeno (kamera EOS 350D yang usang itu) ke kedai untuk dibaiki. Hari-hari emak menggesa saya. Tetapi, saya seperti tidak cukup masa mahu ke Amcorp Mall itu. Kalau ada kawan yang pandai tengokkan kan bagus. Menangislah saya macam ini.

  5. Tertunggak mahu membaca koleksi buku-buku PTS (dibeli sebab kulitnya cantik bukan main... saya memandang kulit kemudian baru isi. kah kah kah) dan buku-buku lain. Komik pun sudah lama tidak dibeli. Otak sudah tidak boleh berfungsi dengan lancar jika sudah lama tidak dapatkan hiburan itu (komik). Menangislah saya macam ini.


Baiklah... itu sahaja.

Cukup-cukuplah mengadu untuk hari ini.

Tolong ajarkan saya cara menguruskan masa dengan baik_

Kategori:

6 Responses to "Koyo Ngono Koyo Ngini Hari Ini"

curx said :
March 18, 2011 at 10:51 PM
eh, adik nk kawen ker? eg ker?
daineso said :
March 22, 2011 at 9:04 AM
uxai... buat senarai berdasarkan yg mana lebih penting letakkan di awal senarai.. n buat yg lebih penting tu dulu.. kalau nak buat semua mmg nampak mcm x sempat.. kena fokus n settlekan satu2.. u can do it.. chayok2..
Anonymous said :
March 22, 2011 at 6:46 PM
p cuti2 malaysia..;)
Noni@Noraini said :
March 22, 2011 at 10:03 PM
jadi la seperti saya,modalkan satu buku organizer,then buat checlist.. ada kan bahagian Remrks ,tandakan setelah selesai.. selamat menuba :-)
famia said :
March 22, 2011 at 11:08 PM
kurk: ya :)

ecah: baik, terima kasih.

anon: duit... duit.

noni: hehe. Bagus. Nanti nak cuba. Terima kasih ek.
Noni@Noraini said :
March 23, 2011 at 12:53 PM
with my pleasure..

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.