Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, March 17, 2011


_Biasa dengar bukan peribahasa ini?

Harimau mati meninggalkan belang.
Manusia mati meninggalkan nama.

Namun begitu.

Bukan nama sahaja yang ditinggalkan oleh manusia. Blog, akaun Facebook, flickr dan sebagainya masih lagi tertinggal di dunia ini. Dan tempat-tempat yang masih tertinggal ini terbiar kosong tidak dijaga. Namun sekali-sekala masih dilawati oleh rakan dan taulan yang masih sudi mengingati si manusia yang sudah menemui Allah.

Seperti memorial park.

Sedih sebenarnya.

Kadangkala apabila melihat Facebook kawan yang sudah menemui Allah, aku mesti akan scroll ke bawah dan ke bawah lagi untuk melihat komen-komen lama yang ditinggalkannya.

Perasaannya seperti, hari ini komen macam-macam dan buat aktiviti yang pelbagai di sana-sini. Tetapi esoknya, sudah dijemput Allah. Dan sesungguhnya teramatlah benar bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan kembali.

Jadi.

Jika tiba giliran aku pula nanti, aku harap biarlah mereka sudi selitkan sedikit ingatan tentang aku dalam doa mereka. Dan bukan selitkan ingatan-ingatan dan ucapan-ucapan itu di memorial park aku. Harap-harapnya jangan jadikan sisa-sisa tinggalan aku itu sebagai memorial park.

Jadi.

Mesej yang aku cuba sampaikan di sini adalah, aku kena buang sedikit demi sedikit unsur-unsur memorial park ini seperti blog, Facebook, Flickr dan sebagainya sebelum dijemputNya.

Macamana aku tahu tarikh dan waktu aku dijemputNya?

Tidak, aku tidak akan tahu.

Sebab itu rahsia Allah kan. Boleh jadi sekejap lagi. Mungkin selepas aku siarkan artikel ini dan mungkin juga esok. Mungkin juga lapan tahun lagi. Manalah aku tahu rencana dan ketentuanNya kan. Itu semua kerja Allah. Aku tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Dan aku tidak tahu pun apa yang akan terjadi pada esok hari.

Biasanya aku suka tulis entri awal-awal kemudian letakkan schedule untuk auto publish. Kebanyakan entri yang ditulis ini biasanya ditulis pada hari lain dan disiarkan mengikut jadual. Manalah tahu kalau-kalau aku dah jadualkan beberapa entri untuk disiarkan tetapi ketika itu aku sudah menemui Allah ke. Manalah tahu kan.

Jadi perlu bersedia sentiasa.

Belajar untuk tinggalkan dunia... sedikit demi sedikit. Mula-mula jarakkan diri dengan Facebook, contohnyalah. Kemudian, jarakkan diri dengan blog, contohnya jugalah. Selepas itu, jarakkan diri dengan skop kawan-kawan atau kecilkan skop kawan-kawan... ini contoh juga. Belajar untuk bersendiri.

Ya, dunia... kita perlu berpisah selama-lamanya.
Sebab kita tidak ditakdirkan bersama.
Tidak secocok dan tidak serasi.

Kimia di antara kita cumalah sementara.

Kapoof... pasti hilang.

Jadi, anda dapat mesej yang aku cuba sampaikan? Aku harap anda dapat. Sebab ini semua sementara. Esok dan lusa belum pasti lagi sahih zahirnya. Semakin lama kita hidup, semakin berkurangan sisa umur kita. Dan semakin bertambah dosa-dosa kita. Aku lagilah banyak dosa. Selalu gagal beristiqamah dalam cubaan mengurangkan dosa. Memang gagal oh!

Jadi di atas kegagalan ini, kita... eh bukan kita, sepatutnya aku. Aku kena ambil tindakan yang sedikit extreme iaitu cubaan mengasingkan diri dengan dunia sedikit demi sedikit. Kalau tidak, aku tidak janji aku boleh kurangkan buat dosa. Oh, aku!

Jadi, berusahalah untuk cuba.

Baiklah, kawan-kawan.

Kapoof_

Kategori:

6 Responses to "Du Ni Aa"

dewajiwa said :
March 17, 2011 at 8:34 PM
ya betul.
kebetulannya, saya juga SEDANG membuat perkara ini. cuma yang tak tahan, ada mesej-mesej peribadi yang merayu dan bertanya ke mana saya menghilang.

bukan FB, email, Skype, blog, Twitter, FS atau Tumblr je, nombor telefon genggam pun saya tukar. serius.
Anonymous said :
March 17, 2011 at 9:12 PM
DIA da bg kita panduan bgmana nk seimbangkn alam kekal dgn alam smtare ni tanpe jejaskn prjnjian kita dgn DIA..ikut panduan tul2,InsyaAllah bdk sore comel..heheh
burunghantu said :
March 17, 2011 at 11:47 PM
tinggalkan facebook semua betul.

tapi tinggalkan manusia? salah itu.

Islam tak pernah ajar kita untuk menyendiri. Islam ajar kita untuk memperbanyak dan merapat silaturahim.

errr...nama blog awk sama dengan saya.
famia said :
March 18, 2011 at 2:31 AM
Dewa: Kalau itu memberi anda ketenangan, teruskan :)

anon: ya :)

burunghantu: tuan/cik/puan... saya tidak pernah sebut pun tinggalkan atau buang terus kawan-kawan. Hehe. Saya cuma sebut... jarakkan sedikit diri dengan kawan-kawan. Dan kecilkan skop kawan-kawan yang meluas itu. Bukan memutuskan silatulrahim atau seangkatan dengannya. Sekali sekala perlu juga untuk bersendiri. Dan mungkin ini cara saya tetapi bukan cara anda atau orang lain. Kita berbeza :)
Noni@Noraini said :
March 18, 2011 at 3:21 AM
aku akan merindui teks teks blog ni.. kene la selitkan dgn ilmu yg berguna.3 perkara yg di bawa itu salah satunya , ilmu yang berguna .. selagi org mengamalkan ilmu itu , mengalir pahalanya hingga ke dlm kubur :-)
famia said :
March 21, 2011 at 6:30 PM
noni: blog ini banyak benda yang tak berfaedah je noni :)

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.