Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, March 11, 2011


_Tsunami skala Richter 8.9 bertarikh hari ini.

Amaran dariNya datang lagi.

Terasa halusnya manusia. Terasa kecilnya kilang-kilang, menara-menara dan bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Terasa sangat kecilnya negara yang diduduki apabila ditelan tsunami. Ok, bukan negara. Sepatutnya... terasa sangat kecilnya dunia ini. Dunia. Memang sangat kecil.

Ke mana mahu lari wahai manusia?

Amaran dariNya datang lagi.

Takut kan apabila terfikir tiada satu tempat pun di dalam dunia ini yang boleh kita jadikan sebagai tempat untuk menyelamatkan diri. Tiada satu pun. Termasuklah planet-planet lain. Manusia-manusia lari bertempiaran seperti habuk-habuk yang dikibas pada pagi hari. Sambil berlari sambil disapu tsunami.

Ngerinya, oh!

Anda boleh cuba tengok video dari Al-Jazeera tentang liputan berita secara langsung perihal Tsunami Japan hari ini. Habis semua disapu bersih tsunami. Memang bersih. Tegak bulu roma aku dibuatnya. I got goosebumps.

Amaran dariNya datang lagi.

Dapatkah anda mesej yang cuba ditunjukkan olehNya_

Kategori:

9 Responses to "Disimbah Tsunami 8.9"

Anonymous said :
March 11, 2011 at 5:25 PM
Subhanallah...mudah2an sahabat handai xde yg terlibat
famia said :
March 11, 2011 at 5:54 PM
Semogalah.InsyaAllah.
March 11, 2011 at 11:35 PM
astaghfirullah...
kiamat semakin hampir...
azka said :
March 12, 2011 at 1:27 AM
masa gempa kuat kat sumatera hari tu. sampai kat kelantan ni, siap pecah tingkap sekolah.
Anonymous said :
March 12, 2011 at 2:37 AM
Sesungguhnya Dia Maha Kuasa.. Masa kini manusia mengejar kuasa..Mendapat kuasa dan menindas mahklukNya..

Nah! Sekarang siapa lagi berkuasa?

Allah swt
buat duit said :
March 12, 2011 at 2:40 AM
Sekuat mana pun manusia..Ada lagi yang lebih kuat..dan sudah tentu yang lebih kuat itu adalah Pencipta Manusia..

Subhanallah..
famia said :
March 15, 2011 at 2:41 PM
Den: Ya. Sangat2 hampir.

azka: subhanAllah.

anon: Ya. Betul sangat2.

Buat Duit: Ya. Semestinya.
zai_pj said :
March 17, 2011 at 11:17 AM
tsunami kali nie, betul2 membuatkan aku rasa manusia sgt kerdil. melihat rumah & kereta ibarat mainan. sekali air bah datang, dgn rakusnya ia menolak..

oh sesungguhnya, aku insaf! takut sgt :(
famia said :
March 17, 2011 at 4:57 PM
zai: Haah. Sama dengan. Terasa insaf juga.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.