Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, February 10, 2011


_Lama tidak berkongsi tips kan.

Tips-lah sangat.

Sebelum itu, izinkan aku jelaskan sedikit.

Tips-tips ini cuma berkesan ke atas aku sahaja. Macam biasalah. Sebab aku sudah buat beberapa eksperimen ke atas diri sendiri. Tetapi, aku cuba berkongsi dengan anda sebab... manalah tahu kan jika ada di antara anda di sana yang berkeadaan macam aku di mana kereaktifan dan tahap keberkesanannya adalah sama. Eh, ayat terakhir ini salah. Ah, biarlah. Pandai-pandailah anda memahamkan bahasa Slytherin itu.

Ok.

Tips ini bernama tips 'Tidak Apa, Aku Tidak Kisah'.

Kenapa namanya begitu? Sebab aku yang letak. Mahu tukar nama lain? Hah, tukarlah. Tidak apa. Aku tidak kisah. Ok kawan-kawan, tips ini berguna untuk anda jika dan hanya jika anda mahu memiliki hati yang besar, ringan, putih, suci dan bersih. Kalau anda tidak mahu? Tidak mahu sudah. Tidak apa. Aku tidak kisah.

Baik, kita mulakan.

1. Sentiasa perap dalam kepala, "Tidak apa. Segala dalam dunia ini pinjamanNya semata-mata. Tidak ada satu pun milik kita melainkan iman dan amal semata".
Jika 24 jam sehari anda berfikiran begini, insyaAllah hati anda akan seringan oksigen, sebesar cakerawala, seputih salju, sesuci air Zam Zam dan sebersih er... sebersih benda paling bersih dalam dunia inilah pendek katanya. Aku pernah cuba pakai tips ini... mula-mula memang tidak berjaya. Sekarang pun tidak berjaya juga. Kadang-kadang sahaja berjaya. Dan biasanya memang tidak berjaya. Terkalah dengan nafsu sendiri.

Tetapi, kalau anda rajin mencuba tips ini mungkin anda akan jadi manusia paling berjaya di cakerawala ini. Berjaya di dunia dan di akhirat insyaAllah. Tips ini sangat sesuai untuk manusia yang suka berkira dengan segala unsur yang wujud di muka bumi ini. Dan sangat sesuai juga untuk mereka yang sukar melepaskan apa-apa di hati. It is ok to let it go... it is not even yours. Redha.

2. Tepuk dalam dada ayat ini, "Tidak apa. Ini bukan rezeki aku."
Tips ini kalau amalkan selalu, insyaAllah syaitan akan histeria. Sebab tidak berjaya mahu meniup atau membisikkan api amarah ke dalam hati anda. Biasanya kalau syaitan ini berjaya, manusia itu akan menjerit-menjerit ke langit mempersoalkan nasibnya yang malang dan tidak menerima segala yang terjadi dengan hati yang penuh keredhaan.

Pendek kata, manusia itu akan terasa seperti dia seorang sahaja makhluk paling malang di muka bumi ini. Macam dia seorang sahaja yang hidup di muka bumi ini. Ada orang lain yang seribu kali lebih malang ok. Rilekslah. Itu bukan rezeki anda. Ini yang terbaik untuk anda dari Dia. Ambil, terima dan jangan lupa cakap, "Alhandulillah. Tidak apa. Ini bukan rezeki aku."

3. Genggam dalam tangan dan tepuk ke dada ayat ini, "Tidak apa. Cukuplah Allah bersamaku."
Tips ini boleh digunakan sewaktu anda terasa kalah dengan dunia dan manusia. Betul. Kenapa perlu mendabik dada mengagungkan manusia jika anda ada Dia. Kenapa perlu tunduk dan gerun dengan manusia jika anda ada Dia. Dan kenapa perlu takut dengan manusia jika anda ada Dia. Jika anda dibuang dan dihalau keluar dari cakerawala ini sekalipun, kenapa perlu khuatir dan gusar... anda ada Dia.

Dan sesungguhnya Allah sudah mencukupi untuk anda. HasbiyAllah. Amalkan selalu tips ini... insyaAllah anda akan seberani saidina Hamzah (Asadullah). Mengaum di mana-mana sahaja. Sebenarnya kan, fakta tentang kehidupan di alam fana ini... tidak mengapa pun jika anda dibenci manusia, dipulau manusia, dicaci manusia dan dianiaya manusia kerana anda sesungguhnya masih punya Allah Yang Esa. Tiada tandingan. The greatest of all. Gantung hati kuat-kuat padaNya. Ok? Chill ya. Jangan susah hati dengan dunia.

4. Hembus nafas kuat-kuat sambil sematkan dalam hati, "Nak seribu daya... kalau tidak nak itu memang seribu songehnya."
Ya. Manusia suka beralasan. Aku pun sama. Namun, tiada apa yang mustahil melainkan tanpa keizinanNya. Jadi, terapkanlah ayat ini dalam hati sentiasa... insyaAllah selagi belum disergah Izrail selagi itulah anda masih punya kudrat untuk melakukan apa sahaja. Aha iya, takrifan 'apa sahaja' itu meluas. Mohon gunakan dengan sebaiknya. Jangan salah guna.

Titik.
Baiklah.
Itu sahaja.

Selamat mencuba, yo_

Kategori:

12 Responses to "Tips 'Tidak Apa, Aku Tidak Kisah'"

Shankly said :
February 10, 2011 at 7:32 AM
This comment has been removed by the author.
ymn said :
February 10, 2011 at 7:34 AM
Good Tips but i don like .
terlalu byk mengalah dan berserah .
ayards said :
February 10, 2011 at 9:54 AM
that's your...i dont mind...anyway, as along it is good for for u, just go on...

~ayards.blogspot.com~
maja said :
February 10, 2011 at 12:40 PM
terima kasih untuk ini
pu3sakura said :
February 10, 2011 at 5:18 PM
~terima kasih, tips yang berguna untuk menenangkan hati dan jiwa yg selalu kacau...huhuhu~
dewajiwa said :
February 12, 2011 at 10:18 AM
redha.
sesungguhnya entri ini penuh dengannya.
myra_miracle said :
February 13, 2011 at 1:20 AM
ok, kenapa air mata tiba2 menitik?? tenkiu untuk entri ini
Huszaini said :
February 13, 2011 at 11:58 PM
:) nice!
February 23, 2011 at 5:17 PM
tips yg berguna untuk merenung sgala yg berlaku dlm kehidupan seharian kita...sama-sama lah kita muhasabah diri..
February 27, 2011 at 5:16 AM
tip y bolehla pkai~~
hehe..
aq suka ayat ko,,spontan je kan..
btw nice post..
Noni@Noraini said :
February 28, 2011 at 10:51 AM
Terima kasih.. Islam itu ingat mengingati sentiasa
famia said :
March 4, 2011 at 9:46 PM
Yaman: It is not meant for you then :)

Ayards: Terima kasih berkunjung ke blog tak berfaedah ni :)

Maja: Lama tak nampak.

Sakura: Semoga berkesan pada awak. Tak semua orang nak pakai tips macam ni :p

Dewajiwa: Terima kasih kerana memahami :)

Myra: Hati awak basah. Alhamdulillah kan :)

Huszaini: Terima kasih berkunjung ke blog tak berfaedah ni :)

Waja: Sama dengan.

Underground: Hehe. Terima kasih berkunjung ke blog tak berfaedah ni. Mohon mengeja baik-baik wahai saudaraku :p

Noni: Sama dengan. Tolong ingatkan aku juga :)

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.