Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, January 05, 2011


_Ah, tag kasih sayang.

Lemah-gemalai dibuatnya.

Ok. Cabaran disahut. Orang memberi, kita menerima bukan. Baiklah. Tanpa berselindung panjang dan merepek-meraban, mari mulakan.

1. Apakah status anda?
Status saya adalah... seorang umat Rasulullah pada akhir zaman yang imannya lebih nipis daripada kulit bawang. (Jawapan saya begitu sebab anda tidak nyatakan soalan itu sebagai 'Status Perkahwinan'. Menyesal tidak? Kah kah kah)

2. Ceritakan tentang diri anda
Seorang Homo Sapiens yang tidak suka bersosial, kera sumbang dan banyak menghabiskan masanya di rumah, lebih tepat lagi... di hadapan komputer. Saya suka benda-benda pelik, lutsinar, bewarna putih, tidak dihurung manusia dan pelik serta lutsinar, bewarna putih dan tidak dihurung manusia. Berbaju dua ke tiga lapis ketika matahari tegak di atas kepala adalah penampilan saya. Ke mana-mana sahaja yang saya pergi, itu adalah ibarat musim sejuk di New York.

Saya tidak tahan sejuk. Tanda-tanda saya kurang daya tahan melawan sejuk... batuk kering secara bertubi-tubi, sesak nafas (kesukaran menghembus dan menarik nafas), tapak tangan saya berpeluh dalam kesejukan dan suhu kedua-dua tapak kaki serta tangan saya jatuh pada -8 darjah selsius. Kipas yang dibuka pada angka satu pun sudah cukup sejuk. Ini baru betul Mamalia berdarah panas yang sejati.

3. Ceritakan tentang Blog anda
Blog ini mengandungi kandungan garam kehidupan dan gula kehidupan yang sangat tinggi. Semoga anda dijauhi penyakit diabetes dan darah tinggi. Al-kisahnya...lah ini banyak menceritakan tentang kehidupan saya sebenarnya. Segala garam dan gula yang ditabur di sini adalah benar pada zahirnya dan memang ada kaitan dengan hidup dan mati saya.

Cuma bezanya, garam dan gula kehidupan di sini telah ditapis terlebih dahulu sebanyak lapan kali pemeringkatan. Yang tinggal cumalah serdak garam halus dan serdak gula halus. Di antara A sehingga Z, saya cuma kongsikan A dan H sahaja. Lain-lain semua tidak sesuai untuk tontonan umum. Saya mahu berkongsi tetapi tidak suka berkongsi. Kelihatan ironi bukan.

4. Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Dunia blog seluas cakerawala. Sepertimana kita hidup sebagai khalifah yang beradab di dalam cakerawala ini, berblog juga ada adabnya. Blog bukan tempat pembuangan sampah-sarap. Pada saya, segala apa yang tertulis di blog mampu mencorakkan kehidupan manusia lain. Jangan main-main. Kebinasaan dan pemulihan minda manusia sejagat terletak di hujung jari blog anda. Fikiran manusia sangat senang dijajah. You can't deny this. You are not Einstein.

Andai blog itu gelap dan negatif, gelap dan negatif jugalah kesannya kepada yang membaca. Andai blog itu menyilaukan mata dan positif sentiasa, maka begitu jugalah kesannya terhadap yang membaca. Makanya, bertanggungjawablah anda terhadap apa yang anda tulis sebelum anda dipertanggungjawabkan. Blog adalah cermin jiwa anda.

5. Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak buat blog.
Kepada kawan-kawan yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog... mohon mengeja dengan senonoh ya sayang. Kita manusia, bukan beruk. Uk, ak, tk, ks, 2n8, wat, gitew... what the hell hen is this! Buktikan pada manusia lain bahawa anda juga ke sekolah. Anda bukan ayam mahupun beruk. Ok, selamat berblog sayang.

6. Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda.
Tiada. Cuma dipenuhi dengan garam dan gula yang ditabur secara syok sendiri oleh empunya blog ini. Harapan saya sekali lagi agar tiada siapa pun terkena penyakit diabetes dan darah tinggi di sini. Terima kasih berkunjung ke sini. Pintu keluar pada butang 'X' di atas ya.

7. Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Blog ini tempat saya menabur garam dan gula. Selagi belum disergah Malaikat Izrail untuk menemuiNya, selagi itulah insyaAllah saya akan terus menulis. Saya belum layak digelar penulis. Takrifan sebenar penulis... hmm masih lagi dalam kajian saya. Impian saya dalam dunia blog? Hm, bukan impian. Ini sepatutnya harapan saya terhadap dunia blog... anda dilarang membunuh diri di mana-mana laman blog atau laman sosial lain.

Sisa-sisa 2010 saya dipenuhi dengan kes-kes pergelutan manusia dengan Malaikat Izrail di luar negara dan di dalam negara. Nyawa itu amanah Allah. Bukan amanah ibu bapa mahupun rakan-taulan. Amanah Allah, ok. Kau main-main dengan Allah? Kau fikir hasilnya 'All is well' seperti dalam cerita 3 Idiots ke? Tsk... tsk. Anda tidak sesuai jadi manusia, ayam lebih sesuai dengan anda. Cuba jadi ayam... cubalah.

Anda ingat seronok ke menonton anda menggelupur melawan Malaikat Izrail secara siaran langsung. Ada hati mahu melawan Malaikat pula itu. Melihat Malaikat Izrail menjemput anda, bukan sesuatu yang seronok ok. Jangan nipiskan iman orang lain yang sudah sedia nipis. Ucapan terakhir, majulah Bahasa Melayu untuk negara!

8. Tag 4 orang rakan blogger anda
Saya adil. Saya mahu tag semua orang yang membaca entri ini. Kalau anda terbuat, mohon letakkan pautan di sini ya. InsyaAllah saya akan jenguk. Baiklah... baiklah, saya pasti akan jenguk, baca dan komen sekali. Marilah berkongsi dengan saya. Manusia bukan makanan saya. Saya 80% herbivor.

Akhir sekali.

Kepada yang tag saya untuk entri ini, adik b0lat... terima kasih atas kasih sayang anda. Semoga dirahmati Allah selalu.

Aum_

Kategori:

8 Responses to "Tag - Dari Blogger Untuk Blogger"

dewajiwa said :
January 5, 2011 at 4:02 PM
yes..saya sangat setuju pasal ejaan tu. 900% saya setuju. sembilan ratus.
suhaila said :
January 5, 2011 at 6:50 PM
Anda ingat seronok ke menonton anda menggelupur melawan Malaikat Izrail secara siaran langsung. Ada hati mahu melawan Malaikat pula itu. Melihat Malaikat Izrail menjemput anda, bukan sesuatu yang seronok ok.

ye ia sgt x seronok dan mendatangkan TRAUMA seumur hidup.. sentiasa terbayang2 sampaikan semua cerita berunsur sakit2 masuk hospital nazak nak meninggal semua akan ditukar cenel secepat mungkin..

itu semua mendatangkan kesedih yg teramat sgt..... 7 months beb.. but still rase cam baru 7 hari lepas je... huwaaaaa.... :'(
famia said :
January 5, 2011 at 8:10 PM
dewajiwa: hahaahaha. 900 peratus? fuiyo huiyo wuiyo.

suhaila: itu mak... bukan orang lain. Mestilah kuat melekat dalam kepala kan. Mak kau dalam jagaanNya. Jangan sedih2 ye. Aku doakan semoga beliau sentiasa dicucuri rahmatNya.
January 6, 2011 at 6:18 PM
saya telah menyahut seruan..meh baca meh..
*ajakan tak brape malu*

hehe
famia said :
January 9, 2011 at 10:11 AM
syuhada: hehe. ya, sudah menyinggah. Terima kasih ek.
January 16, 2011 at 3:47 AM
baru jer habis tgk cerita 3 Idiots tu.. tetiba ada tulis kat sini thehehehe
moga anda suksess selalu.. uncle juga suka dgn tulisan anda.. teruskan berkarya!
Semoga anda dimurahkan & dirahmati Allah selalu..
Anonymous said :
January 19, 2011 at 11:39 AM
salam, sila layari www.freemalaysiakini.com ianya percuma.....sebarkan kepada pembaca blog anda ...sama-sama kita jayakan kempen berita percuma bagi pengguna internet Malaysia
Anonymous said :
January 19, 2011 at 11:40 AM
salam, sila layari www.freemalaysiakini.com ianya percuma.....sebarkan kepada pembaca blog anda ...sama-sama kita jayakan kempen berita percuma bagi pengguna internet Malaysia

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.