Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, January 09, 2011


_Apa perasaan seorang ustaz bila diaju soalan begini.

"Ustaz, haramkah kalau saya memeluk-meluk bantal dan mengandaikan ia suami saya?"

Hah, apa perasaan anda?

Malu? Memang. Sangat-sangat. Aku sendiri pun fikir lapan kali sebelum menaip soalan itu di sini. Dan soalan memeluk bantal sambil mengandaikan ia seorang suami itu juga berkait rapat dengan rutin 'Tiga Kali Seminggu'. Jujurnya, aku pun tidak berapa faham maksud di sebalik 'Tiga Kali Seminggu' ini secara nyata. Jangkauan pemahaman aku masih belum cecah lagi maksud di sebalik 'Tiga Kali Seminggu'.

Tetapi, aku syak itu ada kaitan dengan er... ujikaji Biologi secara halal di antara suami dan isteri.

Dan.

Anda tahulah kan, 'Curiosity kills the cat'.

Jadi, jika anda mahu ikuti cerita lanjut perihal 'Tiga Kali Seminggu' ini, mohon dapatkan satira terbaru Faisal Tehrani di mana-mana toko buku yang berhampiran ya. Dan jangan salah sangka. Ini bukan buku seberadik dengan kitab 'Permata Yang Hilang' ya. Ini cuma satira. Bersih, jernih dan sinis.

Macam biasa, karya-karya Faisal Tehrani memang tidak menghampakan. Ya. Aku kumpul semua karya beliau. Susunan bahasanya ringkas, padat dan kreatif. Penulisannya menarik. Penulisannya sahajalah. Bukan orangnya. Cynical man is a big turn off. Dan Manikam Kalbu adalah buku pertama tulisan beliau yang aku baca. Manikam Kalbu sangat sedap dan menarik!

Baiklah.

Jika anda berminat dan malas mahu ke kedai, boleh juga dapatkan secara online di sini. Bukunya tidaklah tebal mana. Tulisannya juga pendek-pendek sahaja. Tidaklah berat mana. Rentak bahasanya juga selaras dengan anda. Tidaklah berbunga-bunga lebat seperti di taman bunga. Harganya pula lebih kurang RM19 sahaja. Dan tiada komisyen untuk promosi ini. Ikhlas berkongsi... lillahi Ta'ala.

Terakhirnya.

Saya cuma membuat promosi benda-benda yang saya rasakan menarik dan saya jamin anda juga (insyaAllah) akan rasa tertarik dengannya. Maksud saya, tertarik dengan penulisannya.

(foto ihsan Ujana Ilmu)



*Satira = karya yang mempersenda atau menyindir orang (Kamus Besar Utusan)

Ok.
Berbalik kita kepada soalan tadi.
Perihal memeluk bantal sambil mengandaikan itu suami.

^_^

Anda rasa apa hukumnya_

Kategori:

10 Responses to "Satira Tiga Kali Seminggu"

Ezad said :
January 9, 2011 at 6:18 PM
err.. kenapa harus beranggapan yang bantal itu 'suami'?

rasanya perlu segera diijabkabul. baru la dapat 'suami' sebenar.

:)
Izzat Aziz said :
January 12, 2011 at 1:11 PM
Suka faisal tehrani ni.. blog dia lah.. tak pernah baca buku dia..

bab hukum tu tak tahu lah.. tak cukup ilmu.. tapi try tanya suami apa perasaan dia digantikan dengan bantal..hehe
Noni@Noraini said :
January 12, 2011 at 8:38 PM
testing comment :) jer
Adam Roslan said :
January 16, 2011 at 5:15 AM
Salam Ziarah.

Kali pertama ke sini. Cepat cepat kawin. :)
Gimi said :
January 16, 2011 at 10:33 AM
kawin nanti jemput..
famia said :
January 18, 2011 at 9:48 AM
Ezad: Petikan dalam buku tu-lah. Bukan soalan dari aku. Bantal adalah bantal. Kenapa kena bayangkan itu manusia pula.

Izzat: Buku beliau best jika anda berminat dengan sastera dan mahu berjinak2 dengan sastera :)

noni: ok, testing diterima.

Adam: waalaikumsalam wbt. Hahaha. Bukan sayalah. Aduhai. Buku tu-lah.

Gimi: Hahahahaha. InsyaAllah.
January 23, 2011 at 10:29 PM
ape hukum nyer? nk tahu jugak ni..
pu3sakura said :
January 26, 2011 at 5:23 PM
Assalammualaikum...
Lamanya tak menjenguk ke mari..
Promo yang menarik dan membuat saya tertarik dengan buku itu...dan tersangat ingin tahu jawapan pada soalan tersebut... (^___^)
famia said :
January 27, 2011 at 7:51 PM
EB: Hehe. Saya pun tidak pasti apa hukumnya.

pu3sakura: waalaikumsalam wbt. Ya. Belilah. Selamat membaca :) (Sastera adalah seronok)
TanyaLelaki said :
February 16, 2011 at 8:33 PM
Suami sebenar lagi best kalau peluk. Kalu kena peluk lagi sedap. Kalau tanya aku, aku jawab macam tu la.Tanyalah Lelaki

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.