Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, January 27, 2011


_Ada satu perkara yang aku tidak berkenan.

Sejak tahun 2010 sehingga kini.

Semalam di customer site... bukan seperti semalam-semalam yang lain. Semalam adalah semalam yang pertama pada tahun 2011. Dan semalam adalah sama seperti semalam-semalam lain pada tahun 2010 yang lepas. Perasaan pada waktu semalam juga adalah sama seperti perasaan pada semalam-semalam lain pada tahun 2010 yang lepas.

Saraf otak anda sudah berselirat?

Bagus.

Sekarang kita teruskan ke bahagian yang sepatutnya.

Semalam di customer site... bukan seperti semalam-semalam yang lain. Semalam adalah semalam yang....

Ah, Huzaimatus jangan diulang ayat itu!

Baik.
Maafkan saya.
Esok saya mungkin buat lagi.

Semalam sewaktu di customer site. Aku keluar masuk bilik server. Atas urusan kerja. Sambil keluar masuk itu bermakna sambil lalu-lalang di pejabat oranglah kan. Dan sambil itu juga, orang-orang di sekeliling akan berasa agak kurang senang disebabkan ada warga asing (akulah itu) yang ke hulu ke hilir mengganggu mereka. Mungkin mengganggu mereka yang sedang membuka Facebook atas tujuan bekerja atau untuk merehatkan otak (bersangka baik... aku pun buat je apa).

Tiba-tiba...

Beberapa orang encik kelihatan duduk berkumpul sambil berbisik-bisik dengan kuat. Walaupun aku jalan tidak pandang kiri kanan (eh... eh berlagaknya makcik ini), tetapi mata ini macam sedikit berekor di mana kita akan terasa seperti diperhatikan jika kita sedang diperhatikan.

Jadi, aku pun jalan sahajalah meneruskan kerja keluar masuk dari bilik server sambil mengganggu mereka yang sedang membuka Facebook atas tujuan bekerja atau untuk merehatkan otak.

Tiba-tiba...

"Eh... betullah."
"Haahlah. Memang macam."
"Eh, iyalah. Macam Yuna."

Apabila terdengar sahaja ayat terakhir itu...

Terus aku keluarkan senapang patah pendek dan menembak dinding-dinding department itu tanpa belas kasihan. Kertas-kertas mula bertaburan. Mereka yang sedang khusyuk membuka Facebook atas tujuan bekerja atau untuk merehatkan otak turut sama lari bertempiaran. Beberapa das tembakan dilepaskan lagi dan terakhirnya, aku lemparkan sebiji bom tangan ke bilik server. Tebaboomm.

Puas hati terasa.

Huzaimatus, kau tidak suka Yuna ke?
Bukannya aku tidak suka Yuna. Tetapi, aku tidak suka disamakan dengan artis. Terasa tidak asli. Mungkin kalau keluar ayat, "Eh... eh macam Huzaimatus lah." baru terasa sedikit sejuk hati agaknya. Kah kah kah. Memalukan sungguh pernyataan itu. Buat kali ke lapan ratus, maaf saya tidak suka dikaitkan dengan artis. No comment (jawapan ala-ala World Peace).

Ek eleh Huzaimatus. Kau ingat kau lagi baik ke daripada Yuna?
Memanglah aku lagi tidak baik dari beliau. Sebab itulah tidak suka disamakan. Faham tak, dogol? Eh... eh, tidak baik cakap dogol.

Huzaimatus, kenapa orang kata kau macam Yuna?
Aku rasa mereka buta huruf dan rabun warna. Walaupun dalam dunia ini kononnya kita mempunyai sekurang-kurangnya tujuh orang yang berwajah seiras dengan kita... tetapi aku rasa sepanjang hidup aku ini sudah ada beratus-ratus orang seiras dengan aku. (sedihnya tidak dicop OEM). Hati senang terbakar jika dengar ayat-ayat seperti, "Eh, muka awak macam adik saudara saya."... "Macam muka makcik saya punya nenek."... dan ah, macam-macam lagilah.

Huzaimatus, adakah kau mengikuti perkembangan Yuna?
Tidak. Aku tidak minat lagu-lagu beliau. Tetapi, kalau orang tidak kaitkan aku dengan Yuna, insyaAllah aku dengar lagu-lagu beliau. Kelihatan prejudis? Mestilah. Tidak, sebenarnya aku kurang suka dengar perempuan Melayu menyanyi. Prejudis? Mestilah. Ah, suka hati mak nenek bapak tiri ayam sayalah (kecil-kecil dahulu mesti terkeluar ayat ini jika dilanda kemarahan). Tetapi, aku tahu fesyen tudung Yuna yang terbaru ini adalah fesyen tudung Hana Tajima. Kenapa aku tahu? Oh, sebab aku tertahu.

Salah satu harapan aku untuk 2011 ini adalah tiada lagi kaitan dengan Yuna. Namun... punah. Why so serious? Sebab perihal Yuna ini aku memang lapan ratus serius. Sebenarnya dah masuk tahap menyampah... tapi tidak mungkinlah aku nak tulis di sini, "Aku menyampah dengan Yuna." kan. Nanti dalam masa lapan saat, pasti ada kelab 'Kami menyampah Famia' di Facebook. Ya. Positif.

Beginilah.
Aku ringkaskan sahaja.
Jika kaitkan aku dengan Yuna, aku anggap anda main kasar.
Kalau tercakap juga, cakap belakang-belakang dan bukan depan.

Boleh?
Cool.

Ada satu perkara yang saya tidak berkenan.
Sejak tahun 2010 sehingga kini_

Kategori:

10 Responses to "Pembalikan A N U Y"

Enche said :
January 27, 2011 at 8:04 PM
anda luna lah wkakakkaa
Tawel Sensei said :
January 27, 2011 at 8:32 PM
Sekurang-kurangnya saya pernah kenal 2 orang yang dikatakan muka mereka macam Yuna.

Tapi bila renung-renung balik muka mereka, sebenarnya tak adalah sangat samanya. Cuma gaya tudung tu je yang buat orang tertipu.
lt. col. dop mustang said :
January 27, 2011 at 8:48 PM
muka awak macam muna
January 27, 2011 at 9:05 PM
saya kurang pasti rupa anda bagaimana... jadi tak dapat nak samakan anda dengan sesiapa...
azka said :
January 29, 2011 at 1:16 AM
sabarlah.. ni masalah salah satu masalah bila negara kita kecil.
famia said :
January 29, 2011 at 2:10 AM
enche: pft. what the hen.

Tawel: Hm. Saya mengaku... masa saya terserempak dengan Yuna pertama kali di KLCC... saya rasa saya tahu kenapa orang kata saya macam beliau. Hoh! Depressing.

dope: keji.

ihsan: Wajah manusia sering berubah mengikut masa dan keadaan. Macam sesumpah.
camouflage.

azka: ahkahakhaks. Terima kasih banyak2 encik. Ayat anda sangat melegakan. HAHAHA. True indeed.
Nooreena said :
January 29, 2011 at 9:34 PM
Famia, Yuna yang seperti anda. Atau suara Yuna sama macam suara anda. :D
abg yuna said :
January 30, 2011 at 3:38 AM
yuna tu sapa?
famia said :
January 31, 2011 at 11:41 PM
Noreena: Hehe.

Abang Yuna: Yuna tu nama salah seorang kumpulan SNSD.
Anonymous said :
February 1, 2011 at 10:35 PM
kwon yuri

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.